5 TIPS menaikkan pageviews (PV) blog - MrsPip Dot Com

Friday, 11 October 2019

5 TIPS menaikkan pageviews (PV) blog

Ini adalah beberapa TIPS menaikkan pageviews (PV) blog. Selepas Google melakukan perubahan algorithm secara besar-besaran pada sekitar Jun 2019, ramai blogger berdepan dengan masalah penurunan PV secara ketara. 

blog mrs pip juga tidak kurang terkena tempiasnya, dan bagi seseorang blogger yang sentiasa berusaha meningkatkan PV setiap waktu, pasti akan berasa sedikit kecewa apabila melihat PV menjunam turun dan boleh menyebabkan hilang mood untuk menulis blog! 

buat masa ini, mrs pip masih belum berjaya memperbaiki trafik blog seperti sediakala, dan kalau asyik dilayan perasaan moody kerana kehilangan PV yang banyak, sampai bila nak atasi masalah hilang trafik ini kan … jadi, jom jangan putus asa menulis entry dan mencari jalan untuk memperbaiki trafik blog masing-masing.

tips naikkan pageview blog
tips naikkan pageview blog 

mrs pip sertakan di sini serba sedikit idea TIPS menaikkan pageviews PV blog, dan semoga perkongsian tips ini membantu menarik kemasukan trafik seperti dulu. Harap-harap hilanglah rasa moody menulis blog sejak kebelakangan ini.

📌 (1) Re-write dan Re-publish artikel lama


Blog kamu mungkin mempunyai banyak entry lama yang sangat menarik. Sayangnya, entry lama ini tenggelam tidak ditemui di muka depan enjin carian Google. Jadi, apa kata kamu mengolah sedikit ayat-ayat di dalam entry kamu, menyelitkan gambar yang lebih menarik, meletakkan keywords yang lebih sesuai, menyusun atur perenggan, dan selepas itu, kamu RE-PUBLISH entry tersebut.

3 entry lama yang digubah dan diterbitkan semula, masuk carta popular this week.

Ingat, jangan sesekali meletakkan entry tersebut dalam mode DRAFT, kerana itu akan membuatkan entry kamu tenggelam dengan lebih jauh dari enjin carian Google.


Kamu hanya perlu ke bahagian POST SETTING sebelah kanan entry post, dan klik AUTOMATIC pada PUBLISH ON. artikel lama kamu akan diterbitkan semula pada waktu terkini. Ini adalah cara setiap kali untuk kamu ingin menerbitkan semula artikel lama.

📌 (2) Kongsi url artikel baru / lama di akaun media sosial kamu seperti di Facebook, Twitter, Instagram, Pinterest 


Ya, ini juga antara cara menarik untuk mendapatkan trafik blog. Kamu pernah menulis artikel menarik satu masa dulu, jadi apa kata kamu kongsikan url artikel lama di akaun media sosial kamu. Tidak semua followers / readers kamu pernah melihat dan membaca artikel lama kamu, jadi kongsikan saja artikel lama tersebut di akaun media sosial kamu seperti di Facebook, Twitter, Instagram, Pinterest. Eh artikel baru pun jangan lupa kongsi tau!

petua mudah  haid lancar

Tips menarik (entry lama yg diberi nafas baru) >>> Petua mudah agar haid teratur dan lancar

Memandangkan FB dan IG masih menghalang mrs pip meletakkan url blog platform media sosial tersebut, maka mrs pip meletakkan url artikel lama di Twitter … kalau sebelum ni akaun Twitter mrs pip tidak dimanfaatkan sepenuhnya, tetapi kali ini, mrs pip berusaha untuk menggunakan Twitter sebaiknya untuk mendapatkan trafik ke blog. Sikit-sikit lama-lama akan jadi banyak!

tweet impression
tweet activity; total impressions & engagements

Satu lagi KELEBIHAN TWITTER bagi pendapat mrs pip ialah, kita boleh lihat Tweet Activity dgn mudah, jumlah Total Impression dan Total Engagement bagi setiap tweet yang kita buat.

Biasanya untuk Pinterest, mrs pip perasan blogger dari USA yang ramai guna untuk tarik trafik masuk blog mereka, dan mrs pip masih baru juga dengan Pinterest ni, dan ada juga mencuba untuk menggunakan Pinterest, so far belum mendatangkan trafik, tapi tidak salah mencuba.

letak besar-besar url blog di imej gambar,
cara lain utk promote link blog yang disekat di FB.

Dan selepas FB dan IG sekat link blog mrs pip, memang memberikan kesan kepada trafik blog juga. Apapun, itu bukan menghalang mrs pip daripada berkongsi link blog dengan cara menggunakan IMEJ GAMBAR dengan meletakkan kapsyen dan menyertakan gambar yang tertera url blog …

Ingat, hidup ni jangan fikirkan sangat masalah yang menimpa, TAPI fikirkan penyelesaian terhadap masalah tersebut - engineered your life! - mrs pip

📌 (3) Jangan berhenti menulis dan menerbitkan artikel baru


Tiada jalan yang singkat untuk berjaya, samalah juga dengan berblogging. Kamu mahu PV blog kembali naik? Jadi, jangan pernah berhenti menulis dan menerbitkan artikel-artikel menarik di blog kamu. 

Tiada siapa yang mampu meramalkan algorithm Google. Dan Google sendiri ada masanya melakukan sehingga 3,000 perubahan algorithm secara minor sebulan, jadi berhentilah sekejap daripada ingin memahami algorithm Google. Biarkan Google dengan aktiviti menukar algorithmnya, tapi kita sebagai blogger, jangan letih untuk terus berkongsi cerita di blog masing-masing.

Teknik SEO dan penggunaan keywords yang sesuai pada satu-satu artikel juga mampu menaikkan entry kamu ke laman utama Google Search, dan Google juga lebih gemar mengindeks artikel yang mempunyai jumlah bilangan perkataan yang banyak sekitat 700 ~ 1500 patah perkataan, atau lebih, jadi berusahalah menulis satu-satu artikel yang panjang dan mempunyai isi yang baik.

2 keywords yang dalam kotak merah itu, yang selalu di cari di blog mrs pip. keywords laku keras...


Selain itu, artikel yang panjang turut membantu memperbaiki bounce rate blog kamu kerana pengunjung yang membaca artikel kamu pasti akan mengambil masa yang lama untuk melepak di blog kamu sekiranya artikel panjang yang kamu tulis itu menarik, malah pengunjung mungkin sahaja akan membaca artikel-artikel lain yang ada di blog kamu. 

Kerana yang demikian, selain menulis artikel yang menarik, jangan lupa sertakan internal links menarik di dalam penulisan kamu agar ianya berpotensi untuk diklik oleh pengunjung.

📌 (4) Ikuti segmen bertukar-tukar komen di Facebook


Segmen bertukar-tukar komen memerlukan seseorang blogger untuk komited terhadap segmen tersebut. Pastikan kamu betul-betul mampu memenuhi syarat yang dikenakan oleh Admin/Moderator. Jangan pula hanya ingin blog kamu dikomen, tetapi kamu tidak membuat lawatan balas kepada peserta yang menyertai segmen bertukar-tukar komen.

Salah satu kelebihan segmen bertukar-tukar komen ialah kamu akan mengenali lebih ramai blogger lain yang sebelum ini kamu tidak mengetahui mengenai kewujudan mereka, sekaligus boleh membina ukhwah , bukan hanya bertukar-tukar komen semata-mata.

📌 (5) Exchange bloglist atau turut serta segmen bloglist atau meninggalkan jejak di ruang komen blog blogger lain.


Exchange bloglist merupakan salah satu cara untuk menjemput trafik ke blog. Apabila blog kamu tersenarai di bloglist pada blog blogger lain, ada kemungkinan pengunjung blog tersebut yang melihat blog kamu dengan tajuk entry menarik, akan menKLIK url blog kamu.

mrs pip setiap hari akan terima trafik daripada blog kak yan kerana blog mrs pip bloglisted di blog kak yan. Ada masanya, trafik cecah hampir ratus juga sehari dari blog kak yan ni. Terima kasih kak yan sudi bloglistedkan kita 😉

Korang yang suka travel dan makan makan, boleh layan blog kak yan di 


Nah, cara ini memberikan blog kamu trafik. Tapi perlu di ingat, kamu perlu rajin mengupdate blog kamu agar blog kamu sentiada berada di kedudukan teratas senarai bloglist, jadi mudahlah pengunjung melihat blog kamu di bloglist tersebut.

kerana pernah komen blog Lizzie ni,
hingga ke hari ini ada saja trafik dari blog dia ke blog mrs pip


Kamu suka melawat blog lain? Jangan lupa tinggalkan komen yang menarik di blog tersebut kerana pengunjung yang melihat komen kamu mungkin sahaja rasa tertarik untuk mengetahui diri kamu, lantas membawa mereka ke blog kamu. Mudahkan.

Ini adalah senarai TIPS menaikkan pageviews blog yang kamu boleh praktikkan. Ingat, tiada jalan mudah untuk menjana trafik ke blog melainkan dengan berusaha dan janganlah mudah putus asa.

Semoga perkongsian TIPS menaikkan pageviews blog yang dikongsi ini bermanfaat untuk semua.

Kamu ada idea lain untuk menaikkan pageviews blog? Kongsikan bersama mrs pip ok.

Happy Blogging.

Cheers.

31 comments:

  1. Betul. Terkadang kita ada rase moody tengok PV menurun.. LeYa pun tengah mengembali naikkan PV Blog LeYa ni. Bagus juga ade entry ni. Rasa terinspirasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom Leya, teruskan menulis entry2 menarik...perah otak cari idea nak tulis apa.

      Delete
  2. Mrs Pip... Ni lah yg Jasmi cari2.. Worth to try lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat artikel yg mrs pip tulis. Jangan jemu menulis di blog ya Jasmi.

      Delete
  3. gud luck semua blogger yang aktif..hihi sy ni suka membaca n lawat je blog..menulis tu memang xkonsisten..

    ReplyDelete
  4. blog Mrs Pip memang ada ammi letak dibloglist ammi. PV ammi biasanya dtg dari seorg famous blogger (Filla).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa Filla Fame Cosmetics tu eh? Sesekali baca juga blog dia.

      Delete
    2. Nnt mrs pip letak blog ammi kat bloglist mrs pip ya, tak upadte2 lg bloglist mrs pip, senarai nama blogger dah ada.

      Delete
  5. Replies
    1. good sharing. nampak senang kan tapi if aku nak laksanakan susah bebeno hehehee :)
      sebab tu PV sendu je

      Delete
  6. good sharing..blh cuba nnt..:)

    ReplyDelete
  7. Betul ti mrspip.. skrg ni PV dah turun sikit.. thanks for sharing this tips.. ada yg dilah dah buat.. tp re-publish entry lama tu boleh try buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try republish, mrs pip dapat trafik dari entry lama yg direpublish...

      Delete
  8. nice sharing my fren! kipidap.... luv u mcm selalu.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm selalu juga, thank you rajin ajar kitorang ilmu blogging, muahhh

      Delete
  9. best tips ni.. tq. nanti saya follow semua tips ni :)

    ReplyDelete
  10. betul tu.. semua tips yg dikongsikan oleh Mrs Pips sangat membantu utk menaikkan PV blog..

    ReplyDelete
  11. TQ for sharing tips yg menarik ni. Mcm Rabia,suka blogwalking blog org lain and share my link blog dekat facebook

    ReplyDelete
    Replies
    1. share link kat FB tu mmg membantu, tapi blog kak pip kena block :((

      Delete
  12. Thanks sudi kongsi. Yaya pun sedang berusaha naikkan PV blog.

    ReplyDelete
  13. yea betul..ada antara tips kat atas ni,saya buat...exchange bloglist tu betul..saya pun byk dpt trafik dari blog orang lain..tapi apapun keep writing w/pun pv menurun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, asalkan kita rajin nak update blog dan exchange bloglist , mmg boleh jana trafik.

      Delete