October 2018 - Cerita Cinta Surirumah

Wednesday, 31 October 2018

Naturally Kinder, tisu basah selamat untuk bayi

October 31, 2018 13
Naturally Kinder, tisu basah selamat untuk bayi
hi there, memilih produk yang selamat untuk kegunaan bayi sangatlah penting bagi mrs pip , dan rasanya semua ibubapa juga tidak terkecuali daripada hal ini. sejak kebelakangan ni, lil' Nami suka sangat hisap jari dia , lepas dah hisap jari tu mesti banyak air liur keluar di sekitar mulut. biasanya mrs pip akan bersihkan mulut lil' Nami dengan tisu basah, tapi risau juga kalau tisu basah tu tidak mesra bayi kan ...

Naturally Kinder, tisu basah selamat untuk bayi
Bersihkan mulut lil' Nami menggunakan tisu basah naturally kinder

jadi, bila mrs pip dapat tahu mengenai tisu basah Naturally Kinder yang eco lovers ni, terus jatuh hati untuk mencuba tisu basah ni ... Naturally Kinder ni claimed yang tisu basah ni mempunyai ciri-ciri tersebut:-
  • certified organic aloe vera
  • safe for baby hand and mouth
  • dermatologically tested
  • free from alcohol, paraben, SLS & propylene gycol

kalau bayi anda jenis kulit sensitif, memang sesuai guna tisu basah ni kerana mengandungi aloe vera yang boleh membantu memperbaiki/melegakan kulit sensitif, selain tu tisu basah ni direka selamat untuk tangan dan mulut bayi...

Naturally Kinder, tisu basah selamat untuk bayi
Naturally Kinder, tisu basah selamat untuk bayi

mrs pip tidak risau menggunakan tisu basah Naturally Kinder membersihkan mulut lil' Nami, begitu juga untuk membersihkan tangan lil' Nami yang dibasahi air liur dia , dan anggota badan yang lain sekiranya terkena kotoran.

bahan-bahan yang terkandung dalam tisu basah Naturally Kinder ni ialah:-

Aqua, Certified Organic Aloe Vera (MAYA Organic Certification), Potassium Sorbate (Food Grade), Sodium Benzoate (Food Grade), Citric Acid (Derived from Starch), Flavour (Food Grade).

Naturally Kinder, tisu basah selamat untuk bayi
Naturally Kinder, tisu basah selamat untuk bayi

Tesktur tisu basah Naturally Kinder ni lembut, dan mempunyai bau yang menyenangkan ... rasa nak cium ja tisu basah ni coz baunya menyegarkan. mungkin bau tu datang dari aloe vera yang merupakan salah satu bahan yang terkandung dalam pembuatan tisu basah ni.

Apapun, mrs pip memang happy guna tisu basah Naturally Kinder ni untuk lil' Nami :))

untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk tisu basah Naturally Kinder ni, atau ingin mendapatkan tisu basah tersebut, boleh layari laman web rasmi 


cheers.

Monday, 29 October 2018

Nursing cover untuk breastfeeding || jagalah penglihatan orang lain

October 29, 2018 12
Nursing cover untuk breastfeeding || jagalah penglihatan orang lain
hi there, bila dah ada baby, dan siap fully breastfeed, haruslah sentiasa bersiap sedia untuk menyusukan baby tanpa mengira tempat dan masa .. so kalau keluar rumah, memang wajib la bawa ni nursing cover agar penyusuan baby tidak terganggu dan mommy pun rasa selesa menyusukan baby ...

hari tu pergi klinik ibu dan anak di tempat mrs pip ni, so baby Nami nak susu , terus sarung nursing cover ni, dan bagi baby susu .. kemudian beberapa mata memandang mrs pip ... alamak, mrs pip ada buat salah ke apa ni?

then sorang mommy tu tanya "kenapa kasi tapuk (sembunyikan) anak di bawah kain?" ... mrs pip macam krik krik dengan soalan tu .. "eh, bukan kasi tapuk la, baby mau susu bah" , jawab mrs pip ...

kemudian, giliran mrs pip masuk bilik pemeriksaan coz nurse mau check baby n mrs pip ... then sorang nurse pun tanya "ni sarung apa ni?", sambil tunjuk nursing cover mrs pip ... krik krik betul soalan nurse ni , tapi mrs pip kasi explain la juga "ni nursing cover, untuk tutup apabila baby mau menyusu, so ndak la nampak bahagian badan terdedah" ...

lepas tu nurse tu pun "oooooooo, eh ni beli di mana ni?" .... adoi, nurse ni saja buat buat ndak tau atau memang betul betul ndak tau ni ... "ni ada jual di maternity shop, jual online pun banyak ni. harga pun dalam RM15 gitu" ... 

Nursing cover untuk breastfeeding
Nursing cover untuk breastfeeding

nursing cover ni mrs pip beli di laman web mysale, ni keluaran 1st Years , harga RM15.00 ... ni nursing cover time lil' Amin dulu... kualiti kain memang bagus ... boleh ja cari di online shopping website lain, kalau beli di mysale tu, memang menunggu lama baru brg sampai coz kebanyakkan barang di mysale tu shipped dari Australia kalau tak silap ... 

p/s: dulu-dulu mrs pip memang pembeli tegar di mysale T_T

mungkin masih ada lagi yang tak tahu nursing cover ni apa ... ada yang bagi BF baby dorang, main selak macam tu saja ..  kita yang sakit terpandang mereka walaupun antara mommy dan mommy kan, but stillllllll aurat tu kena jaga, jangan bagi free show kat orang ...

dan bukan tu saja, kita yang bagi BF ni, bertanggungjawab juga sedikit sebanyak untuk menjaga penglihatan orang lain ... orang tak tengok kalau kita tak bagi selak dan show off free nak BF kan baby kan ... 

so mommies yang BF tu, take care of someone eyes during your breastfeeding with your baby ok ... don't let people get "free stuff" , nowadays so many pappa/mammarazzi tau ... jadi paling senang, sila pakai nursing cover time BF your baby.



A post shared by Emphi Yap (@mrspip18) on

just a cent of advice.

cheers.

Saturday, 27 October 2018

Review Movie : The Meg

October 27, 2018 6
Review Movie : The Meg
hi there, lama ndak tulis review mengenai movie ... hari ni sedikit rajin menulis mengenai movie review ... pasal movie ni lil' armies suka sangat, balik balik request mau tengok movie ni, so memang banyak kali ulang tayang tengok movie ni di rumah ... 

The Meg
The Meg

The Meg ni dibintangi oleh Jason Statham dan Li Bingbing ... siapa la yang tidak suka Jason Statham tu kan , dan Li Bingbing yang cantik manis, memang gandingan yang menarik bersama barisan pelakon yang lain ... 

cerita yang berkaitan dengan laut, memang anak anak suka, eh mommy pip pun suka ... terus teringin mau dive lagi ... bila lah mau dive lagi ni? ntah still boleh dive ka tidak ni , lesen dive tu buat perhiasan sajalah buat masa ini :((

sebenarnya The Meg ni ialah cerita mengenai misi menyelamat kru eksplorasi bawah laut yang mengalami masalah kerana ada sesuatu yang menghentam kapal eksplorasi mereka sehingga mereka kehilangan contact buat seketika. dan ketika mereka berjaya membuat contact, sekali lagi kapal mereka diserang oleh sesuatu  creature yang sangat besar.

misi menyelamat berjaya dilakukan, namun misi seterusnya ialah mencari creature yang memusnahkan kapal eksplorasi mereka dan akibat itu, salah seorang rakan eksplorasi tidak dapat diselamatkan.

dan ketika misi menyelamat berlaku, terlihat ikan yu yang sangat besar dengan panjang dan mereka mendapat jawapan creature apa yang merosakkan kapal eksplorasi tersebut, dan bermulalah misi untuk mencari ikan yu yang besar yang dikenali sebagai Megalodon.

jalan cerita ni agak simple bagi mrs pip. senang nak follow jalan cerita, dan ada la juga part part suspens, tapi tidaklah sehingga membuatkan adrenaline rush pun. sesuailah untuk tontonan sekeluarga , dan kanak-kanak haruslah dibawah penyeliaan atau penjagaan ibubapa ya ... 

berjayakah mereka mencari Megalodon dan berapa ramai yang terkorban dibaham Megalodon, korang kena tengok movie The Meg ni tau.

wikipedia : The Meg
Facts about Megalodon : Click Here


cheers.

Thursday, 25 October 2018

Kulit terasa lebih remaja dengan LaF Water Bomb Ampoule

October 25, 2018 9
Kulit terasa lebih remaja dengan LaF Water Bomb Ampoule
LaF Water Bomb Ampoule || hi there, ni nak kenalkan kat korang LaF water bomb ampoule yang recently masuk dalam senarai skincare mrs pip .. masalah kulit kurang bermaya dan dehidrasi merupakan masalah utama kulit mrs pip sejak dari dulu... dan kalau tidak di atasi masalah kulit dehidrasi (kulit kering) , ianya boleh menyebabkan kesan penuaan yang lebih cepat ... oh my kulit!

LaF Water Bomb Ampoule
LaF Water Bomb Ampoule  

pemakaian pelembab kulit memang sangat penting bagi mrs pip kerana sejak dari dulu lagi kulit mrs pip memang terasa cepat kering dan kurang bermaya kalau tidak dijaga dengan rapi, dan boleh menyebabkan kulit menjadi kusam, ouch!

LaF Water Bomb Ampoule
LaF Water Bomb Ampoule  

dan baru baru ni, mrs pip mencuba produk LaF, singkatan bagi Lost (problem) and Found (solution) . LaF merupakan produk yang memberi fokus kepada penjagaan pori muka menggunakan tea tree oil, dan juga mempunyai rangkaian produk yang lain.

LaF Water Bomb Ampoule texture
pertama kali mrs pip menggunakan moisturizer dalam bentuk ampoule ... biasanya guna moisturizer dalam bentuk krim atau serum ... ampoule dan serum hampir sama , cuma berbeza sedikit dari segi tekstur kerana ampoule ni seperti water-like texture, lebih cair berbanding serum pada kebiasaannya , dan mempunyai light scented smell ... bau LaF water bomb ampoule ni tak kuat sangat, just nice dengan deria bau mrs pip T_T

LaF Water Bomb Ampoule
LaF Water Bomb Ampoule  

LaF water bomb ampoule didatangkan dalam botol kecil bersaiz 30ml bersama dropper, untuk memudahkan kita senang nak guna .. hanya dua hingga tiga titisan sahaja cukup untuk sapuan di kulit muka mrs pip ...

antara bahan bahan yang terkandung di dalam LaF water bomb ampoule ni ialah:-
  • Sodium Hyaluronate yang membantu penghidrasian kulit kekal sepanjang hari, sekaligus melembabkan kulit 
  • Aloe Vera Leaf Water yang membantu memperbaiki kulit sensitif
  • Betaine membantu melembutkan kulit (purifyng)
  • Allantoin yang menyegarkan kulit (soothing)

Cara penggunaan: 
  • Selepas membersihkan muka, dan meletakkan toner kegemaran korang, ambil dua - tiga titik / titik atau secukupnya LaF Water Bomb Ampoule  dan sapukan di kulit korang, dan sapu sehingga water bomb ampoule menyerap sepenuhnya ke kulit.
LaF Water Bomb Ampoule
LaF Water Bomb Ampoule  

Pendapat selepas menggunakannya: 
  • first time nampak bottle ni, terus suka ... the bottle is handy, senang nak bawa dan mudah nak guna. mrs pip dah lebih dari seminggu guna produk ni, pagi petang guna ... bagi mrs pip, LaF Water Bomb Ampoule  senang untuk menyerap masuk ke dalam kulit, dan pemakaian yang konsisten selama lebih seminggu ni, kulit mrs pip terasa lebih lembut dan kelihatan tidak kering ... I just love my skin now! kulit terasa lebih remaja dengan LaF Water Bomb Ampoule tau ...
  • suka dengan botol kecil LaF ni, siap ada dropper kan , so bila nak guna tu, dua tiga titis sahaja cukup untuk sapuan seluruh muka ...
  • satu lagi yang mrs pip happy sangat dengan produk LaF water bomb ampoule ialah, apabila bab nak make up nak letak foundation ke,  face powder ke, memang senang sangat nak apply, tak bercapuk / cakey ...
kalau korang sejenis macam mrs pip yang sukar berpisah dengan moisturizer kerana nak kulit sentiasa kekal lembap sepanjang hari, lepas tu nak yang senang guna ala-ala on-the-go, memang sesuai korang dapatkan sebotol LaF water bomb ampoule ni ... 





masalah kulit muka kering? lepas tu kulit nampak kusam, tidak bermaya? apa kata korang try LaF Water Bomb Ampoule, yang mampu memberikan kesan dramatik kepada kelembapan kulit katanya 💦 lebih kurang dua minggu guna water bomb ampoule ni, kulit lebih gojes , terus terasa kulit kembali remaja 💙 LaF Water Bomb Ampoule mengandungi 🌻 Sodium Hyaluronate untuk lembapkan kulit 🌻 Aloe Vera Leaf Water untuk memperbaiki kulit sensitif 🌻 Betaine untuk melembutkan kulit 🌻 Allantoin untuk segarkan kulit ⚓ thanks mamasan @hellotammylim for sending this LaF to me, saranghae 🌸😘🌸 #pipreview #beautyproduct #skincare #butterflyprojects #LaF #waterbombampoule #lafmy #sabahanblogger #sabahan #beautyblogger #mommyblogger #lifestyleblogger #parentingblogger #afbdotmy #bloggermy #bloggermalaysia #blogger #malaysianblogger
A post shared by Emphi Yap (@mrspip18) on
iv class="separator" style="clear: both; text-align: justify;"> sekiranya korang berminat untuk beli produk ni, LaF dijual secara eksklusif di rangkaian Guardian dengan harga sekitar RM47++ satu ... selain water bomb ampoule, ada juga whitening ampoule dan anti-wrinkle ampoule ...




sekiranya korang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai produk LaF ni, korang boleh check it out informasi lanjut di laman web LaF atau boleh terus ke Instagram LaF ...

untuk laman web LaF



untuk laman instagram LaF


cheers.

Tuesday, 23 October 2018

Malaysia owned company Cannis App to be listed on NASDAQ in 2021

October 23, 2018 22
Malaysia owned company Cannis App to be listed on NASDAQ in 2021
“The Upcoming Greatest Star in Nasdaq ~ Cannis”

Malaysia owned company Cannis App to be listed on NASDAQ in 2021
Malaysia owned company Cannis App to be listed on NASDAQ in 2021

(Sunday, 21 Oct 2018) Cannis mobile APP accumulated hundred thousand of users in less than two months time, forming a new APP trend, and is bound to become the upcoming greatest star in Nasdaq, United States.

Cannis continuously invests in the most popular industries since early 2018, namely the technologies, films, beauty, preventive medicines, latest technology farming etc.. With the corporation with their strategic partners, Cannis have well extended their markets in many South East Asia countries rapidly, and expected to soon be listing on Nasdaq.

Malaysia owned company Cannis App to be listed on NASDAQ in 2021
Malaysia owned company Cannis App to be listed on NASDAQ in 2021

Chief Executive Officer Dato’ Ching Eu Boon also stated during Cannis’s 3000 pax conference “The Upcoming Greatest Star in Nasdaq” that Cannis’s partnership are not limited to latest technologies, such as the digital technology, huge database, artificial intelligence, but also with filming, preventive medicines and beauty industries.

“We are very much looking forward to the strategic corporation with said industries in winning users’ entrustment and enhancing the users’ end seamless O2O experience.”

App Download and Users’ Spending Set a New History-breaking Record, Cannis is born in  the best era

Malaysia owned company Cannis App to be listed on NASDAQ in 2021
Malaysia owned company Cannis App to be listed on NASDAQ in 2021

The third quarter of year 2018 has been the most profitable season for the App Stores. The comprehensive app download amount in said season on App Store and Google Play has exceeded more than 29 billions, 10% increment as compared to the past. While the globally consumer spending has reached nearly 20 billion US dollars, an increment of 20% in comparison to the same season in the past, both set a new historical record.

Analysing the App categories under increments of downloads,  games, entertainment and video broadcasting App have been the most downloads and are found as the factors. The strong performances of the two latter types of Apps show a general demand of market for creative contents.

Overall, the third quarter of year 2018, App Store and Google Play both had historical higher downloads and consumer spendings. This fully demonstrated the market trend of an App, which continues to rise depending on the popularity of smartphone usage, providing a non-stoppable spendings and considerable development potential.

Cannis focuses on the fastest-growing industries, providing an integration platform, creates a powerful 7-in-1 function.

A perfect Virtual-Reality combined O2O Mode

Cannis App not only incorporates innovative functions every month but also selectively invest huge funds on offline trending industries, hoping to connect offline customers’ overall spending flow with online databases, so as to start building the O2O model, letting the front-end marketing promotions, on- and offline member streaming efficiently, and back-end goods delivery services become smoother.

Malaysia owned company Cannis App to be listed on NASDAQ in 2021
Malaysia owned company Cannis App to be listed on NASDAQ in 2021

In terms of member diversion, Cannis members are applicable for both online and offline discounts, including any purchases at Cannis’s strategic partners’ retail stores. Online points can be used to make discounts, helping consumers to save money. Participating in a series of Cannis-designed competitions also allow members to win grand prizes through sharing.

The Chief Operating Officer of Cannis, Mr. Mohammad Mustaqim Bin Abdullah stressed that the platform will actively carry out comprehensive layout for online and offline services, so that the physical store is no longer restricted by the size or regional restrictions of the space. Through the mode of Cannis e-commerce and preferential shopping, the merchants information can be passed through at the lowest cost to a precise targeted market, therefore maximising the advertising effectiveness.

Cannis Strategic Partners

Malaysia owned company Cannis App to be listed on NASDAQ in 2021
Malaysia owned company Cannis App to be listed on NASDAQ in 2021

Strategic partners present on the day include EMPRO’s Dr. Coco Alex; Producer of Da Motion Production House, Encik Along; Creative Director of (凯优影视控股有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Bhd.’s Mr Chis Yen; Weber PDT Cancer Treatment Health Centre’s Prof. Madaya Dr. Martin E. Roberts; CEO of (名资股份有限公司), Mr. (蔡逸群) and Dr. DNA Mr Jannings Lee.

Malaysia owned company Cannis App to be listed on NASDAQ in 2021
Malaysia owned company Cannis App to be listed on NASDAQ in 2021

The Honorary Consul of the Slovak Republic, Tan Sri Datuk Sri One Tee Keat said that Cannis has a keen sense on trend development. Through big databases analysis, they accurately learn the real needs of consumers. The rich ethnic culture in Malaysia also helps enlarging the business to the world, attracting future strategic partners. Whether in the media marketing or development strategies, their performances have been remarkable.

Cannis is the world’s first integrated app that provides consumers with this wide range of App services, live broadcasting, e-commerce, discount shoppings, social networking, short videos, games and payments, can all be found on Cannis App. Cannis is convinced that having Malaysia’s diverse ethnic groups and culture as the starting point, it is easier to expand Cannis from South East Asia to the rest of the world.

For more information, please visit 
http://cannis.app.

Sunday, 21 October 2018

Buat sticker nama untuk anak-anak

October 21, 2018 16
Buat sticker nama untuk anak-anak
hi there, hari tu la, lil' Iman n lil' Amin gaduh gaduh rebut pensil ... masing masing claim kononnya pensil tu hak milik dorang ... aiyo, pensil pun mau gaduh ... bila hilangkan pensil, tau takut ndak mau ngaku pensil hilang, lepas tu rebut pensil yang sorang lagi .. masalahnya, pensil dorang ni sama ja , so ndak tau pensil yang dorang rebut-rebutkan tu siapa punya sebenarnya ... 

*mommy sakit kepala layan karenah budak dua orang ni*


lepas tu, secara tidak tersengaja, ternampak ada yang share pasal sticker nama ni, lepas tu harga pun affordable ... terus tak perlu fikir panjang panjang, laju laju order ... satu papan ni ada 105 keping sticker kalau tak silap ... eh, ekceli 100 pcs ja, maybe 5pcs tu kena bagi extra la kot , muehehe.

nak order sticker nama cantik cantik macam ni, korang boleh tanya terus di instagram blogger ceritaita tau, mrs pip order dari blogger ceritaita tu la, servis pun laju ... lepas ni , ndak perlu lagi lil' Iman n lil' Amin gaduh gaduh, ni siapa punya, tu siapa punya ... nah! mommy kasi sticker alat tulis n buku kamurang.

sticker nama untuk anak-anak
sticker nama untuk anak-anak

ni kalau gaduh lagi ni, memang siap kamu wahai anak *sambil makan puding perisa kiwi*

boleh DM kat www.instagram.com/ceritaita , mrs pip just info saja tau kot kot korang pun nak juga buat sticker nama macam ni kan ... 

sharing is caring gitew.

cheers.

Saturday, 20 October 2018

Dapat jemputan dari Crunch Nuffnang

October 20, 2018 9
Dapat jemputan dari Crunch Nuffnang
hi there, check email, ada jemputang dar Crunch Nuffnang untuk attend bonding session bersama mereka ... ni jemputan pasal hari tu mrs pip ada hantar artikel kat Crunch ni, dan terpilih untuk disiarkan , so jemputan ni untuk mereka yang pernah bekerjasama dgn Crunch la gitew ... 

tapi mrs pip tak pergi pun ... eh jauh la, kena merentas laut cina selatan semata mata nak attend kan, dan ni mcm party la juga, so party party ni mrs pip mmg big NO ... 


ni bukan 1st time dapat invitation pergi party / event, sebelum ni pun ada juga ... cuma memang semua kat west msia ... tapi apapun, thanks la invite mrs pip ... 

sekarang ni tengah tunggu tema Crunch untuk publish artikel, kalau tema tu sesuai di jiwa mrs pip, so nanti nak hantar artikel lagi ... seronok juga menulis artikel di online mag ni .. lagi lagi kalau tema tu kena dgn jiwa kita ...

nak baca cerita mrs pip yang jadi antara editor's pick >>> secured my 1st job <<<

apapun, all the best Crunch by Nuffnang.

cheers.

Friday, 19 October 2018

Tsunami di Palu, Indonesia : Bala dari Allah SWT kerana Pesta Pemujaan Penjaga Laut?

October 19, 2018 4
Tsunami di Palu, Indonesia : Bala dari Allah SWT kerana Pesta Pemujaan Penjaga Laut?
hi there, ketika mendengar berita tsunami di Palu, mrs pip rasa sedih kerana sudah pasti tsunami mampu meragut banyak nyawa ... dan ketika ada perkongsian video dan gambar betapa dashyatnya kejadian tsunami di Palu, mrs pip memang time tu tidak sampai hati untuk melihat perkongsian tersebut *sedih woo* ...

tapi satu hal yang membuatkan mrs pip tertanya tanya, kenapa tsunami itu sangat dashyat? dan kenapa bencana sebegitu terjadi tanpa sebarang tanda tanda amaran? mungkin amarannya ada, cuma diabaikan oleh penduduk di sana?

sedikit perkongsian yg mrs pip baca di blog JM mengenai tsunami di palu, mungkinkah ini sebabnya kenapa tsunami di palu terjadi? 

sekadar berkongsi untuk ambil iktibar.

Tsunami di Palu , 28 Sept 2018
Tsunami di Palu , 28 Sept 2018
kredit: Google


“Perbuatan membunuh ayam, kambing atau kerbau dengan ditikam menggunakan tombak jelas tindakan tidak berperikemanusiaan dan ingkar dengan arahan Tuhan. Ia jelas satu kezaliman yang perlu dihentikan.
“Perut bumi Palu kini sudah mengamuk apabila Tuhan mula mendatangkan bencana terhadap dosa besar syirik dilakukan. Bertaubatlah segera selagi punya kesempatan,”
- sumber di sini

Apabila Palu dipalu oleh Allah SWT

-Disaat bumi digoncang dan diterbalikkan-

Allah swt jadikan kematian di Palu satu kematian yg amat dahsyat. Mereka sendiri tidak pernah terfikir akan kena bencana sedemikian rupa. Para alim ulama sudah tegur agar Pesta Pemujaan Pantai dihentikan, tapi ianya dibantah oleh pemerintah mereka sendiri.

Acara Pesta Pemujaan Pantai ini dijalankan dengan merodok lembu hidup, kemudian dicampakkan ke dalam laut, sebagai sembahan makanan pada penjaga laut. Pesta ini dihidupkan kembali pada tahun 2016 sbg upacara rasmi dan dimasukkan dalam tourism Indonesia.

Ketika kali pertama mereka menyambutnya, iaitu pada tahun 2016, Allah turunkan hujan lebat sbg teguran, tapi mereka tidak mengambil iktibar.

Pada tahun 2017, Allah jadikan ribut kencang dan petir yg menyambar, tapi mereka tetap kekal meneruskan upacara tersebut.

Pada tahun 2018, Allah tegur mereka dengan gempa. Gempa pertama terjadi pada pukul 2 ptg, diiukuti gempa kedua pada pukul 4 petang, manakala gempa yg ketiga pada pukul 6 ptg, saat berkumandangnya azan maghrib.

Bencana datang pada mereka dalam 3 bentuk.

Keadaan yg pertama, di Kampung Balaroa. Satu kampung yg jauh dari kawasan pantai dimana Allah kisar dan Allah gulungkan tanah tersebut.

Seorang saksi mata memberitahu dia nampak anak dan isterinya dikisar di dalam tanah. Tanah itu menyedut mereka kemudian dicampak ke atas dan tenggelam kembali ke dalam tanah tersebut.

Keadaan yang kedua, Allah hantar tsunami kepada mereka. Jarak kampung dr pantai lebih kurang 1/2 jam - 45 min jika menaiki kenderaan.

Allah gerakkan air tsunami dgn kelajuan 800km/jam, yg sama dengan kelajuan kapal terbang merempuh manusia yg berada di pantai.

Saksi mata memberitahu saya, bila mana berkumandangnya azan maghrib di masjid, hanya 4 org shj yg bersolat di masjid. Selebihnya berada di pantai menunggu upacara rasmi Pesta Pemujaan Pantai.

Bilal itu selamat selepas 2 hari terperangkap dalam timbunan runtuhan masjid. Makanannya hanyalah zikir "La illaha illa anta subha naka inni kun tu minadz'zalimin..."

Masjid di kawasan itu ada 4 buah, semua Allah runtuhkan kecuali menaranya.

Timbunan runtuhan tersebut membentuk bukit yg tinggi. Saya berdiri di atas timbunan tersebut, dan mengetuk di bahagian atasnya. Terdengar suara-suara sayup org meminta tolong, tapi kami tidak mampu berbuat apa-apa.

Keadaan yang ketiga di Kampung Petoba. Jaraknya juga jauh, mengambil masa dlm 45 min perjalanan. Di kampung ini, bila bergegar sahaja, Allah terus sedut semua masuk ke dalam bumi. Tenggelam semua rumah-rumah besar di situ sedalam 7-10 meter. Yang tinggal hanyalah padang jarak padang tekukur. Terdapat lebih 10 ribu jenazah yg tidak disentuh lagi.

Kenapa terjadi begitu?

1- Kerana terlampau percaya pada adat. Adat mengatasi ibadat.

2- Kerana fahaman Islam liberal. Liberal menjadikan semua benda halal. Fahaman ini sangat bahaya, sama yg sedang masuk ke negara kita skg ini.

3- Kerana L-G-B-T. Penyokong persatuan gay di FB mereka Ada dalam 1,400 lebih. Dengan 1,400 lebih shj Allah dah musnahkan mereka begitu.

Di tempat kita, penyokong L-G-B-T di FB ada 32,000 orang. Kita ni tunggu masa je utk Allah musnahkan (Nauzubillah).

Kalau kita berterusan begini, memang akan turun bala dari Allah.

Sekarang ini jajaran Puchong sudah termasuk dalam jajaran gempa. Shah Alam juga begitu. Yang paling kerap berlaku gempa adalah di Bukit Tinggi, 3.2 skala Richter, 2.7 skala Richter...

Satu saya nak sebut, jangan Kita mati dalam keadaan hina. Berdoalah biar Kita mati dalam keadaan kita hijrah kepada Islam, dalam keadaan kita kembali kepada Allah.

Dalam Al Quran Allah dah sebut dengan jelas bagaimana Allah lakukan pada org yg berbuat dosa (rujuk Surah Al Ankabut, ayat 40).

Jangan hina ulama. Ulama adalah pewaris Nabi. Setiap kali kita hina ulama, Allah akan terasa hati.

Allah berfirman :

" Siapa yang buat khianat pada wali-wali Ku, aku isytihar perang pada dia..."

Saya datang pada hari yg ke-4 dan ke-5, bau mayat buat saya pening, hilang selera hingga menyucuk2 hidung. Mayat bergelimpangan tidak terurus. Bantuan dari Jakarta tidak sampai kerana jarak yg jauh.

Orang-orang di kawasan itu menjadi trauma kerana tidak pernah melihat keadaan yg sedemikian. Allah goncang dan balikkan bumi sehingga mereka rasa seperti hari sudah kiamat.

Saya tengok seorang suami yg duduk memegang tiang, menangis teresak2 kerana kehilangan anak2 dan isteri.

Saya tengok seorang kanak2 perempuan yg menangis sehingga bengkak mata kerana kehilangan keluarga.

Allah berfirman "Aku tidak membuat zalim padamu, tapi kamulah yg menzalimi diri sendiri.."

Bila Saidatina Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah saw,

"Apakah kita akan musnah sama disaat mereka melakukan kemungkaran, sedangkan dikalangan kita ada orang soleh..?"

Rasullullah saw menjawab,

"Ya, akan musnah semuanya, Allah matikan semua.."

Lalu Aisyah berkata,

"Bagaimana keadaan mereka itu?"

Jawab Rasulullah saw,

"Mereka tidak menegur amal makruf nahi mungkar, mereka tidak cegah kemungkaran tersebut, lalu mereka dimatikan..."

Allah jadikan Palu sebagai pengajaran kita bersama. Jangan kalian Rasa seronok dan terlalu selesa. Kalau Allah nak buat sesuatu, Allah kata jadi, maka jadilah..

Nota kaki: Kisah ini saya tulis berdasarkan ceramah Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani.

#jmbelog
#whatsappgroup

kredit kisah apabila palu dipalu oleh Allah >>> https://belogsjm.blogspot.com/2018/10/apabila-palu-dipalu-oleh-allah-swt.html <<<

namun, ada baiknya juga kita mengetahui faktor lain yang menyebabkan tsunami ini berlaku ...

jalur gempa teraktif di dunia
jalur gempa teraktif di dunia

mrs pip terbaca satu perkongsian menarik mengenai kedudukan Indonesia yang terletak di jalur gempa teraktif di dunia, kerana berada di atas 3 plat tektonik iaitu Indo-Australia di Selatan, Eurasia di Utara dan Pasifik di Timur, dan lebih 81% gempa bumi yang besar berlaku di sepanjang lingkaran ini.

dan menurut apa yang mrs pip baca, sebanyak 18 tsunami telah menyerang Palu sebelum ini, dan kejadian tsunami terkini merupakan kejadian yang ke 19 sejak tahun 1800, dan menariknya, nama Palu itu sendiri bermaksud "tanah yang terangkat" berasal dari perkataan "Topalu'e" ...

sumber: https://ohbulan.com/beberapa-ustaz-beri-naratif-berat-sebelah-luahan-hati-sukarelawan-gempa-bumi-palu/

apapun yang terjadi di Palu, sama sama kita mendoakan kesejahteraan penduduk Palu, dan sama sama kita mengambil iktibar dengan kejadian yang berlaku, dan semoga kita tidak begitu cepat menyalahkan sesuatu apabila ditimpa bencana, sebaliknya memohon perlindungan daripada Allah SWT, dan semoga kita dijauhkan bencana sebegini.

semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama.

cheers.

Thursday, 18 October 2018

Magic water book murah untuk Iman dan Amin

October 18, 2018 10
Magic water book murah untuk Iman dan Amin
hi there, hari tu mrs pip ada nampak magic water book ni di satu website, tapi harga mcm mahal, so tak jadi beli .. lepas tu bila mrs pip beli OTG smartphone cover with keyboard and mouse tu, seller tu ada jual magic water book ni, dan harga pun affordable.

dan kebetulan pula mrs pip kena cukupkan pembelian bernilai RM35.00 daripada seller tu supaya boleh claim free shipping, jadi terjebak akhirnya beli magic water book ni ... harga untuk satu magic water book ni cuma RM5.95, so belilah dua , satu untuk Iman, satu untuk Amin.

nak tengok OTG smartphone cover with keyboard and mouse yang mrs pip beli, boleh klik >>> DI SINI <<< kot kot korang pun berminat nak beli OTG smartphone cover with keyboard and mouse .. harga murah murah jer tau, dengan beberapa pilihan corak yang menarik ...

 magic water book murah
 magic water book murah

nowadays ni, lil' Iman memang suka sangat lukis dinosaur, ni semua gara gara penangan tengok Jurasic Park Fallen Kingdom tu la ... lepas tu, boleh dikatakan sekarang ni, memang hari hari lil' Iman nak tengok cerita Jurasic Park Fallen Kingdom ni, nasib baik ada CD kan ... bila ternampak yang magic color book ni ada dinosaur , terus pilih yang ni ... 

Magic water book murah
Magic water book murah 

magic color book ni, kalau yang tak tau, so meh sini mrs pip share la mengenai magic color book ni (copy and paste yer) :-

  • water painting, 5 pages, 4 pages for painting
  • can be used repeatedly, claimed non-toxic material
  • before use, soak the tip (pen) for a few minutes, and then easily paint after the pen is softened
  • the brush can be filled with tap water without pigment
  • wipe clean with disposable rag after use, and then close the picture after drying to prevent the album from being damaged
  • the contact with the water will change color, but it should not be soaked in water
  • after painting, you can wait until the picture book is dried before you can close it
  • the brush is not used for a long time, please pour the water clean and save it
  • water changing ink does not contain harmful substances. it has been tested by EN71-3 and is a safe water based silk screen color changing ink. the seal produce an odor that only needs to be placed in a ventilated place, and the odor will disappear.

kalau korang berminat mau beli, boleh terjah link ni (kalau item ni still ada stok ya)


mrs pip just share for info jer.

cheers.

Tuesday, 16 October 2018

Terjebak beli OTG smartphone cover with keyboard and mouse

October 16, 2018 18
Terjebak beli OTG smartphone cover with keyboard and mouse
hi there, kan dah cakap, jangan asyik nak scroll scroll entry blogger lain, nanti apa yang kau nampak kat entry tu, kau mesti terjebak nak beli *facepalm diri sendiri* ... huk huk ! ... eh, dah nama blogger / influencer kan, haruslah dishare kan untuk memberi informasi kepada orang lain, teehee :)) so kali ni, mrs pip terjebak beli OTG smartphone cover with keyboard and mouse.

ni semua gara gara nampak kawan blogger si wendy share gambar di wasap, lepas tu baca pula entry menarik kat blog Fieza Sani tu ler, terus tiap tiap hari asyik teringat OTG smartphone cover with keyboard and mouse, lepas tu tanya diri sendiri nak beli ke tak nak beli ke tak ... Oh Tidak! memang ter-influence sangat dah ni ...

OTG smartphone cover with keyboard and mouse
OTG smartphone cover with keyboard and mouse

mula mula nak beli yang wendy tunjuk tu, tapi red light dari menteri kewangan, bajet limited ;(( so jomlah kita cari yang sesuai dengan bajet ... bila dapat tahu di Shopee ada jual, so hari hari scroll shopee cari yang sesuai dengan jiwa raga dan bajet dalam akaun bank , muehehe.

ada satu seller tu, dia jual banyak juga pilihan menarik, yang ada corak corak ... teringin nak beli kaler biru, tapi cuma ada satu jer kaler biru, tu pun superman ... lepas pilih punya pilih, ok la ambillah yang superman ni .. not bad la juga, siapa jer yang tak suka superman kan? oh my Clark Kent 

*terus teringat my cinta lama mr.Clark Kent, tapi I clash dgn Clark ni pasal dia ni sewel sikit, ada ka patut spender merah dia tu asyik nak pakai kat luar, tak habis habis nak show off kat orang* ...

OTG smartphone cover with keyboard and mouse
OTG smartphone cover with keyboard and mouse

harga yang mrs pip dapat untuk OTG smartphone cover with keyboard and mouse dari seller shopee tu ialah RM26.43 (smartphone cover, mouse dan keyboard) dan FREE POSTAGE ... woha! alaaa free postage tu pasal mrs pip ada free postage voucher dari shopee, tapi kena beli minimum pembelian kat seller ni RM35.00, jadi mrs pip belikan buku warna untuk lil' Iman dan lil' Amin, so total semua RM38.33, jadi tu yang dapat free postage ... kalau tak kena bayar RM7.00 untuk postage. 

kalau yang nak cari OTG smartphone cover with keyboard and mouse di shopee, bolehlah try tengok kedai seller ni (mrs pip just info ja tau, tak dapat komisyen pun, kang nnt tak info ada yang tanya seller mana satu kan, hehe) >>> https://shopee.com.my/shop/77669745/ <<< 

so lepas ni, harap mrs pip lebih rajin meng-update entry di blog, insya allah. Wendy & Fieza yang share benda ni, many thanks kat korang berdua ... mmg dah lama terfikir "kalaulah smartphone ni boleh connect mouse mcm laptop, alangkah baiknya" ... tup tup, mcm korang tau tau saja apa yang bermain di fikiran mrs pip. 

cheers.

Monday, 15 October 2018

Pemenang Bertuah Beauty Giveaway by Mrs Pip

October 15, 2018 16
Pemenang Bertuah Beauty Giveaway by Mrs Pip
hi there, hari Isnin yang nan indah ni, mrs pip nak announce pemenang bertuah beauty giveaway by mrs pip ... pemilihan dibuat menggunakan random.org ... hanya ada seorang pemenang bertuah untuk giveaway mrs pip ni ya, dan buat mereka yang tak menang tu, janganlah kecewa kerana insya allah mrs pip akan buat satu lagi giveaway hujung tahun ni bertemakan NOVEL ... ada ke yang nak join lain kalau mrs pip buat tema novel? 

Pemenang Bertuah Beauty Giveaway by Mrs Pip
Pemenang Bertuah Beauty Giveaway by Mrs Pip

so, NOMBOR BERTUAH yang terpilih di random.org ialah no #36 ... so siapakah yang bertuah ini? mrs pip nak korang check nombor bertuah korang, so kalau ni nombor korang, sila sila sila contact mrs pip untuk pengurusan hadiah T_T

Pemenang Bertuah Beauty Giveaway by Mrs Pip
Pemenang Bertuah Beauty Giveaway by Mrs Pip

Pemenang bertuah yang memegang #36, sila hantar details ke email mrs pip ya.

sila info mrs pip, dan emailkan ke sukasukasurirumah@gmail.com

Name Penuh:
Alamat Lengkap:
No. Phone:

dan hadiah kemenangan, seperti mrs pip dah announce hari tu merupakan beauty products yang mrs pip akan beli di laman web Althea, dan akan dihantar terus ke alamat pemenang ya.

nak check senarai peserta Beauty Giveaway By Mrs Pip, sila klik link >>> DI SINI <<< , dan semua yang join giveaway mrs pip ni, akan dimasukkan ke dalam bloglist sehingga giveaway yang akan datang, insya allah hujung tahun ni.

thanks you ols!

cheers.