Happy Birthday Amin Johansen 5 Tahun || 11.11.2019

hi there, setiap tahun pada 11.11 tatkala satu Malaysia busy buat online sale besar-besaran dengan tawaran harga rambang mata dan ada sesetengah seller yang sanggup ambil kesempatan menipu dengan gimik marketing , seorang mrs pip busy layan birthday anak >>> Amin Johansen. 

Yeah, setiap tahun pada 11.11 adalah harijadi anak kedua mrs pip, our little chipumpum atau lebih suka dipanggil dengan nama penuh dia;  Amin Johansen.

Happy Birthday Amin Johansen 5 Tahun 

Tahun ni Amin dah berusia 5 tahun. Imbas balik zaman pregnantkan Amin, very alhamdulillah mrs pip tiada sebarang masalah kesihatan , senang sangat dengan Amin ni. Loya pun sebelah malam sahaja, tu pun sekejap saja ... Mengidam pun hanyalah setakat soto daging. 

Cuma , Amin ni baby songsang. Dan yes mrs pip menjalani prosedur memusingkan Amin di Hospital Likas agar kedudukan Amin di dalam perut membolehkan mrs pip bersalin normal. 

Dan pengalaman pusing baby ni masya allah, sakit tu hanya Allah sahaja yang tahu. Rasa sakit tu lebih parah (bagi mrs pip lah) berbanding kau nak meneran lahirkan baby.

Menangis tau mrs pip tahan sakit waktu doktor pusingkan baby, tapi alhamdulillah dapat doktor yang sangat memahami, dua doktor yang buat prosedur tu, dua kali kena buat coz yang 1st pusing tak berjaya ... 

Tapi, Allah tu Maha Penyayang kan ... Dah sakit time kena pusing, Allah mudahkan sewaktu lahirkan Amin ni, sangat2 mudah. Perut tak sakit sangat, teran pun sekali harung baby terus keluar. 

Amin sewaktu kecil sampai sekarang ni, mudah nak urus. Semoga anak mommy ni membesar dengan molek. Secantik nama yang mommy bagi, begitulah seindahnya kamu membesar ya Amin. 

Semoga Amin sentiasa menjadi orang yang AMANAH seperti nama yang kamu bawa.

Happy Birthday Amin Johansen 5 Tahun 

Kompilasi gambar gambar Amin ❤ tiada sebarang perancangan untuk celebrate birthday Amin di sekolah (mommy masih sedih dengan pemergian Laoshi Ng, guru kelas Iman yang passed away di awal pagi hari ini 11.11.2019).

Dan kebetulan daddy tiada sepanjang minggu kerana urusan kerja, jadi once again postpone untuk celebrate birthday Amin (most probably kita akan celebrate birthday anak-anak sekali harung once mr.Husband tak busy kerja >>> birthday Iman dan Nami pun tak celebrate lagi, ekeke) ...

Tapi as usual, mommy tetap ingat birthday anak anak, dan sediakan kek untuk anak anak ... Iman hari tu request kek coklat, Amin pula tak request apapun, so mommy just sediakan cupcakes untuk kudap kudap.

Tunggu daddy tak busy, nanti kita plan celebrate birthday Amin ya. Nasib baiklah anak anak jenis tak cerewet bab celebrate birthday ni, alhamdulillah ...

Mommy dah plan nak bawa piknik ... Semoga rancangan berjaya pigi piknik. Rindulah dengan laut dan pantai ... Kalau tak jadi piknik di pantai, maybe bawa pergi indoor atau outdoor playground, tengoklah nanti macam mana kan ...

Apapun, HAPPY BIRTHDAY AMIN, we all love Amin to the moon and back . 

Saranghae.

Post a Comment

18 Comments

  1. Happy birthday,Amin. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak yang baik.

    ReplyDelete
  2. hb amin. hensem boy ni!!! mrs pip.. rindu sama kamu bah! =D hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Awa... Miss you too 😘😘😘

      Delete
  3. Happy birthday Amin.. semoga jadi anak yg soleh & taat kpd ibu bapa ..

    ReplyDelete
  4. happy birthday amin!
    sama tarikh ngn ank saye.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya ka. happy birthday buat anak awak juga.
      semoga membesar menjadi anak yang baik.

      Delete
  5. happy belated birthday Amin.
    Semoga membesar dengan sihat, diberi kecerdasan akal dan tubuh badan, jadi anak soleh ye.
    Ameen

    ReplyDelete
  6. Happy bornday Amin, be a good boy

    ReplyDelete
  7. Happy Bornday Amin, semoga menjadi anak yg baik utk kedua org tua amin

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.