About Author

Header Ads

Pengalaman Saya Menggunakan Implanon Selama Lebih 3 Tahun

Hello, hari ini ni mommy ingin berkongsi pengalaman menggunakan Implanon, iaitu sejenis kaedah perancang keluarga yang dipasang di bawah kulit lengan. Sebelum membuat keputusan untuk memasangnya, mommy sendiri banyak membaca pengalaman orang lain. Jadi, mommy harap perkongsian ini dapat membantu wanita yang sedang mempertimbangkan kaedah ini.

Sebenarnya, doktor dah paksa-paksa mommy untuk tidak hamil lagi pasal faktor umur yang dah masuk 40-an, dan masalah kesihatan low iron (iron deficiency anemia; IDA) untuk semua pregnancy mommy. Tapi, mommy kan degil tau, nak juga berusaha manalah tahu dapat baby girl since 3 pregnancies terdahulu semua baby boys.

Jadi, sewaktu kehamilan ke-4 tahun 2022, mommy dan mr.Husband dah sepakat itu adalah pregnancy terakhir buat mommy dan lepas tu kita nak ikat (BTL) atau implanon, dan akhirnya kita sepakat untuk pasang implanon sahaja.

Nak bagitau juga, untuk kehamilan ke-4, mommy berjaya melahirkan baby girl pada 27 Ogos 2022 pada usia mommy 43 tahun, di Hospital Beaufort dan diberi nama Anim Zafira.


pasang implanon tiga tahun
mommy siap minta kotak ni dekat doktor sebagai kenangan 
pasang implanon buat pertama kali


Kenapa Memilih Implanon?

Bagi mommy, Implanon sangat praktikal. Mommy tidak perlu mengingati masa untuk makan pil setiap hari atau datang ke klinik setiap 3 bulan sekali bagi mendapatkan suntikan (terpulang jenis perancang apa yang korang nak ambil; pil atau suntikan).

Walaupun pil perancang boleh diberikan percuma oleh klinik kesihatan, tapi mommy risau makan pil perancang nanti mommy lupa makan atau terlepas temujanji. Satu lagi, kita ni manusia kan, ada masa malas nak makan pil, ada masa tiada mood kan. Jadi, eloklah mommy paka implanon sahaja.
 
Satu batang implan boleh digunakan sehingga 3 tahun, jadi ia sangat sesuai untuk mereka yang mahukan kaedah perancang keluarga yang mudah dan berkesan. Korang yang mampu pasang implan, go for implanon, no messy nak makan ubat bagai.


Pengalaman Memasang Implanon

Mommy memasang Implanon pertama kali pada Februari 2023 di Klinik One Beaufort.

Ada yang takut mahu pasang implanon? OK, prosesnya tidaklah menakutkan seperti yang mommy bayangkan. Doktor akan explain dengan elok prosedur pasang implanon, lepas tu doktor akan tanya bila last period. Tapi waktu pertama kali mommy pakai implanon ni, mommy baru sahaja bersalin 6 bulan lepas, darah haid pun belum ada lagi. Tapi doktor still akan minta kita buat ujian air kencing (urine pregnancy test; UPT). Kalau UPT negative, baru boleh pasang implanon.

Mula-mula, doktor terlebih dahulu memberikan suntikan bius pada bahagian dalam lengan. Selepas kawasan tersebut kebas, barulah Implanon dimasukkan menggunakan alat khas. Alat tu nampak ja besar dan menakutkan, tapi tak rasa apapun waktu implanon dimasukkan di bawah lapisan kulit.

Mommy langsung tidak merasa sakit semasa prosedur dijalankan. Selepas selesai, doktor menutup kawasan tersebut dengan balutan, dan mommy hanya mengalami sedikit lebam selama beberapa hari.

Tips Penting: Waktu pasang implanon, pastikan korang pakai baju yang boleh sinsing lengan ya. Macam mommy, guna baju T-shirt sahaja, lepas tu pakai cardigan lengan panjang di luar. Waktu prosedur, implanon masuk di bawah lapisan kulit lengan korang, so memang kena pakai baju yang senang doktor nak sinsing lengan baju korang.


Menukar Implanon Selepas Tiga Tahun

Pada Februari 2026, Mommy kembali ke klinik swasta untuk menukar Implanon yang lama kepada yang baharu. Tapi kali ini mommy pergi klinik lain tau. Nanti mommy cerita kenapa tak pergi klinik yang sama.

Untuk pemasangan implanon kali ke-2, doktor pun akan explain prosedur buka implanon lama, dan pasang implanon baru. Dan sekali lagi, memang kena buat urine pregnancy test UPT untuk pastikan tidak hamil semasa pemasangan implanon.

Kali ke-dua ni, prosedur lama sikit pasal doktor nak keluarkan implanon lama. Dah keluar, doktor siap tunjuk lagi rupa implanon lama tu macam mana. Lepas tu, implan lama dah buang, dan doktor terus memasang implanon yang baru pada hari yang sama. Keseluruhan prosedur mengambil masa lebih kurang sekitar 20-30 minit sahaja.

Sekali lagi, mommy tidak merasa sakit kerana kawasan tersebut telah dibius. Semuanya berjalan lancar. Korang chill relax sahaja. Prosedur Alhamdulillah memang langsung tak sakit pun.


Kesan Yang Mommy Alami

Setiap wanita mungkin mempunyai pengalaman yang berbeza. Bagi mommy, kesan yang paling ketara ialah perubahan kitaran haid.

Sebelum menggunakan implanon, haid mommy memang sebulan sekali, teratur ja tarikh haid mommy. Selepas memasang implanon, haid datang lebih kurang setiap dua bulan. Pada mulanya mommy agak risau, tetapi selepas mendapatkan penjelasan daripada doktor, mommy dimaklumkan bahawa perubahan corak haid memang merupakan salah satu kesan sampingan yang biasa berlaku.

Selain itu, mommy juga merasakan berat badan meningkat sepanjang tempoh penggunaan implanon. Tetapi, doktor pun dah jelaskan memang kebiasaan wanita yang pasang implanon, berat badan boleh naik sekitar 9% dari berat asal. Doktor memang suggest mommy untuk buat intermittent fasting (IF) agar berat badan boleh dikawal dengan elok.

Jadi, mahu tak mahu, memang kena kawal berat badanlah juga. Mommy berusaha untuk cut sugar dan once in a while buat IF juga. Berat sewaktu pasang implanon kali kedua tu 74kg, berat sekarang sekitar 77-78kg. 


Adakah Mommy Akan Terus Menggunakannya?

Jawapan mommy ialah YA.

Kalau mommy masih muda, memang mommy akan terus ambil implanon (kalau sudah tidak berhasrat untuk mengandung lagi).

Namun, lagi 3 tahun nanti, mommy bercadang untuk buka implanon, dan selepas itu tak nak pasang implanon kali ke-3 kerana 3 tahun akan datang mommy sudahpun berada di fasa pre-menopause. Jadi waktu tu mommy nak fokus untuk rawatan hormon bagi wanita pre-menopause pula.

Walaupun ada beberapa perubahan seperti kitaran haid yang tidak menentu, mommy masih berpuas hati dengan implanon kerana ia sangat mudah digunakan dan memberikan ketenangan fikiran. Mommy tidak perlu risau terlupa mengambil pil atau membuat temu janji yang kerap.

Sudah tentu, setiap wanita mempunyai keadaan kesihatan dan pengalaman yang berbeza. Sebelum memilih mana-mana kaedah perancang keluarga, berbincanglah dengan doktor supaya anda dapat memilih kaedah yang paling sesuai.


Penutup

Ini hanyalah pengalaman peribadi mommy sahaja sepanjang menggunakan implanon. Pengalaman setiap individu mungkin tidak sama. Jika anda sedang mempertimbangkan untuk menggunakan implanon, semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih yakin.

Jika anda pernah menggunakan implanon juga, mommy sangat mengalu-alukan perkongsian pengalaman anda di ruangan komen. Mungkin pengalaman anda boleh membantu wanita lain yang sedang mencari maklumat.

Kalau nak tanya mommy tentang implanon, boleh letak di ruang komen, atau email ja mommy di mrspipdotcom@gmail.com

cheers.  

____________________

"Life is not always beautiful and perfect, but as long as you are happy and grateful, life will always be perfect and beautiful"

Post a Comment

0 Comments