Resipi Masak Ayam Lemon Sedap , Dan Sangat Senang Disediakan Guna Sos Lemon Woh Hup || hi there, ok lah aku suka bah makan ayam masak lemon, tapi setiap kali aku mau makan aku kena minta mr.Husband yang masak.
Hohoho, sampai bilalah jadi begini. Mau buat macam mana, aku manalah pandai memasak sangat. mr.Husband pun cakap, deria rasa aku tidak sebaik deria rasa kebanyakkan orang.
Ada masanya, masakan yang belum masak sepenuhnya aku cakap dah masak dan sedap! tak ke bingung mr.Husband dibuatnya oleh aku.
Dulu mak aku pun bilang benda yang sama. Sup sotong yang dia baru masak, belum pecah rasa, aku dah boleh makan dengan penuh berselera, padahal sotong tu still tak masak sepenuhnya.
Yang pasti ada logo halal.
Aku mau try manatau guna sos lemon ni bolehlah aku masak ayam lemon aku sendiri kan.
Jadi, aku suggest kat kamurang yang macam aku ndak berapa pandai memasak, tapi masih ada keinginan mau masak, guna sajalah bahan-bahan yang express. Easy peasy kan.
Kalau mr.Husband, resipi sos lemon dia lain sikit. Tapi it is ok, as long as resipi yang aku sediakan boleh dimakan oleh kami seisi keluarga.
Jom kita masak ayam lemon yang paling senang dan sedap. Kalau korang nak lagi sedap, pi cari 5 star recipe , yang aku buat ni memang resipi simple express senang mau buat.
Resipi Masak Ayam Lemon Sedap , Dan Sangat Senang Disediakan
Bahan-bahan:
Ayam secukupnya (aku guna bahagian paha pinggul saiz besar 2 ketul)
Bawang besar
Sos Lemon
Biji bijan (optional)
Tepung (untuk menggaul ayam sebelum di goreng)
Air
Garam
Gula
Cara memasak:-
Potong ayam ikut potongan kesukaan korang. Aku main potong satu paha pinggu tu, aku bagi 5-6 bahagian sahaja.
Gaul ayam dengan sedikit hirisan bawang putih, garam dan sedikit pati ayam / seasoning untuk buat ayam tu rasa sedap.
Letak beberapa sudu tepung kanji / jagung, gaul.
Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam hingga kekuningan. Tak perlu goreng lama sangat, nanti overcook, ayam hilang jus. Lagipula nanti nak tumis ayam dengan sos lemon, jadi cukup sekadar goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.
Tumis bawang besar yang telah dihiris di dalam kuali. Boleh tambah sedikit serbuk kunyit kalau nak warna lebih kuning (optional).
Masukkan sos lemon secukupnya (3 - 5 sudu besar, kalau tak cukup rasa sos lemon tu nanti, korang boleh tambah ok). Tumiskan sebentar bersama bawang , gaul rata.
Masukkan dua cawan air (atau lebih sedikit), dan biarkan ianya mendidih.
Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi, dan biarkan ianya masak seketika.
Macam kes aku ni, memang just letak biji bijan sahaja walaupun aku nak juga letak hirisan lada traffik light tu, tapi anak-anak tak makan la pula nanti.
Selamat mencuba.
cheers.
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers
12 Comments
Nampak sedap ayam masak lemon Mrs Pip ni..Kecur PH :)
ReplyDeleteMemang gerenti sedap ni. Mudah dan cepat disediakan.
ReplyDeleteWah nampak sedap! Memang suka lemon2 ni. especially musim2 covid skrg. Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)
ReplyDeleteseriously, pip, aida memang suka beli sos segera gini.
ReplyDeletememudahkan kita nak masak. moreover, yes la. aida pun x mahir masak.
sos gini memang membantu.
#biters
Wow nampak senang untuk masak guna sos ni...
ReplyDeleteLamanya nda makan chicken lemon ni. Mo cari jugalah ni sos 😁
ReplyDeletemacam menarik ni, boleh cuba. ada ke sos lemon segera ni kat sini. mcm x pernah nampk.
ReplyDeletemacam menarik ni, boleh cuba. ada ke sos lemon segera ni kat sini. mcm x pernah nampk.
ReplyDeleteResepi yang menarik untuk dicuba, first time dengar nama sos nie...
ReplyDeletewah menarik.
ReplyDeletesy pun x brp terer bab msk ni. kena ada pes br mskn sodap. wkwkwkwkwkwk
ReplyDeleteWah.. pes yang menarik.. ohsem..
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.