Review Tudung Sarung Mosscrepe Murah RM9.90 sehelai

Review Tudung Sarung Mosscrepe Murah RM9.90 sehelai || hi there. Sudah tiba masanya untuk menambah koleksi tudung. Kalau dulu memang macam-macam fesyen tudung kita follow beli, tapi sejak dah berusia ni, semua pun nak yang selesa, simple dan labuh cukup bahagian dada, dan paling penting senang nak sarung.


tudung murah di shopee


Mulanya nak cari tudung Faezah Elai tu, tapi entah kenapa tak tergerak hati nak beli. Lepas tu cari tudung sarung yang harga murah di bawah RM10.00, janji banyak warna boleh pilih, dan nak beli yang plain color sahaja.

Alhamdulillah, terjumpa juga tudung harga bajet untuk mrs pip. Teruslah rembat 5 helai untuk koleksi baru tudung 2021.

review tudung awning mosscrepe

Ok, mrs pip kongsikan sekali details / description untuk tudung ni as per provided by seller yang menjual di Shopee tu ya. Just in case korang nak tengok material dan saiz tudung sarung Mosscrepe ni kan.

Details Tudung Sarung Mosscrepe

Material: Mosscrepe Printed, Awning Kain Scuba 

Design: tudung sarung plain

Saiz: M dan L

Saiz M 

Labuh hadapan (dari dagu ke bawah) 19.5 +/-

Labuh belakang: Ukura dari awning belakang muka 31+/-

Saiz L

Labuh hadapan (dari dagu ke bawah) 19.5 +/-

Labuh belakang: Ukura dari awning belakang muka 33.5+/-

  • Kain bukan jenis jarang
  • Tidak panas
  • Mudah dipakai, sesuai untuk casual wearing
  • Tidak mudah renyuk

Klik Link Produk Di Sini >>> Link Tudung Sarung Mosscrepe Harga Jimat


Tudung ni selesa di pakai. Memang sekali sarung terus cantik terletak di muka. Kalau muka yang saiz kecil sikit, kena pakai pin di bawah dagu.

Tapi kalau kes macam mrs pip si pipi tembam ni, tak perlu nak pin di bawah dagu.

Dan satu lagi nak bagitau korang, tudung ni sesuai untuk cucian tangan. Kalau guna mesin basuh pun boleh, tapi pastikan tak campur dengan fabrik lain takut bila bergeser dengan fabrik lain, fabrik tudung akan ada bekas bergeser , dan gunalah gentle washing.

mrs pip biasanya kalau cuci tudung , meman hand wash sahaja.

Tu sajalah nak share kat korang manatau memang ada yang cari review untuk tudung sarung jenis mosscrepe , dan cari harga bajet di bawah RM10.00.


Baca Juga Review Barang Dari Shopee:-



Kalau di Shopee, memang ramai seller. Kena pandai cari seller yang boleh berikan harga baik, dan juga diskaun jika boleh kan. Lagi best kalau boleh dapat free shipping tu, jimat memang jimat.

Thanks for reading.

cheers.


Post a Comment

3 Comments

  1. Senang, x perlu gosok.. cuma sy kursng kenan yg awning moss crepe.. maybe sebab muka bulat.. so mcm nampak lagi bulat.. tapi awning lembut tu, saya suka... selesa lagi

    ReplyDelete
  2. senang tudung begini nda paya lama2 mau kasi usai dia hehe

    ReplyDelete
  3. suka shopping kat shopee ni, harga murah & berkualiti. yang penting kena pandai cari & baca review dulu sebelum beli.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.