Semak Status Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online - MrsPip || The Reviewer

Semak Status Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

hi semua, status pengeluaran i-Lestari KWSP dah boleh disemak secra online di laman web KWSP dengan pautan di bawah. Jadi sesiapa yang ada buat permohonan untuk mengeluarkan wang KWSP dengan nilai maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan yang diumumkan oleh kerajaan tempoh hari, bolehlah buat semakan status pengeluaran bilakah duit KWSP anda akan masuk ke akaun bank anda.

Semak Status Pengeluaran i-Lestari KWSP secara Online sekarang
Semak Status Pengeluaran i-Lestari KWSP secara Online sekarang

Cara untuk menyemak status pengeluaran i-Lestari KWSP sangatlah mudah. Anda hanya perlu ke link https://ilestari.kwsp.gov.my/ dan klik pada SEMAK PERMOHONAN

Semak Status Pengeluaran i-Lestari KWSP secara Online sekarang
Semak Status Pengeluaran i-Lestari KWSP secara Online sekarang

Kemudian, anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit anda yang anda daftarkan di akaun E-KWSP anda. Pastikan anda memasukkan data yang betul.

Nota:

1. Sila pastikan Nombor MyKad dan nombor telefon bimbit adalah betul dan tepat.

2. Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.
3. Permohonan melalui emel/ pos akan mengambil masa bagi proses pengesahan.


Kemudian hanya perlu tick saya bukan robot dan klik SEMAK.

Anda akan mendapat status pemberitahuan mengenai TARIKH kemasukan duit i-Lestari anda ke dalam akaun bank anda.

Mrs Pip pun dah buat semakan, dan insya allah duit i-Lestari akan dimasukkan ke akaun bank dalam beberapa hari ini. Alhamdulillah.

Semak Status Pengeluaran i-Lestari KWSP secara Online sekarang
Semak Status Pengeluaran i-Lestari KWSP secara Online sekarang


Adalah sedikit duit tambahan untuk kami berbelanja secara berhemah sekeluarga memandangkan mr.Husband yang sedang cuti PKP , separuh gaji bulanan dikurangkan oleh pihak majikan.

Walaupun begitu, kami masih berasa syukur kerana pihak majikan masih memberi gaji kepada pekerjanya walaupun syarikat terpaksa tutup sepenuhnya sepanjang tempoh PKP / MCO ini.


Soalan lazim yang menjadi pertanyaan orang ramai mengenai i-Lestari sebagai rujukan:-

1. Tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari.
Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

2. Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:
Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Ilustrasi:

  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

3. Kelayakan Ahli untuk memohon Pengeluaran i-Lestari.
Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
Berumur di bawah 55 tahun; dan
Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

4. Tempoh Ahli membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari.
Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

5. Amaun yang layak dikeluarkan oleh Ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari.
Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat. Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

6. Bilakah bayaran untuk permohonan yang diluluskan akan dibuat kepada Ahli?
  • Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.
  • Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula dari tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.
  • Permohonan untuk bayaran bulan kebelakang (backdated) tidak dibenarkan.

7. Permohonan untuk mengubah amaun bayaran pengeluaran.
Buat masa ini Ahli tidak boleh mengubah amaun pengeluaran bulanan berulang yang telah diluluskan.

8. Saluran permohonan borang permohonan Pengeluaran i-Lestari.
Permohonan Pengeluaran i-Lestari boleh dibuat mulai 1 April 2020 melalui saluran-saluran berikut 

Secara dalam talian melalui i-Lestari Online yang disediakan di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. 

Klik di sini untuk mengakses permohonan melalui i-Lestari Online;
Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli); atau Secara hantaran pos kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, 
Beg Berkunci No 220, 
Jalan Sultan 
46720, Petaling Jaya

Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.

  • Ahli disarankan untuk membuat permohonan melalui i-Lestari Online dan e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) untuk mempercepatkan proses kelulusan.
  • Permohonan secara manual yang dihantar melalui pos akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.
  • Permohonan pengeluaran oleh Ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui pos sahaja.

9. Mengapakah amaun Pengeluaran i-Lestari terhad kepada maksimum RM500 dan secara bulanan?
Pengeluaran i-Lestari adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

10. Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari terhad kepada sekali sebulan?
Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari adalah terhad kepada sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan Ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.

11. Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?
Tujuan Pengeluaran i-Lestari adalah untuk membantu Ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik COVID-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.


Jadi, yang rasa-rasa nak buat pengeluaran duit KWSP melalui i-Lestari, dan BELUM membuat pendaftaran untuk pengeluaran, bolehlah ke laman web KWSP untuk log in e-KWSP akaun anda dan buat permohonan ya.

Duit tu nanti once dah dapat , mrs pip percaya masing-masing tahu bagaimana untuk mengurus kewangan anda sendiri. Jangan membazir. Sekarang ni walaupun bukan zaman kegawatan ekonomi, tapi akibat serangan COVID-19, ramai yang mengalami masalah ekonomi kerana tidak dapat keluar bekerja mencari rezeki.

Semoga perkongsian ini membantu. Ingat, cepat -cepat daftar untuk pengeluaran KWSP sebelum tarikh akhir permohonan penghujung bulan Mac tahun 2021.

cerita duit orang malaysia
cerita duit orang malaysia

dan satu lagi, kalau korang berminat untuk dapatkan buku menarik mengenai cerita duit orang kita, ditulis oleh blogger Suraya yang terkenal menulis berkaitan pengurusan kewangan, korang bolehlah dapatkan koleksi buku menarik beliau.

Hanya klik Cerita Duit Orang Malaysia untuk membuat pembelian.

cheers.

17 comments:

  1. Marsha dah ambil pencen. Jadi dah tak ada kemudahan kwsp ni. Tapi lega kan buat kawan-kawan yang ada kwsp boleh top up mana patut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, duit ni membantu perbelanjaan keluarga.

      Delete
  2. syukur untuk mereka yang dah berjaya buat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. semoga membantu perbelanjaan sepanjang covid ni.

      Delete
  3. alhamdulilah, saya punya dah masuk semalam. setengah ditabung, setengah di spend.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. saya punya 8 May baru masuk, insya allah.

      Delete
  4. Alhamdulillah
    Rezeki yang menabung dalam kwsp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah wak, ada juga sikit simpanan yg boleh digunakan.

      Delete
  5. Perkongsian yang menarik
    Semoga membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat. Hope yang terkena tempias PKP dengan pendapatan terjejas, dan ada kwsp ni bolehlah gunakan duit ilestari sebaiknya.

      Delete
  6. mudah sgt semua boleh check online je

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang saja kan mamapp, laju saja nak tengok status bila boleh dapat duit tu.

      Delete
  7. Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

      Delete
  8. alhamdulillah dah lulus cuma belum credit masuk akaun lagi.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.