Review Novel : Kasih Bersulam Cinta - Cerita Cinta Surirumah

Wednesday, 4 April 2018

Review Novel : Kasih Bersulam Cinta

hi there, novel Kasih Bersulam Cinta ni ialah hadiah daripada blogger Shahida sempena ulangtahun harijadinya tahun lepas bilamana mrs pip menjadi pengkomen bertuah di blog beliau ... novel ni ditulis oleh Rozita Abd. Wahab, setebal 438 mukasurat ... mrs pip dah lama siap baca novel ni, baru ada kerajinan mau menulis review ...

Kasih Bersulam Cinta
Kasih Bersulam Cinta

cover novel ni bagi mrs pip sangat cute, memanggil manggil mrs pip untuk membacanya , ditambah lagi dengan tajuk yg so sweet ... novel ni berkisar mengenai kehidupan gadis yang bernama Anis Razikin ... Anis kematian ibu, dan kemudian dia mengizinkan ayahnya berkahwin lagi. pada pendapat Anis, apabila ayahnya berkahwin nanti, adalah peneman ayahnya di rumah dan menguruskan makan minum ayahnya.

ayahnya berkahwin dengan janda anak dua yang dipanggil makcik Asmah ... setelah berkahwin, barulah Anis tahu makcik Asmah hanya mahukan harta ayah Anis .. ayah Anis boleh dikatakan berharta kerana memiliki tanah dan kebun buah yang sangat luas ... dipendekkan cerita, ayah Anis meninggal dunia, dan Anis pula kemudiannya ditangkap berkhalwat dengan Hakim, sahabat baik Azhar. semua yang berlaku adalah kerja makcik Asmah ...

Anis bejaya menyambung pelajaran di universiti tempat Azhar belajar. Azhar sudah dianggap seperti seorang abang bagi Anis. dan hubungan perkahwinan Anis dan Hakim adalah terpaksa jadi tiada rasa cinta antara mereka, dan ketika berada di kampus, Anis dan Hakim masing masing membawa hal mereka bersendirian ...

lama kelamaan, Hakim mula mencintai Anis, dan mula mengawal gerak geri Anis ... Anis berasa rimas dan terkongkong namun dia tahu dia ialah isteri Hakim yang sah ... kerana perkahwinan Anis dan Hakim adalah terpaksa dan berlaku ketika Hakim bercuti di kampung Azhar, maka keluarga Hakim tidak mengetahui yang Hakim sudah pun beristeri, sehinggalah suatu hari rahsia mereka terbongkar apabila Hakim membawa Anis bercuti ke rumah keluarga Hakim ...

dalam diam, Anis mewarisi hampir seluruh harta peninggalan ayahnya, dan menjadikan Anis seorang yang kaya, namun Anis lebih senang hidup bersederhana. Anis berjaya membeli saham sebuah syarikat tanpa pengetahuna Hakim, dan syarikat itu secara kebetulan adalah tempat Hakim bekerja ...

cerita bagaimana Anis dan Hakim tu ditangkap khalwat terungkai juga, dan bagaimana ayah Anis meninggal dunia terbongkar juga selepas makcik Asmah mengaku meracun ayah Anis ... dan apa yang berlaku dengan makcik Asmah selepas itu?

cabaran lain yang Anis terpaksa lalui ialah bila ayah mertuanya iaitu ayah Hakim tidak menerimanya sebagai menantu pada mulanya .. namun akhirnya ayah Hakim sedar dia bersalah terhadap Anis, dan part yang best tu bila Anis mula menerima Hakim sebagai suaminya ... 

kerana rindu .... bunga-bunga kasih berkembang di hatinya, lalu tercipta suatu perasaan indah yang tidak pernah dirasainya sebelum ini, rasa istimewa hanya untuk si dia >>> CINTA <<<

best bila happy ending ....

cheers. 

2 comments:

  1. best jugak..rasanya mcm tak berat sangat kot..boleh letak dlm bucketlist ni..

    ReplyDelete