Cerita Cinta Surirumah

Tuesday, 19 June 2018

Salam Aidilfitri 2018, raya ringkas mrs pip sekeluarga

June 19, 2018 3
Salam Aidilfitri 2018, raya ringkas mrs pip sekeluarga
hi there, belum terlewat nak ucap Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam amnya, dan juga kepada semua keluarga, sahabat, kenalan, rakan taulan dan kenalan bloggers ... so, raya tahun 2018 ni apa cerita? mrs pip tak beraya sangat pun , ala kadar sahaja ... well, mungkin pasal mrs pip tengah preggy,  rasa malas nak ke hulu ke hilir tu ada ... lagi2 mrs pip kena kawal pemakanan, so memang sukar mau control makan bila pergi beraya ...

raya pertama just stay at home coz kitorang raya pertama jemput keluarga terdekat datang makan makan kat rumah ... nak cakap open house tu, bukanlah open house sangat pun ... raya kedua pula, giliran kitorang pula membalas kunjungan ... raya ketiga pula, mrs pip tak kluar pi mana mana coz abang dan kakak ipar mrs pip datang beraya ... seharian jugak dorang datang lepak rumah ...

mr and mrs pip with lil' armies
mr and mrs pip with lil' armies

gambar raya tak banyak mana pun ... mrs pip ni bila dah jumpa ahli keluarga, makan makan memang tak hengat nak ambil gambar ... lagi lagi bila handphone asyik duduk dalam handbag, lepas tu handbag pula duduk dalam bilik , tak pun duduk dalam kereta malas nak angkut, so janganlah harap mrs pip nak ambil gambar ...  p/s: perangai malas nak ambil gambar, harap ehsan ahli keluarga lain yang tolong share gambar sajalah , muehehe ...

tahun ni, first time mrs pip jahit baju kurung ... paling last jahit sebelum kawin ! 6 tahun yang lalu ... I is seorang yang tidak begitu berbaju kurung ... so , mmg repeat baju yang sama setiap tahun sampailah tak muat nak pakai! rasa mcm membazir jahit baju kurung byk2, coz pakai cuma setahun sekali ... mana yg elok, pakai sajalah semula ...

tapi tahun ni terasa nak jahit baju kurung, lepas tu siap jahit sedondon satu kaler ... bila nampak gambar sedondon mcm ni, terus rasa eh, tahun depan jahit sedondon lagi ya T_T ... nampak cantik pula bila jahit sedondon ...

bermaaf-maafan itu amalan mulia
the bromance lil'Iman n lil'Amin
twopeasinthepod

ni baju melayu kedua buat lil' Iman dan lil' Amin ... tahun lepas mrs pip belikan dorang sehelai seorang baju melayu , tu pun sebab playschool lil' Iman request , boleh baca entry kat sini >>> baju melayu pertama <<< ... tahun ni jahitkan ala-ala kurta buat budak berdua ni, happy dorang dapat pakai baju kurta ni ... ekceli yang buat dorang happy pakai kurta ni, bukan pasal raya pun, pasal baju ni sama mcm daddy ... lepas tu dorang perasan dorang sama besar mcm daddy! hiks.

"mommy, mommy ... baju iman sama macam daddy kan " repeat 31X !
"mommy , mommy ... baju amin pun macam daddy kan " repeat berkali kali!

#gengdaddy
#gengmommybergaduh

tahun ni mrs pip beli kain sakura cotton dari penjual kain pasang di instagram ... siapa pernah beli kain pasang dari instagram @lulu_kainpasang ? kain sakura cotton ni memang selesa nak pakai, nak iron pun senang ... banyak pula pilihan warna, harga pun berpatutan ... mrs pip beli kaler #tealblue , tapi kaler tak lah biru mana pun, still dlm range kaler hijau ... beli penghujung tahun lepas kalau tak silap, hantar jahit awal bulan dua, selang dua minggu, tailor dah siap jahit! ....

tahun ni sambut raya #partyoffour , insya allah tahun depan #partyoffive ... tahun depan tak fikir lagi nak tema apa ... kalau dpt baby girl, maybe nak buat tema kaler dark pink , tapi itupun kalau mr.Husband setuju nak pakai kaler pinky pinky ni kan ...

mr and mrs pip

last but not least, mrs pip blanja gambar raya mr and mrs pip berdua #30weekspregnant ... nampak tak perut tengah boyot? .... nasiblah dapat tailor yang bijak boleh agak ukuran badan mrs pip , coz mrs pip hantar baju jahit bulan februari, empat bulan kemudian, baju dan skirt tu just nice di badan mrs pip ... tak sendat tak sempit tak longgar mana pun ... tudung memang tak beli tudung baru, ni koleksi tudung tahun lepas ... raya tahun lepas pun pakai tudung ni juga , teehee ... >>> our raya aidilfitri 2017 <<<

harap2 tahun depan mrs pip ada mood sakan nak beraya ... dan tahun ni, once again thanks to mr.Husband yang rajin siapkan semua biskut raya dan kek raya, dan mr.Husband jugalah yang bertanggungjawab siapkan menu raya kitorang >>> mi kari, bihun chinese style, ayam masak sos thai  dan sup daging pekat ...  dan thanks in laws yang siapkan kelupis, dan  masak ikan sos putih ... *gambar makanan pun I is lupa nak snap!* ....

apapun, hope raya korang semua penuh kebahagiaan, keceriaan dan penuh warna warni ...

salam aidilfitri 2018 , maaf zahir batin daripada mrs pip dan keluarga ...

cheers.

Monday, 18 June 2018

COMEBACK GIVEAWAY by BYZURA HALIFAH

June 18, 2018 3
COMEBACK GIVEAWAY by BYZURA HALIFAH
hi there, join giveaway kali ni dari blogger Byzura, salah sorang sabahan blogger juga ni ... GA ni akan tamat pada 7 Julai 2018, ada masa lagi kalau korang nak join ... syarat2 penyertaan pun senang, hadiah pun menarik ... jom join ramai ramai ... the more the merrier kan ... kalau korangnak join, klik banner kat bawah tu ...


wish me luck, kot kot menang hadiah menarik yg disediakan tu ... muehehe...

anyway, selamat hari raya Byzura ...

cheers

Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures

June 18, 2018 2
Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures
hi there, kalau nak menang hadiah dari Canada atau South Korea, jadi apa kata join GA Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures , muehehe ... manatau ada rezeki kan ... GA akan tamat pada 30 Jun ni , so ada masa lagi kalau korang nak join ... syarat2 penyertaan pun senang ... mrs pip pun join sekaki memeriahkan GA Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures ni ...


kalau korang nak join, bolehlah klik banner kat atas tu ... lepas tu cik Farah pemilik  blog Her Little Guilty Pleasures ni letak soalan bonus tak wajib jawab  "Name one of my favourite voices for the past 8 years", part ni mmg susah nak jawab unless korang memang kenal dan follow cik Farah ni ... Farh ni suka dengar lagu apa eh? .... ok lah, pasal mrs pip CNBlue, kot2 la cik Farah pun suka CNBlue kan ...muehehe ....

wish me luck ya.

cheers.

Ronaldmohoni.com Hari Raya Aidilfitri 2018 Giveaway

June 18, 2018 3
Ronaldmohoni.com Hari Raya Aidilfitri 2018 Giveaway
hi there, mood nak join giveaway kembali lagi ... muehehe. ekceli, belum ada idea mau update blog, jadi eloklah join dulu giveaway kawan2 blogger ni ... mana2 yang sempat tarikh GA belum tamat, so mrs pip join ... ni GA dari Sabahan Blogger, Ronald Mohoni ... syarat2 penyertaan pun senang saja , so mrs pip join ...


kalau yang berminat mau join, jangan lupa klik banner di atas ... GA ni lambat lagi nak tamat, sehingga 16 Julai 2018... lebih kurang sebulan la juga berlangsung GA ni ... wish me luck!

to ronald mohoni, selamat hari raya ...

cheers.

Wednesday, 13 June 2018

Empat Resepi Mudah Kek Raya

June 13, 2018 6
Empat Resepi Mudah Kek Raya
Empat Resepi Mudah Kek Raya || hi korang, macam mana persiapan raya? dah selamat membuat biskut raya? mrs pip dah siap biskut raya ... selain biskut raya, kek merupakan hidangan wajib ada untuk tetamu mrs pip ... ekceli, kitorang tak buat open house pun, sekadar kunjungan ahli keluarga terdekat dan jiran jiran ... buat kek lebih senang dan cepat berbanding buat biskut raya ... dan mrs pip pun buat kek yang simple simple saja ... so, jom tengok empat resepi mudah kek raya hasil air tangan mrs pip dan mr.Husband ...

Empat Resepi Mudah Kek Raya
Empat Resepi Mudah Kek Raya

untuk pengetahuan, tiga daripada resepi kek tu memang mrs pip guna resepi yang sama (old recipe yang mrs pip olah ikut citarasa mrs pip) , kek tersebut ialah two-color butter cake, orange cake dan pandan flavor butter cake ... manakala chocolate cake tu pula recipe lama yang mrs pip dapat dari mom mrs pip dulu ... 

Resepi Two-Color Butter Cake , Orange Cake dan Pandan Flavor Butter Cake

Bahan-Bahan Utama:-

750gm tepung gandum yang sudah diayak
7 teaspoon baking powder (diayak bersama tepung gandum)
1kg Planta (boleh guna jenama lain)
400gm gula halus (resepi asal menggunakan 750gm gula, tetapi terlalu manis bagi mrs pip)
15 biji telur Gred A

A) Bahan tambahan untuk Two Color Butter Cake

>>> 25ml vanilla flavor atau sebarang flavor kesukaan anda
>>> pewarna merah secukupnya

B) Bahan tambahan untuk Orange Cake

>>> 2 biji Orange Navel / Sunkist
>>> 25ml orange flavor

C) Bahan tambahan untuk Pandan Flavor Butter Cake

>>> 25ml pandan flavor
>>> pewarna hijau epal / hijau secukupnya

nota: setiap kali buat kek, guna bahan-bahan yang sama, cuma tukar flavor / warna / bahan tambahan lain .... sukatan ini adalah untuk dua loyang besar ... kalau mau buat kek kecil, boleh kurang kan tepung kepada 200gm dan kira nisbah yang sepdan dgn nisbah tepung untuk bahan - bahan lain ...

Cara-Cara Membuat Two Color Butter Cake

1. Pukul planta hingga kembang
2. Masukkan gula halus sedikit demi sedikit dan pukul bersama planta sehingga kembang 
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji (satu telur pukul lebih kurang dalam 30 saat) dan pukul sehingga kembang sepenuhnya
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati
5. Masukkan vanilla flavor dan gaul sebati 
6. Bahagi kan adunan 1/3 untuk ditambah warna merah 
7. Lapis loyang dengan kertas kek dan masukkan adunan (tanpa warna ke dalam loyang) dan tambah sebahagian adunan berwarna merah bersama, dan buatlah corak mengikut kreativiti anda 
8. Hentak-hentakkan loyang agar adunan rata sepenuhnya di dalam loyang
9. Bakar kek pada suhu 180 darjah Celcius selama 30 - 40 minit menggunakan api atas bawah, atau mengikut kesesuain oven masing - masing.
10. Keluarkan kek bila tempoh membakar tamat dan periksa kek jika masak sepenuhnya dengan mencucuk menggunakan skewer / lidi / garpu di tengah tengah kek ... sekiranya skewer tadi kering , bermakna kek telah masak sepenuhnya 
11. Siap! Sejukkan kek sebelum dihidang.

 Cara-Cara Membuat Orange Cake

1. Pukul planta hingga kembang
2. Masukkan gula halus sedikit demi sedikit dan pukul bersama planta sehingga kembang 
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji (satu telur pukul lebih kurang dalam 30 saat) dan pukul sehingga kembang sepenuhnya
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati
5. Masukkan orange flavor, parut kulit orange tadi ke dalam bancuhan kek, dan perah air buah orange ke dalam bancuhan kek, dan gaul sebati 
6. Lapis loyang dengan kertas kek dan masukkan adunan ke dalam loyang
7. Hentak-hentakkan loyang agar adunan rata sepenuhnya di dalam loyang
8. Bakar kek pada suhu 180 darjah Celcius selama 30 - 40 minit menggunakan api atas bawah, atau mengikut kesesuain oven masing - masing.
9. Keluarkan kek bila tempoh membakar tamat dan periksa kek jika masak sepenuhnya dengan mencucuk menggunakan skewer / lidi / garpu di tengah tengah kek ... sekiranya skewer tadi kering , bermakna kek telah masak sepenuhnya 
10. Siap! Sejukkan kek sebelum dihidang.

Cara-Cara Membuat Pandan Flavor Butter Cake

1. Pukul planta hingga kembang
2. Masukkan gula halus sedikit demi sedikit dan pukul bersama planta sehingga kembang 
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji (satu telur pukul lebih kurang dalam 30 saat) dan pukul sehingga kembang sepenuhnya
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati
5. Masukkan pandan flavor, dan pewarna hijau secukupnya dan gaul sebati 
6. Lapis loyang dengan kertas kek dan masukkan adunan ke dalam loyang
8. Hentak-hentakkan loyang agar adunan rata sepenuhnya di dalam loyang
9. Bakar kek pada suhu 180 darjah Celcius selama 30 - 40 minit menggunakan api atas bawah, atau mengikut kesesuain oven masing - masing.
10. Keluarkan kek bila tempoh membakar tamat dan periksa kek jika masak sepenuhnya dengan mencucuk menggunakan skewer / lidi / garpu di tengah tengah kek ... sekiranya skewer tadi kering , bermakna kek telah masak sepenuhnya 
11. Siap! Sejukkan kek sebelum dihidang.

******

Resepi Chocolate Cake

Bahan-Bahan Utama:-

750gm tepung gandum yang sudah diayak
4 teaspoon baking powder (diayak bersama tepung gandum)
1 teaspoon bicarbonate soda (diayak bersama tepung gandum
80gm serbuk koko (diayak bersama tepung gandum)
300gm serbuk milo atau 300gm coklat cair (dicairkan secara double boiling)
1kg Planta (boleh guna jenama lain)
400gm gula halus (resepi asal menggunakan 750gm gula, tetapi terlalu manis bagi mrs pip)
15 biji telur Gred A
4 teaspoon vanilla flavor
4 teaspoon nescafe dicairkan sedikit dengan air panas
150ml cawan air sejuk

Cara-Cara Membuat Chocolate Cake

1. Pukul planta hingga kembang
2. Masukkan gula halus sedikit demi sedikit dan pukul bersama planta sehingga kembang 
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji (satu telur pukul lebih kurang dalam 30 saat) dan pukul sehingga kembang sepenuhnya
4. Masukkan campuran tepung yang telah digaul bersama baking powder, bicarbonate soda, serbuk koko dan milo sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati
5. Masukkan vanilla flavor
6. Masukkan nescafe dan air sejuk dan pukul adunan sehingga kembang sepenuhnya
7. Lapis loyang dengan kertas kek dan masukkan adunan ke dalam loyang
9. Hentak-hentakkan loyang agar adunan rata sepenuhnya di dalam loyang
10. Bakar kek pada suhu 180 darjah Celcius selama 30 - 40 minit menggunakan api atas bawah, atau mengikut kesesuain oven masing - masing.
11. Keluarkan kek bila tempoh membakar tamat dan periksa kek jika masak sepenuhnya dengan mencucuk menggunakan skewer / lidi / garpu di tengah tengah kek ... sekiranya skewer tadi kering , bermakna kek telah masak sepenuhnya 
11. Siap! Sejukkan kek sebelum dihidang.

nota: sukatan ini adalah untuk dua loyang besar ... kalau mau buat kek kecil, boleh kurang kan tepung kepada 200gm dan kira nisbah yang sepadan dgn nisbah tepung untuk bahan - bahan lain ...

so selesai buat kek raya ... nanti raya bolehlah dihidangkan kepada tetamu ... nak kek lagi sedap, boleh buat ikut kreativiti masing masing seperti menambah cairan ganache ke atas kek coklat, atau menambah cip coklat, roasted almond ke dalam kek coklat sebelum dibakar...

untuk pandan butter cake pula, bolehlah menambah cairan sedikit gula melaka di atas kek tersebut untuk menaikkan rasa kek ... dan untuk butter cake dwi warna, korang boleh menukar sebarang perisa kegemaran korang seperti perisa keladi , atau lemon ...

makan kek tu makan juga tau, tapi jangan makan banyak sangat ... dah elok elok puasa turun berat badan, tak pasal pasal berat badan naik mendadak gara gara makan kek pula T_T ... apapun, jaga kesihatan, dan makanlah secara sederhana ...

selamat hari raya ...

cheers.

Tuesday, 12 June 2018

Resepi Mudah Kuih Makmur

June 12, 2018 11
Resepi Mudah Kuih Makmur
Resepi Mudah Kuih Makmur || ada yang panggil kuih makmur, ada yang panggil biskut makmur, tak kisahlah mana mana pun, asalkan Makmur Aman Sentosa kan ... biskut makmur adalah antara biskut wajib yang perlu ada setiap kali menjelang hari raya di rumah mrs pip ... dan biskut makmur ni pun senang nak buat , bahan bahan memang tak banyak mana pun ... jom tengok resepi mudah kuih makmur versi guna planta dari dapur mrs pip ...

Resepi Mudah Kuih Makmur

Bahan-Bahan:-

1kg tepung gandum (disangai / dimasak dalam kuali tanpa minyak sehingga tepung keperangan sedikit)
400gm planta (resepi asal guna minyak sapi)
500gm kacang tanah (digoreng tanpa minyak atau boleh dibakar dalam oven sehingga masak dan diblender kasar)
200gm gula halus 
250gm gula halus (digunakan kemudian selepas kuih makmur siap dibakar)

Resepi Mudah Kuih Makmur
Resepi Mudah Kuih Makmur 

Cara Membuatnya:-

1. Di dalam besen , adun tepung yang telah disangai, planta, kacang tanah yang telah digoreng dan diblender, serta gula halus menjadi doh ... sekiranya doh agak kering, tambah planta sedikit demi sedikit sehingga doh terbentuk dengan baik

2. Selepas doh berjaya dibentuk, bulat-bulatkan doh tadi (saiz kecil) di dalam loyang dan sedia untuk dibakar 

3. Panaskan oven kepada 180 darjah celcius, api atas bawah, dan bakar biskut antara 15minit - 20 minit , terpulang kepada oven korang .. ada sesetengah oven tu 15 minit dah siap pembakaran, mcm kes mrs pip, kena bakar sehingga 20 minit ...

4. Bila kuih makmur siap dibakar, tunggu sejuk sedikit sebelum memasukkan kuih tadi ke dalam loyang berisi gula halus dan golekkan kuih makmur agar bercampur dengan gula halus sepenuhnya ...

5. Kemudian simpan biskut di dalam balang kedap udara dan sejukkan sepenuhnya sebelum balang ditutup ... 

6. Siap kuih makmur , bolehlah dihidangkan semasa hari raya nanti T_T

Selamat mencuba ...

dan boleh juga mencuba >>> Resepi Biskut Dwi-Warna Perisa Keladi <<< 

cheers.

Resepi Biskut Dwi-Warna Perisa Keladi

June 12, 2018 7
Resepi Biskut Dwi-Warna Perisa Keladi
Resepi Biskut Dwi-Warna Perisa Keladi || ni antara biskut raya tahun ni yang mrs pip dan mr.Husband buat ... ekceli, apa saja yang ada kaitan dengan keladi, mr.Husband suka ... well, perisa keladi mmg feveret mr.Husband ... jadinya, tahun ni mr.Husband nak try olah biskut perisa keladi, mrs pip ikutkan saja idea mr.Husband ...lagipun, yang nak menerap dan membakar biskut tu nanti, of course lah mr.Husband ... tahun ni kerja meng-cookies adalah kerja mr.Husband ... muehehe.

Resepi Biskut Dwi-Warna Perisa Keladi

Resepi Biskut Dwi-Warna Perisa Keladi

Bahan-Bahan:-

1kg tepung gandum
300gm planta (terpulang korang nak guna jenama apa)
300gm gula halus (mrs pip kisar gula kasar sehingga halus)
2.5 sudu teh esen vanilla
1.25 sudu teh baking powder
5 biji telur
15ml perisa keladi
Warna Ungu (warna merah + warna biru untuk jadi warna Ungu)

Resepi Biskut Dwi-Warna Perisa Keladi

Cara Membuatnya:-

1. Campur semua bahan-bahan di atas di dalam besen

2. Uli semua bahan sehingga doh terbentuk

3. Apabila doh berjaya dibuat, bahagi doh kepada dua bahagian ... satu bahagian dibiarkan tanpa warna, dan satu bahagian lagi diwarnakan ungu

4. Letak doh sedikit demi sedikit berselang seli warna di atas talam dan ratakan doh menggunakan penggelek dan terap doh mengikut bentuk kesukaan korang dan pindahkan terapan tadi ke dalam loyang untuk sedia dibakar

5. Panaskan oven kepada 180 darjah celcius, api atas bawah, dan bakar biskut antara 15minit - 20 minit , terpulang kepada oven korang .. ada sesetengah oven tu 15 minit dah siap pembakaran, mcm kes mrs pip, kena bakar sehingga 20 minit ...

6. Bila biskut dah siap dibakar, bolehlah disusun di dalam bekas kedap udara. Sejukkan biskut sebelum bekas kedap udara ditutup rapat.

7. Siap!

Selamat mencuba.

Boleh juga intai intai >>> Resepi Biskut Fruit Mix <<<

cheers.