August 2019 - MrsPip Dot Com

Saturday, 31 August 2019

5 perkara jom buat bulan Muharram

August 31, 2019 8
5 perkara jom buat bulan Muharram
hi there, salam semua ... macam tahun tahun yang lalu, hari merdeka aku duduk jak di rumah dengan anak anak .. siang kasi kawan mr.Husband beli barang keperluan utk family day 1 Sept ni, lepas tu aku duduk rumah dgn anak2, asben pula pigi gotong royong kemaskan rumah famili member yg akan digunakan sbg lokasi hari keluarga ... 

dan hari keluarga kami kebetulan adalah jatuh pada tarikh 1 Muharram juga , kiranya sambut family day time new year , yeay ... pembukaan awal tahun maal hijrah yang baik dengan mengeratkan silaturrahim ❤


5 PERKARA JOM BUAT BILA TAHUN BARU BERMULA

1. LETAK AZAM YANG BAIK BAIK 

biasanya kalau awal tahun (bulan Januari ler), ramai betul kita yang buat azam kan, entah jadi entah tidak tu azam , tapi setiap tahun la bah kunun simpan azam itu ini.

nah kali ni kita buat azam di tarikh 1 Muharram, setiap tahun buat azam bila masuk bulan Muharram, lepas tu bulan January nnt, audit la azam kamurang .. azam kamurang status macam mana, berjaya atau ndak atau dlm progres

doakan aku mampu kasi habis bacaan alquran aku, ada 6 juzuk lagi, tapi lidutnya aku membaca bah, dan juga mau qada puasa wajib aku .. bilalah mau habiskan semua hutang puasa ni?

2. BACALAH DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN .....

membaca doa akhir tahun dan awal tahun, mudah mudahan kita mendapat keredhaanNya dan sentiasa dalam keadaam sejahtera.

Doa akhir tahun

Doa akhir tahun dibaca sebelum solat Maghrib, pada hari terkhir tahun hijrah tersebut


doa awal tahun

doa awal tahun dibaca pada waktu maghrib pada tahun terahir hijrah tersebut

3. RANCANG PELAN KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DARI TAHUN SEBELUMNYA

tidak salah merancang walaupun semua yg berlaku itu atas kehendak Allah yang Maha Perkasa ...

kalau tahun lepaa ada hutang tertunggak, tahun ini usaha kasi bayar ni semua hutang piutang ...

tulis rancangan kamu, dan berusaha untuk execute apa yang sudah kamu rancang .. cari cara dan jalan keluar terhadap segala hal yang menghalang kamu mencapai hajat kamu .. ingat formula ini >>> usaha usaha tawakkal ... jangan putus asa. Banyakkan berdoa dan meminta kepadaNya.

4. BERTAUBATLAH

janganlah kecam sis ya , ni sebagai nasihat saja bah ni ... kita ni manusia biasa syurga neraka ndak tau lagi mana kita dapat masuk ... telaga kausar pun ntah dapat ka ndak tu kalau tidak kita minum, ekeke.

bertaubatlah .. cuba fikir apa kesilapan kita sepanjang tahun , kalau ndak pun banyak, tetap sedikit ada kita buat dosa kan ...

5. RAJINKAN BERSEDEKAH

kalau tahun lepas kedekut betul mau sedekah, tahun ni kasi rajin2 utk bersedekah.

sedekah ni ada pelbagai cara mau buat, ada guna duit, ada guna tenaga , so kamuramg rajin2 sedekah kerana Allah SWT ok, manatau rezeki lagi banyak kan, insya allah amin.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya (berbuat baik) serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.” (Riwayat At-Tirmidzi)

7 Nasihat Dari Kubur Untuk Umat Islam

  1. Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD.
  2. Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan SILATURAHIM.
  3. Aku adalah tempat yang paling sepi, maka ramaikanlah aku dengan perbanyakan membaca AL-QUR’AN.
  4. Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikkan, maka racunilah ia dengan amal SEDEKAH.
  5. Aku yang menyepitmu hingga hancur bilamana kamu tidak solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.
  6. Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA.
  7. Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyakkan mengucap Kalimah “LAILAHAILALLAH“.

tu sajalah mrs pip mau share some ideas apa mau buat untuk new year ni. semoga tahun baru ini lebih bermanfaat untuk kita semua.

Amin.

cheers.

Friday, 30 August 2019

Kita sokong barangan muslim , TAPI tak perlu boikot memboikot produk lain

August 30, 2019 54
Kita sokong barangan muslim , TAPI tak perlu boikot memboikot produk lain

hi there, wah ndak lama lagi kita rakyat Malaysia akan sambut Hari Merdeka yang ke-62 kan, dengan temanya SAYANGI MALAYSIAKU : MALAYSIA BERSIH. Kalau kita menghayati tema tahun ni, ianya menyeru kepada perpaduan kamu berbilang bangsa untuk mencintai Negara sendiri dan usaha kerajaan untuk memastikan semangat bersatu padu serta muafakat terus dicapai demi kemakmuran negara.

Tapi kan, malangnya ada pula pihak-pihak tertentu ingin memecah-belahkan perpaduan kaum dengan menjentik dan menyulam rasa benci terhadap kaum lain! Melayu, Cina, India, Kadazan dan apa saja.. sebenarnya kita semua ini satu negara bah. Tidak mau gaduh-gaduh begini. Rasanya yang mengikuti berita semasa, pergh famous hot lagi viral ni KEMPEN BOIKOT BARANGAN CINA. Eh, kenapa juga mau buka isu boikot boikot begini? 

Macam aku ni mix-marriage, husband Christian convert Muslim, tapi family mertua aku chill jak layan aku baik-baik … nah, enjoy bah macam ni, rasa macam keluarga sendiri, tiada yang pilih bulu ... kalaupun kita ada pilihan masing-masing, tapi jangan sesekali condemn pilihan orang lain pula … macam aku ni memang lebih memilih barangan tempatan, lagi lagi produk muslim kan pasal boleh guna tanpa was-was bah gitu.


sokong produk muslim tempatan
gambar: Google
sokong produk muslim tempatan

Bah berbalik kepada isu memboikot ni, kalaupun kau ndak mau beli barangan keluaran bukan seketurunan kau, nak boikot barang orang, silakan. Tapi bah jangan kau suka kasi panas. Kau mau kempen jom guna produk Muslim aku suka bah sebabnya aku dan famili juga sangat suka sama muslim produk. Halal! Sihat! Selamat. Tapi jangan kau terus kempen cara kasar, itu sudah nampak kurang baik. Aku tak kata produk keluaran Cina itu bagus semua dan aku juga tak kata produk keluaran Muslim itu tidak bagus sebab macam aku sebut tadi aku ni Muslim, maka memang aku akan utamakan produk Muslim untuk Halal status. 

Bagus juga ni kita beli produk saudara seagama kita, sambil kita membeli, sambil kita membantu meningkatkan ekonomi saudara seagama kita, tapi biarlah bah dengan cara yang berhemah, beradab sopan, berbudi bahasa, dan bijak pandai. Bukan dengan cara mau boikot-memboikot … katakan barangan yang kau mau beli tu habis di pasaran, ndak juga salah kalau beli dari jiran sebelah yang bukan seagama kan , asalkan suci lagi halal produk tu … itu sebenarnya maksud ku bah… 

sokong produk muslim tempatan
gambar: Google
sokong produk muslim tempatan

  • Banyaknya keluaran produk muslim, maklumat tu di hujung jari jak!

Sekali lagi, sebagai seorang Muslim, sudah tentu Aku juga ikut suka kalau produk Muslim ini makin maju. Aku sendiri utamakan beli produk Muslim guna satu famili walau famili aku macam-macam kaum ada. Mereka juga ikut beli produk Muslim ndak ada masalah sebab kami tidak ada sebarang isu politik.

Kalau kamurang ndak sure senarai barangan tempatan bumiputera muslim, kamu GOOGLE jak ya anak-anak sekalian. Zap zup zap Google kasi senarai dengan pantas. Senang kan … sudah tahu senarai mana yang berkenan di hati, nah teruslah menjadi pengguna yang setia. Begitulah baru ngam!

sokong produk muslim tempatan
gambar: Google
sokong produk muslim tempatan

Macam aku ni kan surirumah, every month memang buat grocery shopping. Dan antara produk barangan muslim yang aku memang setia beli dan guna ialah daging burger Ramly (ni memang sedap buat homemade burger tau), rempah ratus pula aku beli jenama Adabi, kalau minuman kordial aku suka minum jenama Sunquick dengan flavor peberet Blackcurrant, bila buat biskut aku pakai marjerin Pelangi, minyak masak pula beli jenama Saji. 

Misalnya shawl, aku suka pakai Avilla, Putri Dewi dan Naelofar … alaaa kamurang ni, ndakkan ndak kenal si Naelofar yang cantik tu … inner tudung dia yang main ikat-ikat belakang tu, paling tiptop aku suka pakai, dan tudung shawl dia laku macam pisang goreng panas hangat di pasaran, selalu jak aku kelambatan membeli bah.

Selain tu, banyak lagi kan keluaran barangan muslim ni dan pengusaha-pengusaha muslim ni semakin hari semakin berkembang , contohnya si Vivy Yusof, Aliff Syukri, Dato Seri Vida, Yusof Taiyoob dan ramai lagi. Iklan dorang merata sana sini, sama kita jak ni mau peka untuk dapatkan informasi ataupun tidak.

Dato Seri Vida I Am Me
Gambar: Google
Dato Seri Vida I Am Me

Bagi aku produk Muslim ini banyak yang bagus! Usahawan Muslim juga ramai yang hebat! Cuma jika masih kurang dari segi ekonomi untuk produk Muslim, aku rasa ini juga ada kena mengena dengan iklan dan marketing. 

Nah, satu lagi contoh mau kasi. Jika dulu ramai fikir nak viral kena masuk TV. Nak iklan TV modal puluh ribu tidak mampu…. Eh kalau tidak mampu boleh saja guna cara lain bah. 

Cuba lihat cara Dato Vida buat promosi pakai Youtube. Ada tagline ‘I AM ME’. Lihat juga company Das Abdul Global (DAG) punya marketing. Bikin terkejut ni iklan peluk peluk bantal ni! Eiiii apa iklan ni, peluk peluk bantal best sangat ni! Das Abdul Global (DAG) tagline ‘DAG BANTAL HOTEL 7 BINTANG!’. Nah, kalau sampai standard 7 bintang, aku pun mau beli ni bantal. 

Bantal DAG sesedap bantal hotel 7 bintang
Gambar : Google
Bantal DAG sesedap bantal hotel 7 bintang!

Aku juga perasan, Dato Vida dan Das Abdul Global ini sama-sama pengusaha bumiputera Islam kelahiran Kelantan! Wow! Hebat juga ya minda marketing orang Kelantan ni berniaga. Keluaran anak muda Kelantan ni makin lama makin susah nak jangka. 

Susah sangat pakai saja khidmat blogger untuk marketing. Ramai blogger Malaysia yang hebat-hebat dengan pembaca seramai puluh ribu sehari. Aku juga ada buat, harga tak payah bayar puluh puluh ribu RM pun. Nak iklan tentang apa? Sebut saja aku boleh kerjasama dengan harga yang sangat berpatutan. Blog ini pakai trafik juga tahu, cuma bezanya ia di baca bukannya di tonton macam iklan kat TV. Blog ini lebih pada majalah dan suratkhabar cuma bezanya kami ini pakai klik klik hujung jari baca terus dari handphone. 

Aku memang bangga bila lihat syarikat Islam usaha anak bumiputera makin maju. Bila bisnes semakin maju begini, maka zakat pun semakin banyak dibayar oleh syarikat syarikat muslim ni, sekaligus membantu menaikkan taraf ekonomi dan senangkan sedikit golongan asnaf yang memerlukan…

Kita berbeza agama dan bangsa tapi …

Hujung minggu ni aku ada family day sebelah suami. Aku rasa teruja mau attend the event, boleh jumpa family member yang lain. Walaupun berbeza agama dan bangsa, itu bukan penghalang untuk kami lepak-lepak , makan-makan gathering ramai-ramai. Ndak perlulah boikot-memboikot sesame kita, padahal KITA-KITA JUGA BAH INI … 

Yang pergi bercuti tu sempena cuti Hari Merdeka, semoga percutian kamurang membawa keriangan, dan yang memandu sepanjang perjalanan menuju ke destinasi. Till then, tata titi tutu, jaga diri jaga keperibadian ok.

xoxo, lots of love.

cheers.

Wanita SOLEHAH lebih cantik daripada BIDADARI syurga!

August 30, 2019 0
Wanita SOLEHAH lebih cantik daripada BIDADARI syurga!
hi korang, mrs pip rajin buka twitter sekarang pasal terjebak dengan thread criminal case yang di tweet oleh JatIkhwan ... 

rasanya ramai yang dah follow incik peguam ni kan, cases yang dia thread, perghhhh mmg thumbs up .. bahasa dia guna senang sangat nak faham ... mrs pip rasa lah kan, JatIkhwan ni ada bakat jadi penulis buku selain kerjaya dia sbg seorang advocate and solicitor ...

ok, bukan nak cerita pasal criminal case tu, tapi dah buka twitter, banyak tweet & retweet menarik ... hari tertarik dengan perkongsian dari twitter jentikhati ni ⤵⤵⤵


"Bidadari syurga kalau turun dekat dunia ni, satu je jari dia habis cahaya matahari terpadam kerana terlalu cantik dan indah"
"Tapi kalau wanita yang solehah dekat dunia, nanti dekat akhirat dia 70 kali lagi cantik dan indah dari bidadari tadi"

wahhhh, cantik tak terkata untuk para solehah nanti kat akhirat kan ... semoga kita pun macam tu juga , mencari jalan menjadi wanita solehah ... 

bukan kerana nak cantik kat akhirat, tapi kerana nak mencari redhanya Allah , nak duduk menginap kat syurga, nak meniti di titian sirat dengan mudah ...

cheers.

Thursday, 29 August 2019

A true story of tragic murder

August 29, 2019 4
A true story of tragic murder
hi there, so once again I read  JatIkhwan's criminal case thread, this time about a happy family, where the husband murdered his wife ...


I think any criminal case , when you finished reading the whole thread, knowing the whole story and trying to imagine the whole situation, it always ended with a mix feeling, sad , anger, hate, empathy and so on ...


he has no specific reason of killing his wife, NO AT ALL , and in fact  if you read the whole thread , during the very unlucky day, everyone were doing just fine , the wife the husband the kids and the helper ... And his wife is working together with him in one same company ya ...

the question is WHY did he kill his wife?


read the complete thread >>> HERE

If you read further , after a month of full examination to the suspect, the expert concluded that suspect is having delusional disorder with type 'jealous and mixed type'.



and what is delusional disorder? let's understand this before making any speculation ... Read MORE INFO >>> HERE

worry no, I  copy and paste some of the info .... 

What is delusional disorder?

Delusional disorder, previously called paranoid disorder, is a type of serious mental illness — called a “psychosis”— in which a person cannot tell what is real from what is imagined. The main feature of this disorder is the presence of delusions, which are unshakable beliefs in something untrue. People with delusional disorder experience non-bizarre delusions, which involve situations that could occur in real life, such as being followed, poisoned, deceived, conspired against, or loved from a distance. These delusions usually involve the misinterpretation of perceptions or experiences. In reality, however, the situations are either not true at all or highly exaggerated.
People with delusional disorder often can continue to socialize and function quite normally, apart from the subject of their delusion, and generally do not behave in an obviously odd or bizarre manner. This is unlike people with other psychotic disorders, who also might have delusions as a symptom of their disorder. In some cases, however, people with delusional disorder might become so preoccupied with their delusions that their lives are disrupted.

What are the types of delusional disorder?

There are different types of delusional disorder based on the main theme of the delusions experienced. The types of delusional disorder include:
  • Erotomanic. Someone with this type of delusional disorder believes that another person, often someone important or famous, is in love with him or her. The person might attempt to contact the object of the delusion, and stalking behavior is not uncommon.
  • Grandiose. A person with this type of delusional disorder has an over-inflated sense of worth, power, knowledge, or identity. The person might believe he or she has a great talent or has made an important discovery.
  • Jealous. A person with this type of delusional disorder believes that his or her spouse or sexual partner is unfaithful.
  • Persecutory. People with this type of delusional disorder believe that they (or someone close to them) are being mistreated, or that someone is spying on them or planning to harm them. It is not uncommon for people with this type of delusional disorder to make repeated complaints to legal authorities.
  • Somatic. A person with this type of delusional disorder believes that he or she has a physical defect or medical problem.
  • Mixed. People with this type of delusional disorder have two or more of the types of delusions listed above.

What causes delusional disorder?

Besides genetic and biological , delusional disorder also caused by⤵⤵⤵

  • Environmental/psychological. Evidence suggests that delusional disorder can be triggered by stress. Alcohol and drug abuse also might contribute to the condition. People who tend to be isolated, such as immigrants or those with poor sight and hearing, appear to be more vulnerable to developing delusional disorder.


so probably, it starts from a small problem, that lead to stress , from a mini tiny stress, getting bigger each and every day, and it takes maybe years before this burden that we called STRESS explode ...

and very so unlucky, how the stress can make from a someone nice caring loving person to someone who fail to control his/her behaviour and end up become a murderer

let's learn something from this murder case ... if you feel stress or having problems with your life, or whatsoever, please seek help ... Pray and pray a lot too ...

you can talk to someonw that you trust, or comfortable with ... don't pressure yourself
... take five, relax ... if you need some time off, do it, take leave, go somewhere that bring peace to you ...

we all have our limit.

take care, and be nice.

cheers.

Wednesday, 28 August 2019

Tukar tukar komen di BLOG

August 28, 2019 8
Tukar tukar komen di BLOG

Tuesday, 27 August 2019

Resepi masak mee goreng simple

August 27, 2019 10
Resepi masak mee goreng simple
hi there, dah alang alang buat mee goreng senang laju dan pantas tadi tengahari, so jomlah kongsi resepi di blog ... Resepi masak mee goreng simple ...

almaklumlah, walaupun jadi surirumah, tapi busy byk kerja tak menang tangan weh, so masak pun harus cepat secepatnya, sebelum baby Nami bangun dan nak mengempeng seperti mochi!

ada lebihan mee basah dalam peti sejuk, rugi pula kalau dibiarkan tidak dimasak ... masak mee basah , biasanya tak guna byk bahan, hanya bawang, garam, telur, dan optional nak letak ayam daging atau sayur atau perasa tambahan, selera masing masing ... yang ni memang super mudah, resepi masak mee goreng simple , sedap pun sedap tau.

masak mee goreng simple
Resepi masak mee goreng simple 

Bahan bahan:

✔Semangkuk mee basah/mee kuning
✔sebiji telur
✔sebiji bawang merah dicincang
✔segenggam taugeh 
✔garam secukupnya
✔kicap secukupnya

cara nak masak:

๐Ÿ‘‰lembutkan mee dengan merendam mee guna air biasa, sehingga boleh dileraikan ... basuh mee dan toskan airnya

๐Ÿ‘‰panaskan minyak di kuali, masukkan bawang, gorenh sehingga keperangan 

๐Ÿ‘‰pecahkan telur di dalam kuali, goreng hingga telur digoreng meletups letups gitew 

๐Ÿ‘‰masukkan mee, tuangkan kicap secukupnya

๐Ÿ‘‰gaul rata dengan bawang dan telur tadi, dan goreng sehingga mee hampir masak,  tambah garam secukupnya dan masukkan taugeh

๐Ÿ‘‰goreng sehingga taugeh sedikit layu, dan bolehlah tambah perasa tambahan seperti aji ataupun serbuk stok ayam

dah masak, sedia untuk dihidang ...

senangkan ... selain taugeh, boleh gantikan dengan udang, ayam, daging, terpulang kat citarasa korang, hehe .... 

senang kan ...

cheers.

Monday, 26 August 2019

Dah boleh RELOAD phone di SHOPEE!

August 26, 2019 7
Dah boleh RELOAD phone di SHOPEE!
hi there, siapa sini pengguna prepaid mcm mrs pip? selalu selalu mrs pip reload handphone sama ada secara online di MAYBANK, atau kat LAZADA, atau guna apps BOOST ... now, SHOPEE pun dah ada new features reload handphone ni tau!

kalau reload kat MAYBANK online, setakat deduct berapa banyak korang reload kan, tak da sebarang penjimatan, cashback, atau shake shake for extra credit ... so rasa rugi sedikit , maka reload atau top up direct di online banking ni adalah pilihan terakhir ...

kalau guna LAZADA, make sure korang guna SHOPBACK then pilih LAZADA APPS, then pilih reload then TIME BUAT PEMBAYARAN, korang select LAZADA WALLET ... 

kenapa SHOPBACK DAN LAZADA WALLET PULA? >>> kerana SHOPBACK akan bagi sedikit CASHBACK kat korang dan LAZADA juga akan berikan sedikit cashback , so double korang dapat penjimatan kan ... tapi, utk LAZADA WALLET, ada expiry date, so kena guna duit cashback kat LAZADA WALLET tu untuk beli barang, cia cia cia 


BOOST pula, kelebihan BOOST kalau korang reload guna apps BOOST, korang akan dapat shake shake, so ikut nasib ada masa shake shake dpt banyak, ada masa shake shake sedikit , hehe ..


dan sekarang, reload kat SHOPEE pula ... sama macam LAZADA, korang reload tu guna SHOPBACK, then pilih SHOPEE, then pilih RELOAD... 


kelebihan reload kat SHOPEE pula, korang boleh collect COINS kan ... tapi sama juga mcm LAZADA, korang kena redeem shopee coins ni, kalau tak nnt expired ... 


pilihan masing masing lah nak reload kat mana asalkan dpt penjimatan ... mrs pip suka guna SHOPBACK kalau nak online shopping, mmg ada penjimatan, sikit2 kumpul lama2 banyak lah nnt ..


dan antara LAZADA, BOOST DAN SHOPEE, tak da beza sangat pun, masing2 ada kelebihan ... 
tapi mcm korang pengguna tegar SHOPEE, reload sajalah kat SHOPEE kan, mcm mrs pip prefer BOOST, tapi tu lah leceh sikit pasal BOOST bukan auto reload, BOOST akan bagi pin number utk korang reload , alaaa mcm korang beli kad reload di kedai runcit tu .... 

apapun, now dah bertambahlah pilihan nak reload kat mana kan ...

tu jak nak share kat korang ...semoga info ni bermanfaat ...

cheers.

Saturday, 24 August 2019

Review Nature Republic || Soothing & Moisture Aloe Vera Gel

August 24, 2019 36
Review Nature Republic || Soothing & Moisture Aloe Vera Gel
hi there, hello ... siapa yang suka pakai aloe vera gel? jap nak review beauty product aloe vera gel ni ... sekarang ni kalau cuaca panas, memang panas dia tu lain macam , panas lit lit, panas boleh rasa kulit macam pedih pedih ... kalau boleh , duduk diam diam dalam rumah saja, tapi kalau nak keluar,  terus capai payung nak lindungi kulit dari rasa macam terbakar , padahal dah pakai sunscreen .... omo omo ...

Kebaikan aloe vera  gel

mrs pip guna jenama NATURE REPUBLIC untuk aloe vera gel ni, harga affordable ... in fact, mrs pip beli the whole set ... pencuci muka, gel dan spray mist tu ... pencuci muka dah habis , tak top up lagi coz tengah guna pencuci muka lain, habiskan dulu stok yang ada ... 

best sangat kah pakai ni aloe vera gel? 

kulit mrs pip ni kalau berada di bawah cuaca panas, biasalah mesti merah merah, kadang kadang tu rasa ndak selesa coz mcm pedih pedih la pula ... so nak sedapkan kulit dan hilangkan rasa pedih pedih tu, mrs pip gunalah ni gel aloe vera ... selain tu, gel aloe vera ni mampu melembapkan kulit ... 

kalau mrs pip kluar road trip, cuaca pula panas, dan sepanjang pemanduan pula guna aircond, boleh rasa lah kulit tu kering kan , ataupun rasa kurang fresh, mrs pip guna spray mist tu , just spray dua tiga kali di kulit wajah, terus rasa segar bugar tu kulit ...

Kebaikan aloe vera  gel

tips dan info ringkas mengenai aloe vera gel ⤵⤵⤵

๐Ÿ’ฆ letakkan aloe vera gel di dalam peti sejuk sebelum digunakan, ianya (bagi pendapat mrs pip) lebih sedap digunakan dan kulit terasa lebih nyaman
๐Ÿ’ฆ boleh digunakan ke atas kulit yang melecur sedikit ... ni slalu kena bila menggoreng kat dapur, percikan minyak hinggap di kulit, sapu saja aloe vera gel ni, insya allah kulit melecur tu cepat sembuh
๐Ÿ’ฆ yang mengalami rambut gugur, letakkan sedikit aloe vera gel ke atas shampoo, dan cuci rambut seperti biasa (tips ni mrs pip baca daripada perkongsian pengguna, dah try , alhamdulillah nampak ada kesan tapi ambil masa sekitar 5 minggu)
๐Ÿ’ฆ yang ada mata panda, bolehlah gunakan gel aloe vera ni di bawah kelopak mata secara berterusan untuk menghilangkan lingkaran gelap tersebut
๐Ÿ’ฆ boleh membantu atau memperbaiki tekstur kulit yang kering atau yang mengalami sedikit ekzema
๐Ÿ’ฆ boleh juga digunakan pada rambut yang kering atau kusam dengan menyapunya pada waktu malam, dan membilas rambut keesokan harinya

Kebaikan aloe vera  gel

sekarang ni, ada banyak BRAND yang mengeluarkan produk gel aloe vera, so pilihlah brand yang boleh dipercayai ...

korang boleh beli gel aloe vera ni kat banyak tempat, kat beauty shop, drugstore, dan secara online ...

mrs pip beli nature republic aloe vera gel ni kat laman web Althea, so yang nak beli online, bolehlah cari kat Althea, tak pun boleh cari kat Hermo, Lazada, Shopee , etc ...

kalau korang beli secara online, seperti kat Althea, Hermo, Lazada, atau Shopee, jangan lupa beli menggunakan SHOPBACK, boleh dapat CASHBACK , so ada penjimatan kan ...

tak tahu apa itu CASHBACK dan bagaimana CASHBACK berfungsi, boleh klik ⤵⤵⤵


Kelebihan shopback

dan ketika artikel ini dipublish, jumlah terkumpul di dalam SHOPBACK mrs pip ialah RM66.21 , yeay ... nnt cukup RM100, barulah mrs pip nak withdraw ...

yang belum ada akaun shopback, tak pa korang baca dulu TENTANG SHOPBACK yg mrs pip share link kat atas tu, lepas tu baru korang register SHOPBACK ok ...

lebih elok fahami dulukan konsep SHOPBACK ni, tapi serius tak rugi pun nak daftar  , free ja daftar ... lagi untung kaki shopping online ada akaun SHOPBACK ...

thanks for reading .. eh, kan dah membebel pasal SHOPBACK pula ... tapi kalau ada soalan pasal CASHBACK, tanya jer , I is sedia membantu menjawab persoalan.

cheers.

Friday, 23 August 2019

Jangan dengar dari satu pihak saja!

August 23, 2019 16
Jangan dengar dari satu pihak saja!
hi there, salam Jumaat yang berkat ... tapi nak bebel sikit la ya hari ni, direct jak to the point dgn tajuk >>> jangan dengar dari satu pihak saja .... sekarang ni kan, senang saja berita tersebar, ntah sahih atau tak ... tak pun, berita sekerat2 disebarkan menjadikan berita tu lain sangat dari yang asalnya ...

lepas tu, kita ni beria ia la tadi percaya kat si penyampai pasal si penyampai ni kawan kita, BFF kita, family kita ... padahal, berita dia tu maybe lah tak berapa nak betul faktanya ... 


KES 1

mcm kes suami isteri bercerai, dengar dengar si suami tu kaki shopping, suka membazir, sampai stress si isteri tengok tabiat suami dia, last2 gaduh n cerai ... suami yg bersalah dlm hal ni , kononnya ... so ramailah yg salahkan suami, bla bla bla ... semua salah si suami ... padahal, bukan sebab tu dorang bercerai pun ... tu lah dengar dari satu pihak, mmg tak adil ...

sebab tu, kalau masuk mahkamah, hakim akan dengar hujah kedua dua pihak, defendan dan plaintif ... hakim akan jadi neutral ... so kita pun kena mcm ni ... kena neutral, jangan tergesa gesa nak sokong satu pihak tanpa mengetahui cerita di pihak yang satu lagi ...

berbalik kpd kes suami isteri tu bercerai, si isteri jenis slow motion nak buat kerja ... laundry tak nak buat, harap si suami, masak tak nak, harap makan luar, anak anak tak nak jaga elok elok, harap si suami yang mandikan, bagi makan, bla bla ... rumah tak nak kemas alasan nnt dah kemas anak anak sepah sepahkan ... aduh! 

ok, bab jaga rumah , jaga anak semua ni kena share share sbg parents kan , dan suami tu pula jenis ringan tulang ... so, motif bercerai?

isteri tu yang minta cerai pasal tak nak jalankan tanggungjawab sbg isteri dan ibu ! duh!!!

so bukan pasal suami tu tadi kaki shopping, kaki suka membazir ... dah duit dia, suka hatilah dia nak shopping , padahal keperluan keluarga dia dah bereskan semua ... 

hah! dah tahu cerita sebenar, barulah kita terhegeh hegeh rasa bersalah kecam pihak sebelah yang tak bersalah tadi kan ...

KES 2

suami tetak isteri, tak maut, tapi mendatangkan kecederaan pada si isteri ... suami krna tangkap dan masuk penjara selama beberapa tahun.

Korang yang baca, 1st impression korang apa? salahkan suami ... Yes, suami salah sangat tetak isteri dia ... salah tetap salah , tapi kenapa dia tetak isteri dia pasti bersebab ...

ISTERI CURANG DI DEPAN SUAMI

yang dah kawin, cer tanya suami awak, apa dia akan buat kalau awak curang depan dia? tak da nya dia nak duduk senyum ... 

so dah tahu isteri tu curang, apa pula judgement korang kat si isteri?

lepas ni, kalau orang hantar berita kat korang cerita2 gossip , atau cerita2 viral or whatsoever, korang dengar saja, it is ok, tapi jangan laju buat judgment, kot kot berita tu tak berapa nak betul,  kan ... jaga tutur kata, jaga akal kita ...

sekarang ni, kalau baca news, tajuk gempak2 weh, tapi isi cerita haremmmm jauh bumi dari langit hendaknya!

KES 1 DAN KES 2 , bukan rekaan semata mata ๐Ÿ˜‰ Done bebel, salam Jumaat ... have a good weekend ...

cheers.

Thursday, 22 August 2019

Happy Birthday Nami Heavenlee || 1 year old , 20.08.2019

August 22, 2019 10
Happy Birthday Nami Heavenlee || 1 year old , 20.08.2019
hi there, alhamdulillah tarikh 20.08.2019, genaplah usia baby Nami setahun ... where the time go? surely flies too fast! Nami so far so good, ceria selalu, jarang sangat nak cengeng2 or cerewet ... asal cukup BF, cukup makan, cukup tidur, happylah dia ... 


since harijadi Nami jatuh pada hari selasa, daddy kerja and weekdays mmg tiada di rumah, abang2 pula sekolah, hanya mommy n Nami saja kat rumah, so jomlah Nami kita bergambar berdua ... nak celebrate pun, daddy is not around ...


biasanya Nami ni camera addict, no shy shy nak selfie dgn mommy .. tapu why la Nami, on your birthday pula nak shy shy tak nak cooperate dgn mommy ambil gambar cantik cantik   hiks!

Nami, last year, at the same date, at this time around, mommy tengah struggle tau layan contractions since jam 2 pagi, tapi jam 9 malam juga baru nami mau keluar 

dan hari ni on ur birthday, mommy struggle juga mau kiss kiss big boy mommy ni, dia punya tahap malu tu boleh tahan juga ... tak pa, biar malu bertempat kan nami , esok2 malu ni jaga elok2 tau , sejuk hati mommy , insya allah ❤


because you are so mochiness to mommy, so let's be mommy's BFF ๐Ÿ™Š lepas ni kalau nami besar sikit dan tanya what happen to your 1st birthday photo why la semua ndak da yg cute, nah blame yourself tau , jgn bilang mommy yg salah ๐Ÿ˜‚ 

props dari IG @propsmalaysia


Nami, it is not the cake we count, but the happiness and joys that we shared are matters ... kita makan kek hari lain ok , tunggu daddy ada, tunggu abang2 tak sekolah , nnt we go fun fun together, insya allah ... 

mommy dah berangan2 nak buat orange cake atau orange cupcakes , lepas tu letak cheese cream lepas tu sprinkles dgn colorful nibs ... lepas tu makan kek tepi laut ๐Ÿƒ sambil nnt layan abang2 mandi laut kan ...


mommy love you to the moon and back ... thank you for this 1 year precious journey , we all love you so much baby Nami ... yang lain lain mommy minta doa kat Allah, biar Dia saja yang tahu hajat mommy untuk Nami ...


letak sini some of Nami's baby photos ... nnt insya allah nak buat photobook utk baby Nami juga >>> the first 12 months ... Iman n Amin dulu mommy buat, so Nami pun kena ada juga kan ... tak pun buat Nami the fislrst 52 weeks ... time Nami ni, rajin pula mommy ambil gambr Nami every week, time Iman n Amin tak da la pula mau snap every week ...

nnt bila bila mommy rindu zaman baby2 dorang ni, bolehlah belek2 photobook tu banyak kali ๐Ÿ˜˜


dan tada, gambar kompilasi Nami the first 52 weeks ... love you so much baby!

cheers.

Wednesday, 21 August 2019

Google Adsense dah approve di blog || terima kasih Sifu Wayne Harraz

August 21, 2019 25
Google Adsense dah approve di blog || terima kasih Sifu Wayne Harraz
hi there, aku dan google adsense ni macam tiada chemistry mau bercinta ... few years ago aku apply, tapi kena reject konon content tak cukup ... ok aku faham maybe time tu content blog entah apa apa lah kan , blum jumpa jalan kebenaran , ekeke ... 

lepas tu aku rasa aku ada try lagi, tapi asyik2 tunggu kena setting, sampaikan aku ada lah masuk forum adsense sekejap untuk info masalah application aku, tapi siapalah aku untuk diberi perhatian ... so, dengan sedihnya aku ceraikan google adsense , tak mau lagi fikir panjang panjang pasal hati aku dah patah time tu ...

tapi kan, apabila baru baru ni di group blogger yang mrs pip join iaitu group AFB ada mention pasal google adsense, dan Sifu adsense tanya siapa lagi yg tak approve  adsense, cepat2 I is mengaku , padahal hati dah rabak nak bercinta dgn adsense ... 

Sifu adsense dengan pantas masukkan kitorang yang gagal adsense dalam group lain, lepas tu Sifu adsense satu persatu dia reapply balik Google Adsense kitorang ...

Lulus google adsense

dah nama pun SIFU kan, tak lama tunggu, satu persatu dapat status blog berjaya ada adsense ... mmg happy nampak kawan2 dah ada adsense, semangat nak tulis entry kan ... blog aku still no news, tapi tak pa, doa jak minta yang rezeki yang baik2 kat sang pencipta ...

yang kelakarnya, semalam aku mimpi aku buat blog baru pasal kena reject adsense lagi ... tu mimpi ya kawan2 ... bangun2 ja subuh tadi, aku terus fikir " maybe aku patut buat blog baru " , sempat lagi pilih nama blog baru ... adeh! mmg patah hati dah , bad dream kan ..

Lulus google adsense

lepas tu, aku keluar pergi pekan kejap, husband suruh collect buah cempedak yang dia order last week kat seller ni, lepas tu seller bagi FREE ja seplastik buah cempedak ... eh, rezeki tapi segan pula ambil FREE mcm tu saja, orang tu berniaga, kot2 bagi FREE nanti boleh bankrupt pula dia, tapi dah dia betul2 ikhlas bagi FREE, so ambil sajalah ... REZEKI sangat ... sampai rumah terus kopek, masuk container, tadi oetang dah kenyang masuk perut buat cempedak goreng ๐Ÿ˜‰

Cempedak sedap

lepas tu, masuk pula wasap SIFU, bagi tunjuk adsense di blog mrs pip dah approved ... eh eh, biar betul ... aku rasa macam mimpi apakah ni di siang hari time mata sudah terbuka luas? laju laju check iklan di blog , tadi subuh tengok blog mana ada iklan, lepas tu check balik lepas sifu update info, yeay alhamdulillah iklan dah masuk!

Lulus google adsense

menurut Sifu, adsense dah approve lama dah, tapi iklan tak masuk lagi ... since 9 Ogos lagi adsense dah ok, tapi aku tak pa la, anggaplah adsense lulus hari ni, 21.8.2019 since baru hari ni iklan menari nari dalam blog ...

Lulus google adsense

hah, kalau korang nak kenal siapakah SIFU ADSENSE ini, perkenalkan Mr. WAYNE HARRAZ ... korang yang nak info pasal adsense tu, boleh lawat blog dia dan baca penulisan dia tentang adsense ...

mrs pip letak siap siap link blog dan media sosial Mr. WAYNE HARRAZ ni tau, nanti korang terjah , kot2 ada nak tanya kat dia pasal adsense kan, bolehlah DM dia yer ...

Lulus google adsense


once again, banyak banyak terima kasih Sifu Wayne, tanpa bantuan Sifu , mungkin blog saya takkan merasalah adsense ni kot, syukur alhamdulillah sangat sangat.

have a nice day everyone.

cheers.

MemBETULkan pada hal yang TERBIASA

August 21, 2019 9
MemBETULkan pada hal yang TERBIASA
hi there, dalam urusan urusan tertentu, biasanya dalam majlis kenduri kendara, majlis kahwin, urusan kematian , ada hal yang macam ndak begitu kena caranya kan, lepas tu kalau kita tegur, nnt orang tua tua kita cakap kita ni menentang dorang pula, kita budak2 lagi, apa ja yg kita tau dorang bilang ... 

tapi mrs pip mmg kalau benda tu mrs pip tau mmg bukan kelaziman yang disarankan dalam agama, mmg try hard tak buat walaupun kena kecam ... mcm contohnya, ada masyarakat di sini akan hidupkan lilin di kubur sebelum masuk bulan puasa Ramadhan, so benda kita cakap kat mak jgn ikut, ni superstitious ni mak ... zaman nabi mana ada benda2 mcm ni ...


mrs jumpa info menarik utk dikongsi, info ni mrs pip dapat kat blog mama Yan, menarik utk dibaca, semoga bermanfaat , dan sama2 kita perbaiki amalan dan menambah ilmu .. Tq mama yan share ni kat blog ⤵⤵⤵

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah.

Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. 

Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

kat tmpt mrs pip, mmg slalu mcm ni tau, asal ada yg meninggal, mesti nak buat kenduri 3 hari, 7 hari, 40 hari , 100 hari, bla bla bla ... dulu time budak2 kita ikut jak, tak tahu apa2 ... tapi dah besar sikit, ustazah ada bgtau amalan kenduri2 ikut hari ni bukan amalan agama Islam ...

waktu salah sorang makcik mrs pip ni meninggal, pakcik mrs pip iaitu suami kpd makcik.yg meninggal tu, dia tak buat kenduri2 ikut hari ni .. dia jawab simple jak, kenduri2 ikut hari tu tak wajib ... nak doakan makcik, doakan dia time lepas solat , atau bila2 kita rindu dia ... 

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.

Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

haha, ni pun betul juga .... ada orang time dekat2 mau kawin dia kira jumlah jemputan sambil kira2 jumlah angpow yg dorang boleh collect, lepas tu cakap oooo nnt bolehlah bikin tolong cover blanja kawin ... aduh, ni tak ikhlas la kan kalau begini, kita jemput nak share happiness, bukan nak harap angpow whatsoever kan ...

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. 

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

ada yang macam ni? tak pa, next year boleh audit belanja rumah dibulan puasa ... 

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, makad ibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

ada yang mampu kenduri kalah orang nak kawin!

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.

Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. 

Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? 

Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

yang ni tak pernah pula dilalui ... rasanya ramai parents yg nak anak2 seimbang belajar akademik dan agama ...

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.

Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

jomlah kita berhias selalu walaupun belum sempat nak make up anak2 dah merengek, haha.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Zaman dulu sms dan email. Zaman sekarang tekan button share je. Lagi mudah.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. 

Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. 

Sabda Rasullullah SAW:
"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."
(Riwayat Bukhari)

sumber: ⤵⤵⤵
http://www.aziankhalil.com/2019/08/betulkan-yang-biasabiasakan-yang-betul.html?m=1

lepas ni yang para isteri, jom wangi2 cantik2 kat rumah untuk husband masing masing  ... jap, perfume I mana, nak sembur satu badan ni ๐Ÿ˜‰

mmg banyak kebiasaan yg kita buat tu menyimpang dari saranan Rasullullah kan ..

semoga perkongsian bermanfaat ...

cheers.

Monday, 19 August 2019

Tahun keTIGA blog pakai DOMAIN sendiri

August 19, 2019 24
Tahun keTIGA blog pakai DOMAIN sendiri
hi there, bulan Ogos setiap tahun memang special sikit utk blog mrs pip ... setiap 27/8 ialah DOMAIN-versary blog mrs pip dot com ... ni tahun ketiga guna domain mrs pip dot com , sebelum ni guna sukasukasurirumah.blogspot.com ...


domain dah renew, so header pun kita renew sekali, mrs pip buat sendiri jak, header simple simple ... cari gambar arts kat pinterest, banyak yang lawa lawa, rambang mata nak pilih wei ... macam gambar kat bawah ni pun antara yang jadi pilihan nak guna buat header , kaler biru ni menarik, tapi end up guna yang simple jak la , less is more gitew konsepnya ... add in a bit of green pula kali ni ... bagi fresh sikit blog mrs pip, taklah monochrome sangat ๐Ÿ˜˜


mrs pip renew domain setiap tahun di NETKL , bayaran untuk renew domain hanyalah RM45.00 setahun .. ok lah harga affordable ...

nak renew pun senang ... setiap tahun NETKL akan hantar email peringatan sebulan sebelum domain expire, lepas tu sekali lagi peringatan dua minggu sebelum domain expire, dan ada 14 hari extra selepas domain expire untuk buat bayaran. Kalau dalam 14 hari ni tak bayar bayar juga, domain akan hilang, dan blog kembali ke blogspot.com guna nama lama ๐Ÿ˜‰ ...

alhamdulillah, mrs pip dah renew domain untuk setahun baru baru ni ... ada yang nak guna perkhidmatan NETKL tak untuk beli dan renew domain? kot kot nak blog ada .com , nak nama blog simple , unik dan senang orang lain / pembaca nak ingat , so why not guna NETKL pasang domain blog kan ...


so, happy domainversary mrs pip dot com ... blog korang yg dah ada domain sendiri tu, dah brapa lama usianya?

happy blogging tau!

cheers.

Saturday, 17 August 2019

Dapur terlebih asap

August 17, 2019 18
Dapur terlebih asap
hi there, life seorang mrs pip .. ada waktu, kerajinan memasak tu meluap luap sampaikan nak masak banyak lauk , lepas tu melantak lepas tu rasa bersalah makan banyak pasal target nak kurangkan berat badan fasa akhir belum berjaya , #roadto55kg masih dalam progres ...

resepi mudah dapur mrs pip
dapur terlebih asap

biasanya mrs pip hanya masak yang senang, mudah , resepi tak pakai banyak bahan ... kalau mrs pip terasa mau makan yg susah bg mrs pip mau buat spt kari ayam ikan daging , atau ayam kurma, atau tomyam , mmg slalu mr.Husband la yang buatkan ...

sekali masak berjenis jenis lauk, apa cerita ni? ada tetamu mau datang kah ni? ekceli, selera penghuni rumah ni semua beza beza ...

Iman ndak makan ikan, tapi makan ayam n sayur...

Amin pula kureng sikit bab ayam, dan ndak makan sayur ... Amin kalau ikan dia slalu berselera, lagi lagi kalau ada kuah ...

mrs pip suka makan sayur n mcm Amin la juga , mrs pip nowadays kureng makan ayam ... suka makan ikan goreng rangup2, sedap makan krup krap krup krap ...

hari tu masak simple2 jak, ikan goreng, ikan goreng masak sup bawang hangus, ayam masak merah, dan taugeh tumis udang kering ...

resepi mudah sup ikan
resepi sup ikan bawang hangus

resepi sup ikan bawang hangus ni mrs pip ada share hari tu , nnt mrs pip share link resepi simple ni hokey ...

ekceli, ni resepi dari mr.Husband, ni lauk berpantang mrs pip dari anak pertama hingga ketiga ni lah ... mmg slalu mr.Husband masakkan sup ikan  ni, kdg2 ikan tu dia ganti dgn telur dadar pula ... lepas tu, kalau time berpantang, mr.Husband akan letak banyak2 bawang putih , biar cepat cair2 tu lemak , ekeke ...

>>> resepi sup ikan bawang hangus

resepi ayam masak merah
resepi ayam masak merah

ayam masak merah ni antara fav anak anak la, tapi dgn syarat bukan guna sos cili ... anak anak mrs pip jenia ndak makan pedas ... so guna sos tomato , tapi add in sikit sos cili juga ...

lepas tu, slalu kalau ayam masak merah, masak tanpa letak sayur, suka letak kentang, tapi hari tu ada kacang panjang, so tambah lah sikit ...

resepi pula , mrs pip pernah share dulu, guna resepi mak mertua cik fieza sani, mmg simple sangat resepi mak mertua dia, kena pula serasi kat tekak mrs pip ... yeay.

>>> resepi ayam masak merah

resepi ikan goreng kunyit
resepi ikan goreng kunyit

ni pula ikan goreng bertepung ... selalu kalau mrs pip mau goreng ikan, mmg akan perap tepung kanji / tepung jagung dulu ... so ikan tu bila masak cantik jak bentuk dia, dan rangup2 kulit dia kan , tapi kena makan time panas2 la kan ...

dan slalu kalau ikan , just letak garam dan serbuk kunyit jak lah bagi rasa , perasa lain tak guna , kalau nak lagi sedap boleh tambah sos tiram dan ajinomoto ...

yang ni tiada resepi pun, just sangat simple nak buat ... dan slalu tak nak tepung tu banyak jatuh dlm minyak, mrs pip lepas perap tepung, akan masukkan ikan tu kejap dlm peti sejuk bagi tepung tu keras sedikit, dan goreng guna minyak yg betul2 panas ...

resepi taugeh tumis udang kering
resepi taugeh tumis udang kering

dan ni pula taugeh tumis udang kering ... ni pun senang nak masak kan,

just guna dua tiga ulas bawang putih, satu dua sudu udang kering dicuci, ditumbuk, satu lada besar dihiris ...

lepas tu tumis bawang putih dan udang kering, masukkan sebiji telur (optional), goreng sebentar pecah2kan telur tu, masukkan taugeh, tumis sampai dekat2 nak masak, masukkan lada besar ... mcm tu lah cara mrs pip tumis taugeh ...

kalau masak banyak2 mcm ni kan, ni la dapur mrs pip versi terlebih asap, hahahaha ....

sesekali bah kerajinan datang melanda, kita masak lah lebih sikit ... boleh simpan utk makan malam sekali , so ndak payah masak lagi utk makan malam, kasi panas jak time dinner ...

kamurang, menu apa pula ni hari?

cheers.