10 Perniagaan Yang Mempunyai Pasaran Besar Dengan Modal Kecil

10 Perniagaan Yang Mempunyai Pasaran Besar Dan Memerlukan Modal Kecil || Berniaga ataupun membuat perkhidmatan adalah aktiviti ekonomi yang dijalankan meliputi pelbagai bidang yang mana ianya dibuat secara persendirian ataupun berkumpulan. 

Dunia perniagaan yang sangat luas kini mudah ditembusi dengan adanya kemudahan canggih komunikasi secara talian ataupun online. Kreativiti, perancangan dan perlaksanaan sangat memainkan peranan untuk meraih keuntungan dalam sesuatu perniagaan.

 

Perniagaan Yang Mempunyai Pasaran Besar Dengan Modal Kecil


Namun, kekangan modal juga sering menjadi halangan kepada seseorang memulakan perniagaan. Selain itu, sebelum memulakan perniagaan, perlulah terlebih dahulu mengkaji saiz pasaran iaitu permintaan terhadap prodak perniagaan atau perkhidmatan yang akan dibuat.

10 Perniagaan Yang Mempunyai Pasaran Besar Dan Memerlukan Modal Kecil


1/ Berniaga Barangan Terpakai

Apa yang anda perlukan adalah menyediakan permis perniagaan untuk meletak dan menjual barangan terpakai.

Anda tidak perlu memikirkan soal modal untuk pembelian barangan terpakai kerana anda boleh menawarkan melalui iklan kepada sesiapa yang ingin menjual barangan terpakai untuk menghantar barangan tersebut ke permis anda.

Apabila barangan tersebut terjual, anda akan meraih komisen mengikut peratusan yang dipersetujui diperingkat awal.

Antara barangan terpakai yang berpotensi diniagakan adalah seperti peralatan rumah dan muzik, perkakasan, alat ganti kenderaan, komputer dan telefon, mainan kanak-kanak, jam, mesin jahit, barangan antik dan sebagainya.


2/ Agensi Pekerjaan

Perkhidmatan ini hanya memerlukan modal yang minima kerana anda hanya perlu berkomunikasi antara majikan dan pekerja (pencari kerja).

Untuk kapasiti kecil, anda perlu buat pengiklanan dan berjumpa dengan pekerja di mana-mana atau kedai kopi untuk proses dokumentasi.

Manakala urusan diperingkat majikan pula boleh dibuat secara dalam talian setelah terma dan syarat telah dipersetujui diperingkat awal.

Bagi Kapasiti besar pula lebih berbaloi untuk menyediakan permis sebagai pusat informasi, pengurusan dan penyimpanan salinan dokumen.


3/ Membuat Perkhidmatan Pemasaran (Marketing)

Perkhidmatan pemasaran biasanya dibuat secara persendirian. Apa yang anda perlu adalah kepakaran dari segi membuat pemasaran iaitu memperkenalkan prodak majikan kepada masyarakat melalui kempen, iklan, risalah dan sebagainya.

Anda juga perlu pakar dari segi teknik iklan dan perundingan agar prodak tersebut kelihatan menarik dan informasi mampu sampai kepada lapisan masyarakat.


4/ Agen Insuran

Anda perlu mempunyai pengetahuan tentang insuran dan memenuhi kriteria sebagai agen. Biasanya kursus dan tunjuk ajar akan diberikan oleh syarikat insuran tersebut ataupun bergantung kepada tahap pencapaian yang ada pada diri anda melalui pembelajaran ataupun kursus yang pernah hadiri.

Anda boleh membuat kempen ataupun iklan untuk memperkenalkan program insuran kepada pelanggan secara manual ataupun papan tanda.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi secara terus kepada pelanggan, membuat iklan di facebook, instagram, twitter, whatsapp ataupun di media massa.


5/ Menjual Pakaian Terpakai Terpilih

Menjual pakaian terpakai mempunyai pasaran yang bagus sekiranya mempunyai teknik betul dan jenis pakaian terpakai terpilih diperkenalkan.

Perniagaan ini tidak memerlukan modal yang besar kerana pakaian terpakai biasanya dijual dengan harga yang rendah.

Terdapat pembekal yang membekal pakaian terpakai secara terpilih iaitu membekal pada jenis pakaian yang berjenama ataupun kualiti yang bagus. Dari segi pemasaran pula boleh dibuat melalui internet, media cetak ataupun menjual di permis.


6/ Kedai Gunting Rambut Lelaki

Di tempat yang mempunyai populasi ramai seperti dibandar atau ibukota berpotensi besar untuk meraih ramai pelanggan untuk menggunting rambut.

Permintaan ini akan berterusan memandangkan konsep gunting rambut biasanya dibuat setiap bulan bagi lelaki.

Kedai gunting rambut lelaki tidak memerlukan modal yang besar kerana pada kebiasaannya lelaki hanya memerlukan servis potong rambut dan cukur yang mana hanya peralatan asas sahaja diperlukan iaitu gunting (hair clipper), pencukur, dan sedikit peralatan kedai sahaja.


7/ Perkhidmatan Membaiki Telefon dan Komputer

Perniagaan ini memerlukan kepakaran untuk mrmbaiki telefon ataupun komputer. Sekiranya anda menggaji pekerja yang mahir dalam bidang ini, anda boleh mengaplikasi sistem komisen kepada pekerja tersebut agar anda tidak perlu menyediakan modal dari segi gaji kerana pelanggan yang membuat bayaran akan menyelesaikan komisen (gaji) pekerja tersebut.

Dari segi alatganti pula, anda boleh membuat kerjasama (joint venture) dengan pembekal alatganti yang mana bayaran daripada pelanggan akan dibayar kepada pembekal (back to back).


8/ Menjahit

Apa yang menarik tentang menjahit adalah anda akan mempunyai pelanggan tetap kerana pada kebiasaannaya apabila pelanggan berpuas hati ataupun selesa dengan pakaian yang dijahit / dihasilkan ia akan berterusan dari masa ke semasa.

Selalunya kedai jahit akan dilimpahi permintaan daripada pelanggan terurtamanya di musin-musim perayaan. Asas yang diperlukan untuk menjahit adalah seperti mesih jahit, benang, gunting, alat sukat.


9/Perkhidmatan Potong Rumput

Perkhidmatan potong rumput memerlukan modal yang kecil iaitu penyediaan dari segi mesin rumput, pengangkutan (basikal, motorsikal ataupun kereta) dan minyak mesin.

Dari segi permintaan adalah tinggi pada kawasan perumahan, tempat awam ataupun permis persendirian.

Biasanya perkhidmatan yang bagus dan memuaskan akan mengekalkan perkhidmatan tersebut setiap kitaran potong rumput hendak dibuat.


10/ Perkhidmatan Penghantaran (Runner)

Perkhidmatan ini sangat banyak diperlukan di kawasan bandar dan tempat yang ramai penduduk. Biasanya perkhidmatan ini diperlukan untuk menghantar makanan dan barangan yang dipesan oleh pelanggan.

Dari segi modal, anda hanya perlu sediakan kenderaan sebagai pengangkut iaitu motorsikal ataupun kereta serta lesen memandu.

Semoga idea 10 Perniagaan Yang Mempunyai Pasaran Besar Dengan Modal Kecil membantu mereka yang sedang berikir perniagaan apa yang hendak dimulakan dengan kos kecil.

Sebenarnya, ada banyak lagi perniagaan yang boleh dilakukan pada start up yang rendah, hanya terpulang kepada anda apa yang anda suka dan inginkan.

happy Monday.

cheers.

Post a Comment

1 Comments

  1. dalam keadaan ekonomi yang kronik sekarang ni, memang sangat-sangat mencabar nak survive. harap entri ni dapat membantu ramai orang yang terkesan kat luar sana ramai yang kena buang kerja - so dapat buat bisness dengan modal yang kecik adalah 1 rahmat untuk terus survive

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.