Road Trip: My Nurul Homestay , pengalaman menginap homestay ala kampung

hi there, mrs pip berkesempatan meluangkan masa membawa lil' armies bercuti ketika cuti sekolah yang lalu, dan ianya percutian road trip jarak dekat yang terletak tidak jauh dari tempat mrs pip menetap. ini ialah kali pertama mrs pip menjejakkan kaki dan selama ini mrs pip tidak tahu pun ada tempat percutian menarik sebegini, dan hanya tahu kewujudan tempat ni setelah dihebahkan oleh rakan blogger ...

My Nurul Homestay yang terletak di Ponohuan, Papar ni bukanlah satu destinasi percutian mewah, ianya percutian homestay dalam kebun ala kampung atau mungkin mrs pip lebih suka guna cuti-cuti 'back to nature' ...

homestay ini terletak agak jauh dari jalan besar, terletak agak terpencil sedikit, namun mempunyai tarikan tersendiri kerana homestay ini terletak betul betul di dalam kawasan kebun buah dan dipinggir sungai yang jernih ... dapat menjejakkan kaki ke sini bersama keluarga, mrs pip rasa sangat gembira. ianya sangat mendamaikan perasaan dengan dikelilingi pokok pokok buah yang besar, kawasan yang bersih, aliran sungai yang jernih memanggil manggil untuk berenang ... everything is just so green and I feel close with the nature ....


jarak My Nurul Homestay yang terletak di Ponohuan, Papar ni adalah lebih kurang (mengikut waze) 9.1KM daripada jalan utama Papar Lama ... untuk sesiapa yang mahu ke sini, kamu boleh baca panduan jalan di entry mrs pip sebelum ini bagi memudahkan sesiapa yang mahu ke sini ...

 >>> Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar <<<


gambar di atas adalah entrance utama untuk ke My Nurul Homestay .... kamu yang ingin ke sini, sila jangan salah masuk entrance ya, kerana My Nurul Homestay ni berjiran dengan homestay yang lain ... dan jangan pula rasa takut untuk masuk ke My Nurul Homestay ni bila kamu lihat kawasan persekitarannya seperti tanah persendirian mahupun kelihatan seperti tanah kebun / dusun buah kerana sememangnya My Nurul Homestay ini terletak betul-betul di dalam kawasan kebun / dusun buah ... 


mrs pip sekeluarga bermalam satu malam di My Nurul Homestay ... ianya homestay ringkas yang diperbuat daripada batang bambu ... first time la tidur dalam rumah bambu , cute pula rumah bambu ni ... di luar rumah bambu ni, ada taman mini dan tempat duduk serta meja untuk bersantai ... mrs pip sampai di My Nurul Homestay ni sekitar jam 2 petang, dan seriously, tempat ni ramai pengunjung! kitorang husband and wife macam tak percaya la pula tempat yang agak terpencil ni, ramai pula pengunjung ... memang ohsem tempat ni.

unit My Nurul Homestay yang mrs pip bermalam ni, boleh memuatkan 4 hingga 5 orang ... dan ada sebuah unit lagi yang boleh memuatkan sehingga 12 orang ... di sini, tiada istilah percutian mewah, semuanya ala kadar ...


welcome inside! mesti korang nak juga tahu macam mana lah keadaan dalam My Nurul Homestay ni kan ... tada! so this is inside the homestay ... 

  • dua katil single
  • boleh request extra bed kalau lebih dari 2 orang (owner homestay ni sangat peramah, so jangan segan mau bertanya sesuatu)
  • ada dapur untuk memasak >>> basic alatan dapur disediakan :- kuali, periuk nasi, pinggan, dapur gas, pisau, cutting board, plan mau ber-BBQ? grill disediakan, tapi arang kena bawa sendiri
  • tandas (tiada heater disediakan)
  • tiada kipas siling
antara perkara yang korang perlu take note ketika menginap di My Nurul Homestay ni:-

untuk yang ingin menginap di My Nurul Homestay ni, penginapan ialah  'living back to basic' .... tiada tenaga elektrik di dalam unit yang mrs pip diami, hanyalah menggunakan tenaga solar untuk memberikan tenaga cahaya (lampu) di dalam unit tersebut ... beberapa perkara perlu korang ambil tahu , antaranya :-
  • tiada heater di tandas
  • perlu jimat tenaga solar , jadi jangan buka semua lampu pada satu satu masa ... minimakan penggunakan cahaya
  • nak charging bateri handphone? bawa extra powerbank  kerana charging bateri handphone kena tunggu genset dihidupkan sekitar jam 6pm, dan kena charge di kawasan 'Tree House' 
  • tiada kipas siling jadi unit terasa sedikit panas pada waktu malam, tapi itu tidak menghalang untuk bermalam di sini ... kami biarkan tingkap terbuka pada waktu malam dan anginnya terasa segar
  • jangan lupa pasang mosquito repellant pada waktu senja untuk menghalang nyamuk masuk ... sama ada korang boleh bawa sendiri atau request dengan pengusaha homestay (mereka sedia membantu)
  • malas mau masak? ... ada simple cafe di kawasan homestay ni, korang boleh cuba menu masakan mereka ...
nak mandi air suam tapi tiada heater? ala korang ni, kenalah hidup ala ala gaya kampung kan , jerang saja air dalam pot, lepas tu bancuhlah air dijerang td dgn air dari kamar mandi tu untuk buat air suam nak mandikan anak ... tak susah mana pun ...alah bisa tegal biasa gitew ...

di sini juga sukar untuk mendapatkan line internet ... tapi mrs pip terlupa sebentar mengenai keperluan untuk bersosial media ketika berada di sini ... masa kami habis dengan menikmati rasa indah alam semulajadi di sini ... nasiblah bukan musim buah, kalau musim buah, mesti percutian di sini lebih extraaaa syok!


dah nama pun homestay dan berada jauh dari kesibukan kota, jadi mrs pip siap siap bawa bahan masakan dari rumah ... bahan masakan ni cukup untuk minum petang , makan malam, sarapan pagi dan brunch kitorang ... 

since mrs pip dah biasa cuti cuti road trip ni, so mmg terbiasalah bawa bento box dan bahan masakan sendiri ... untuk makan minum penginapan semalaman, mrs pip siapkan:-

  • mi kering 
  • bread + chocolate spread
  • beras 6 gelas kecil (tapi cuma masak 4 gelas sahaja)
  • biskut kering
  • milo 3-in-1
  • frozen chicken backquarters 2kg
  • kicap
  • minyak
  • garam
  • gula
  • bawang merah dan bawang putih secukupnya
  • serbuk pati ayam
  • minuman kotak
  • air mineral secukupnya
since kitorang pun cuma plan nak simple holiday, so mmg tak bawa banyak bahan makan, cukup sekadar untuk alas perut sahaja ... walaupun alatan memasak disediakan, tapi mrs pip bawa sendiri alatan memasak coz mmg mrs pip sejenis yang sudah terbiasa bawa alatan memasak kalau road trip yang perlukan mrs pip memasak sendiri :))
  • pot (yang kaler hijau untuk tanak nasi)
  • frying pan (untuk menggoreng ayam)
  • pisau
  • cutting board 
  • sudu + garpu
  • senduk nasi
  • sudip
  • penyepit untuk menggoreng ayam 
  • beberapa helai kain lap bersih 
selain tu, untuk pakaian pula, mrs pip packing pakaian secukupnya, dan kenalah ada extra pakaian coz nnt nak mandi sungai kan ... dan bawa tuala mandi sendiri kerana homestay tak menyediakan tuala mandi ... 


malam tu kitorang menjamu selera dengan simple menu >>> nasi putih + ayam goreng + air putih <<< sahaja, tapi cukup mengenyangkan ... dan esok paginya sebelum bawa lil' armies mandi sungai, kitorang makan bread + chocolate spread + milo panas ... dan tapau ayam goreng + milo panas + biskut kering ke kawasan tempat mandi sungai ...


gambar di atas ni ialah kawasan sekitar My Nurul Homestay ... tidak jauh dari homestay kami menginap tu, ada kawasan terjun mandi sungai ... tapi pastikan korang terjun kaki dulu ok, jangan pandai pandai mau buat somersault kepala jatuh dulu .... kenapa? well, ianya sungai ... dan di bawah air sungai tu ada batu-batuan ... 

selain itu, tak kisah kamu ni mmg jenis pandai berenang atau diver, silalah pakai safety jacket untuk terjun ke dalam sungai ... setiap pengunjung ke sini perlu ambil langkah langkah keselamatan ...


selain My Nurul Homestay, kalau kamu mahu merasai kelainan, boleh juga menginap di Tree House / Rumah Atas Pokok ... yang seronoknya di kawasan dusun ni, semuanya nampak sangat segar dengan pokok pokok hijau di sekeliling dan air sungai yang jernih mengalir ... hari pertama sampai tu, kitorang hanya lepak2 di homestay dan berjalan jalan di sekitar kawasan sahaja ... nak mandi sungai petang tu tapi air pasang so tidak sesuai untuk mandi bersama anak kecil ... tunggu esok pagilah jawabnya ...


keesokan harinya selepas breakfast, terus bawa lil' armies mandi sungai di kawasan yang cetek ... kena menapak beberapa meter dari homestay tapi tidaklah jauh mana pun ... anak anak ready dgn life jacket, tak sabar nak mandi sungai dgn mr.Husband ... 


puas mandi sungai, dorang bertiga naik rakit pula ... lil' Iman mula mula takut mandi sungai, tapi lepas beberapa minit, dia mandi sungai sorang sorang tak jauh dari mr.Husband ... manakalau lil' Amin pula, hati saja besar mau mandi sungai, sekali jejak saja kaki di dalam sungai, terus kecut! asyik mau berkepit saja dengan mr.Husband ....

pengalaman mandi sungai sebegini dan menaiki rakit adalah yang pertama buat lil' armies ... mereka rasa teruja ... selain tu, mendekatkan anak anak dengan alam semulajadi sedikit sebanyak dapat mengajar anak anak untuk menghargai bumi ini dan mengajar mereka mengenai alam semulajadi ....


since mrs pip tengah pregnant, dan untuk turun ke sungai tu agak licin, so mr.Husband tak benarkan mrs pip mandi sungai demi keselamatan diri dan baby dalam perut ... oh! my preggy ... so, sambil tunggu dorang ni siap mandi, mrs pip selfie sorang sorang dan jadi fotografer amatur ambil gambar dorang ni mandi sungai >>> dalam hati, I is jeles tau tinguk dorang mandi manda happy happy <<< lepas siap mandi sungai tu, kitorang balik homestay bersihkan badan dan kemas kemas untuk balik ... 


dah siap siap nak balik tu, kitorang pun jumpa dulu dengan cik Mira nak minta diri .. sebelum tu bergambar dulu di pintu gerbang My Nurul Homestay ... cik Mira tu yang dalam gambar pakai tudung labuh, skirt hitam tu ... My Nurul Homestay ni family bisnes dorang , so dia ni one of the business operator kat sini ... mesra orangnya ... 

dan yeah, bertemu pula dengan Sabahan Blogger yang cantik ni , iaitu Liza Izara dari www.lizaizara.com , yang dalam gambar pakai long sleeve grey tu .... kalau nak tahu, cik Liza ni founder Le Zaara tau, yang jual knitted shawl yang cantik cantik tu ... 

#mommymontel #74kg #3rdpregnancy #partyoffour

satu satunya gambar kami berempat
kredit gambar : mynurulhomestay

kalau tidak mahu menginap di sini , kamu boleh juga datang sini untuk BBQ, berkelah, mandi sungai, berakit dan sebagainya ... dua hari kami di sini, dua dua hari tu kawasan homestay ni penuh dengan kehadiran orang awam yang datang untuk beraktiviti ... 

serius tempat ni walaupun jauh dari kawasan bandar, agak terpencil, tapi memang meriah dengan kehadiran orang awam yg datang dari serata tempat ... cuma kitorang saja yang baru tau kewujudan tempat cantik ni tau ... muehehe ....

apapun, thanks My Nurul Homestay kerana memberikan kami pengalaman penginapan gaya kampung, back to nature di dalam kebun ... memang pengalaman menginap sebegini akan menjadi sebahagian memori indah dalam hidup mrs pip ... 

untuk info lanjut, boleh check facebook My Nurul Homestay 


>>> atau layari IG www.instagram.com/mynurulhomestay <<<


atau Whatsapp Mira : 017-7053872

terasa sedikit berat hati ketika meninggalkan kawasan My Nurul Homestay ni ... masih terkenang kenang rumah bambu yang kitorang menginap malam tu ... masih terngiang ngiang bunyi desiran angin yang damai dan bunyi sungai yang mengalir jernih ... insya allah, mrs pip dan keluarga akan kembali lagi ke sini jika umur panjang ... maybe kali ni dengan baby kecil , manatau kan ...

till then, xoxo, and thanks for reading.

cheers.

Post a Comment

4 Comments

  1. bestnya akak.. suasana homestay. seronok ja tngokk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi seronok kalau dpt mandi sungai dan berakit ... air jernih sangat ...

      Delete
  2. bestkan cuti2 kat kawasan nature macam ni..tenang je..tapi dpt line internet tak?haha

    ReplyDelete
  3. Bestnya tempat ni, back to nature..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.