Buat header blog senang dan cantik di Bannersnack Dot Com - MrsPip Dot Com

Monday, 3 February 2020

Buat header blog senang dan cantik di Bannersnack Dot Com

hi there, blog bertukar header lagi. Kali elemen warna pink dimasukkan. Dan kali ini header rasa agak simple dan untuk tahun ini, mrs pip decided untuk menulis hal-hal yang berkaitan dengan life mrs pip sebagai seorang surirumah. mrs pip percaya, setiap surirumah mesti ada banyak kisah dan cerita dalam rumahtangga, cuma kita kongsi yang postif dan baik baik saja ok T_T

buat header blog di bannersnack dot com
buat header blog di bannersnack dot com

kalau korang pun tiba-tiba rasa mau tukar header yang simple-simple dan maintain menarik serta cantik header tu, jangan susah-susah nak hire designer. korang simpan duit tu walaupun setakat nak tukar header mungkin korang kena caj RM10.00 sahaja, tetapi kenapa perlu membazir kalau boleh buat sendiri. Dan duit RM10.00 tu baik korang melabur simpan dalam ASB, cukup hujung tahun boleh dapat dividen + bonus, biar sedikit asalkan bijak urus kewangan.

eh, tetiba tahun 2020 ini terasa sedar diri untuk urus kewangan dengan lebih bijak dan sila rajin cari sumber bacaan yang bermanfaat dan diyakini untuk tahu hal-hal kewangan, antara blog yang mrs pip suka baca sekarang ialah https://ringgitohringgit.com/ , memang banyak perkara yang berkaitan dengan pengurusan kewangan mrs pip belajar di blog tersebut.

ok, kembali kepada cerita tukar header ini, kalau korang tak tahu di mana nak buat header secara online guna desktop , korang bolehlah guna https://app.bannersnack.com/ dan ianya adalah percuma (limit untuk 10 banner per lifetime), dan sangat mudah untuk login dengan hanya menggunakan akaun GMail korang sahaja.

korang boleh pilih pelbagai pilihan template, colors, gradients, textures, sizes dan images dan apps bannersnack ni sangat user friendly (bagi pendapat mrs pip lah) ... kalau korang rasa-rasa nak guna semua full features yang ada dalam bannersnack, makanya korang kena bayar untuk GO PREMIUM.

thanks for reading, dan happy blogging semua.

cheers.

22 comments:

  1. wahh.. menarik ni mrs pip.. nak buat header baru jugak la.. tq for sharing mrs. pip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Dilah. Lepas ni Dilah bolehlah cuba buat header baru.

      Delete
  2. Menarik ni. Mudah dan cepat. Bolehlah design sendiri dan ikut taste sendiri kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Pip kalau design simple2 untuk blog sendiri bolehlah buat.
      haha, nak berjimat cermat tu pun satu hal juga.
      nak suruh org buat header, kena bayar so try buat sendiri jak la.

      Delete
  3. wah dah mudah sangat nak buat. anntara nak dengan taknak ja la kan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Umi, antara nak dan tak nak sahaja ni.

      Delete
  4. Bagus juga macam ni. Aien biasa buat di Canva saja. ^^

    Hi, senior surirumah, junior dtg nak menuntut. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha, senior ke? tapi ni senior yang masih banyak benda nak belajar alam rumahtangga ... apapun, all the best junior.

      Delete
  5. Cantik..simple header baru Mrs pip. Oo buat sendiri..okey, nanti kita cuba kalau dah bosan dengan header skrg..hehe..nak tukar header,baru lagi tukar...so KIV dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu FS.
      nnt nak buat header, boleh try buat online kat bannersnackdotcom

      Delete
  6. Menarik ni boleh cuba nanti sbb header sy terlalu simple guna word je hehe

    ReplyDelete
  7. Menarik info Mrs Pip share ini..

    ReplyDelete
  8. Eh terima kasih Mrs Pip backlink website saya ringgitohringgit.com! Semoga banyak manfaat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Su.
      tertahu blog Su ni kat twitter, so saya follow baca dan mmg happy sangat dapat guna sebagai rujukan untuk menambahkan ilmu kewangan saya.

      Delete
  9. Menarik dan Simple header Mrs Pip yang baru ni.

    Mudah buat header kat tempat bannersnack tu.

    Selalu Ruby edit apa² guna canva. Masih belajar lagi Mrs Pip

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti Rubi try buat kat bannersnack pula.
      Canva pun ok juga.

      Delete
  10. Boleh la nanti try guna.... memang sedang cuba buat header blog ni...

    ReplyDelete