Kelebihan mengiklankan produk atau bisnes anda di BLOG

Kelebihan mengiklankan produk atau bisnes anda di blog. Zaman sekarang ini, kita semua terdedah dengan informasi pantas hanya di hujung jari sahaja.

Kalau dulu kita sangat bergantung informasi melalui bahan bacaan seperti buku, majalah dan surat khabar, iklan TV dan radio, tetapi sekarang semuanya sudah berubah ke bentuk informasi digital.

Dan bagi mereka yang memiliki produk / bisnes, dan ingin mendapatkan hebahan lebih luas, dan lebih kekal lama, maka PERIKLANAN menggunakan BLOG merupakan salah satu pilihan yang SESUAI kerana ada banyak kelebihan mengiklankan produk atau bisnes anda di blog.

Dalam entry ini, mrs pip akan menyenaraikan kelebihan-kelebihan kenapa anda yang memiliki produk atau bisnes HARUS memilih BLOG sebagai salah satu tempat untuk anda mengiklankan produk atau bisnes anda selain beriklan di surat khabar, TV, Radio, ataupun laman media sosial yang lain seperti Facebook, Instagram mahupun Twitter. 

Anda tahu zaman sekarang adalah ZAMAN INTERNET, di mana hampir semua pengguna INTERNET sangat mahir mencari sesuatu informasi atau data menggunakan bantuan GOOGLE.

Tanyalah kebanyakkan orang tentang sesuatu hal, rata-rata akan menjawab "GOOGLE SAJALAH" .... maka dari sini kita faham betapa GOOGLE merupakan satu alternatif paling senang untuk mendapatkan sesuatu maklumat yang diperlukan.

Jadi, sekiranya anda mahu produk / bisnes anda boleh ditemui oleh GOOGLE, maka anda perlu meletakkan produk / bisnes anda di laman web tertentu yang boleh diindeks oleh Google, dan salah satu platform web yang mudah diindeks oleh Google ialah blog, dengan syarat penulisan perlulah mengikuti gaya tulisan SEO dan menggunakan keywords yang sesuai. 

Kelebihan mengiklankan produk atau bisnes di anda BLOG
Kelebihan mengiklankan produk atau bisnes di anda BLOG

Kenapa perlu mengiklankan produk atau bisnes di anda BLOG? ada beberapa sebab lain yang perlu anda tahu dan fahami kenapa mengiklankan produk atau bisnes di blog mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Ada 5 Sebab untuk anda mengiklankan produk / bisnes anda di blog iaitu

✔ Kos periklanan yang lebih AFFORDABLE , dan mudah di cari di Google Search Engine
✔ Produk / bisnes anda mendapat MARKET yang meluas
✔ Ditulis dengan teknik SEO, dan keywords yang sesuai dan berada di blog yang sesuai dengan niche produk / bisnes anda
✔ Produk / bisnes anda lebih dikenali ramai
✔ Kerjasama mudah antara Blogger dan Pemilik produk / bisnes , serta periklanan dibuat berdasarkan bajet yang anda ada (kita buat sampai jadi).

Dan ini details setiap kelebihan yang dinyatakan tadi ⤵⤵⤵

1. Kos Pengiklanan di blog yang AFFORDABLE berbanding Kos Pengiklanan Konservatif , dan iklan kekal di blog dan berada di Google Search Engine atau search engine yang lain.

Ya, salah satu sebab mengiklankan produk / bisnes anda di blog adalah kerana kos pengiklanan yang affordable, berbanding anda mengiklankan menggunakan medium seperti surat khabar, TV, dan Radio. Di blog, blogger akan menulis secara details mengenai produk / bisnes beserta gambar yang bersesuaian, dan word count tersebut di bayar secara lump sum.


Kelebihan mengiklankan produk atau bisnes anda di BLOG
Kelebihan mengiklankan produk atau bisnes anda di BLOG

Berlainan beriklan menggunakan surat khabar di mana iklan anda dikira pada setiap huruf, dan gambar untuk iklan juga dicaj pada harga berbeza.

Bayangkan untuk satu iklan seperti "Belilah Shampoo XXX Anti-Rambut Gugur berkesan mengatasi masalah rambut gugur" , setiap satu huruf akan dikira. Katakan setiap huruf bernilai RM0.10, maka untuk iklan di atas anda perlu membayar 76 huruf (termasuk spacing) x RM0.10 = RM7.60.

Anda lihat mungkin iklan sebegini nampak murah, tapi anda silap. Iklannya sangat ringkas, mungkin sahaja tidak mampu menarik perhatian pembaca / pengguna. dan untuk iklan di surat khabar, iklannya hanya berlangsung sehari sahaja atau sebanyak mana yang anda bayar untuk iklan berlangsung.

Kemudian, suratk khabar tersebut menjadi basi, dan pasti ada saja sasaran / target pembeli yang terlepas pandang untuk membaca iklan tersebut. ATAU mungkin anda terlepas kumpulan sasaran contohnya kumpulan millennium kerana saat ini golongan millennium lebih memilih internet berbanding membaca surat khabar.

tetapi sekiranya anda mengiklankan produk / bisnes anda di BLOG, bayarannya adalah LUMP SUM, dan penulisan mengenai produk tersebut mungkin mencecah sehingga 700 patah perkataan (misalnya) dan dibayar pada harga yang dipersetujui antara Blogger dan Pemilik produk / bisnes . 

Dan dengan menggunakan penulisan teknik SEO dan memilih keywords yang sesuai agar artikel yang ditulis mudah untuk diindeks oleh GOOGLE dan ditemui di Google Search Engine pada halaman yang terawal, maka mudah untuk pengguna mencari maklumat mengenai produk / bisnes anda.

Biasanya , blogger yang menulis artikel mengenai produk / bisnes anda akan membiarkan artikel tersebut untuk satu jangka waktu yang lama, dan biasanya membiarkan terus artikel tersebut kekal berada di blog, maka produk / bisnes anda akan terus berada di carian Google, dan ini merupakan strategi marketing yang bijak pada harga yang rendah kerana blogger tidak akan mengenakan extra caj untuk menghadkan tempoh waktu penerbitan artikel tersebut.

Artikel mengenai produk / bisnes anda mungkin sahaja boleh berada selama 6 bulan atau lebih di blog tersebut. 


2. Pengiklanan melalui blog memberikan MARKET yang luas kepada produk / bisnes anda.

Ya, apabila anda mengiklankan produk / bisnes anda di blog, secara tidak anda sedar anda telah membuka ruang kepada produk / bisnes anda kepada market yang lebih luas! 


Kelebihan mengiklankan produk atau bisnes anda di BLOG
Kelebihan mengiklankan produk atau bisnes anda di BLOG

Setiap hari, jutaan manusia melayari internet mencari informasi mengenai sesuatu perkara, seperti informasi perkhidmatan, review, produk, dan sebagainya dan perlu diingat internet boleh diakses 24 jam sehari tanpa henti sepanjang waktu, maka sesiapa pun boleh mencari maklumat mengenai produk / bisnes anda pada bila-bila masa sahaja, dan cara ini memberikan MARKET yang lebih luas kepada produk / bisnes anda.

Bukankah dengan demikian akan mewujudkan peluang perniagaan dengan strategi marketing yang luas pada kos yang rendah?


3.  Menghubungkan pemilik produk / bisnes dan pengguna dengan lebih mudah melalui blog yang mempunyai niche sepadan dengan produk / bisnes anda


Apabila sesuatu produk ./ bisnes yang diiklankan di blog melalui penulisan entry, details seperti bagaimana sesuatu produk itu boleh didapati akan turut disertakan di dalam artikel tersebut.

LINK kepada laman web rasmi produk / bisnes dan akaun media sosial juga akan turut disertakan untuk memudahkan pengguna dibawa kepada pautan produk / bisnes berkenaan.


Apabila anda mengiklankan produk / bisnes anda, kami akan meletakkan iklan anda agar ditulis di blog yang sepadan dengan produk / bisnes anda.

Kelebihan mengiklankan produk atau bisnes anda di BLOG
Kelebihan mengiklankan produk atau bisnes anda di BLOG

Katakan bisnes anda ialah berkaitan dengan Beauty / Fashion, maka kami akan memastikan bisnes anda ditulis di blog yang mempunyai penulisan berkaitan dengan Beauty / Fashion juga. Ini penting untuk mendapatkan sasaran yang tepat selain mengekalkan gaya penulisan SEO dan memasukkan keywords yang sesuai untuk berada di muka depan GOOGLE SEARCH ENGINE.


4. Meningkatkan jenama produk / bisnes agar lebih dikenali ramai

Hasil daripada carian maklumat menggunakan Google Search Engine, produk / bisnes anda mempunyai potensi untuk dikenali ramai.


Kelebihan mengiklankan produk atau bisnes anda di BLOG
Kelebihan mengiklankan produk atau bisnes anda di BLOG

Sekarang ini, pengguna internet yang kebanyakkannya golongan millenium, dan rata-rata mereka mempunyai media sosial , untuk sesuatu yang mereka suka, biasanya mereka akan berkongsi kesukaan mereka di media sosial mereka pula.

Mereka biasanya akan SHARE, REPOST atau RETWEET apa apa perkara yang menarik minat mereka, dan ini adalah salah satu cara bagaimana sesuatu produk / bisnes boleh dikenali ramai lantas meningkatkan jenama produk / bisnes anda.


5. Kerjasama yang mudah bersama blogger (dan komuniti blogger) dan  periklanan mengikut bajet yang anda ada

Anda ingin mengiklankan produk / bisnes anda bersama blogger tetapi tiada masa untuk bertemu dan berbincang?

Anda tidak perlu risau tentang perkara tersebut. Untuk pengetahuan anda, perbincangan boleh dijalankan melalui wasap, panggilan telefon, email, dan DM / PM media sosial blogger berkenaan.

Kelebihan mengiklankan produk atau bisnes anda di BLOG
Kelebihan mengiklankan produk atau bisnes anda di BLOG

Anda hanya perlu memberitahu keinginan anda untuk mengiklankan produk / bisnes anda kepada blogger , dan blogger akan meminta details produk / bisnes dan bajet yang anda ada / bajet yang diperlukan untuk mengiklankan produk / bisnes anda.

Kebiasaannya, pemilik / pegawai perhubungan (PR) untuk sesuatu produk / bisnes akan menghantar email kepada blogger untuk menyatakan keinginan membuat iklan dan perundingan akan dibuat melalui email dan jika perlu melalui wasap.

Mudah kan untuk berunding bersama blogger, hanya email dan wasap pun boleh 😉

Jadi, anda sudah tahu kelebihan kenapa anda yang mempunyai produk / bisnes untuk MENGIKLANKAN produk / bisnes anda di blog.

Malah, jenama jenama terkenal seperti LAZADA, ZALORA, SHOPEE, PHOTOBOOK, TRAVELOKA, AFY haniff, ECOSTORE, ALTHEA dan banyak lagi juga memilih mengiklankan produk / bisnes / kempen mereka melalui blog dengan kerjasama para blogger kerana mereka tahu betapa strategiknya beriklan di blog.

Tentang bajet? Jangan risau, nyatakan saja bajet yang anda ada, kami sedia berunding dengan anda mengenainya, dan kita buat sampai jadi ❤.

Anda bila lagi?

Bagaimana untuk mengiklankan produk / bisnes anda bersama Mrs Pip dan Associates (komuniti blogger & Consultants)?


👉👉👉Anda hanya perlu menghantar email kepada Mrs Pip dan nyatakan keinginan anda untuk mengiklankan bisnes / produk anda di blog , dan Mrs Pip akan follow up dengan anda mengenai bisnes / produk anda serta memberikan pelan periklanan sesuai mengikut bajet yang anda ada.

Hubungi Mrs Pip di 
email: mrspipdotcom@gmail.com

Kelebihan mengiklankan produk atau bisnes di anda BLOG, bersama menjana periklanan merentas sempadan.

cheers.

Post a Comment

13 Comments

  1. Betul, benefit long term kalau beriklan di blog. Kalau dekat social media lain belum tentu Google detect, belum tentu owner acc socmed tak padam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau socmed susah nak detect kat google search engine. Lagi2 lepas iklan atau kempen tamat, user socmed biasanya delete iklan yang dah tak relevan dengan dorang kan...

      Delete
  2. nice artikal..betul tu skrg ni ramai company-company, peniaga mencari blogger untk iklan kan produk yg dioerg niaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal dah makin ramai sedar kuasa iklan di blog.

      Delete
  3. medium of marketing. tapi akak suka membebel je. tak de product.

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog kak yan byk tulis cerita2 entry travel, saya suka baca ... Berangan kejap nak gi travel, hope ada rezeki someday.

      Delete
  4. yea betul..pengiklanan melalui blog relevan dengan dunia IT sekarang ni..semua dihujung jari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, zaman internet la katakan, dah ramai yang mmg connect 24jam dgn internet kan.

      Delete
  5. skrg nie kak ramai yg cari produk based on review.. dan kebanyakkn yg buat review pun para blogger juga.. terima kasih atas perkongsian kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Honest review kan mmg boleh dipercayai, so pengguna senang nak buat decision nak guna satu2 produk tu

      Delete
  6. Nice sharing Mrs Pip. Ada segelintir client yang ragu-ragu nak gunakan iklan di blog mungkin sebab tak biasa dengan blog marketing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu Rodiah .. Ada juga yg tak tahu mcm mana nak approach blogger ... Diharap lepas ni ramai bisnes owner yg mahu berkolabirasi dgn blogger.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.