Neelofa dan PU Riz Bertunang?

 

Neelofa dan PU Riz Bertunang

Neelofa bertunang dengan PU Riz. hi there, hari ni memang sakan sangat media bercerita tentang Neelofa bertunang dengan PU Riz.

Seriously, aku cuma tahu nama PU Riz ni bila Neelofa dah start pakai niqab. Ada sumber yang mengatakan PU Riz adalah antara mereka yang membantu Neelofa memilih untuk berniqab. 

Sewaktu nampak di IG Neelofa berniqab tu, aku ingatkan dia tengah shoot iklan ke apa, rupa-rupanya dia memang berniqab sepenuhnya. Alhamdulillah. Semoga istiqomah dengan perubahan yang baik ini.

Dan berkenaan dengan PU Riz pula, aku pun bukan update siapakah gerangan lelaki yang ini. Jadi kita pun Google Wikipedia untuk dapatkan maklumat berkaitan dia. Kah! Aku sorang sajakah yang ndak kenal dengan PU Riz ni?

Neelofa Mengikat Tali Pertunangan Dengan PU Riz?

Pasal bab pertunangan tu, aku mulanya macam rasa kurang percaya. Tapi bila tengok IG mak kepaa Neelofa dan IG Noor Nabila, kakak kepada Neelofa, terus rasa macam yakin yang Neelofa dah bertunang.

Dan tak perlu mention nama, memang mak Neelofa up gambar mereka bertiga, dengan caption yang menarik. 

So, once again Alhamdulillah. Dan tahniah untuk Neelofa dan PU Riz. Semoga hubungan mereka baik-baik saja dan urusan perkahwinan dipermudahkan semuanya.

Neelofa dan PU Riz Bertunang

walaupu berita pertunangan ini disambut baik oleh semua peminat Neelofa , namun ada juga terpalit sedikit cerita kurang enak berkenaan bekas kekasih PU Riz yang dikatakan tidak move on dengan perpisahan mereka.

Namun begitu bekas kekasih PU Riz yang dikenai sebagai Amal, memuatnaik kenyataan berkaitan hubungan mereka dan dia redha dengan hubungan mereka yang telahpun berakhir.

I deserve my best, he deserves his best. We're just not each other's best. Redha.

Dalam hal yang berkaitan soal hati, ianya sesuatu yang agak kompleks. Ada yang  bercinta lama tapi penghujungnya mengikut haluan sendiri. Sama juga yang sudah berkahwin, kalau jodoh tu singkat, maka hubungan tu takkan lama.

Apa yang perlu dilakukan ialah take your time to move on, dan redha dengan apa yang berlaku.

Sedikit berkaitan Biodata PU Riz

PU Riz merupakan seorang pendakwah bebas dan juga pelakon, lahir pada 2 Mei 1995 dan nama penuh beliau ialah Muhammad Haris bin Mohd Ismail.

Pernah berlakon dalam beberapa buah drama seperti Kisah dari Mekah, Kelip-kelip Kota London, Selafaz Cinta, Air Kata Bumi Matador, Geng Tadarus, Lelaki Kiriman Tuhan, Anugerah Cinta Aishah, Tolong Aku Doktor Cinta, Korban Kasih dan Pelindung Seorang Puteri.

Aku berharap cerita pertunangan Neelofa dan PU Riz ini adalah cerita yang sahih. Dan semoga mereka berdua bahagia bersama.

Dan dalam masa yang sama, aku juga mendoakan Amal agar bertemu dengan pasangan yang sepadan dengannya.

Dan juga selepas ini Amal tidak akan dikaitkan lagi dalam siri percintaan Neelofa dan PU Riz kerana Amal sudahpun membuat kenyataan yang jelas berkaitan dengan dirinya dan bekas kekasihnya itu.

Doakan yang terbaik untuk Neelofa dan pasangannya. 

cheers.

6 Comments

  1. Semoga urusan mereka membina masjid dipermudahkan dan jodoh berpanjangan. Aaminn

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan kedua mempelai ini :)

    ReplyDelete
  3. Oh bertunang ke? Ai ingatkan merisik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam bertunang. hopefully naik ke jinjang pelamin. amin.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.