Pengalaman berjaya dapatkan REFUND dari Lazada ... - Cerita Cinta Surirumah

Monday, 4 September 2017

Pengalaman berjaya dapatkan REFUND dari Lazada ...

hi there,

mrs pip and LAZADA, berpisah tiada ... sejak guna LAZADA ni beli barang online dua tahun lepas, mrs pip sentiasa puashati dengan servis LAZADA ni ... selalunya harga yang ditawarkan lebih murah berbanding beli di store, sesekali dapat penghantaran percuma, pengurusan customer service yang cekap, selalu ada flash sale dgn harga gila gila affordable, lepas tu boleh join blogger contest ... lagi? hari tu dapat box of joy dari Lazada T_T free gift you ols!



eh, kenapa tiba tiba cerita pasal LAZADA pula? sponsored post ke? tak, ni bukan sponsored post ya, tapi tergerak hati nak buat entry ni coz hati tu mrs pip dapat soalan dari seorang visitor, nak minta mrs pip clarify barang Lazada tersalah hantar kat tmpat lain, mcm mana Lazada boleh refund?

soalan ni ditanya oleh visitor bernama Ainul Amin, mrs pip tak tahu kalau dia blogger ke tak, tapi dia ada akaun Google+, boleh klik di sini ... kalau cik Ainul Amin ni baca entry ni, hope dia mendapat jawapan yg dia perlukan ...

ceritanya mcm ni, mrs pip ada beli barang dari Lazada, Faber multifunction cooker, malangnya time barang sampai, cooker ni tidak berfungsi, jadi mrs pip buat penghantaran semula kepada Lazada. nak tahu proses pemulangan barang yang rosak yang dibeli dari Lazada, boleh klik entry terdahulu mrs pip di bawah ni.

Lazada pulangkan duit semula .... refund yang berjaya !


mrs pip guna poslaju untuk hantar barang ni kerana Lazada ada had limit waktu untuk terima pengembalian barangan yg rosak ... dan caj pos tu akan dibayar semula oleh Lazada kelak.

sewaktu mrs pip hantar barang Lazada ni, mrs pip ada satu lagi parcel untuk dihantar kepada kawan baik mrs pip. maksudnya, ada dua parcel yg di bawa ke pejabat pos waktu tu .. dah siap timbang barang, borang consignment dah isi, dah bayar, so it's done la kan ...

dan beberapa hari kemudian, mrs pip terima call dari Lazada ... pihak Lazada bagitau, barang yg mereka terima dari mrs pip bukanlah barang yang seharusnya mrs pip kembalikan seperti phone conversation kitorang yang lalu ...

Satu lagi KECUAIAN Pos Malaysia yang sukar dimaafkan!


I is cemas pada masa tu.

Lazada buka parcel yg mrs pip hantar tu, dan dalamnya ialah beg! mak oiiiiiii, beg tu untuk kawan mrs pip la ... bila check dgn kawan mrs pip, dia dah terima parcel, dan kotak parcel tu besar sangat, terus bgtau BFF mrs pip, jangan buka parcel tu dan minta BFF poskan segera ke Lazada ... siap bagi alamat Lazada kat BFF (padahal ada ja alamat Lazada bertampal di kotak), minta tolong sangat2 untuk poskan barang tu ...

dan Lazada dengan baik hatinya, poskan semula barang yang salah hantar tu kepada mrs pip. jadi, berbalik kepada soalan Ainul di atas, mcm mana Lazada boleh refund mrs pip? ... sebab akhirnya, Lazada terima parcel yang seharusnya dihantar kepada mereka ... Lazada terima barang mrs pip ni selepas tamat warranty period. 

persoalannya: bagaimana Lazada tetap refund kat mrs pip walaupun warranty period dah tamat tempoh?

jadi of course lah Lazada refund mrs pip kan ... cuma yang tak bestnya, Lazada tak refund caj pengeposan kerana win win situation, Lazada dah tolong hantar semula barang yang tersalah hantar oleh pejabat pos tu ... 

sewaktu BFF tolong poskan barang tu kat Lazada (sewaktu barang dipos, warranty period still ada beberapa hari lagi before tamat), mrs pip request BFF hantar screenshot consignment note tu kat mrs pip, then consignment note tu mrs pip email Lazada ... so, Lazada accept la request mrs pip nak refund, tu yang berjaya dapat refund walaupun bila barang diterima Lazada tu warranty period dah tamat T_T ...

Pengalaman lain pula bersama Lazada


selain tu, ada sekali tu mrs pip beli toys dari Lazada, tracking number dah ada, meaning barang tu dalam proses penghantarankan ... tunggu punya tunggu, barang tak sampai2, bila check barang dah sampai Kota Kinabalu agak lama, tapi tak sampai depan pintu rumah. pelik.

bila call Lazada, tak tunggu lama, sehari selepas tu Lazada refund dalam bentuk voucher, siap add extra RM10.00 lagi ... happy dapat extra amount.

Terima barang lewat 4 bulan, tapi bukan salah Lazada


dan awal April hari tu, mrs pip beli lipstick Maybelline Color Show, lipstick ni harga RM11.37 + free postage ... yang peliknya, bila check tracking number, lipstick ni dah sampai Membakut, tapi no call dari courier service agent ... ish, apasal eh? terus minta refund dari Lazada, ingat mesti Lazada cuai ni ... and tak tunggu lama Lazada minta details nak bagi refund ... tapi mrs pip terlupa nak isi details tu , kiranya overlooked la kan ... lepas tu, 4 bulan kemudian, awal Ogos kan, baru courier service call nak hantar barang, tup tup lipstick yang dibeli 4 bulan yang lalu!

nasib baik tak bagi details nak refund tu kan, kalau tak dah kena kembalikan barang yg diterima (kalau dah dapat duit refund, so jgn gatal hati nak simpan barang yer, kang haram jadinya) padahal bukan salah Lazada pun, silap courier service tu, mereka misplaced barang mrs pip :(( ... 

mungkin ada yang pernah mengalami nigtmare experienced dengan Lazada, so maybe tak nak shopping dah dgn Lazada kan... it is ok, masing masing ada pengalaman yang tersendiri ... yang ni antara pengalaman shopping mrs pip di Lazada, so far mrs pip berpuashati dgn customer service mereka, selalu cekap membantu ... dan pendek kata, tiada sebab bg mrs pip tak shopping di Lazada since website ni menjual banyak produk, senang nak beli belah ... hehe.

itu saja yang nak dikongsi, hope membantu korang shopping bersama Lazada ... and thanks for reading this super long entry ... 

*lepas ni nak shopping lagi kat Lazada, ada sale kan* ... 

cheers

22 comments:

  1. wah! story yang memang nightmare.

    ReplyDelete
  2. pengalaman membeli belah di lazada.. bab refund memang cepat. kalau ada masalah dengan barang yang kita beli pun Lazada memang pantas ambil tindakkan. Sebab tu tak risau kalau membeli beli belah di lazada. Proses dia pun tak rumit sangat. Tapi sekarang kena cut budget bershopping sebab nak spent duit untuk kos guaman.. hehehe

    ReplyDelete
  3. MV pun suka bershoping di lazada mmg terbaik

    ReplyDelete
  4. Saya suka shopping kat LAZADA. Selalu yang buat hal courier services.

    ReplyDelete
  5. ndak berani mau beli barang di lazada.

    ReplyDelete
  6. Belum pernah mengalaminya..harap x terjadi lah kan hehe..

    ada #mycybersale nanti 9.9 tu

    ReplyDelete
  7. Wah, banyak juga pengalaman Mrs Pip dengan Lazada.
    Nasib baik Lazada profesional.

    ReplyDelete
  8. blogger contest yg lepas tak sempat nak join disebabkan sibuk yang amat! tapi ape2 pun lazada memang best!

    baru sedar something dekat blog ni. www.mrspip.com daaaa..wahhhhh

    ReplyDelete
  9. pernah dapat refund jgak dari Lazada. setakat ni, puas hati dengan servis Lazada. :)

    ReplyDelete
  10. Sha suka shopping dekat lazada sebab harga yang murah, free delivery dan selalunya memang sampai on time barang.. kalau lambat pun, barang tu dari luar negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita sha.
      so far aida takde shopping kat online web yg lain.
      serasi kot dgn lazada.

      Delete
  11. suka baca ni, ada orang ingat lazada ni tak jaga customer, service tah pape. kita just kena play by the rules and be diplomatic. refund semua mesti dapat punya. rilek je. banyak pulak pengalaman akk ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain org lain pengalaman ...
      mcm kak pip ni, so far ok jer dgn lazada ..
      asalkan kita rajin call bertanya n follow up kan ...

      Delete
  12. aida pernah hadapi jugak kes brg tak serupa dlm iklan.
    brg tak muat.
    and deal dgn lazada utk refund.
    ok la lazada. dia trima sebab kita. takde la kata tak boleh.
    lazada byk tolak ansur kalau bebetul sebab kita genuine.

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far mmg mrs pip have no problem dgn Lazada ...

      Delete
  13. saya pula..beli brg dari china..3 minggu kemudian dtg la parcel.mbuka ada surat cinta.mkata..brg out off stock..so call cutomer servcie..minta refund..ok la selepas seminggu dapat call dari lazada..minta no bank acc..so dah dekat sebulanm.satu sen pun tak dapat..bila follow up balik..dia org kata case close..barang tak dapat..duit plak lebur..so hati2 nak beli..mungkin nasib saya tak berapa baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak ... so far mrs pip ok saja shop dgn lazada, refund pun dah few times buat so far so good ...cuma tu lah, ada masa kena balik2 call dan tanya status refund ... dan tengok juga kalau dpt customer service yg baik, mmg laju dia refund, kalau dpt customer service yg lembap, kena call banyak kali la jawabnya...

      Delete
  14. As salam mrs.pip nak tanya gak la.. Sy pon br jer terkena gak nie maksud saya barang yg saya pesan dr lazada dh kena cilok dgn abam pos laju yg sebahagiannya dr diaorg x berapa amanah (moga cepat2 la bertaubat).. Sorry call lazada Customer Service.. Mmg terbaik layanan depa... And now dpt refund balik dlm bentuk baucar..tp x berapa pandai nk gunakan... Sbb bleh pkai utk sekali jer kan... Bleh ajarkan x? 1st time kena... Tp apa2 pon lazada mmg Best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Fadsue84 ...

      untuk yang dapat baucer dari Lazada, bila Fadsue nnt beli barang kat Lazada kan, waktu buat pembayaran tu, lepas Lazada dah total up semua harga , ada satu ruang kat bawah harga tu "Enter Voucher Code" , nnt Fadsue masukkan code voucher yang Fadsue dapat tu dan klik "Apply", lepas tu proceed to pay ... nnt lazada akan tolak harga barang guna amount Voucher yang Fadsue dapat ...

      hope penjelasan ni membantu...

      Delete
  15. Assalamualaikum Mrs pip. Nak tanya semalam Saya ada beli barang di lazada sempena flash 11.11. Pending oder tapi duit dah ditolak. Sy cancel oder sebab naik pending. Ada cara untuk refund?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Fizlin... memang menjadi kebiasaan kalau mycybersale atau sale besar2, hampir semua laman web mengalami masalah macam ni , di mana kita dah bayar tp website kata pending order atau transaction tidak berjaya .

      mcm ni, kalau lazada selalunya lepas dah bayar, akan dapat order number kat akaun lazada tu kan, dan since time mycybersale tu website selalu sesak, sebaiknya tunggu dulu sehari dua sebelum cancel order...

      kenapa kena tunggu sehari dua? coz website nak fix balik sistem dorang yang jammed tu ... dah lepas sehari dua tiada notofication order number dalam akaun lazada, boleh try refund.

      cara nak refund? mrs pip selalunya akan chat dgn operator lazada , mrs pip akan jelaskan dgn dorg masalah mrs pip, dan so far lazada sangat efisyen untuk bantu mrs pip ... dan satu lagi, Lazada antara laman web yg paling cepat bagi refund kat mrs pip kalau barang lambat sampai atau tak sampai atau transaction tak berjaya.

      selalunya lazada akan bagi notification refund melalui email.

      baru2 ni pun, saya beli buku kat karangkraf, ada masalah yg sama mcm masalah awak, lepas contact karangkraf, dorg minta sehari utk betulkan sistem mereka dan esoknya dah dapat order number ... so, relax a bit bila purchase time sale gila2 ni ..

      Delete