Cara Buat Appointment Maybank (2021) - Jangan Berurusan di Kaunter Maybank Kalau Tidak Buat Janjitemu

Cara Buat Appointment Maybank - Jangan Berurusan di Kaunter Maybank Kalau Tidak Buat Janjitemu || hi there. Nasib baik aku ndak main redah saja datang pergi Maybank, kalau tidak mesti kena suruh balik, sia-sia saja aku datang dari Membakut pigi Maybank Beaufort.

Alkisahnya, dua minggu lepas aku mau berurusan di kaunter Maybank. Aku macam biasalah on the spot ajak mr.Husband "Mari kita pigi Maybank" ...

mr.Husband bagitau jangan berurusan di kaunter Maybank kalau tidak buat janjitemu, kedatangan tidak dilayan dia bilang bah. Penat saja drive jauh2  lepas tu kena halau pulang.

Aku pun Oooooooooooooo dengan panjangnya, lepas tu tarik nafas panjang-panjang dengan muka kehampaan tengok mr.Husband.

Dan untuk buat appointment Maybank, aku ingat kena phone call branch Maybank. Hiks, nampak sangat entah apalah aku ketinggalan sangat ni.

mr.Husband sengih-sengih tinguk aku, lepas tu dia cakap "buat appointment online sajalah". 

Laju tangan aku tengok website Maybank mau tahu cara buat appointment Maybank.


Cara Buat Appointment Maybank

Kamu semua yang mahu berurusan di kaunter Maybank, aku share cara buat appointment Maybank ok.

Sap sap sui saja bah, kamu klik saja link

 >>> https://www.maybank2u.com.my/page/appointment/

- isi semua details yang diminta, dan pilih masa dan haribulan yang kamu mahu

- isi negeri, daerah, cawangan yang betul

- jangan lupa isi nama, no. I/C, nombor telefon dan email yang betul

- klik I am not robot , dan klik SUBMIT


Nanti, check email tau. Maybank aku beri confirmation appointment korang di email.

Maybank akan sediakan nombor rujukan juga.

Kalau rasa-rasanya nak batalkan appointment kerana tiba-tiba anda ada urusan lain, anda register sahaja new appointment.

Mudahkan nak buat janjitemu di Maybank, kan?. Klik saja link di atas tu.


Datang 10 Minit Lebih Awal

Kalau kamu memang confirm akan datang pada tarikh janjitemu tersebut, aku syorkan kamu datang awal.

Sebelum tu,.di depan pintu Maybank, ada pegawai bank yang bertugas di kaunter, hanya perlu bagitau kamu ada appointment di Maybank, sekian sekian haribulan.

Macam kes aku, pegawai yang bertugas hanya tanya nama dan phone number aku, lepas tu dia check kejap dalam list dia dan woha! senang gila aku rasa berurusan seperti ini.

Macam kes aku datang 20 minit awal, aku tunggu kejap di luar. Dan lepas 10 minit sebelum appointment, aku tanya kalau-kalau dah boleh masuk. Alhamdulillah, berjaya buat 

Memang senang saja berurusan dengan Maybank. Tak sampai 5 minit pun, giliran aku pun sampai.

Very Alhamdulillah. Urusan sangat dipermudahkan.


Doa Agar Urusan Harian Dipermudahkan

Dah alang-alang cerita pasal Maybank ni, aku selitkan doa paling senang minta Allah SWT permudahkan urusan harian kita semua.

Doa ni cuba amalkan ketika baca doa habis sembahyang Subuh, lepas tu minta agar semua urusan harian dipermudahkan, Insya Allah berjaya.

Allahumma Ya Barik 44X

Selepas dari Maybank, aku singgah beli barang dekat Servay. Tidak ramai orang di dalam Servay, pergerakan smooth sahaja.

Lepas ambil semua barang yang aku mahu beli, aku pi kaunter pembayaran. Alhamdulillah, ada satu kaunter tu kosong tiada orang beratur, teruslah aku pi bayar barang-barang dekat kaunter tu. Yeay.

Cara Buat Appointment Maybank
- Jomlah jalan -


Sudah lama Nami tidak ikut mommy jalan-jalan. Jadi kali ini aku bawa Nami sekali. Time pakai kasut, sibuk pula budak Nami ni mau pakai boot merah dia, macam Phua Chu Kang lah dia ni. 

Tapi apa-apalah Nami ni. Mommy ikut sahaja. Asalkan Nami tidak merajuk.

Lepas beli barang di Servey, dan singgah dua kedai di Membakut, kami pun balik.

Dan seperti biasalah, mr.Husband yang drive dan peneman aku ke mana juga aku nak pergi padahal boleh saja aku drive sorang-sorang - dasar aku kan isteri manja, ekeke.

Berbalik dengan cerita kami pergi Maybank tadi 7/9/2021, janganlah lupa untuk berdoa agar dipermudahkan semua urusan.

Doa tu aku dengar dalam ceramah Ustazah Asma Harun, jadi start sana aku amalkan selalu. Bukan dalam solat subuh sahaja, bila-bila mau baca pun boleh.

Blog Lama Tak Update


Satu lagi mau menyelit cerita, blog aku macam lama pula ndak update padahal banyaknya topik aku mau share.

Apalah yang aku sibuk sangat ni.

Bermula bulan Ogos tu, aku jadi penulis artikel di Newswav. Sebulan wajib hantar 4 artikel. Dan artikel akan diterbitkan di Newswav Apps dan juga di website Newswav selepas diluluskan oleh pihak editor.

Salah satu sebab kenapa aku nak jadi penulis di Newswav ialah kerana aku nak mencuba nasib untuk jadi penulis artikel untuk laman web lain, dan aku nak tetapkan niche padahal tulis apa sahaja topik, tidak semestinya kena ada niche.

Aku ada letak link dekat sidebar aku senarai artikel yang aku dah tulis setakat ini di Newswav, jemputlah baca ya.

Dan ini artikel paling latest yang aku tulis dekat Newswav.


Jemputlah baca.

Take care dan stay safe semua.

Post a Comment

8 Comments

  1. teringat di Bank Rakyat juga kenakan temu janji dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya semua bank dah start wajib buat appointment dulu sebelum berurusan di kaunter kan.

      Delete
  2. Ooohh, begitu. Baru saja ni nak p terjah maybank ganti kad. kad Bank islam pun pakat nak expired jugak. Aiguuu

    ReplyDelete
  3. terima kasih untuk info ni. terutama kalau kad expired, nak tanak kena g kaunter juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga entry ni bermanfaat utk semua .. jgn lupa buat appointment dulu kan kalau nak pergi kaunter Maybank.

      Delete
  4. yupp kena buat appointment suda sekarang ni. Even Maybank di belakang office seja tapi bukan semua service dia buka. Terpaksa pergi branch lain kalau mau berurusan

    ReplyDelete
  5. baru tahu mo kena appointment. Nanti mo renew kad tengah fikir, buat online or buat appointment Maybank ja...

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.