Cerita artis Korea : Song Hye Kyo dan Song Joong Ki dah kawin + Lee Seung Gi tamat latihan tentera

hi there, walaupun agak terlewat sedikit untuk buat entry khas #songsongcouple ni, tapi still nak buat juga! umum mengetahui Song Hye Kyo dan pasangannya Song Joong Ki telahpun melangsungkan perkahwinan mereka secara tertutup, hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat di Shilla Hotel di Seoul pada 31 Oktober 2017. pasangan yang pada mulanya hero-heroin drama Descendants of The Sun (DOTS), akhirnya mencintai di antara satu sama lain secara realiti, dan mengambil keputusan untuk berkahwin. yeah! love you #songsongcouple .... mrs pip layan DOTS ni pasal nak tengok Song Hye Kyo, agak lama menyepi gadis jelita ni, dan tak sangka pula berpasangan dengan Joong Ki dalam DOTS tu memang nampak sesuai sangat , dan harapan ramai peminat agar mereka bersatu telahpun termakbul ....
kredit gambar dari soompi.com
Cerita artis Korea : Song Hye Kyo dan Song Joong Ki dah kawin + Lee Seung Gi tamat latihan tentera
Cerita artis Korea : Song Hye Kyo dan Song Joong Ki dah kawin + Lee Seung Gi tamat latihan tentera 

dan dianggarkan majlis perkahwinan mereka menelan belanja lebih dari sejuta dollar termasuk sewa hotel, sewa dewan hotel, hidangan makanan, dekorasi bunga, hand bouquet, dan pakaian perkahwinan. pasangan ini menolak ke semua tajaan perkahwinan tanpa mendengar nilai barang tajaan yang ingin ditaja pihak penaja termasuk tajaaun untuk live airing majlis perkahwinan mereka! 

apapun, mrs pip happy dengan perkahwinan #songsongcouple ni ... semoga bahagia selamanya. and yes, they look great together.

kredit gambar soompi.com

selain majlis perkahwinan #songsongcouple, ada satu lagi berita gembira mengenai artis kegemaran mrs pip. dongseng mrs pip iaitu si lee seung gi sudahpun tamat perkhidmatan tentera pada penghujung bulan oktober baru baru ini. yahoo! the multi-talented Lee Seungi Gi is back. Seung Gi memulakan perkhidmatan tentera pada 1 Feb 2016 dan tamat latihan pada 30 Oktober 2017. lepas ni ternanti nanti juga, bilakah agaknya dongseng mrs pip yang lain iaitu Jang Keun Suk dan Lee Min Ho enlisted pula. Kim So Hyun pun dah pergi military training kan pada 23 Oktober lalu.... 

mrs pip suka tengok Seungi Gi dalam 2Days 1Night (the early season), waktu tu dia ni yang member paling muda, so selalu kena buli ... tapi dia ni suka betul kenakan big brother dia tu, si Kang Ho Dong. part tak boleh lupa bila dia conteng muka Kang Ho Dong time tidur, lepas tu dia buat derkkk jak. bila Kang Ho Dong bangun pagi tu, dan tengok muka kena conteng, bukan main Seung Gi sembunyikan diri ... satu lagi dalam 2Days 1Night tu, bila Seung Gi kalah game dan kena bawa jam besar berjalan di khalayak umum sepanjang menyiapkan misi yang diberi ...

Lee Seung Gi & his big bro, Kang Ho Dong
Cerita artis Korea : Song Hye Kyo dan Song Joong Ki dah kawin + Lee Seung Gi tamat latihan tentera
Cerita artis Korea : Song Hye Kyo dan Song Joong Ki dah kawin + Lee Seung Gi tamat latihan tentera 

selain tu, mrs pip suka tengok Seung Gi dalam rancangan bual bicara bersama artist dalam Strong Heart, dan memang best sangat dia berpasangan bersama Kang Ho Dong ... cute la dorang berdua tu .. satu Big Brother, satu little Dongseng ... memang #bromanceforever la dorang ni ... hope ada kolaborasi akan datang antara mereka berdua kelak.... apapun, all the best untuk Lee Seung Gi. and can't wait for his return to the drama screen ..... dan dilaporkan, Seung Gi akan berlakon dalam drama terbaru bertajuk Hwayugi bersama Oh Yeon Seo, Cha Seung Won dan FT Island Lee Hong Ki.

happy K-fans forever T_T

cheers.

Post a Comment

12 Comments

  1. Akak kan Mrs Pip mmg x pandai nak ikut cerita Korea ni.. sebab risau akan stick to it..

    Dulu2 je tgk..mmg best cerita2 depa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Yan, memang akan stick to it once dah terjebak...

      Delete
  2. Lama dah tinggal cerita Korea. Dulu masa kat U selalu marathon cerita Korea ramai2. Layan habis la time tu. Song Hye Kyo ni, Ain minat jgak. Comel lembut je muka dia. Tahniah #songsongcouple :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masa nnt, boleh layan KDrama semula, hehe.

      Delete
  3. Sama cantik dan lawa...sepadan sgt hehe..running man saja layan..cerita lain kurang terdedah sgt dgn korea ni haha

    ReplyDelete
  4. waa memang minat lee seung gi lakonan dia best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. stay tune dengan drama terbaru dia ... coming soon.

      Delete
  5. Wahhh... akak mmg peminat Kpop drama ini. Yang pastinya Song Hye Kyo mmg salah seorang aktres terbaik dan cantik di korea selatan kan kak. hihi. :D

    ReplyDelete
  6. Yeah!! Dah kawin.. semoga mereka bahagia..

    ReplyDelete
  7. sama cantik sama padan. muka pon iras2 je..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.