Cara mudah bersihkan contengan rumah guna MAGIC SPONGE

hi there, Cara mudah bersihkan contengan rumah guna MAGIC SPONGE || menjadi seorang surirumah memerlukan kita untuk mengetahui life hacks yang menyenangkan kerja-kerja surirumah. Hari hari duduk rumah, boleh stress mak mak surirumah selalu berdepan dengan lantai mozek yang kotor , dinding rumah yang terkena contengan anak, kesan-kesan cap jari kotor sana sini di rumah seperti yang selalu ada di suis dan di daun pintu, dan boleh pening mak surirumah nak fikir macam mana nak bersihkan kotoran rumah sebegini dengan pantas , mudah dan dalam bajet yang rendah (reasonable budget). Jadi mak surirumah sekalian, cara mudah bersihkan contengan rumah guna MAGIC SPONGEE dan rasanya dah ramai yang tahu mengenai kehebatan MAGIC SPONGE mampu membersihkan segala kotoran rumah dengan mudah!

magic sponge murah
magic sponge murah

mrs pip tahu mengenai magic sponge ini secara tidak tersengaja apabila terlihat perkongsian blogger before and after kotoran dibersihkan dan memang WOW senang sangat nak sental kotoran degil di lantai jubin / mozek terutamanya jubin dalam tandas / bilik mandi.

memandangkan mrs pip tidak pernah melihat magic sponge di Ninso  atau di Kedai DIY tempat mrs pip tinggal ni (atau mungkin tidak perasan mengenai magic sponge) , jadi cara paling senang mrs pip beli magic sponge ialah di SHOPEE. Harga yang ditawarkan pun sangat reasonable. Untuk 50 pieces magic sponge saiz sebesar tapak tangan ni berharga RM18.00 dan FREE SHIPPING.

berkilat pintu lepas guna magic sponge
berkilat pintu lepas guna magic sponge

Tengok gambar di atas untuk pintu bilik Iman dan Amin. Daun pintu jenis sliding dan sangat banyak kesan jari dan tapak tangan mereka, dan ditambah lagi dengan kreativiti mereka mewarna daun pintu (huh! menguji kesabaran apabila anak anak suka menconteng rumah) , maka serius kotor sangat pintu bilik anak-anak mrs pip.

Walaupun pernah mencuba menghilangkan kotoran degil di pintu bilik sebelum ini dan malangnya tidak berjaya, TETAPI apabila menggunakan MAGIC SPONGE hanya dengan beberapa gosokan saja, terus bersih pintu bilik yang diconteng guna magic sponge tadi. 

Lepas ni, mak surirumah sekalian dah boleh tarik nafas lega bila nampak anak anak menconteng dinding. Mak surirumah guna saja ni magic sponge apabila dinding rumah diconteng, dah boleh simpan suara jangan teriak kat anak-anak. Hidup biarlah tenang dengan magic sponge.

berkilat rak baju lepas guna magic sponge
berkilat rak baju lepas guna magic sponge

Ini pula rak baju Iman dan Amin yang mereka conteng sebelum ini. Pernah cuba untuk padam contengan tu sebelum ini tetapi hanya contengan yang ringan sahaja dapat dibersihkan manakala contengan yang agak 'degil' ni memang tidak berjaya dihilangkan.

Tapi mrs pip happy sangat apabila magic sponge berjaya hilangkan kotoran di rak baju anak (walaupun masih ada sedikit bekas yang tidak dapat dihilangkan) , dan kelihatan rak nampak lebih bersih dan sedap mata memandang berbanding sebelum ini.

magic sponge murah
magic sponge murah

Untuk sabun yang mrs pip gunakan bersama magic sponge ini ialah sabun buku cap BURUH / cap LABOUR yang berharga sangatlah ekonomi hanya RM3.60 satu bar (berat 700 gram). Sabun ini pun kebetulan ternampak di supermarket yang baru dibuka di tempat mrs pip tinggal, dan kebetulan ternampak tulisan sabun cap Buruh ini boleh menghilangkan grease , jadi sangatlah sesuai dibeli untuk membersihkan kawasan tempat masak yang selalu berminyak.

Dan gabungan sabun cap Buruh ni bersama magic sponge ni, walla! memang happy sangat mrs pip apabila kedua-dua item magic sponge dan sabun cap Buruh ini REALLY THE GREATEST COMBO untuk menyenangkan mrs pip membersihkan rumah dengan harga sangat bajet.

Jadi, mak mak surirumah sekalian bolehlah mula memborong magic sponge untuk kegunaan harian membersihkan rumah , boleh senyum bahagia apabila barang-barang murah sebegini lebih berkesan dan menyenangkan kerja surirumah berbanding barangan yang mahal tapi tidak begitu efisyen membantu menyenangkan kerja surirumah.

Tapi kan, perluah diingat, magic sponge ni bukan semua tempat kotor boleh digunakan kerana apabila digunakan pada tempat yang tidak sesuai, kemungkinan barang yang dibersihkan boleh mengalami sedikit kerosakan.

Jangan guna magic sponge sesuka hati , 
gunalah magic sponge dengan betul

Antara tempat  / keadaan yang tidak sesuai 
dibersihkan menggunakan magic sponge

  • Countertops 
Magic sponge ni agak kasar, jadi elakkan menggunakan magic sponge ni pada countertops korang yang delicate seperti marble dan granite, kerana biasanya untuk countertops sebegini, lapisan sealant yang melindungi permukaan marble / granite tu boleh rosak dan boleh menyebabkan countertops korang kelihatan dull.

  • Stainless Steel
Kalau korang skrub barangan stainless steel korang terlalu kuat, kemungkinan stainless steel tersebut akan kelihatan dull. Jadi kalau barangan stainless steel korang tu ada scratch, jangan juga magic sponge, seeloknya gosok kawasan scratch dengan menggunakan kertas pasir.

  • Permukaan luar kereta
Sememangnya magic sponge ni boleh menghilangkan segala dirt dan grim kan dekat pemegang minuman (cupholders) atau kat dashboard, tetapi JANGAN gatal tangan pergi polish kereta korang guna magic sponge! Tak pasal pasal, boleh rosak tau cat kereta korang nanti.

  • Barangan perhiasan atau himpunan barangan (collectibles)
Bah, kalau ada barangan berharga seperti perhiasan, collectibles kesayangan yang jenis bukan main suka-suka boleh lap guna itu ini, maka sila fikir dulu sebelum bersihkan barangan tersebut menggunakan magic sponge. Risau nanti magic sponge akan merosakkan barangan berharga korang.

  • Permukaan kayu
Magic sponge ni memang magic sangat guna di permukaan dinding yang terkena contengan krayon, memang hilang contengan krayon tu kan, tetapi jangan guna magic sponge ni di permukaan panel kayu atau sebarang finished wood surfaces kerana magic sponge ni agak kasar sifatnya menjadikannya mampu merosakkan permukaan kayu tersebut.

  • Cat glossy
Yang mengecat menggunakan cat jenis glossy, magic sponge pun tak elok guna atas permuakaan yang glossy kerana boleh menghilangkan the 'glossy-ness' permukaan tersebut (tapi kan mrs pip main tak peduli , pintu kayu rumah kitorang tu guna cat glossy, tapi mrs pip guna saja magic sponge untuk hilangkan contengan hasil kerja anak! lantaklah hilang seri , yang penting pintu tu berjaya dibersihkan, hehe)

  • Mangkuk tandas
Pasal magic sponge ni memang berkesan menghilangkan kotoran pada jubin dinding atau lantai, tapi janganlah korang malas nak scrub mangkuk tandas sampai nak guna magic sponge juga! Mangkuk tandas korang tu kena skrub ya, bukan cuci lap gosok guna magic sponge.  Alaaa, bukan susah nak cuci mangkuk tandas pun kan ... T_T

  • Kulit badan
Amboi, tu dia .... nak jimat sangat sampaikan nak gosok kulit badan sendiri pun nak guna magic sponge! eh eh eh korang ni ... jangan guna magic sponge untuk cuci kulit badan kerana boleh menyebabkan iritasi pada kulit.

Apapun yang anda ingin bersihkan menggunakan magic sponge, jangan lupa untuk membuat SPOT TEST terlebih dahulu untuk memastikan permukaan yang ingin dibersihkan sesuai atau tidak dengan magic sponge. Jadi, memang ada cara mudah bersihkan contengan rumah guna MAGIC SPONGE kan, hati perasaan pun banyak happy bila rumah nampak bersih. Hehe.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

cheers.

6 Comments

  1. ngm ni dibeli sbb skg edan suda pndai conteng2 dinding haha

    ReplyDelete
  2. aida beli ni kat mr.diy.
    bagus. berbaloi la beli byk2.
    aida guna byk time nak pindah rumah dulu.
    pembersihan kan. terbaik magic sponge ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg berkesan guna kan Aida magic sponge ni.

      Delete

Post a comment

Previous Post Next Post