Resepi masak mee goreng simple - MrsPip Dot Com

Tuesday, 27 August 2019

Resepi masak mee goreng simple

hi there, dah alang alang buat mee goreng senang laju dan pantas tadi tengahari, so jomlah kongsi resepi di blog ... Resepi masak mee goreng simple ...

almaklumlah, walaupun jadi surirumah, tapi busy byk kerja tak menang tangan weh, so masak pun harus cepat secepatnya, sebelum baby Nami bangun dan nak mengempeng seperti mochi!

ada lebihan mee basah dalam peti sejuk, rugi pula kalau dibiarkan tidak dimasak ... masak mee basah , biasanya tak guna byk bahan, hanya bawang, garam, telur, dan optional nak letak ayam daging atau sayur atau perasa tambahan, selera masing masing ... yang ni memang super mudah, resepi masak mee goreng simple , sedap pun sedap tau.

masak mee goreng simple
Resepi masak mee goreng simple 

Bahan bahan:

✔Semangkuk mee basah/mee kuning
✔sebiji telur
✔sebiji bawang merah dicincang
✔segenggam taugeh 
✔garam secukupnya
✔kicap secukupnya

cara nak masak:

👉lembutkan mee dengan merendam mee guna air biasa, sehingga boleh dileraikan ... basuh mee dan toskan airnya

👉panaskan minyak di kuali, masukkan bawang, gorenh sehingga keperangan 

👉pecahkan telur di dalam kuali, goreng hingga telur digoreng meletups letups gitew 

👉masukkan mee, tuangkan kicap secukupnya

👉gaul rata dengan bawang dan telur tadi, dan goreng sehingga mee hampir masak,  tambah garam secukupnya dan masukkan taugeh

👉goreng sehingga taugeh sedikit layu, dan bolehlah tambah perasa tambahan seperti aji ataupun serbuk stok ayam

dah masak, sedia untuk dihidang ...

senangkan ... selain taugeh, boleh gantikan dengan udang, ayam, daging, terpulang kat citarasa korang, hehe .... 

senang kan ...

cheers.

10 comments:

  1. Replies
    1. Sedap, tp tak boleh mkn hari2 nnt gemuksss hehe

      Delete
  2. Sedapnya mi goreng basah macam ni, Mrs Pip! :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Sedap, alhamdulillah kenyang perut makan

      Delete
  4. lebih kurang resipi kita mrs pip...very da simple kan resipi mee goreng ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay, kita masak yg simple2 jak, as long as sodapppp... Hehe.

      Delete
  5. Sedap. Memang suka masak mee goreng, letak banyak sayur dan udang. Hihi.

    ReplyDelete