Selesai Majlis Konvokesyen Iman di Tadika Pei You 2019 || 22.11.2019 - MrsPip Dot Com

Monday, 25 November 2019

Selesai Majlis Konvokesyen Iman di Tadika Pei You 2019 || 22.11.2019

hi there, penutup hari terakhir sekolah 22.11.2019, Iman tamat persekolahan di tadika pei you, dan alhamdulillah selesai juga majlis konvokesyen Iman di tadika pei you, dan semuanya berjalan dengan lancar.


mr.Husband tak dapat attend. It is ok. Ada MIL temankan mrs pip. bawa baby Nami juga. alhamdulillah juga, sepanjang majlis berlangasung, baby Nami well-behaved, terima kasih Allah kerana permudahkan semuanya.


mrs pip datang awal, saja supaya dapat parking dalam compound sekolah, tak berebut nak parking, tak perlu jalan jauh jauh. hehe. Well bila.mr.Husband not around dan kena angkut budak bertiga ni, jadi kenalah bijak sikit merancang urusan kan. 

selalu bila ada mr.Husband, ada aku kesah nak parking kat mana? Tak. lepas tu mr.Husband jugalah yang tolong dukung Nami, manakala Iman dan Amin akan pegang tangan mrs pip, tak pun sebaliknya. 

bila mr.Husband ada, memang tak perlu mrs pip nak risau bab jaga anak bila kami keluar coz mr.Husband lebih prihatin bab bab jaga anak ni, ekeke.


anak anak dipisahkan tempat duduk daripada ibubapa. behave jak semua anak anak duduk kat belakang. bila turn dorang buat persembahan, laoshi akan panggil dan dorang bergerak dalam barisan.


mak oiii, Iman dan BFF dia si Denzel. pantang betul jumpa, bukan main lagi baring baring , ntah apa lah budak berdua ni buat, happy betul. 

mula mula duduk jauh jauh, lepas tu sekali mrs pip pusing, Iman dah gerak pi sebelah si Denzel ... Denzel ni classmate Iman time di Permata, then last year pun dorang classmate juga, tapi this year dorang pisah kelas pula, tapi kalau jumpa macam magnet la pula ....


ni pula Amin, my little romantika sweet pinky boy. Adoi, nama dia panjang berjela. Amin ni jenis romantik lah, jenis sweet little boy, jenis sentimental. suka kaler pink.

Amin ni suka kawan dengam gegirl mungkin. Pink boy kan. Bukan main happy dia bercerita dengan kawan dia tu, sampaikan mommy ambil gambar pun dia buat tak nampak. Hurm.


ni Iman dan kawan kawan standby buat persembahan. gegirl depan Iman tu nama dia Casey. ex-classmate juga dari Permata. this year dorang sekelas, last year lain lain kelas ...


ni Iman buat persembahan. Iman macam ndak happy atas pentas, a bit badmood. tengok dari muka dia pun mrs pip tahu something went wrong ni.

kawan kawan bagi signal kat dia, tapi dia ignore saja. 

Habis persembahan, mrs pip ndak jumpa Iman, dorang get ready pakai baju konvo. 

Lepas habis ambil sijil , mrs pip tanyalah Iman kenapa dia unhappy atas pentas, dia bagitaulah laoshi Ng tiada, jadi laoshi lain ndak pandai ajar dorang menari. Ekeke. Ooooo, rindu laoshi Ng la ni.

Laoshi Ng dalam kenangan, pemergian yang sangat tak disangka pada 11.11.2019 . Ketika pembukaan majlis konvo tu, semua hadirin diminta berdiri dan bertafakur selama seminit untuk memperingati Laoshi Ng, dan ada video tribute to Laoshi Ng. Sedih bah.


Amin pun buat persembahan juga dengan kawan kawan dia, sukalah Amin dapat main pompom ...


tengok budak budak ni buat persembahan, semua cute cute ... so snap banyak gambar, nanti dah masuk sekolah rendah , entah mau ka ndak ni aktif join kokum macam ni ...


habis Amin buat persembahan, pi cari Iman pula. sempatlah ambil gambar dia berbaris pakai baju konvo, budak lain happy, Iman hurmmmm asyik asyik pursed his lips .. Eh mahal pula senyuman si Iman ni ...


momny doakan Iman n Amin dan semua anak anak mommy ni bukan setakat konvo tadika jak , tapi hingga ke menara gading, amiiin.


Iman bersama guru besar tadika, laoshi Alina Ajor. susahnya Iman nak tengok kamera mommy. muka serius ndak bah dia mau senyum.


Iman dan rakan rakan berbaris selepas menerima sijil tamat tadika.


acara selesai jam sekitar jam 10.30 pagi. lepas tu bolehlah sesi bergambar dengan atas pentas bersama laoshi, tapi hurmmmm Iman refused la pula.


Iman bagitau dia penat dan haus, memang hilang mood mau jalan jalan ambil gambar sekitar sekolah. Ok lah, never mind. Kita gambar berdua di dalam dewan pun ok, at least ada kenangan.

Belon n bouquet tu beli kat luar dewan , all in RM18. Beli dua ler, bagi Amin juga 1 set.


Amin punya belikan kaler pink, kaler fav dia. Belon Amin meletup di dewan la pula, nasib baik dia x nangis n request yang baru. Coklat tu Amin n Iman makan la seketul jak, yang lagi satu bungkus tu duduk elok2 dalam bouquet dorang tak makan pun ...

Next year mrs pip plan nak buat bouquet sendirilah untuk Amin konvo pula, insya allah. daripada letak coklat, better mrs pip letak buku dan alat tulis kan ... ekeke.


Wajib juga ada gambar anak anak dan mak mertua yang temankan kitorang.


Gambar last sebelum pulang rumah. Jomlah balik, anak anak lapar dan penat.

terima kasih pei you for the two wonderful years for Iman 2018 - 2019 .

cheers.

7 comments:

  1. Waa.. Tahniah...
    Bestnyaa.. budak2 sekrg dah pakai jubah.. kalau dulu2 xda jubah bagai.. jeles pul hahaha...
    Sekali merasa pakai jubah, sekali je masa konvo degree..
    Apapun tahniahh!

    ReplyDelete
  2. Wahh! Tahniah Iman. Tahun depan dah masuk big school . dah besar Iman.. Good luck dear for your 'next year'. hehe

    ReplyDelete
  3. geram ja tengok muka bad mood tu, hehe. comey sangat walaupun bad mood :D

    ReplyDelete
  4. Happy Konvokesyen, Iman. More succes in future. ;)

    ReplyDelete