Cara Buat Appointment Maybank - Jangan Berurusan di Kaunter Maybank Kalau Tidak Buat Janjitemu || hi there. Nasib baik aku ndak main redah saja datang pergi Maybank, kalau tidak mesti kena suruh balik, sia-sia saja aku datang dari Membakut pigi Maybank Beaufort.
Alkisahnya, dua minggu lepas aku mau berurusan di kaunter Maybank. Aku macam biasalah on the spot ajak mr.Husband "Mari kita pigi Maybank" ...
mr.Husband bagitau jangan berurusan di kaunter Maybank kalau tidak buat janjitemu, kedatangan tidak dilayan dia bilang bah. Penat saja drive jauh2 lepas tu kena halau pulang.
Aku pun Oooooooooooooo dengan panjangnya, lepas tu tarik nafas panjang-panjang dengan muka kehampaan tengok mr.Husband.
Dan untuk buat appointment Maybank, aku ingat kena phone call branch Maybank. Hiks, nampak sangat entah apalah aku ketinggalan sangat ni.
mr.Husband sengih-sengih tinguk aku, lepas tu dia cakap "buat appointment online sajalah".
Laju tangan aku tengok website Maybank mau tahu cara buat appointment Maybank.
Cara Buat Appointment Maybank
Kamu semua yang mahu berurusan di kaunter Maybank, aku share cara buat appointment Maybank ok.
Sap sap sui saja bah, kamu klik saja link
>>> https://www.maybank2u.com.my/page/appointment/
- isi semua details yang diminta, dan pilih masa dan haribulan yang kamu mahu
- isi negeri, daerah, cawangan yang betul
- jangan lupa isi nama, no. I/C, nombor telefon dan email yang betul
- klik I am not robot , dan klik SUBMIT
Nanti, check email tau. Maybank aku beri confirmation appointment korang di email.
Maybank akan sediakan nombor rujukan juga.
Kalau rasa-rasanya nak batalkan appointment kerana tiba-tiba anda ada urusan lain, anda register sahaja new appointment.
Mudahkan nak buat janjitemu di Maybank, kan?. Klik saja link di atas tu.
Datang 10 Minit Lebih Awal
Kalau kamu memang confirm akan datang pada tarikh janjitemu tersebut, aku syorkan kamu datang awal.
Sebelum tu,.di depan pintu Maybank, ada pegawai bank yang bertugas di kaunter, hanya perlu bagitau kamu ada appointment di Maybank, sekian sekian haribulan.
Macam kes aku, pegawai yang bertugas hanya tanya nama dan phone number aku, lepas tu dia check kejap dalam list dia dan woha! senang gila aku rasa berurusan seperti ini.
Macam kes aku datang 20 minit awal, aku tunggu kejap di luar. Dan lepas 10 minit sebelum appointment, aku tanya kalau-kalau dah boleh masuk. Alhamdulillah, berjaya buat
Memang senang saja berurusan dengan Maybank. Tak sampai 5 minit pun, giliran aku pun sampai.
Very Alhamdulillah. Urusan sangat dipermudahkan.
Doa Agar Urusan Harian Dipermudahkan
Dah alang-alang cerita pasal Maybank ni, aku selitkan doa paling senang minta Allah SWT permudahkan urusan harian kita semua.
Doa ni cuba amalkan ketika baca doa habis sembahyang Subuh, lepas tu minta agar semua urusan harian dipermudahkan, Insya Allah berjaya.
Allahumma Ya Barik 44X
Selepas dari Maybank, aku singgah beli barang dekat Servay. Tidak ramai orang di dalam Servay, pergerakan smooth sahaja.
Lepas ambil semua barang yang aku mahu beli, aku pi kaunter pembayaran. Alhamdulillah, ada satu kaunter tu kosong tiada orang beratur, teruslah aku pi bayar barang-barang dekat kaunter tu. Yeay.
8 Comments
teringat di Bank Rakyat juga kenakan temu janji dulu
ReplyDeleteRasanya semua bank dah start wajib buat appointment dulu sebelum berurusan di kaunter kan.
DeleteOoohh, begitu. Baru saja ni nak p terjah maybank ganti kad. kad Bank islam pun pakat nak expired jugak. Aiguuu
ReplyDeletebuat janjitemu dulu online dulu tau.
Deleteterima kasih untuk info ni. terutama kalau kad expired, nak tanak kena g kaunter juga.
ReplyDeletesemoga entry ni bermanfaat utk semua .. jgn lupa buat appointment dulu kan kalau nak pergi kaunter Maybank.
Deleteyupp kena buat appointment suda sekarang ni. Even Maybank di belakang office seja tapi bukan semua service dia buka. Terpaksa pergi branch lain kalau mau berurusan
ReplyDeletebaru tahu mo kena appointment. Nanti mo renew kad tengah fikir, buat online or buat appointment Maybank ja...
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.