Bila entry yang ditulis menjadi RUJUKAN ...

hi there, satu ketika dulu, mrs pip ada share cerita mrs pip mengenai Pengalaman berjaya dapatkan REFUND dari Lazada ... mrs pip sharekan pengalaman mrs pip tu so that kot kot la kan ada yang mengalami nasib yang sama mcm mrs pip , so nak dapatkan refund tu macam mana ...

ekceli entry untuk pengalaman berjaya dapatkan refund dari lazada ni bermula bilamana ada seorang tu tinggalkan soalan kat kotak komen, so mrs pip jawab la dgn harapan dia dapat jawapan yang dia nak ... tapi kan dia tak dtg jenguk pun jawapan kepada soalan yang dia tinggalkan kat kotak komen mrs pip tu ... it is ok.

lepas tu, tak sangka pula entry yang mrs pip buat tu mendapat perhatian daripada beberapa orang pengguna / pembeli di LAZADA ... boleh tahan juga soalan dorang ni ... lepas ni sah mrs pip YAKIN BOLEH kerja di LAZADA ... hire me please , LAZADA :)) 

Pengalaman berjaya dapatkan REFUND dari Lazada
Pengalaman berjaya dapatkan REFUND dari Lazada

antara soalan yang mrs pip terima, so ni antara dua yang mrs pip screenshot untuk bacaan korang ... seronok bila kita dapat membantu mereka yang memerlukan penjelasan , dan kita buat penjelasan based on our own experienced ... bila ada kes mcm ni, orang lain boleh jadikan ianya sebagai bahan rujukan ....


Pengalaman berjaya dapatkan REFUND dari Lazada
Pengalaman berjaya dapatkan REFUND dari Lazada

bukan kes LAZADA ni saja yang ada datang bertanya itu ini, tapi ada satu entry mengenai susu rumusan khas yang mrs pip sharekan dulu pun mendapat perhatian daripada mak mak yang baby mereka ada masalah penyusuan ... 

Susu Frisolac Comfort untuk bayi yang sukar membuang air besar + baby colic + bayi yang selalu kembung perut


entry pasal SUSU FRISOLAC COMFORT yang mrs pip tulis tu just untuk rujukan mrs pip kot kot next baby pun baby colic, so boleh buat rujukan utk diri sendiri ... alhamdulillah, Iman saja yang colic baby, while Amin and Nami so far not a colic baby.

salah satu kebaikan menulis blog ni, ialah bilamana kita share pengalaman sebenar kita, dan orang ramai jadikan ianya sebagai rujukan dan tempat bertanya, mrs pip berharap apa yang kita tulis tu sedikit sebanyak dapat membantu orang lain ... kita bantu mana yang mampu kan.

sharing is caring.

cheers.

Post a Comment

4 Comments

  1. Kan.. Seronok bila apa yg kita tulis jadi bahan rujukan org lain pdhal kita tulis utk rujukan sendiri di masa akan dtg. Tpi ada yg tanya kita jawab apa yg kita tahu based pd experience kita..

    ReplyDelete
  2. Wah bagitau bila entry post Kita dpt Bantu org lain syabas mrspip

    ReplyDelete
  3. bagus mrs pip share kat blog, at least dapat menjadi rujukan pada si pencari maklumat.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.