Beli lampu meja idaman inspired by IKEA | hi there. Sudah lama hajat di hati mau beli lampu meja. Tapi aku seorang yang agak cerewat dengan pemilihan lampu meja!
Berbulan juga aku berfikir lampu meja apa yang sangat sesuai dengan jiwa aku, sehinggalah aku ternampak lampu meja mudah laras dari IKEA.
Tidak mengapa. Aku yakin dengan kuasa SHOPEE yang serba serbi ada, jadi marilah kita meng-explore kalau-kalau lampu viral ni ada dijual.
Jumpa Lampu Meja Bak IKEA Punya
Dan yeay, aku jumpa satu seller Dream Lighting yang jual lampu meja inspired by IKEA ni, dan siap ada 4 pilihan warna menarik lagi iaitu hitam, putih, merah dan kuning. Dan lagi best lampu meja tu ada base plate yang boleh dibuka dan ditukar menggunakan apit-G.
Jadi boleh buat pilihan nak add-on apit-G tu atau tidak. Macam aku memang ndak beli pun apit-G tu pasal aku memang mahu lampu yang senang di alihkan, kalau guna apit-G macam agak lecehlah juga kan kena buka dan pasang.
Review Lampu Meja Inspired By Ikea
- Pembungkusan oleh Seller
Tapi pasal ada seorang buyer dari Sabah yang bagi rating dan bagitau pembungkusan tip top selamat sampai tanpa kerosakan, jadi aku pun beranikan diri beli lampu meja idaman aku ni.
Paling best lampu ni sangat mudah dipusing-pusingkan ikut kesukaan korang kan.
Dan lengan lampu ni pun boleh dilaraskan dengan sangat mudah.
- 4 Pilihan Warna, Lampu Meja Idaman Warna Putih Bersih
Biarlah tak kemas ke apa, yang penting korang boleh nampak lampu tu lighting dia macam mana. Seriously, lighting dia cerah terang benderang untuk jadi lampu bacaan. Bukan jenis yang malap pudar, tapi semua pun terpulang kepada bulb yang dipasang kan.
Kalau nak bulb kurang cerah, bolehlah beli watt yang rendah dengan warna kekuningan. Tapi macam aku memang prefer nak bulb putih cerah macam ni.
Aku dah lama berangan nak beli ring light, tapi tu lah belum terbeli-beli lagi.
- Harga Sangat Berpatutan
Ini details pembelian. Kang kejap lagi ada yang tanya harga lampu ni berapa , siapa seller etc. So aku bagi siap-siap kat sini yer adik-adik kesayangan semua.
Nak dapatkan seketul lampu inspired by Ikea ni?
Bolehlah korang rujuk ya. Dan seperti biasa aku dapat discount shipping.
Korang gunalah SHOPEEPAY untuk diskaun caj penghantaran.
Bijak sangat tau Shopee ni, cara dia nak bag diskaun penghantaran ialah dia nak pengguna dia masukkan duit kat Shopeepay.
Bijak sangat tau Shopee ni, cara dia nak bag diskaun penghantaran ialah dia nak pengguna dia masukkan duit kat Shopeepay.
Tapi aku memang selalu top up Shopeepay aku pasal memang aku seorang yang lebih prefer beli online sahaja.
done review tidak berbayar lampu meja warna putih bak IKEA idaman kalbu ....
thanks for reading.
cheers.
5 Comments
weh murah je pun!! comey plak tu
ReplyDeletetu lah, nasib baik dapat yang murah memang dalam bajet.
Deletemurah..cantik..simple..
ReplyDeletebeli ikut bajet , hehe.
Deletehappy dapat beli lagi2 kaler tu putih.
aida ada lampu ikea tu 2 kat rumah.
ReplyDeletelampu belajar anak-anak. nice.
#biters
Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.