Minyak Kelapa Dara 250ml jenama ItWorks, harga affordable @ RM27.00

Minyak Kelapa Dara 250ml jenama ItWorks || dari mengandungkan lil' Iman , kemudian lil' Amin dan kemudian mengandung sekarang (30 minggu) , minyak kelapa dara dan mrs pip berpisah tiada ... 

teringat time mengandungkan lil' Iman ni, ada promoter tu jual minyak kelapa dara, lepas tu rasa mcm menarik pula produk minyak kelapa dara tu, terus grab sebotol , harga RM50 atau RM60 kalau tak silap untuk 100ml (jenama tak ingat la pula) ... 

bila nampak minyak kelapa dara 250ml jenama ItWorks , harga tu  hanya RM27.00 sebotol dan review dari pembeli sangat memuaskan hati, terus grab sebotol tanpa fikir panjang ... 

dulu time lil' Amin, mrs pip guna jenama Tanamera, 100ml harga pun hampir RM50.00  .... mrs pip tiada masalah dengan mana-mana produk minyak kelapa dara yg mrs pip pernah gunakan sebelum ni, cumanya dari segi harga ianya agak mahal bah!

Minyak Kelapa Dara 250ml jenama ItWorks, botol besar dan harga berpatutan @ RM27.00
Minyak Kelapa Dara 250ml jenama ItWorks, botol besar dan harga berpatutan @ RM27.00

minyak kelapa dara 250ml jenama ItWorks ni , mrs pip beli online di Lazada ... sebotol ni hanya RM27.00 dan caj penghantaran pula RM5.00, so total mrs pip bayar RM32.00 , dan puas hati dengan harga yang dikenakan kerana bagi mrs pip ianya sangat affordable ... 

ItWorks ni kedai yang memang jual khusus minyak kelapa dara, sama ada korang nak beli dalam bentuk cecair, softgels dan jars ... boleh klik kedai >>> ItWorks <<< di Lazada ... seminggu selepas beli, barang selamat sampai ke rumah.

pembungkusan memang bagus, dibungkus dengan bubble wrap, dan diletakkan air plastic dalam kotak so that produk tu tetap diam tak bergoncang dalam kotak ... 

mrs pip suka seller yang prihatin mengenai pembungkusan barang mcm ni, so produk sampai dalam keadaan yg sangat selamat.

minyak kelapa dara ni selain boleh diminum, boleh juga digunakan dalam masakan, melembapkan kulit dan rambut ... minyak kelapa dara juga boleh digunakan dalam melembutkan perineum untuk memudahkan proses bersalin dan boleh membantu koyakan berlaku ketika bersalin kelak, insya allah ... 

mrs pip start sapu minyak kelapa dara kat perineum ketika kandungan berusia 32 - 34 minggu ( tips ni mrs pip pernah baca dulu , so mrs pip ikut tips ni dan alhamdulillah tidak ada sebarang jahitan ketika melahirkan lil' Iman 3kg dan lil' Amin 3.3kg ketika itu), selain menggunakan teknik teran yang betul ...

insya allah di entry akan datang, mrs pip share pula kelebihan minyak kelapa dara ...

dan nak shopping di Lazada, mrs pip advice korang shopping di Lazada melalui SHOPBACK, boleh dapat extra penjimatan coz SHOPBACK akan memberikan sedikit Cashback kepada korang.  SHOPBACK memang sesuai untuk online shopper tegar mcm mrs pip ... 

boleh baca details entry mrs pip mengenai SHOPBACK


cheers.

Post a Comment

2 Comments

  1. murah tu selalu sy tgk harganya hampir rm50 dan isinya pun x byk krg dr 250ml

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu anies, mmg minyak kelapa dara harga agak mahal...
      so far jenama itWorks ni yang affordable, review pengguna pun ok ...

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.