Tips hilangkan sakit gigi paling cepat

hi semua, wah lama tak update blog! bukan sibuk, TAPI mrs pip sakit gigi tak boleh bawa bincang! on and off makan antibiotics dan pain killer. dan tips hilangkan sakit gigi paling cepat ialah >>> CABUT SAJALAH GIGI YANG SAKIT ITU !

masalah sakit gigi ni dah berbulan lamanya, tapi bulan ni paling parah sakit dia, sampai nangis nangis tahan sakit. end up jumpa juga doktor gigi , nak minta cabut gigi, senang cerita.

tapi, doktor tak nak cabut pasal kawasan sakit dah bengkak, so kena on antibiotic dulu lepas dah surut sakit, baru doktor cabut.

doktor bagi pilihan mulanya nak cabut atau buat rawatan akar, tapi bila waktu appointment tu, doktor nasihatkan bagus cabut daripada buat rawatan akar gigi kerana kondisi gigi yang hampir ditampal sepenuhnya, sehingga tepi gigi tu dah nipis sangat, so mungkin akan pecah kalau buat rawatan akar.

jadi, tak nak bazir2 duit pasal dah tahu probability gigi takkan bertahan lama lepas buat rawatan akar tu , caj rawatan akar untuk gigi geraham kecil ialah RM350 hokey, jomlah cabut jak ...

berjaya cabut gigi geraham kecil
berjaya cabut gigi geraham kecil

dah cabut, then gigi sebelah tu gigi geraham besar, pun sama kelihatan teruk. sama ada kena tampal atau cabut doktor pun tak nak buat rawatan akar juga. Kalau nak buat juga, caj sekitar RM1000.00 dan kena buat di klinik lain. Doktor gigi ni ndak akun dia mau buat rawatan akar gigi utk geraham besar ... 

dan memang ada sakit sikit berdenyut denyut gigi geraham besar ni time cabut gigi geraham kecil, so doktor bagi antibiotics lagi.

memang sakit gila2 lah gigi ni juga, antibiotics pun dah habis, adeh. harap makan paracetamol jak lah ... 

dan memang akan cabut lah juga. insya allah Isnin 16/12/19 ni nak pergi cabut, harap harap lepas ni tiada lagi drama keluar air mata menahan sakit gigi! grrrrrr.

dan korang yang ada masalah sakit gigi tu, pigilah jumpa doktor sebelum gigi menjadi parah ok ...

mrs pip cabut di klinik gigi Dr. Andrea, Beaufort ... caj cabut RM50.00 sahaja, tapi kerana kena makan lagi 2 jenis antibiotics , jadi caj semua RM75.00 ...

dan tak sakit pun cabut gigi , yang penting korang relax saja time kena cabut tu ... think something beautiful, haha ... mcm mrs pip time dia cabut tu, mrs pip imagine tengah diving tengok ikan2 cantik di bawah dasar laut , ekekeke ... ni terapi minda ya utk hilangkan rasa takut ntah apa apa ...

have a nice day semua.

eh sorry la kalau tajuk entry tiada kaitan dengan cerita dalam entry ... tapi tak tipu kan, kalau sakit gigi pigilah cabut gigi yang sakit itu.

cheers.

Post a Comment

9 Comments

  1. Cabut satu nanti yang lain pulak sakit
    Akhirnya cabut semua
    Rongaklah

    ReplyDelete
  2. Awa tak tahan sangat cabut je mrs pip.. mmg x leh dah! tak tahan sangat-sangat sakit ooo

    ReplyDelete
  3. ada jugak yg pesan, jangan cabut gigi masa gigi tengah sakit. kena tunggu gigi sakit tu kurang sikit baru pi cabut. hehe, entah la. setakat ni gigi takda sakit lagi la :D

    ReplyDelete
  4. yea betul. sakit gigi, x boleh buat apa. cabut je lah gigi yang rosak dan sakit tu. setel masalah. kalau tak, memang menahan sakit gigi sampai ke kepala effect dia punya sakit.

    ReplyDelete
  5. takut betul bila sebut bab cabut gigi ni..hehe

    ReplyDelete
  6. sakit gigi memang tak boleh tahanlah..
    tapi ammi ni sakit apa pun semua tak tahan..hahahah gedik sangat ammi ni

    ReplyDelete
  7. seram dan ngeri kan cabut gigi...

    ReplyDelete
  8. sha bulan oct tu mmg merana sakit gg..ggi berlubang..then try esen vanila..skjp ja then ok p klinik doc bg antibiotik..lega smpai skg..minum susu ja

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.