Resepi senang Mi Kari Ayam

resepi senang mi kari ayam || hi there, siapa yang suka makan mi kari ayam tu kita geng la yer ... mrs pip ni bab2 nak masak menu macam ni memang kurang berminat melainkan menu feveret mrs pip ... dan memandangkan mi kari ayam ni memang antara makanan paling feveret , so perasaan nak belajar buat sendiri resepi senang mi kari ayam tu memang meluap luap ... takkan bila nak makan, baru terhegeh hegeh nak pergi restoran kan ... so, betterlah belajar masak sendiri T_T

mi kari ayam ni pula banyak versi kalau nak buat , so bila nak buat ikutlah versi selera masing masing ... mcm mrs pip ni, versi resepi senang mi kari ayam ni mrs pip dapat daripada buku resepi penjaja jalanan yang ditulis oleh seorang penjaja makanan berbangsa Cina ... resepi ni tak begitu pedas bagi mrs pip, so memang sesuai kat tekak mrs pip yang kurang gemar makanan yang terlalu pedas...

Resepi senang Mi Kari Ayam
Resepi senang Mi Kari Ayam

jom tengok bahan-bahan yang perlu disediakan (cadangan hidangan untuk 12 orang)

12 paha ayam / 8 dada ayam
500gram ubi kentang
500 gram santan
2 liter air
10 cili merah
14 ulas bawang putih
8 batang serai
6 sudu besar serbuk cili (tak suka pedas, boleh kurangkan serbuk cili)
2 biji bawang bombay / bawang merah
10 biji buah keras (jika ada)
6 sudu besar serbuk kari (tak suka kari pekat, boleh kurangkan serbuk kari)

Resepi senang Mi Kari Ayam
Resepi senang Mi Kari Ayam

Cara-cara membuatnya:-

1. Potong ayam dan perap dengan 1 sudu besar serbuk kari
2. Potong ubi kentang jadi ketulan dan goreng terendam di dalam minyak untuk seketika
3. Kisar cili merah, bawang putih, serai, serbuk cili, bawang bombay, buah keras, serbuk kari sehingga halus
4. Tumis bahan-bahan #3 yang dikisar tadi sehingga wangi.
5. Masukkan ketulan ayam, dan kacau sebati.
6. Masukkan sebahagian santan dan 2 liter air, dan tambah garam (5 sudu teh) dan gula (5 sudu teh) atau garam / gula  secukupnya
7. Masak sehingga mendidih dan campurkan ubi kentang. Kecilkan api dan reneh untuk 20 minit, tambah sebahagian santan lagi, dan didihkan seketika sehingga kuah kari dan ayam masak sepenuhnya.
8. Sedia untuk dihidangkan.

resepi ni dah nama pun Mi Kari Ayam kan , so haruslah makan dengan mi kesukaan korang ... sama ada mi kuning basah, mi kuning kering  / bihun yang telah dilembutkan ... tapi mrs pip prefer makan dengan sedikit nasi pulut yang ditanak menggunakan santan ... 

selain bahan bahan kat atas tu, korang bolehlah tambah bahan bahan lain ikut suka korang, seperti sedikit taugeh kalau suka, tauhu span, dan tambahkan perisa seperti lada besar potong, bawang goreng, daun sup, sedikit limau kasturi ...

nak tahu cara tanak nasi pulut, bolehlah cuba >>> kaedah tanak nasi pulut <<< dalam entry mrs pip terdahulu ... tapi pastikan kalau korang masak guna gas, guna api kecil ok ...

selamat mencuba.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

22 Comments

  1. alaaaaa...dah craving dh haaa...lama x makan mee kari...

    ReplyDelete
  2. terima kasih sebab share. nanti boleh la saya tiru. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jom masak .. mrs pip pun tiru dari resepi asal yang penjaja cina tu tulis ...
      so far sesuai la di tekak ...

      Delete
  3. Boleh la cuba resepi ni nanti. pun tak minat resepi yang susah2..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita...bab resepi yg susah2 mmg selalu tak jadi tu sebab tak minat :))

      Delete
  4. Sedapnyaa mee kari. Nani pun baru ni first time try buat mee kari sendiri. Nasib baik menjadi. Heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mi kari ni banyak versi kan IH ... yang versi simple2 bolehlah mrs pip buat ... kalau yg byk bahan nak guna, tu yang mcm selalu tak menjadi nak buat.

      Delete
  5. MN suka mee kari..tapi tulah kalau buat je mesti ada something yang tak cukup kat kari tu dah macam-macam resepi cuba..lepas nie nak cuba resepi mrs pip lah..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya, boleh Nia cuba nanti

    ReplyDelete
  7. Tarot pergi open house sekarang ramai yang buat mee kari, senang nak hidang kepada tetamu yang ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi mi kari ni simple lepas tu sedap ...
      boleh pula pilih nak makan dgn mi, roti jala, nasi, ketupat etc.

      Delete
  8. Sedapnya mrs pip.. Kalau senang macam nie memang jadi kesukaan sha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab2 resepi senang mesti best nak mencuba kan...

      Delete
  9. haritu member datang beraya, buatkan mee kari..

    ReplyDelete
  10. wahhh sedapnyaaaa...tak pernah nk try mee kari sbb tak reti buat..tapi bile tgk cara mrs pip ni..tetibe lak teringin nk cuba..harap menjadi la

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat mencuba ... mrs pip pun cilok resepi asal dari buku resepi penjaja makanan...

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.