Foldable Laundry Basket Cantik Dan Murah

Foldable Laundry Basket Cantik Dan Murah || hi there. Beranganlah sangat mahu Foldable Laundry Basket Cantik Dan Murah Ikea tu, tapi rasa macam kurang berbaloi lah pula nak bayar servis Ikea PS.

Foldable Laundry Basket Mr.DIY pun ada juga, tapi malas betul seketul aku ni mau keluar beli barang. Makin berusia ni, makin malas keluar beli barang. 

Ndak larat mau berdepan dengan masalah cari parking kereta, lepas tu anak anak pula kalau tunggu dalam kereta dengan daddy while mommy beli barang, ada yang merengek lah nanti cakap mommy kalau beli barang lamaaaaaa sangat sangat! 

Foldable Laundry Basket Cantik Dan Murah

Tapi, anak-anak tak faham yang mommy memang sangat sangat perlukan laundry basket. Dahlah habis laundry basket plastik mommy dorang kerjakan.

Sorang masuk dalam, sorang jadi tukang sorong buat macam kereta. Lepas tu bila pecah, bukan mahu mengaku. 

Mommy terpaksa buang pula basket tu gara-gara pecah dan kalau nak guna juga, risau part yang pecah tu bekasnya agak tajam juga. Takut wei kalau anak anak main lagi nanti, boleh luka pula dorang.

Apa susah sangat kan, beli saja online. Pilihan pun banyak gila gila di Shopee. Sampai mommy rambang mata bah mau pilih yang mana satu.

Kalau ikutkan hati, memang warna-warna pastel jadi pilihan.

Tapi....

Tapi mommy risau nanti anak anak ni gatal tangan seret sana sini isi mainan dalam foldable laundry basket baru mommy ni. Nanti kotor lah pula. Jadi mommy beli foldable laundry basket warna hitam dengan design minimalist.

Kan senang. Lepas tu terus grab dua ketul foldable laundry basket yang cantik dan murah.

Harga satu foldable laundry basket large size dekat Shopee ni, dalam sekitar RM8.00 - RM10.00 macam tu lah. 

Kalau korang nak pilih foldable laundry basket yang macam-macam warna, design, saiz dan bentuk, aku kongsikan link untuk korang klik 

link pelbagai pilihan foldable laundry basket di Shopeehttps://shp.ee/t5j4hjh

Foldable Laundry Basket Cantik Dan Murah

Alang alang dah cakap pasal laundry basket ni, aku share juga product description dan features-nya sekali yang dikongsi oleh seller di Shopee tu.

mrs pip tidak jual  laundry basket. Link yang mrs pip share kat atas tu, sekadar untuk perkongsian kot kot korang pun cari laundry basket macam mrs pip kan., jadi bolehlah pilih-pilih macam macam pilihan ada.

Foldable Laundry Basket Cantik Dan Murah

Product Description: 

Material: Cotton and linen 

Size:37.5 * 45cm [1 inch = 25.4 mm 1 mm = 0.039 inch] 

Waterproof and dustproof Storage basket 

Features: 

1, Super large size, can accommodate clothing, toys and other sundry 

2, It is also can be decoration placed in the room, many patterns optional 

3, Durable, high practicability 

4. Folding and saving space


Review Foldable Laundry Basket Cantik Dan Murah

Bagi aku, senanglah ada laundry basket yang boleh lipat-lipat ni. Menjimatkan ruang. Bila tak nak pakai, boleh lipat dan simpan. 

Tapi macam kes aku yang setiap hari memang buat laundry, jadi aku tak pernah pun lipat dan simpan. Biasanya memang akan letak baju yang belum dilipat di dalamnya.

Kadang-kadang jadi temporary storage box untuk toys anak-anak. 

Harga pula bagi aku affordable sangat sangat. Harga foldable laundry basket yang aku beli tu RM8.00 satu. 

Aku rasa aku nak tambah dua ketul lagi foldable laundry jenis kain macam ni, satu untuk standby letak mainan anak, dan satu lagi untuk letak pakaian yang perlu diseterika di hujung minggu.

Maybe aku nak beli warna dark brown lah pula, Insya Allah kan.

Baiklah adik adik sekalian, sekian dulu review akak pasal foldable laundry basket ni. Korang stay tune , lepas ni aku mau review handheld vacuum cleaner pula yang aku beli satu ketika dulu.

thanks for reading.

cheers.

3 Comments

  1. Cari kat shopee banyak yang murah juga. Hehehe

    ReplyDelete
  2. dah lama usha ni tapi takbeli beli hahaha tunggu pindah nanti la beli

    ReplyDelete
  3. terasa cam nak beli la bagi anak bawa asrama

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.