Permohonan Pengeluaran Akaun 1 KWSP i-Sinar Bermula Disember 2020. hi there. Alhamdulillah, KWSP sudah pun mengemaskini kebenaran permohonan untuk mengeluarkan caruman KWSP Akaun 1 yang dikenali sebagai i-SINAR.

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula bulan Disember 2020. Mengikut KWSP, ahli yang layak boleh mengeluarkan sebanyak 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

Sila rujuk Kenyataan Media di bawah, atau anda boleh mendapatkan kenyataan sah di laman web KWSP sendiri yang dikemaskini pada hari ini.

Sekiranya lulus permohonan, maka pengkreditan pertama akan dibuat pada bulan Januari 2021, dan bayaran akan dilakukan secara berkala selama enam bulan, dengan bayaran pertama 10% daripada baki Akaun 1, atau maksimum RM10,000 dan pengeluaran tidak melebihi RM60,000.

Permohonan Pengeluaran Akaun 1 KWSP i-SINAR Bermula Disember 2020

Ramai yang terkesan dengan kehilangan pekerjaan dan tiada punca pendapatan kerana serangan COVID-19. Dan ketika kerajaan meluluskan pengeluaran Akaun 1, semoga ianya sedikit sebanyak membantu mereka yang sangat-sangat memerlukan bantuan kewangan pada saat ini.

Dan terus terang, aku juga di antara mereka yang memerlukan bantuan kewangan kerana buat masa ini kami juga tiada punca pendapatan tetap.

Walaupun masih bergantung dengan simpanan kewangan yang ada, namun ianya takkan bertahan lama dan sangat-sangat memerlukan bantuan alternatif.

Dan ketika berita mengenai kebenaran untuk mengeluarkan Akaun 1 KWSP dihebahkan, aku suami isteri boleh menarik nafas sedikit lega kerana pengeluaran ini akan membantu kami untuk bertahan dalam setahun dua sementara mencari pendapatan lain untuk kelangsungan hidup.

Permohonan Pengeluaran Akaun 1 KWSP i-SINAR Bermula Disember 2020


Berikut ialah ilustrasi pengeluaran caruman KWSP i-SINAR. Ada dua kes yang dinyatakan seperti di dalam gambar di atas iaitu:-
  • Pencarum dengan simpanan kurang RM90,000 - maksimum pengeluaran ialah RM9,000 dengan syarat berbaki minimum RM100 di dalam akaun
  • Pencarum yang mempunyai Akaun 1 melebihi RM90,000 - 10% daripada simpanan, namun jumlah maksimum pengeluaran ialah RM60,00. Dan bayaran bulan pertama maksimum dibayar RM10,000

Walaupun kalau boleh aku memang tidak mahu mengeluarkan duit KWSP, cukuplah dengan i-Lestari tempoh hari, namun aku perlu mengambil jalan yang selamat dengan memohon untuk i-SNAR sebagai stand-by money just in case mr.Husband sukar mendapatkan pekerjaan / pendapatan dalam setahun akan datang ini.

Pengeluaran 10% tu satu jumlah yang banyak buat aku dan mr.Husband. Aku plan duit KWSP ni nanti once aku dapat, aku akan invest sebahagiannya untuk memaksimakan simpanan kami.

Satu hal yang aku belajar beberapa minggu ini daripada mereka yang bijak kewangan ialah memaksimakan penyimpanan duit pada tempat yang sesuai, antaranya memilih untuk invest pada tempat yang betul untuk membuat compounding money.

Jangan jadikan alasan YOLO (you live only once) untuk berbelanja dengan perkara yang tidak berfaedah. Jimat selagi boleh jimat. Dan cari jalan untuk invest duit dengan cara yang betul. 

No Fast Money investment.

Apapun, semoga dipermudahkan semua urusan kita. Mari kita saling mendoakan di antara satu sama yang lain agar rezeki kita tak pernah putus. 

Semoga Allah SWT Yang Maha Kaya Lagi Maha Pemurah, akan memberikan kita rezeki secukupnya untuk semua. Amiin.

Semoga bermanfaat.

cheers.

source: KWSP

27 Comments

  1. Nice sharing Mrs. Pip.
    Setuju i-Sinar sangat membantu ambil sahaja jika bukan untuk guna sekarang boleh aje park tempat lain dulu untuk guna di masa akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya layak, of course saya akan keluarkan duit akaun 1 ni.
      kena try memohon juga ni.

      Delete
  2. semoga memberi sinar pada yang memerlukan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope sesiapa yang layak, ianya membantu dlm keadaan ekonomi tak baik.

      Delete
  3. semoga dipermudahkan urusan kita semua dan mura rezki kelak.aamiin. doa dan hrap yg baik2 je akan dtg.. InsyAllah. usaha mana yang bole =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Yaya, usaha mana yang boleh.
      Semoga dipermudahkan urusan mereka yang layak memohon i-sinar.

      Delete
  4. Semoga iSinar dapat memberi manfaat pada semuayang memerlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah ianya dapat membantu ramai pencarum yg berdepan dengan pendapatan tak menentu sekarang ni.

      Delete
  5. semoga dipermudahkan urusan kita semua kelak. aamiin. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah i-sinar ni kalau dapat akan memudahkan mereka yang memang berdepan dengan masalah ekonomi / pendapatan.

      Delete
  6. Semoga memudahkan urusan mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  7. ramai yang susah sekarang ni.Alhamdulillah duit simpanan ni sangat membantu.Gunakan sebaik mungkin

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Umi, memang kalau dapat withdraw i-sinar ni akan digunakan sebaik yang mungkin.

      Delete
  8. bagus utk bantu orang yg kena retrench kan .. ada juga back up. if kita tak plan nak amik skrg . tetapi jika berlaku situasi mcm ni... mcm mana erk .. boleh ke amik kendian

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun tengah tunggu any updates dari kwsp macam mana nak keluarkan akaun 1 ni. tak semua yang layak.
      kalau kat twitter, memang kena serang kwsp ni pasal ramai yang tak puas hati kenapa certain people sahaja yang boleh keluarkan akaun 1 ni padahal yang affected by COVID ni ramai.

      Delete
  9. Betul Mrs Pip, kena pandai manage kalau dapat keluarkan duit dari akaun 1 ni. No YOLO YOLO..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena pandai manage kan Yaya, berbahagialah mereka yang ada banyak savings sebelum COVID ni dan pandai jimat duit.
      YOLO dah tak relevant buat masa ni bagi golongan marhaen macam saya.

      Delete
  10. memang terasa keperluan bagi yang hilang kerja dan punca pendapatan. semoga dapat gunakan sebaiknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah, semoga mereka yg berjaya keluarkan i-sinar ni akan guna duit ni sebaik mungkin.
      hard savings dorg since day 1 bekerja.
      jadi jangan main invest cara yang salah juga.

      Delete
  11. Pada yang memerlukan bolehlah membuat pengeluaran, moga dipermudahlkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dipermudah kan semua urusan pencarum yang layak i-sinar.
      saya ni berangan sahaja nak keluarkan, kalau tengok statement media kwsp terkini, saya macam tak layak la pula.

      Delete
  12. Dni pun berhajat nak ambil sebahagian kalau dapat kekuarkan. Tapi tak tahu layak ke tidak 😥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh apply, try apply sajakan Dini.
      Layak tak layak dapat tak dapat, at least dah apply kan.

      Delete
  13. bharap juga dgn pengeluaran i-sinar ni membantu jugak cover (untuk bertahan) supaya nama tak masuk ctos/crss..

    ReplyDelete
  14. semoga i-sinar dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  15. Kebetulan..mmg tengah cari info ni..tq share info ni

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.