21 December 2020

Beli Online Lampu Meja Idaman Inspired By Ikea

Beli lampu meja idaman inspired by IKEA | hi there. Sudah lama hajat di hati mau beli lampu meja. Tapi aku seorang yang agak cerewat dengan pemilihan lampu meja! Berbulan juga aku berfikir lampu meja apa yang sangat sesuai dengan jiwa aku, sehinggalah aku ternampak lampu meja mudah laras dari IKEA. 


lampu meja cantik dan murah inspired by ikea

Tapi yang IKEA punya tu guna apit-G untuk klip di meja atau dinding , so aku terbantut sikit nak minta kawan aku tolong beli dan pos lampu tu.

Tidak mengapa. Aku yakin dengan kuasa SHOPEE yang serba serbi ada, jadi marilah kita meng-explore kalau-kalau lampu viral ni ada dijual.

Jumpa Lampu Meja Bak IKEA Punya


Dan yeay, aku jumpa satu seller Dream Lighting yang jual lampu meja inspired by IKEA ni, dan siap ada 4 pilihan warna menarik lagi iaitu hitam, putih, merah dan kuning. Dan lagi best lampu meja tu ada base plate yang boleh dibuka dan ditukar menggunakan apit-G.

Jadi boleh buat pilihan nak add-on apit-G tu atau tidak. Macam aku memang ndak beli pun apit-G tu pasal aku memang mahu lampu yang senang di alihkan, kalau guna apit-G macam agak lecehlah juga kan kena buka dan pasang.

lampu meja cantik dan murah inspired by ikea

Aku mulanya rasa risau pasal pembungkusan. Manatau lah kan kena bungkus cincai, lepas tu nanti kena main campak-campak pula time delivery.

Tapi pasal ada seorang buyer dari Sabah yang bagi rating dan bagitau pembungkusan tip top selamat sampai tanpa kerosakan, jadi aku pun beranikan diri beli lampu meja idaman aku ni.

lampu meja cantik dan murah inspired by ikea


Lampu ni di dalam kotak, lepas tu dimasukkan lagi di dalam satu kotak keras. Jadi memang aku happy dengan packaging yang seller ni buat, lampu selamat mendarat di rumah tanpa sebarang kecederaan.


lampu meja cantik dan murah inspired by ikea


Kalau lampu IKEA tu, bulb kena beli asing-asing kan, tapi yang seller ni bulb disediakan. yeay. Kalau tak memang terpaksa keluar pergi pekan cari bulb!


lampu meja cantik dan murah inspired by ikea


Kalau korang nak tahu spesifikasi lampu ni, boleh rujuk gambar di atas. Paling best lampu ni sangat mudah dipusing-pusingkan ikut kesukaan korang kan. Dan lengan lampu ni pun boleh dilaraskan dengan sangat mudah.


lampu meja cantik dan murah inspired by ikea

Lampu Meja Idaman Warna Putih Bersih


Aku pilih warna putih untuk lampu meja cantik dan murah inspirasi IKEA. Aku memang berniat kalau mau beli lampu meja, aku pilih warna putih, dan rezeki bila dapat warna idaman!


lampu meja cantik dan murah inspired by ikea

Ini lighting waktu malam di meja kerja aku. Korang abaikan saja benda-benda atas meja tu. Macam tu lah meja kerja aku, multi purpose, semua barang menyinggah letak atas meja. Dan aku pula jenis malas nak ambil gambar yang WAJIB INSTAGRAMMABLE. 

Biarlah tak kemas ke apa, yang penting korang boleh nampak lampu tu lighting dia macam mana. Seriously, lighting dia cerah terang benderang untuk jadi lampu bacaan. Bukan jenis yang malap pudar, tapi semua pun terpulang kepada bulb yang dipasang kan.

Kalau nak bulb kurang cerah, bolehlah beli watt yang rendah dengan warna kekuningan. Tapi macam aku memang prefer nak bulb putih cerah macam ni.

lampu meja cantik dan murah inspired by ikea

Ini pula di siang hari. Nak tunjuk rupa lampu meja ni macam mana dengan gambar yang lebih jelas. Walaupun lampu ni tidaklah sebiji saiz macam IKEA kerana saiz IKEA tu arm lampu tu lebih panjang kan, tapi aku still happy dapat lampu meja ni.

lampu meja cantik dan murah inspired by ikea

Ni pula bahagian lighting lampu. Lepas ni selain jadi lampu membaca, bolehlah aku jadikan lampu ni sebagai lampu cahaya ketika shoot produk untuk direview, tak pun jadi lampu tambahan ala-ala ring light! kah.

Aku dah lama berangan nak beli ring light, tapi tu lah belum terbeli-beli lagi.

lampu meja cantik dan murah inspired by ikea


Ini details pembelian. Kang kejap lagi ada yang tanya harga lampu ni berapa , siapa seller etc. So aku bagi siap-siap kat sini yer adik-adik kesayangan semua.

Bolehlah korang rujuk ya. Dan seperti biasa aku dapat discount shipping. Korang gunalah SHOPEEPAY untuk diskaun caj penghantaran.

Bijak sangat tau Shopee ni, cara dia nak bag diskaun penghantaran ialah dia nak pengguna dia masukkan duit kat Shopeepay. Tapi aku memang selalu top up Shopeepay aku pasal memang aku seorang yang lebih prefer beli online sahaja.

Selain dapat harga bargain, dapat juga jimat sedikit cashback melalui penggunaan apps SHOPBACK.

Yang kaki online shopping tu, kalau tak guna Shopback, I tell you memang rugi tau.

Nak tahu pasal Shopback, boleh baca entry terdahulu dalam blog ni, hanya klik saja link di bawah ok.


Kelebihan Shopping Secara Online Melalui SHOPBACK

Berjaya CASHOUT Duit Di SHOPBACK , 3 Hari Duit Dah Masuk Bank!

Terima Duit Dari Shopback Kali Ke-2

Penjimatan Shopping Online Guna SHOPBACK




done review tidak berbayar lampu meja warna putih bak IKEA idaman kalbu ....

thanks for reading.

cheers.

5 comments:

  1. weh murah je pun!! comey plak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, nasib baik dapat yang murah memang dalam bajet.

      Delete
  2. Replies
    1. beli ikut bajet , hehe.
      happy dapat beli lagi2 kaler tu putih.

      Delete
  3. aida ada lampu ikea tu 2 kat rumah.
    lampu belajar anak-anak. nice.

    #biters

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.

Follow Us @soratemplates