Resipi Masak Ayam Lemon Sedap Dan Sangat Senang Disediakan Guna Sos Lemon Woh Hup

Resipi Masak Ayam Lemon Sedap , Dan Sangat Senang Disediakan Guna Sos Lemon Woh Hup || hi there, ok lah aku suka bah makan ayam masak lemon, tapi setiap kali aku mau makan aku kena minta mr.Husband yang masak. 

Hohoho, sampai bilalah jadi begini. Mau buat macam mana, aku manalah pandai memasak sangat. mr.Husband pun cakap, deria rasa aku tidak sebaik deria rasa kebanyakkan orang.

Ada masanya, masakan yang belum masak sepenuhnya aku cakap dah masak dan sedap! tak ke bingung mr.Husband dibuatnya oleh aku.

Dulu mak aku pun bilang benda yang sama. Sup sotong yang dia baru masak, belum pecah rasa, aku dah boleh makan dengan penuh berselera, padahal sotong tu still tak masak sepenuhnya.

Well, itu kisah aku. Memang aku akui aku ni memang ada masalah rasa. Berbalik dengan kisah ayam masak lemon tu, time aku beli barang dapur, aku ternampak sos lemon Woh Hup ni. Puas aku belek belek, so end up aku beli.

Yang pasti ada logo halal.

Aku mau try manatau guna sos lemon ni bolehlah aku masak ayam lemon aku sendiri kan.

Resipi Masak Ayam Lemon Sedap


Dijadikan cerita , lepas beli sos lemon woh hup tu , aku balik dan terus cuba masak resepi ayam masak lemon, serius menjadi bah. Senang dan sedap (bagi tekak aku).

Jadi, aku suggest kat kamurang yang macam aku ndak berapa pandai memasak, tapi masih ada keinginan mau masak, guna sajalah bahan-bahan yang express. Easy peasy kan.

Resipi Masak Ayam Lemon Sedap Dan Sangat Senang Disediakan Guna Sos Lemon Woh Hup


Kalau mr.Husband, resipi sos lemon dia lain sikit. Tapi it is ok, as long as resipi yang aku sediakan boleh dimakan oleh kami seisi keluarga.

Jom kita masak ayam lemon yang paling senang dan sedap. Kalau korang nak lagi sedap, pi cari 5 star recipe , yang aku buat ni memang resipi simple express senang mau buat.

Resipi Masak Ayam Lemon Sedap

Resipi Masak Ayam Lemon Sedap , Dan Sangat Senang Disediakan

Bahan-bahan:

Ayam secukupnya (aku guna bahagian paha pinggul saiz besar 2 ketul)
Bawang besar
Sos Lemon
Biji bijan (optional)
Tepung (untuk menggaul ayam sebelum di goreng)
Air
Garam
Gula

Cara memasak:-

Potong ayam ikut potongan kesukaan korang. Aku main potong satu paha pinggu tu, aku bagi 5-6 bahagian sahaja.

Gaul ayam dengan sedikit hirisan bawang putih, garam dan sedikit pati ayam / seasoning untuk buat ayam tu rasa sedap.

Letak beberapa sudu tepung kanji / jagung, gaul.

Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam hingga kekuningan. Tak perlu goreng lama sangat, nanti overcook, ayam hilang jus. Lagipula nanti nak tumis ayam dengan sos lemon, jadi cukup sekadar goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.

Tumis bawang besar yang telah dihiris di dalam kuali. Boleh tambah sedikit serbuk kunyit kalau nak warna lebih kuning (optional).

Masukkan sos lemon secukupnya (3 - 5 sudu besar, kalau tak cukup rasa sos lemon tu nanti, korang boleh tambah ok). Tumiskan sebentar bersama bawang , gaul rata. 

Masukkan dua cawan air (atau lebih sedikit), dan biarkan ianya mendidih.

Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi, dan biarkan ianya masak seketika.

(Optional) - Boleh tabur biji bijan jika suka. Kalau ada bahan untuk hiasan, silalah tambah mengikut kreativiti masing-masing.

Macam kes aku ni, memang just letak biji bijan sahaja walaupun aku nak juga letak hirisan lada traffik light tu, tapi anak-anak tak makan la pula nanti. 

Selamat mencuba.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

12 Comments

  1. Nampak sedap ayam masak lemon Mrs Pip ni..Kecur PH :)

    ReplyDelete
  2. Memang gerenti sedap ni. Mudah dan cepat disediakan.

    ReplyDelete
  3. Wah nampak sedap! Memang suka lemon2 ni. especially musim2 covid skrg. Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    ReplyDelete
  4. seriously, pip, aida memang suka beli sos segera gini.
    memudahkan kita nak masak. moreover, yes la. aida pun x mahir masak.
    sos gini memang membantu.

    #biters

    ReplyDelete
  5. Wow nampak senang untuk masak guna sos ni...

    ReplyDelete
  6. Lamanya nda makan chicken lemon ni. Mo cari jugalah ni sos 😁

    ReplyDelete
  7. macam menarik ni, boleh cuba. ada ke sos lemon segera ni kat sini. mcm x pernah nampk.

    ReplyDelete
  8. macam menarik ni, boleh cuba. ada ke sos lemon segera ni kat sini. mcm x pernah nampk.

    ReplyDelete
  9. Resepi yang menarik untuk dicuba, first time dengar nama sos nie...

    ReplyDelete
  10. sy pun x brp terer bab msk ni. kena ada pes br mskn sodap. wkwkwkwkwkwk

    ReplyDelete
  11. Wah.. pes yang menarik.. ohsem..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.