Senarai 10 yang menarik azam tahun baru

hi there, senarai 10 yang menarik azam tahun baru 2020 bagi seorang mrs pip. pentingnya setiap tahun menulis azam baru supaya fokus tahun akan datang ini nak buat apa. 

azam setiap kita berbeza beza, ada keinginan berlainan, kemampuan nak buat sesuatu pun takkan pernah sama. 

ada orang dia tak perlu ada azam baru setiap tahun kerana azam dia tak pernah berubah, tetap sama. 

Tapi bagi seorang mrs pip, tahun 2020 ni aku nak set azam yang lain dari tahun sebelum ini. Mungkin ada azam yang aku kekal repeat setiap tahun tapi ada azam baru yang aku nak sangat sangat buat. 

Azam anda bagaimana pula?

10 yang menarik azam tahun baru 2020
10 yang menarik azam tahun baru 2020

Senarai 10 yang menarik azam tahun baru 2020 bagi seorang mrs pip, semoga berjaya merealisasikan azam yang ditulis ini :-


🌼 1. Jadi mommy yang super cool

Untuk pengetahuan, aku bukan mommy yang cool atau super cool ya. Aku seorang mommy yang agak strict dengan anak anak. Huh! 

Dan bila kau strict, kau set level disiplin yang kau nak, dan bila anak anak tak meet requirement yang kau set tu, percayalah kau akan disappointed dan STRESS.

Apabila stress, maka kau akan jadi mommy GARANG, mommy cepat MARAH, mommy selalu KECEWA. 

Not so COOL !

Jadi, aku usaha tukar mindset aku. Tukar cara aku deal dengan anak anak. 

Aku pun nak happylah setiap hari. Umur dah meningkat ni, mana boleh stress2 nanti boleh ada potenai sakit jantung kan, hehe.

Sekarang ni, aku ada mantera yang aku praktikkan setiap hari, dan setiap kali aku unhappy dengan anak anak.

I will be a cool mom and no more mom-no-sour and my kids must always feel happy and comfortable with me. 
(Repeat 100x atau banyak2 kali) 

dan kena selalu senyum seperti yang Iman (anak pertama Mrs Pip) selalu cakap "mommy cantik kalau senyum. tak boleh marah marah, nanti lekas tua" .


So far, alhamdulillah, minggu pertama cuti sekolah ini dilalui dengan baik, marah marah tu dah berkurangan, dan aku rasa calm. 

Aku belajar perkara baru dengan anak anak bila aku berikan dorang ruang untuk ekspresikan kehendak dan keinginan dorang. 

Biasanya, bila anak anak let say lewat mandi, lewat makan, atau lewat tidur, aku cepat rasa nak marah pasal anak anak tak ON TIME. aku kan jenis mak mak yang strict 😥. 

bagi aku , masa sangat berharga gitu, tapi sekarang ni aku bagi ruang kat diri aku untuk berikan anak anak sedikit masa lagi. nanti kejap lagi mesti dorang mandi, makan dan tidur. Ok lah kalau setakat lambat 10 minit.

jadi tahun depan ni, aku nak jadi SUPER COOL MOM. kita chill chill saja ok.

Anak anak semakin membesar, biarlah aku jadi BFF NO.1 mereka, senang juga aku nak spy kegiatan dorang juga, haha … 

COOL mom memang macam ni kan , ada sajalah hidden agenda … doakan mrs pip menjadi seorang mommy yang baik ok. 

mrs pip takkan pernah sempurna menjadi seorang mommy, tapi selalu berusaha menjadi mommy yang terbaik untuk anak anak.


🌼 2. Bayar hutang : Qada puasa, solat dan khatam Al Quran

Ya bayar hutang itu penting. Semoga tahun ni mampu bayar hutang yang menimbun.

Slow slow bayar balik qada puasa dan solat. Tapi tahun 2020 ni, mrs pip NAK SANGAT habiskan semua hutang hutang puasa ni.

Kena buat jadual dan stick dengan jadual tersebut, jadi nanti kena masukkan dalam planner tahun 2020.

Yeah, sebut pasal planner, korang dah beli planner tak? mrs pip dah ada planner USAHAWAN, sesuai untuk sesiapa yang ada bisnes.

dan dalam planner USAHAWAN ni ada perkongsian ilmu pasal bisnes dan marketing.
Harga promosi RM30.00
Harga asal: RM35.00
(tak masuk postage) ,
affordable dan reasonable. 

planner usahawan
planner usahawan

Kalau korang nak beli, 
wasap mrs pip laju laju tau di talian www.wasap.my/0138605172/plannerusahawan

mrs pip ada 30 hari lagi tak bayar FIDYAH. Ni kena bayar sebelum Ramadhan tahun depan, kalau tak akan berganda kena bayar nilai fidyah tu.

Goal aku setiap tahun nak khatam al-quran, nak baca habis 30 juzuk setiap tahun.  Ni hutang pada diri sendiri, tiap2 tahun nak khatam quran. Semoga aku berjaya. 

Alhamdulillah, tahun ni dah hampir sampai ke penghujung lembaran, semoga habis baca hingga ke lembaran terakhir. 

Dan sebenarnya aku cemburu pada mereka2 yang mampu luangkan masa baca al-quran walaupun life sibuk 24jam sehari dan siap boleh hafal surah surah penting seperti al mulk, al waqiah, ar rahman, etc.


🌼 3. Tingkatkan kemahiran diri :  Belajar bahasa asing dan bercucuk tanam

Seorang mrs pip dulu pernah belajar Mandarin, tapi secara terpaksa. Dan rasanya cukuplah setakat di situ pembelajaran Mandarin tu ya. Haha, biarlah anak anak pula yang belajar Mandarin.

Tapi rasa rasanya nak belajar bahasa asing yang lain la pula. Hurm, masih berfikir nak belajar bahasa apa, tapi nak belajar yang basic sahaja sebagai permulaan.

Tengah fikir mau belajar bahasa Tagalog, tak pun Russia … tulisan Russia tu bagi mrs pip lah nampak unik, macam tulisan spy pun ada … 

Jomlah kita pilih bahasa apa yang mudah lagi menarik untuk belajar … ada idea nak suggest tak?

Dan tahun depan juga mrs pip nak menjebakkan diri dengan belajar bercucuk tanam sayur sayuran.

Nampak seronok Iman tanam bunga, jadi mrs pip terfikir kenapa tak tanam sayur pula sekurang kurangnya ada juga hasil boleh petik.

mrs pip dah start tanam daun bawang dan daun sup, tapi seperti tak menjadi. kena cuba lagi , haha perlukan kesabaran juga bercucuk tanam ni.


🌼 4. Keluar dari comfort zone : Pip Bisnes

Mrs Pip paksa diri untuk keluar dari comfort zone untuk berbisnes. Masih lagi dalam proses belajar untuk berbisnes. 

Selalu tengok kawan-kawan berbisnes, nampak macam senang, tapi bila dah terjebak, baru tahu bukan senang untuk berbisnes ni.

Memang kena usaha dan sabar sangat-sangat. Kejayaan tidak dibina dalam sehari atau setahun. 

Seorang mrs pip memang sukar untuk berdepan dengan sesiapa semata mata untuk promote bisnes, tapi alhamdulillah slowly mrs pip rasa confident tu ada untuk perkenalkan produk yang mrs pip jual.

Kalau ada yang perlukan syampu untuk merawat masalah rambut gugur, boleh cuba Syampu dan Hairbooster Aura Hijab.

>>> Syampu Aura Hijab Untuk Rambut Gugur 

Berminat? Boleh contact mrs pip, agen produk Aura Hijab.

dan yang berminat nak dapatkan buku buku pendidikan, buku buku menarik Islamik untuk anak anak, bahan bantuan mengajar, boleh contact mrs pip juga.

flip cara WOW bahan bantuan mengajar hebat
flip cara WOW bahan bantuan mengajar hebat 

mrs pip agen untuk produk buku keluaran dan pasaran MOMMY HAPPY.

Ada yang nak jadi agen Mommy Happy tak? Contact mrs pip tau.

menarik join team mommy happy
menarik join team mommy happy


🌼 5. Spring Cleaning & Minimalist

Untuk tahun 2020 ni, satu perkara yang agak lama terbengkalai yang mrs pip mahu buat ialah SPRING CLEANING and hidup MINIMALIST. 

Bila kali terakhir anda spring cleaning rumah secara besar-besaran? 

mrs pip perlu kurangkan mana mana barang yang tidak digunakan atau rosak , dan perlu bersihkan semua storage boxes, almari, kabinet dan ruang dapur.

Selain itu, nak spring cleaning handphone lah juag, banyak sangat benda dalam phone yang take up space , jadi baik delete atau transfer ke external disk atau cloud storage.

Dan rasa macam nak hidup minimalist saja, tak perlu banyak banyak barang, repeat guna banyak kali, kalau rosak buang dan beli baru. 

Semoga hati cekal nak jadi seorang yang sangat minimalist. Jadi jangan pelik kalau asyik repat baju yang sama. Bolehkah aku? 😒😒😒


🌼 6. Jaga kesihatan : mental, fizikal, makanan berkhasiat, bersenam, etc

Semakin berusia, semakin penting kita menjaga kesihatan. Dan sebenarnya, kena jaga kesihatan sewaktu kita muda remaja lagi, bukan bila penyakit datang bertandang.

mrs pip dulu sebelum kawin, rajinlah pergi jogging dan swimming, sekarang ni bila ada anak, memang jarang sangat bersenam di luar.

Tapi bab makan, memang tak dinafikan mrs pip sedaya upaya jaga makan kerana genetik keluarga yang ada kencing manis dan darah tinggi. So memang ada kesedaran bab makan makan ni.

Tetapi selain jaga bab pemakanan, penting untuk jaga kesihatan fizikal dan mental.

Fizikal ni bukan setakat bersenam , tetapi kekal cergas selalu , tidak mudah rasa letih … well jadi mak mak yang ada anak anak aktif ni haruslah badan selalu bertenaga.

lecithin bekalkan tenaga untuk kekal cergas
lecithin bekalkan tenaga untuk kekal cergas

Untuk selalu bertenaga , mrs pip ambil supplemen LECITHIN setiap hari. LECITHIN ni membantu badan membakar lemak yang tersimpan di dalam badan untuk ditukarkan kepada tenaga.

Dan untuk kesihatan mental pula, mrs pip ambil FISH OIL OMEGA 3 . Salah satu fungsi fish oil omega 3 ni ialah membantu menjaga kesihatan otak, mengurangkan rasa stress otak dan memperbaiki imunisasi badan.

Kalau nak beli LECITHIN atau FISH OIL OMEGA 3 ni, anda boleh beli di Shopee, harga lebih affordable berbanding beli di luar.

Dan sekarang ada SALE 12.12, lebih jimat boleh dapat diskaun dan free shipping! Dan gunalah SHOPBACK untuk EXTRA penjimatan.

jimat shopping guna shopback
jimat shopping guna shopback

Brand pula terpulang anda nak pilih mana, tapi mrs pip selama ni memang guna brand BLACKMORES, so stick dengan brand ni hingga sekarang. Harga setakat ni affordable kalau beli online.

Hari tu ada rezeki menang giveaway , dapat sebotol FISH OIL brand BIOLIFE, brand biolife ni pun ramai yang guna.

Untuk senaman, mrs pip plan nak stick dengan simple pilates 3x seminggu, 20 minit ke 30 minit setiap sesi.


🌼 7. Money savings : Jimat cermat & menabung

Kebiasaan bila ada duit, mesti nak berbelanjakan. Menabungnya sikit ja kan, adeh. Perangai tak begitu bijak ni.

Ok, tahun akan datang ni, akan belajar pengurusan kewangan yang lebih baik. Kena ikut rule 50/30/20 - 50% belanja , 30% simpan , 20% travel savings.

Ni aku memandai jak set up rule sendiri. Percayalah, sukar nak saving 50% from whatever income yang aku ada coz banyak sangat komitmen kena settle dulu, maka 30% savings tu rasanya ok, mampu buat, Insya Allah.

Dan berjimat cermat dalam semua hal. Lepas ni, kena lupakan Shopee dan Lazada , semoga istiqomah seorang mrs pip berjimat cermat pada tahun depan.

Dan plan nak travel next year, kengkonon nak round Sabah, haha la sangat kan. Tapi apapun kenalah ada savings khas untuk tabung travel ni. Jadi jomlah put aside segala pendapatan 20% untuk tabung travel.


🌼 8. Blogging dan media sosial

Insya Allah, tahun depan nak bagi EXTRA perhatian dengan hal hal yang berkaitan blogging dan media sosial mrs pip.

Blog kena improve dari segi performance. Domain Authority perlu increase at least atas 25/100 score.

Broken link try the best untuk reduce 75% , usaha untuk ping blog ke search engine lain selain Google Search Engine. 

Tak boleh bergantung harap dengan Google ni kerana Google kerap tukar algorithm yang buat PV jatuh ke lautan dalam!

Perlu edit mana mana old entry untuk perbaiki konten dan usaha menulis mengikut teknik SEO, dan perlu update meta description pada entry lama.

Dan mrs pip juga target
✔ 10 entry sebulan (minimum) dengan 2 entry panjang 1000pp melatih untuk penulisan SEO
✔ 500K pageviews setahun
✔ bounce rate pada paras 60% dan ke bawah. 
Nak perbaiki blog dulu sambil usaha cari job melalui blogging 😊

Untuk media sosial IG , FB , dan FB Page pun kena perbaiki feed dan engagement.

Delete mana yang tidak berkenaan. Update kena konsisten juga dan kena increase follower secara organik.

Ada yang nak follow IG mrs pip tak? I follow you back tau, tapi please bukan fake account coz recently mrs pip kesan ada fake account follow mrs pip, so I just ignore yang fake account 



🌼 9. Be Organized 

Untuk tahun akan datang ni, mrs pip nak lebih organize. Sebab tu mrs pip buat spring cleaning, buang mana yang tak perlu, dan kemaskan mana mana barang yang nak pakai.

Antara perkara utama yang mrs pip perlu settlekan ialah rak buku seisi keluarga. Buku sekolah Iman dan Amin, boleh tahan juga banyak, tapi letak sana sini tidak setempat. Novel mrs pip lagi, buku cerita anak anak lagi. Berharap boleh settle bahagian rak buku ni di awal tahun.

Nak settle juga tempat simpanan toys anak anak, wardrobe anak anak dan juga rak dapur. 

Selain tu, nak lebih well organize dalam hidup , kena plan dan buat jadual kerja kerja surirumah, hal hal blogging, susun atur buat quran tagging, dan baca al-quran (target bulan 10 tahun depan dah habis baca 30 juzuk, insya allah).

Lepas tu kena susun juga jadual pembelajaran Iman n Amin since tahun depan no more sending kids to tuition. 

Home tuition by mrs pip semua subjek kecuali bahasa Mandarin. Subjek ni tengok nanti macam mana kalau ada keperluan untuk extra tuition di luar.

Semoga tahun 2020 akan lebih tersusun kemas berbanding tahun tahun sebelum ini.


🌼 10. Travel with kids

Dan travel with kids untuk tahun depan. Masih memilih road trip kerana seorang mrs pip tidak suka naik kapal terbang, ekeke.

at least tahun depan nak bawa anak anak travel Sabah kalau ada rezeki. Lama tak jenguk Kudat, Sandakan , Tawau dan Labuan. 

Dalam perancangan nak bawa anak anak bercuti at least salah satu tempat tu. Kudat la kot, eh rindu pula Simpang Mengayau.

============

Semoga apa yang dirancang , diusahakan dengan penuh tekad dan semoga tercapai dengan izin Allah. 

Berharap tahun depan diberi rezeki kesihatan yang baik, rezeki anak anak yang murah, rezeki suami yang luas, rezeki bisnes, blogging dan media sosial yang molek. 

Azam tahun baru anda pula macam mana? 

cheers.

Post a Comment

18 Comments

  1. no. 1 tu applicable untuk ammi (eh semua2 azam mrspip tu kira applicable gaklah).
    I'm a strict mom..dan cepat je nak marah. I know it is not good for my kids' mental growth, emotion tp aduhaiii...semoga ammi pun istiqomah nak jadi cool mother ni.

    ReplyDelete
  2. Malas dah nak berazam sebab semua kelaut nanti. Follow the flow je =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Follow the flow pun ok juga, tapi saya kena plan kalau tak memang tak da azam langsung , hehe.

      Delete
  3. wahh byaknya target kak.. sy belum buat azam apa2 lgi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 tahun depan menjadilah target kakak ni. Lagi2 part bayar hutang dan spring cleaning tu.

      Delete
  4. semoga tercapai semua azam akak :)

    ReplyDelete
  5. moga tercapai semua azam tu mrs pip...

    ReplyDelete
  6. Best nya. Nak azam2 banyak2 gak. Harap2 tercapaila azam baru sy. hihihi

    ReplyDelete
  7. yes.
    aida dpt dah azam 2020.
    no - 2,3 dan 9.

    ReplyDelete
  8. suka pulak aku baca azam kau ni mpy, bagus jugak tulis azam ni sebab aku rasa dia macam doa kau dan orang lain doakan kau huhuuhu, aku rasa azam ni perlu walau tak tercapai tapi sekurang kurangnya kau ada niat juga,aku pun malas mau berazam sebab nati aku lupa sendiri azam aku apa hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi aku, tulis Jak la Azam , then try buat Mana yg mampu. Seronok bila dpt buat yg Kita plan. Yang ndak dot buat, ndak apa, nnt try buat tahun berikutnya. Hehe.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.