MrsPipDotCom: Artist
News Update
Loading...
Showing posts with label Artist. Show all posts
Showing posts with label Artist. Show all posts

Thursday, 27 June 2019

Song Joong Ki dan Song Hye Ko cerai!

Song Joong Ki dan Song Hye Ko cerai!

hi there, wahhhhh sedih I tau, sobs sobs ... dorang baru juga kawin 2017, punya happy bila dpt tau dorg kawin, tup tup dah nak cerai , dah failkan perceraian gitew ... Oh no my SONG-SONG couple ... 

aku baca part JoongKi confirmed dah hantar permohonan cerai, dan HyeKo bgtau perceraian ni dia dah fikir panjang dan ini yg terbaik ... 


memang few months back ada la terbaca ada rumors SONGSONG couple ni nak cerai, tapi tu rumors jak kan .. rupa rupanya mmg betul dorang nak bercerai ...

dah lah aku ni suka kat dorang berdua, nampak serasi gitew ... sebab sebab dorang bercerai tu tidaklah dinyatakan , tapi khabar angin bertiup kononnya disebabkan CURANG ... hurm :((

apapun, all the best for both of them ... siapa ada link online drama BOYFRIEND lakonan HyeKo, sudi sudi lah share ... 

saranghae JoongKi and HyeKo ... 

sumber:

cheers.

Monday, 26 February 2018

Majlis resepsi Fattzura bertemakan fairy tale avant-garde

Majlis resepsi Fattzura bertemakan fairy tale avant-garde

hi there, busylah dunia hiburan semalam buat liputan tentang majlis resepsi fattzura kan .... mrs pip layan IG chef wan, mmg rajin chef wan jadi wartawan semalam layan request his fan ... so, mmg tak perly runsing, semua sudut chef wan update info, thanks chef wan jadi wartawan terjun share news dgn your fans majlis resepsi fattzura ....

check youtube pagi ni, mmg ramai yg upload majlis resepsi fattzura, rajin sungguh youtubers, thanks juga kat korang coz tanpa youtubers yg rajin mmg gigit jari nak tunggu news majlis resepsi fattzura ... anyway, I is mengaku suka minat kat Fazura , tu yg layan majlis resepsi fattzura tu ...


lain org lain selera. dengan bertemakan majlia resepsi fairy tale, mmg teruja nak tengok pelamin. bg mrs pip la kan, pelamin fattzura ni sweet simple yet gorgeous ... warna2 yg digunakan pun mmg cantik. 

setiap pasangan yg berkahwin ni ada citarasa masing masing, so I guess fattzura ni mmg suka something simple , something yg tak keterlaluan ... 


gambar atas tu salah satu wedding photoshoot dorg ... org dah kawin, nak angkat2 wife pun tak ada rasa kekok or rasa bersalah kan ... bagus juga buat mcm fattzura ni, kawin dulu baru berphotoshoot ye tak ...


biasanya, kalau wedding guna tema fairy tale, ala ala istana gitew, gaun mesti nak kembang semerak kayangan... Nak kaler kaler, tp fazura just go on with classic white gown. apapun, she looks stunning in that gown ...


gaun kedua pilihan fazura ni mrs pip suka ... dan kena dgn solekan dan dandanan rambut fazura, less is more , amd yet she looks damn beautiful ... 

semoga perkahwinan fattzura kekal selamanya hingga ke jannah, kita doakan yg baik baik saja buat mereka ... 

till then, xoxo. love fattzura, as always.

cheers.
Emma Maembong cakap omputih memang menyengat!

Emma Maembong cakap omputih memang menyengat!

hi there, emma maembong cakap omputih, memang menyengat ... pernah dengar emma cakap omputih tak? hari tu emma buat tutorial lip matte, dengar emma cakap omputih for the very 1st time, ada accent British, tapi rasanya that is emma true colors la kan since emma mix scottish, so tak heranlah kalau her english ada some sorts of British accent ... rasanya her accent tu bukan dibuat buat, that is the real emma maembong ... kalau ada yg cakap, alaaaa tu fake jer tu, tak heranlah kalau ada saja yg nak mengata ... anyway, mrs pip like emma maembong just the way she is ... dan lip matte tu yg emma tengah promote mmg sangat menarik .... nak dengar tak emma maembong cakap omputih memang menyegat tu? 


korang bolehlah terjah ig emma maembong kat www.instagram.com/emma_maembongofficial .... tak pun boleh klik terus link yg mrs pip share ni >>> https://www.instagram.com/p/Bfc-oAonICZ/

atau korang klik vid kat bawah ....


korang dah tengok tak tutorial lip matte emma maembong tu? amacam, menarik tak semua warna yang ada? mrs pip suka yang code 1 tu, warna natural ... hope dapat grab satu ....

love you emma, as always ....

cheers.

Wednesday, 20 December 2017

JKS tidak beragama Islam

JKS tidak beragama Islam

hi there, hari tu mrs pip tengok kat youtube, ada satu program hiburan kat Indonesia yang menyatakan senarai artis Korea yang beragama Islam ... so mrs pip pun mcm hurm, krik krik di situ. boleh percaya ka sumber yang dinyatakan tu ....???? dan salah satu artis yang disebut memeluk agama Islam ialah Jang Keun Suk. 

WHAT?! 

JANG KEUN SUK?!

ish, sejak bila pula JKS ni muslim? sah sah dia bukan muslim kerana gambar gambar yang dikongsi di laman twitter/IG pun tidak menunjukkan dia seorang muslim. dia kan selalu kluar minum dengan geng geng dia. ok fine, kalau kluar minum tu tak boleh nak cakap dia muslim ke tak. 


siap beberapa hari lepas, one of our part time staff pun cakap JKS ni muslim. bila tanya dia dapat sumber dari mana, senang saja dia bgtau, kat youtube. hurmmmm, so semua kat youtube tu betul eh? staff tu terus macam terdiam sebentar. so mrs pip bgtau la, tak semua yang kita baca, dengar dan nampak tu betul. so kenalah check betul2 sebelum nak comfirm sumber tu betul atau tak ....

pengajaran juga utk mrs pip, kekadang ter-percaya dgn apa yang dibaca/dilihat/didengar sebelum check betul betul. so, mrs pip blanja gambar JKS yang cukup membuktikan dia bukan seorang muslim. latest as on 15/12/2017. sumber asal >>> klik di sini <<<

tau JKS  ni sejak movie femes amos dia ni BABY and ME ... rasanya baby yang berlakon sama dgn dia dah besar la kan ...

thanks for reading, tu jer lah nak kongsi kat korang hari ni.

cheers.

Tuesday, 28 November 2017

Tahniah! Fazura dan Fattah dah kahwin

Tahniah! Fazura dan Fattah dah kahwin

hi there, yeah! tahniah kepada pengantin baru Fazura dan Fattah dah kahwin, selamat bernikah pada 27 November 2017. happy dengan perkhabaran ini, well I love Fazura hokey. dan bila Fazura kahwin dengan Fattah, memang WOW dalam hati mrs pip. very happy for both of them. maybe ada yang tak hadam lagi dengar perkhabaran Fazura dan Fattah dah kahwin. to  my dear friend LuluMatzam, jom lah hadam bersama dan terima hakikat Fazura dan Fattah dah kahwin. 

Tahniah! Fazura dan Fattah dah kahwin
Tahniah! Fazura dan Fattah dah kahwin

memang agak terkejut dengar berita perkahwinan Fazura dan Fattah coz mcm baru saja dorang ni buat announcement mengenai pertunangan mereka hari tu kan , now dah selama bernikah. tapi mrs pip suka cara mereka yang lebih memilih majlis diadakan secara privacy. tak banyak kecoh, tunang dan kahwin dalam masa yang singkat. nampaknya, mereka berdua memang serius menjalin cinta dan menjadikannya cinta halal dalam tempoh yang singkat. baguslah mcm tu, dah rasa berkenan, tak perlu fikir lama sangat. kalau dua-dua serasi, dan keluarga tidak membantah, apa tunggu lagi, jom kahwin.

teringat pula time mrs pip dulu, bertunang penuh rahsia, dua minggu kemudian kahwin. beberapa hari sebelum kahwin, baru jemput bgtau saudara mara dan jiran terdekat. ada yang happy, ada yang banyak tanya ada juga yang rasa pelik kenapa kahwin tergesa-gesa. muehehe. ekceli tak tergesa gesa mana pun, coz mrs pip mmg plan majlis yang sangat simple. cukuplah sekadar nikah n majlis makan sederhana. no pelamin for us. itu mmg keinginan mrs pip dari dulu kalau kahwin tidak mahu ada sebarang majlis bersanding dan pelamin. lain orang lain citarasa ...

apapun, mrs pip doakan yang baik baik untuk Fazura dan Fattah, semoga kekal hingga ke jannah you two. luv ya.


dan jgn lupa join ohsem giveaway by mrs pip ok. tarikh tamat pada 6/12/2017. klik banner utk join. hadiah misteri menanti pemenang bertuah.

cheers.

Sunday, 26 November 2017

Tahniah! Fazura & Fattah selamat bertunang

Tahniah! Fazura & Fattah selamat bertunang

hi there, well walaupun ramai yang sudah mengetahui mengenai pertunangan fazura dan fattah amin, tapi still mrs pip nak share juga lah cerita tunang mereka ni kan. well, aku mengaku aku suka fazura. that's it. there are few malaysian artists yang mrs pip suka, dan akan follow perkembangan mereka. salah satunya ialah fazura. one thing mrs pip suka fazura pasal dia selalu simple dan make up tak tebal tebal. rambut sentiasa kemas. 


tak nak la cerita banyak banyak, coz korang semua pun dah tahu kan, fazura dan fattah dah tunang pada 13/11/17 hari tu.  seriously, age doesn't matter. kalau sudah jodoh, siapa lah kita yang mampu menolak. secocok, sama padan. lepas tengok drama hero seorang cinderella tu, rasa mereka berdua ni serasi. dua dua suka senyum, dua dua nampak sweet. tak sangka pula mereka ni bercinta. well, hope jodoh mereka kekal hingga ke jannah. wish both of you all the happiness and congrats.

thanks for reading, xoxo.

dan korang jangan lupa utk join Ohsem Giveaway by Mrs Pip tau, tarikh tamat giveaway pada 6/12/2017. klik banner utk join. TQ

cheers.

Tuesday, 7 November 2017

Cerita artis Korea : Song Hye Kyo dan Song Joong Ki dah kawin + Lee Seung Gi tamat latihan tentera

Cerita artis Korea : Song Hye Kyo dan Song Joong Ki dah kawin + Lee Seung Gi tamat latihan tentera

hi there, walaupun agak terlewat sedikit untuk buat entry khas #songsongcouple ni, tapi still nak buat juga! umum mengetahui Song Hye Kyo dan pasangannya Song Joong Ki telahpun melangsungkan perkahwinan mereka secara tertutup, hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat di Shilla Hotel di Seoul pada 31 Oktober 2017. pasangan yang pada mulanya hero-heroin drama Descendants of The Sun (DOTS), akhirnya mencintai di antara satu sama lain secara realiti, dan mengambil keputusan untuk berkahwin. yeah! love you #songsongcouple .... mrs pip layan DOTS ni pasal nak tengok Song Hye Kyo, agak lama menyepi gadis jelita ni, dan tak sangka pula berpasangan dengan Joong Ki dalam DOTS tu memang nampak sesuai sangat , dan harapan ramai peminat agar mereka bersatu telahpun termakbul ....
kredit gambar dari soompi.com
Cerita artis Korea : Song Hye Kyo dan Song Joong Ki dah kawin + Lee Seung Gi tamat latihan tentera
Cerita artis Korea : Song Hye Kyo dan Song Joong Ki dah kawin + Lee Seung Gi tamat latihan tentera 

dan dianggarkan majlis perkahwinan mereka menelan belanja lebih dari sejuta dollar termasuk sewa hotel, sewa dewan hotel, hidangan makanan, dekorasi bunga, hand bouquet, dan pakaian perkahwinan. pasangan ini menolak ke semua tajaan perkahwinan tanpa mendengar nilai barang tajaan yang ingin ditaja pihak penaja termasuk tajaaun untuk live airing majlis perkahwinan mereka! 

apapun, mrs pip happy dengan perkahwinan #songsongcouple ni ... semoga bahagia selamanya. and yes, they look great together.

kredit gambar soompi.com

selain majlis perkahwinan #songsongcouple, ada satu lagi berita gembira mengenai artis kegemaran mrs pip. dongseng mrs pip iaitu si lee seung gi sudahpun tamat perkhidmatan tentera pada penghujung bulan oktober baru baru ini. yahoo! the multi-talented Lee Seungi Gi is back. Seung Gi memulakan perkhidmatan tentera pada 1 Feb 2016 dan tamat latihan pada 30 Oktober 2017. lepas ni ternanti nanti juga, bilakah agaknya dongseng mrs pip yang lain iaitu Jang Keun Suk dan Lee Min Ho enlisted pula. Kim So Hyun pun dah pergi military training kan pada 23 Oktober lalu.... 

mrs pip suka tengok Seungi Gi dalam 2Days 1Night (the early season), waktu tu dia ni yang member paling muda, so selalu kena buli ... tapi dia ni suka betul kenakan big brother dia tu, si Kang Ho Dong. part tak boleh lupa bila dia conteng muka Kang Ho Dong time tidur, lepas tu dia buat derkkk jak. bila Kang Ho Dong bangun pagi tu, dan tengok muka kena conteng, bukan main Seung Gi sembunyikan diri ... satu lagi dalam 2Days 1Night tu, bila Seung Gi kalah game dan kena bawa jam besar berjalan di khalayak umum sepanjang menyiapkan misi yang diberi ...

Lee Seung Gi & his big bro, Kang Ho Dong
Cerita artis Korea : Song Hye Kyo dan Song Joong Ki dah kawin + Lee Seung Gi tamat latihan tentera
Cerita artis Korea : Song Hye Kyo dan Song Joong Ki dah kawin + Lee Seung Gi tamat latihan tentera 

selain tu, mrs pip suka tengok Seung Gi dalam rancangan bual bicara bersama artist dalam Strong Heart, dan memang best sangat dia berpasangan bersama Kang Ho Dong ... cute la dorang berdua tu .. satu Big Brother, satu little Dongseng ... memang #bromanceforever la dorang ni ... hope ada kolaborasi akan datang antara mereka berdua kelak.... apapun, all the best untuk Lee Seung Gi. and can't wait for his return to the drama screen ..... dan dilaporkan, Seung Gi akan berlakon dalam drama terbaru bertajuk Hwayugi bersama Oh Yeon Seo, Cha Seung Won dan FT Island Lee Hong Ki.

happy K-fans forever T_T

cheers.

Saturday, 5 August 2017

Happy birthday Asia Prince , JKS

Happy birthday Asia Prince , JKS

hi there,

Admit that, I was once a big fan of kdrama ... but nowadays I'm a bit selective with what I want to watch , I only watch drama that really come to my attention despite who is the hero and heroin, but when it comes to few artistes such as park shin hye, lee seung gi, ku hye sun, song hye ko, jang keun suk, lee min ho, park min young, shin min ah, jaejoong, junsu, lee bo-young, lee jong suk, song joong ki and few others, it's hard not to watch their dramas ...

how about u ols? are u kdramas addict? any fav stars? ....


if previously I follow almost his stories (when I was single, muehehe) but nowadays not anymore ... my prince charming is no longer this asia prince, but always my 3 men in life --- mr.Husband, lil'Iman n lil' Amin ....

wishing jang keun suk dongseng a nice happy 30th birthday (it was yesterday 4.8.17) ... all the best ! ....ok JKS, this noona hope to see you with Park Shin Hye dongseng ( I heard she is with Jung Hwa , the CNBlue ... 😂 is that true?)

cheers.

Friday, 7 July 2017

Song Hye Ko dan Song Joong Ki bakal berkahwin 31 Oktober ini !

Song Hye Ko dan Song Joong Ki bakal berkahwin 31 Oktober ini !

hi there,

yeah, our #songsongcouple akhirnya akan berkahwin 💑 .... song hye ko is always my fav korean actress since drama autumn in my heart, kemudian follow tengok full house dan worlds within ... lepas tu agak lama tak tengok song hye ko dalam any dramas, then she is back dalam drama that winter the wind blows, dan last 2 years ago, descendants of the sun bersama song joong ki ....

siapa follow DOTS? love her in the drama, she is more matured + more beautiful .... muehehe .... digandingkan pula bersama si cheeky joong ki, memang sesuai sangat mereka berdua ....


siapa sangka, keserasian mereka di lokasi membawa kepada percintaan selepas tamat penggambaran, dan ada yg mengatakan joong ki tertawan melihat hye ko ketika di set penggambaran DOTS lagi. aiseh, cinta lokasi 😊 ...


dan #songsongcouple terkini memgumumkan akan berkahwin pada 31 Oktober tahun ini dan mengharapkan sokongan dari semua pihak, dan mereka telah memuatnaik status di fan cafe masing masing ....

On July 5, Song Hye Kyo wrote on her official fan cafe, "Song Joong Ki was a colleague I worked well with at first. After working on a drama project together, I felt our values and thoughts were similar, and we communicated well no matter what we talked about."
She added, "As he was a good colleague and friends, we contacted each other after our project was finished, and that's how we got to know each other. The trust he made me feel after a long time and the trust in the future I had with him made me realize his sincere feelings towards me. That's when I became sure."


Song Joong Ki also posted to his fan cafe:
"I met a drama project that made me shine and was an honor to me, and I made a precious friend who spent that happy time with me. We confirmed our sincere feelings for each other and became a couple who loved each other. At the beginning of 2017, we made a promise to each other to spend the rest of our lives together. We'll fill what we each lack with love, and we'll live a new life where we can face difficulties together. I plan to marry Song Hye Kyo at the end of October 2017. I wanted to let you all know of my sincere intentions earlier, but it's not something I can decide on my own. My family's opinions are also all precious, and it was a situation where I had to think carefully and discretely. I had an upcoming movie that involved many people's passion and efforts, and as an actor, I didn't want my personal life to negatively affect the film crew and staff. In the future, I'll live as a cool actor and stable head of a family. Please cheer on our good destiny. Thank you."
all the best #songsongcouple ... and congrats ....

P/s: hurm, bilalah adik aku ni PARK SHIN HYE nak kawin? dulu berkenan juga kalau shin hye couple dgn JANG KEUN SUK 😜😜😜

klik banner utk join
tarikh tutup 20/7/17

cheers.

Sunday, 27 March 2016

5 lokasi perkahwinan artis terkenal dunia yang paling WIN kena terjah!

5 lokasi perkahwinan artis terkenal dunia yang paling WIN kena terjah!

pasal ramai sangat yang kawin baru baru ni,
jadi mrs pip pun nak la juga intai intai
kalau artis terkenal tu, kawinnya di mana sih?

yang orang biasa biasa,
well kawin pun biasa biasa ikut kemampuan,
tapi kalau selebriti terkenal,
memang sunnguh luarbiasa kemampuan dorang ni T_T

p/s: jangan jeles, setiap kita ada rezeki masing masing :)
zuhud ja la pada sang pencipta,
tak perlu hasad hasad kan ...


George Clooney kawin kat Hotel Venice bersama pasangannya Amal Alamuddin ...
amboi, bukan main meriah lagi dia kawin kan, kalau selalu naik kereta mewah,
ni naik speed boat gitew ... kelassss kau Clooney , ala ala James Bond pun ada ...


Angelina Jolie dan Brat Pitt pula kawin kat tempat ni,
tema kedesaan sungguh! ... mereka bertukar vows di sebuah gereja kecil
di Chateau Miraval, Provence Perancis ....
dengan keluasan 1000 acres, sesuailah untuk jauhkan diri dari paparazzi


siapa pula yang kawin kat sini?
Kim Kardashian ler dan pasangannya Kanye West itu ...
Forte di Belvedere, villa itali yang wujud sejak kurun ke-16 ....
ok, very historical tempat ni ...
kalau nak sewa, USD400,000 sehari jer T_T


siapa la nak kawin kat tempat mcm ni?
korang jangan buat buat lupa pula,
Tom Cruise dan Katie Holmes berkahwin di sini,
di Odescalchi Castle, Lake Bracciano , Italy ...


yang ni mrs pip suka T_T
very the royal look kan ...
David Beckham kawin kat sini, Luttrellstown Castle, istana kurun ke-15
di County Dublin, Ireland ....
dilaporkan castle resort ni berkeluasan 560 acres yang penuh magika dan cantik ...

so, antara lima artis ni, mana lokasi kawin yang best?
hahaha, bagi mrs pip la kan, George Clooney kawin tu tetap palin WIN punya,
naik speed boat tu ... very the James Bond betul!

cuci cuci mata ,
nnt bolehlah korang yang nak kawin tu,
plan tempat resepsi mcm selebriti2 terkenal dunia T_T

Saturday, 5 March 2016

Ayu Nazirah, anak komposer Ajai dan penyanyi Nourul yang cemerlang dalam SPM ....

Ayu Nazirah, anak komposer Ajai dan penyanyi Nourul yang cemerlang dalam SPM ....

siapa tak jeles kalau tengok anak orang lain SPM dapat straight A's ?
mrs pip jeles tahap gaban tau ... dulu dulu parents suruh belajar bagus bagus kan,
padan muka tak sungguh sungguh ...

dapat 16Agregat jer la .....
time tu, ada kawan dapat 6agregat, memang jeles tahap gaban you ols!

kredit : di sini


tu dulu dulu punya cerita la ....
recently, selebriti terkenal ajai dan nourul
berkongsi kejayaan anak mereka, Ayu Nazirah yang cemerlang dalam SPM

terbeliak kejap mata mrs pip ni tengok result Ayu Nazirah semua AAAAAAA,
ada 2 A+ pula tu .... jeles jeles ....

eh Nourul Ajai, anak you makan supplement apa eh???
muehehehe .... kongsi kongsi la rahsia ....

*face slap* .... ingat kalau makan extra supplement tu boleh jadi bijak????
berhenti berangan ...

as Ajai said "hard work leads to major success"
so ada faham mak mak budak sekalian ???

mrs pip *angguk mode*

dan dah bijak pandai tu, jangan lah berlagak ok ...
mcm kata cik nourul "jadilah bijak, bukan hanya dalam pelajaran, tapi dalam hidup"

semoga Ayu Nazirah sentiasa sukses!

tahniah.

Friday, 5 February 2016

Tahniah Stacy & Akim

Tahniah Stacy & Akim

hi there,

hari ni seperti yang ramai maklum, artis pujaan sabahan stacy menikah dengan jejaka sweet akim ... mrs pip memang suka ja dorang ni berdua ... time couple couple tak la havoc canang sini sana dorang punya relationship .... then time tunang pun just buat yang simple simple sahaja ...

then time kawin ni pun mrs pip suka tingu majlis akad nikah, serba putih very sweet simple and gambar pun tidak terover over, cium pipi dahi segala tu mcm tiada la pula ... just stacy cium tangan akim ja ......


sweetnya! quite sukar untuk tengok stacy and akim sweet sweet manja begini di lensa kamera kan ... in my opinion la kan, acara nikah stacy and akim ni quite sederhana though dorang ni artis and ramai follower, but still dorang terapkan nilai kesederhanaan bersesuaian dengan imej mereka ... stacy pun pakaian nikah dia still boleh diterima ramai, not menjolok mata (walaupun sedih dengan sesetengah artis yang terlalu over) ....


semoga kalian sentiasa berbahagia, dan melalui bahtera rumahtangga dengan penuh kesabaran dan semoga kekal hingga ke jannah .... mrs pip suka tengok dekorasi ruang nikah stacy dan akim ... bunga bunga putih tapi cukup sederhana, tidak terlalu padat ... 

kredit: rotikaya

cheers.

Thursday, 16 April 2015

Gorjes Lee Min Ho dating di Kota London bersama Suzy Miss A

Gorjes Lee Min Ho dating di Kota London bersama Suzy Miss A

hi there, hi semua .... hari yang cerah .... rasanya ramai yg dah tahu gorjes lee min ho secara rasmi dating dengan si jelita suzy dadi group Miss A kan recently ... awesome! 

dulu dulu mrs pip ni suka juga tingu drama korea, mmg K-Fever la dulu dulu before kawin la ... then bila dah kawin, still tingu juga, tp once dah ada anak, untuk follow K-drama ni tidak serancak seperti before kawin ...

lee min ho and suzy dating di kota london,
lee min ho and suzy dating di kota london,

hehehehe, but once in a while kalau ada drama best, mmg follow juga la ... kalau ndak sempat tingu di astro, mrs pip beli full set the drama cd, puas hati kan boleh tengok berulang kali ... last drama lee min ho mrs pip follow was the inheritors, manakala si cantik sucy ni paling last mrs pip watched her drama was Gu Family Book, ni drama time dia bergandingan bersama si kacak Lee Seung Gi...

Lee Min Ho and Suzy dating di kota London kira awesome juga lah kan, dorang lari jauh beribu kilometer semata mata untuk dating dan cuba berahsia daripada pengetahuan umum ... ahaks,. kedapatan juga oleh si paparazi kan ... but somehow, dorang mengaku juga dorang dating kan, walaupun mulanya macam dating sembunyi sembunyi...

kalau artis kita ... macam mana pula? selalu ja bagi alasan mcm mcm ... dan statement tak boleh pakai kalau pi dating di oversea, artis kita akan cakap

kami bukan pigi berdua

ni mmg statement tak boleh blah!

nextime artis kita ni, kalau mau up jadi international artist, please belajar tentang artist behavior: when becoming an international star yer ... *ada ke subjek ni kena ajor?*

and satu lagi, artis kita ni sangat ramai yang tak pandai berdepan dengan media, bila buat statement nampak sangat very not educated in terms of dunia hiburan ... reason why artist korea ni nampak hot depan media and sangat disukai ramai? coz they have classes untuk bentuk sahsiah diri dorang untuk jadi artis terkenal ... artis kita, bila lagi? *sentap ke? ... sentap la sendiri wahai artis local*

apapun, lee min ho and suzy, you look compatible! awesome.

cheers.
Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done