Blog Capai 2 Juta Pageviews || 01.01.2022

Blog capai 2 juta pageviews. Slowly but surely. Banyak sangat yang kena perbaiki kalau nak naikkan pageviews blog. 

Macam-macam aku rancang last year nak baiki ranking blog, malangnya hampir semua kerja blogging tergendala dan sebenarnya aku hampir-hampir nak stop sahaja berblogging tahun lepas. My mental unable to cope with a lot of pressure.

Sesiapa yang melalui unstable mental health tu mesti faham perasaan aku. Aku tak sampai tahap depression, cumanya aku tak boleh nak response dengan banyak benda last year.

Aku rasa life aku biasa-biasa sahaja, tapi my mental health was not in a good condition last year. Doakan aku sihat dan baik-baik sahaja untuk tahun 2022.

Baca: Tips Pantas Menulis Blog 20 Minit Setiap Hari

2 juta pageviews

Bulan 24 Jun 2021, tarikh keramat bilamana Google batalkan akaun Adsense aku dengan alasan ada invalid click. Dan lagi sedap, Google batalkan tanpa sebarang amaran!

Aku dah try buat akaun baru dan register site mrspip.com namun malangnya registration declined. So, farewell Adsense. Dalam akaun aku tu ada lebih USD60.

Tapi rezeki Allah tu sangat luas. Kejap sahaja Allah ganti semua USD60 tu dengan berikan aku ramai client dari oversea untuk collaboration.

Dalam aku rasa bersedih kehilangan Adsense, dan bertarung dengan mental yang kejap ok kejap kurang ok, sungguh Allah berikan aku rasa bahagia. 

Baca: 5 TIPS Menaikkan Pageviews (PV) Blog

Pembukaan tahun ni pula pageviews blog dah cecah 2 juta. Terima kasih kepada semua visitors yang datang melawat blog mrspip.com

Tahun ni aku tak berapa berani nak merancang apa-apa untuk pembangunan blog, namun aku harap aku ada perseverance yang tinggi untuk betulkan apa yang salah silap dalam blog so that aku boleh naikkan domain rating dan more pageviews to have.

Dan minta maaf kepada korang yang datang melawat blog dan beri komen, tapi mrs pip tak balas kunjungan. Tahun ni Insya Allah I'll do my best untuk jejak blog korang semua ya.

Baca : Tips How To Write SEO Friendly Blog Posts

cheers.

Lots of Love,

Mrs Pip

Post a Comment

8 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.