Pregnancy Update: 35 Minggu + loya dan muntah berterusan - Cerita Cinta Surirumah

Thursday, 26 July 2018

Pregnancy Update: 35 Minggu + loya dan muntah berterusan

hi there, minggu ni minggu ke 35 kandungan mrs pip ... tak banyak sangat nak update. last scan pada minggu ke 33 di klinik swasta, so far baby berada dalam keadaan yang baik ... pada minggu ke 32, mrs pip scan di klinik kesihatan awam, baby nampak songsang, tapi doktor ada bgtau, baby still boleh bergerak ke bawah so tak perlu risau sangat , nnt minggu ke 36 baru doktor akan sahkan sama ada baby betul2 songsang atau tak ... 

beberapa kali scan di klinik awam, jantina baby tidak berjaya di kesan kerana baby asyik nak kepit kaki malu sungguh nak bgtau gegirl or boboy kan ... tapi alhamdulillah, bila scan minggu ke 33 di klinik swasta, jantina berjaya dikesan! so, bolehlah mrs pip shopping beberapa helai baju newborn baby ni ... memang tak nak beli banyak banyak coz baju time lil' armies dulu semua still berada dalam keadaan yang baik, so kali ni mrs pip shopping ala kadar saja ...

scan baby 33 weeks
scan baby 33 weeks hari tu
berjaya kesan jantina baby NH , berat 2.40kg

berat baby sedikit terlebih (waktu scan 33 minggu tu) ... mengikut kata doktor, biasanya dalam minggu ke 33, berat baby sekitar 2.00kg sahaja, tapi scan menunjukkan berat baby 2.40kg, ada lebihan 400 gram , so memang kena jaga makan since mrs pip ada GDM, dan GDM ni menyumbang kepada berat lebih kepada baby kerana baby consume extra gula dari badan ibu ibu yang mengandung ... mrs pip ada share info sebelum ni, kalau berminat nak tahu mengenai GDM tu, bolehlah baca kat entry


dah masuk minggu ke 35 , mrs pip masih mengalami masalah loya dan muntah yang berterusan, dan in fact, minggu 34 merupakan minggu di mana kejadian muntah muntah yang agak teruk, dan bab loya tu mmg jgn cakaplah, boleh naik hangin badan ni nak melawan perasaan loya dan , ditambah lagi dengan demam dan sakit tekak ... dugaan ibu mengandung la katakan ...

tapi apapun, mrs pip happy kerana bacaan HB mrs pip meningkat kepada bacaan yang dikehendaki selepas doktor prescribed Zincofer T_T hope bacaan HB ni tak turun2 kepada paras yang rendah la harapnya ....


selain tu, mrs pip juga start minum minyak kelapa dara (coldpressed) , tapi minyak kelapa dara ni bukanlah penyumbang kepada bacaan HB mrs pip meningkat ... ada yang claimed, minum minyak kelapa dara ni boleh naikkan bacaan HB, tp melalui pengalaman 2 kali mengandung sebelum ni, mrs pip consumed minyak kelapa dara, tiada sebarang peningkatan utk bacaan HB .. maybe untuk ibu lain, ianya membantu, tapi buat mrs pip, ianya tidak berkesan dalam menaikkan bacaan HB ...

dan mrs pip kali ni beli minyak kelapa dara jenama ItWorks, di Lazada, harga pun affordable, hanya RM27.00 sebotol, dengan isi kandungan 250ml, dan so far ini yang paling affordable mrs pip jumpa ... dan selain minum, minyak kelapa dara ini juga mrs pip guna untuk sapu di bahagian perineum untuk melembutkan perineum (ni tips yang mrs pip dapat dalam kebanyakkan forum ibu ibu mengandung untuk menyapu minyak kelapa dara di bahagian perineum untuk melembutkan kawasan tersebut, so that memudahkan bagi yg bersalin normal) ...


doakan mrs pip sentiasa sihat, dan doakan pregnancy journey ni smooth ... sekarang ni tengah berperang dengan keadaan loya dan muntah yang berterusan , dan seriously ianya menganggu tidur malam mrs pip kerana muntah2 tu terjadi di waktu tengah malam :((

dan nak bagitau juga, baby sekarang ni sangat aktif dan kuat tendangan, sampai time tidur tu boleh terkejut mrs pip kerana tendangan baby yg terlebih kuat ... dan satu lagi, mrs pip dan mr.Husband sepakat namakan baby ni dengan singkatan baby NH ... :)) rasa2 baby NH tu apa nama full name dia kelak?

selain tu, apabila kandungan dah nak masuk minggu ke-36, ibu ibu mengandung bolehlah siapkan beg pakaian untuk dibawa ke hospital, kerana minggu ke-36 merupakan minggu matang kandungan, so baby boleh keluar pada bila-bila masa sahaja ... dan jangan lupa standby buku mengandung juga ...

dan mrs pip nak share juga empat (4) tanda-tanda yang ibu mengandung mungkin bersedia untuk bersalin, so in case la kan tetiba ada salah satu tanda ni, bolehlah siap siap ke hospital ...


  • 1/ pecah air ketuban
  • 2/ keluar lendir bercampur darah (merah / perang) daripada vagina
  • 3/ sakit perut yang kerap dan berterusan selang 5 minit 
  • 4/ 10 kali tendangan bayi yang lemah, melebihi daripada masa yang selalunya 10 gerakan bayi lengkap ... 


untuk tanda #4 tu, katakan biasanya korang kira 10x tendangan bayi tu bermula jam 9 pagi, dan biasa siap sekitar jam 2.30 petang, tapi hari tu gerakan bayi korang lemah sangat, jam2.30 petang tu still tak capai 10x tendangan, maybe tendangan ke 10 tu siap pada jam 5 petang, jadi disyorkan untuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut ... (perkara ini disyorkan oleh jururawat yang memeriksa mrs pip baru-baru ini , so just nak share buat ibu ibu semua) ...

thanks for reading ...

cheers.

21 comments:

  1. Tahniah Mrs Pip.
    Semoga dipermudahkan semuanya.

    ReplyDelete
  2. aqeela minggu 34 sudah keluar, memang siang tu dia kurang gerak, malam pukul 2 air ketuban kuar banyak macam air paip, kalo ingat moment tu kan rasa rindu nya...insyaAllah semua akan baik2 jak mpy

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu qeela besar sikit baru tambah anak lagi Lu...

      Delete
  3. mrs pip semoga sihat n bby juga tau...

    ReplyDelete
  4. salam..
    hi mrs pip..yaya singgh n follow awk ye..slmt bknalan
    semoga dpudahkan sglanya utk awk bersalin nti..Aamiin =)

    ReplyDelete
  5. Saya pun minum minyak kelapa dara masa preggy tapi taktau hasil dari minum kelapa dara tu menjadi tak sebab baby keluar czer :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bab lembutkan perineum tu, so mudah nak bersalin, alhamdulillah, yg ni berkesan utk mrs pip ...

      Delete
  6. kita pulak excited..haha..hover nau...moga dipermudahkan bersalin nnti, mrs pip...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq FS, mmg berharap delivery kali ni dipermudahkan, amin.

      Delete
  7. wahh xlama dah lagi kak pip..smoga dpermudahkan bersalin..dup dap dup dap kan hihi
    sha xbelanja baju baby lagi huhu..tp dah scan dkt klinik kerajaan nnt mngu ni scan dkt klinik swasta nak buat kenangan gmbr scan sbb klinik kerajaan xda print haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak pip pun scan di klinik swasta, selain mau print tu scan, tp yg penting utk dptkan 2nd opinion doktor lain ..

      Delete
  8. moga dipermudahkan ye hingga bersalin.
    wow. best nyer. bakal dpt baby.
    sedap dicium. bau syurga :)

    ReplyDelete
  9. moga dipermudahakan urusan nanti yer..

    ReplyDelete
  10. tahniah...tak lama lagi bertambah rakyat Malaysia yang hebat dunia dan akhirat..

    aamiin..

    memang seronok juga baca pengalanman begini sebab tak mungkin lelaki merasai pengalaman mengandungi secara real..biarpun ada isteri sendiri yang ceritakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin amin ...
      Mudah mudahan baby ni menjadi penghuni hebat dunia akhirat ...

      Delete
  11. cabaran ujian ibu2 mengandung. semoga semua dipermudahkan =)

    ReplyDelete