Tips jumpa mertua untuk kali pertama

hi there, hari ni mrs pip nak kongsikan beberapa tips jumpa mertua untuk kali pertama. korang dulu jumpa mak bapa mertua kali pertama macam mana eh? nervous tak? kot kot kena reject jadi menantu pilihan, ngee. mcm mrs pip, jumpa  mertua untuk kali pertama memang risau lah juga, banyak sangat di fikirkan. paling risau kalau kalau kita kena reject jadi menantu pilihan, kang ada yang menangis dua puluh empat bulan tak pasal pasal ... jom check it out tips jumpa mertua untuk kali pertama.

Tips jumpa mertua untuk kali pertama
Tips jumpa mertua untuk kali pertama

[TIPS JUMPA MERTUA UNTUK KALI PERTAMA]

1/ Making Good Impression & Dress For the Occasions

nak jumpa mertua kan, pertama kali pulak tu. jadi memang pentinglah nak berikan good impression kat mereka. good impression ni bagi mrs pip bukan sahaja jaga tingkah laku, tapi kena juga jaga penampilan diri kelihatan cantik. takkan nak jumpa mak mertua dengan kulit kusam kan? so, spend time to beautify yourself. 

nak jumpa mertua juga kena ambil kira pakaian yang korang nak pakai. biasanya orang tua ni tak suka kita pakai pakaian yang terlalu seksi atau menjolok mata. sakit tau pandangan mereka. jadi, pakailah pakaian yang sesuai, selesa dan sopan. mcm mrs pip, first time jumpa mertua time Christmas kat rumah mereka, mrs pip pakai mini velvet - black dress with black slack pants. kira ok la tu, dress pun jenis yang loose. time tu still free hair, tu yang attched pakai mini dress, muehehe, sekarang ni dah kembali ke pangkal jalan, no more mini dress T_T. 

2/ Ketahui Apa Yang Mertua Suka & Tak Suka

do your homework. sebelum nak jumpa bakal mak bapa mertua, ambil tahu serba sedikit mengenai mereka. mereka ni suka apa, tak suka apa. conthnya, mertua ni suka warna apa, makan apa, kalau free time suka buat apa, mertua tak suka menantu macam mana, mertua suka tengok rancangan apa, dan sebagainya ....

once dah tahu serba sedikit tu, nanti tak lah rasa ralat sangat nak berdepan dengan mertua kan ... lagipun, korang ada idea nak mulakan perbualan apabila bertemu dengan mertua nanti ....

3/ Kawal Bicara 

korang kalau jumpa bakal mertua, bakal ipar duai tu, walaupun korang jenis yang sangat friendly, dan jenis talkative, silalah kawal bicara korang yer. jangan asyik korang saja yang nak bercerita, dan jadi dominan ... no no no. korang berbicaralah dengan sopan, dan jadilah pendengar yang baik bila mendengar bicara sebelah keluarga mertua.

kalau korang tak setuju dengan bicara mereka, elakkan berbahas berlebihan. mungkin korang boleh berkecuali dengan pendapat mereka.

4/ Berikan Pujian Pada Mertua

nak gembirakan mertua, jangan berat mulut sangat tak nak bagi pujian. berilah pujian kat mertua. pujilah baju dia cantik, atau makanan yang dihidangkan sangat sedap. atau boleh puji laman rumah mak mertua cantik sangat, banyak bunga dan korang kagum dengan kerajinan mertua tanam banyak bunga dan sebagainya ... nanti rating korang juga yang naik! hehe. tapi pujilah dengan ikhlas tau.

5/ Jangan Datang Dengan Tangan Kosong

gift box
gift for parents in law

dah dijemput datang, so jangan kedekut nak bagi buah tangan kat mertua. bagi lah hadiah yang bersesuaian, tak perlu mahal mahal kalau korang tak mampu. boleh bawa fruit in the basket, kalau mak mertua suka bunga, belikan satu dua pasu yang siap ditanam pokok bunga kegemaran mak mertua. kalau bapa mertua suka hisap cerut, belikan seketul dua cerut kegemaran bapa mertua.  

6/ Cuba Berbual One-On-One-Chat

bila ada kesempatan berbual-bual one-on-one dengan mak mertua, or bapa mertua or ipar duai tu, jangan korang buat buat berat mulut pula. ni lah peluang korang nak kenal lebih lagi dengan mertua dan ahli keluarga yang lain.

family wefie
kita swafoto dulu

jangan asyik korang busy dengan handphone nak check status Whatsapp la, Instagram la, Facebook la sampai terlupa nak ambil peluang one-on-one-chat ... hehe.

7/ Ucapkan TERIMA KASIH Kepada Mertua

jangan lupa ucapkan TERIMA KASIH pada mak bapa mertua kerana sudi menjemput korang datang untuk bertemu. bukan sekadar bertemu, siap mak bapa mertua masakkan hidangan istimewa semasa kunjungan kamu. ucapan terima kasih bukanlah sesuatu yang sukar untuk diungkapkan, jadi kena ringan mulut nak cakap terima kasih ...

Tips jumpa mertua untuk kali pertama
makanan mak mertua pun sedap

mrs pip first time jumpa mak bapa mertua ni time Christmas, cerita enam tahun lalu. tapi memori tu masih sentiasa dalam ingatan. time tu memang risau dan nervous, kalau kena reject macam mana? kalau dorang tak suka macam mana? ok tak baju yang I pakai? make up sesuai tak? nak bawa apa nanti jumpa mak mertua? alamak, macam mana ni, kulit wajah sangat kusam, hilang confidence I nanti. .... nanti sampai kat rumah bakal mak mertua nak cerita apa? adik beradik mr.Boyfriend aku ni ok ke tak? wah! banyak benda di fikiran time tu ... walaupun banyak kerisauan time tu, bila dah jumpa mereka, alhamdulillah, I am well accepted. hehe. 

korang pula macam mana? any throwback macam mana korang jumpa mak bapa mertua untuk kali pertama? kongsilah cerita dengan mrs pip kat ruang komen di bawah. memandangkan mrs pip jumpa mak mertua time Christmas, so memang memori jumpa mak mertua tu ialah salah satu sweet Christmas memory mrs pip.... 

SimplyOhsem Xmas 'Shop & Win' Gift Campaign
Simply Ohsem Xmas 'Shop & Win' Gift Campaign

dan bila bercakap bab Christmas ni, mesti sinonim nak mencari hadiah Christmas. mrs pip still ingat the first gift mrs pip berikan kat mak mertua. mak mertua ni suka sangat simpan koleksi pinggan mangkuk dan bekas letak cookies, so mrs pip belikan mak mertua satu set revolving glass cookies jar, bolehlah mak mertua letak Christmas cookies ...

kalau korang tengah mencari hadiah untuk Christmas dan tak ada masa nak beli kat shopping store, beli online pun ok ....  mrs pip nak bagitau laman web simplyohsem.com sedang mengadakan Xmas 'Shop & Win' Gift Campaign. sambil membeli sambil korang berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik. simplyohsem.com menyediakan sebanyak 50 hadiah bernilai sehingga RM10,000 untuk pembeli bertuah dan Xmas 'Shop & Win' Gift Campaign ni bermula dari 1 Nov sehingga 12 Dec 2017 ni, dan pemenang bertuah akan diumumkan pada 15 Dec 2017 ...

hadiah buat bakal pemenang

v
v
v
v
v









nak tahu lebih lanjut macam mana nak menang hadiah, dan hadiah apa yang ditawarkan, korang boleh baca details kat entry mrs pip 


dan jangan lupa juga check it out the latest products update dari simplyohsem di media sosial simplyohsem:-

website: www.simplyohsem.com
facebook: web.facebook.com/simplyohsem
instagram: www.instagram.com/simplyohsem

till then, have a nice day everyone. xoxo, sayang mak mertua I.

cheers.

Post a Comment

12 Comments

  1. Replies
    1. harap membantu adik2 yg mau ketemuan sama mentua kan...

      Delete
  2. tips ne akan dibaca balik bila mau p jumpa mertua..tapi xtau tahun bila baru boleh jumpa tu kak.hahaha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai mata biru di Semporna ...
      mana tau bisa ketemu jodohnya Eca ... hehe.

      Delete
  3. kena ikut tips mrs pip ni. hehehe. tq akak

    ReplyDelete
  4. Memang nervous 1st time ujumpa bakal mertua....hehe

    ReplyDelete
  5. Aummmm.. Tak pernah jumpa lagi sebab jodoh belum sampai lagi. Tp akan igt tips ni. hihi

    ReplyDelete
  6. Good info untuk pasangan yang bakal berkahwin. hihi. Sambil2x itu, mereka yang bakal kahwin boleh juga survey hadiah kat simplyohsem untuk diberi kepada bakal mentua. hihi,

    ReplyDelete
  7. Bagus untuk muda mudi yang merancang nak berumahtangga ni

    ReplyDelete
  8. Hehehe..berguna sangat tips ni tq!:)

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.