hi there, hari ini mrs pip buat kek kukus coklat sukatan cawan paling senang. Ada cerita disebalik pembuatan kek kukus coklat ini sebenarnya. Di sekolah lil' Iman n lil' Amin sekarang ini makin pesat perniagaan cupcakes dan  jajan :(( , jadi mommy sedih bila anak-anak terikut-ikut mau beli segala jajan yang ada.

Nak tak nak, sebagai mommy yang berusaha mengelak nak bagi anak makan segala jenis jajan, dan segala kek kek yang manis manis tahap diabetes, maka mommy usahakah buat kek kukus coklat sukatan cawan yang kurang manis dan senang dibuat demi anak anak mommy tersayang.

Dan kebetulan mrs pip telah lepas tahap pantang 44 hari pada 03.10.2018 , dan tercraving coklat hari tu, so bolehlah layan sedikit untuk melantak kek coklat , tetapi agenda utamanya ialah nak sediakan kek kurang manis untuk anak anak mrs pip ... maka, terhasillah kek coklat kukus coklat paling mudah untuk dibuat :)) woha.

kek kukus coklat sukatan cawan paling senang
kek kukus coklat sukatan cawan paling senang

jom tengok resepi asal yang mrs pip copy paste dari ........ oh tidak! lupa pula siapa punya resepi ... tetapi siapapun yang punya resepi ni, memang thanks a lot share resepi mudah ni ... dan yang bestnya, cuma blender dan kukus saja tau kek ni .. siap!

resepi asal (dan dalam kurungan highlight merah tu mrs pip gubah ikut kesesuaian mrs pip ya)

A / bahan-bahan (untuk di blender selama 5 minit)

1 cawan serbuk koko (ayak) (1/2 cawan yg mrs pip guna)
1 cawan gula pasir (1/4 cawan yg mrs pip guna)
1 cawan susu cair (mrs pip guna susu full cream milk)
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
3 biji telur (Gred B)

B/ bahan-bahan untuk diayak dan kaup balik

1 1/4 cawan tepung gandum (optional boleh guna tepung superfine) (1 cawan sahaja mrs pip guna tepung)
1 sudu kecil serbuk bikarbonat soda
1 sudu kecil baking powder

Cara-caranya

1/ Blender semua bahan-bahan (A) selama 5 minit (mrs pip guna mixer)
2/ Ayak semua bahan-bahan (B) 
3/ Masukkan bahan yang diblender ke dalam tepung tadi dan kaup balik sehingga rata dan sebati
4/ Masukkan ke dalam loyang yang dilapis kertas, atau boleh guna acuan kegemaran korang (mrs pip guna acuan cawan microwaveable saiz kecil)
5/ Panaskan pengukus, dan kukus selama 45 minit menggunakan api sederhana ... 
6/ Nak tahu dah masak belum, cucuk kek dengan lidi dan kalau tidak melekit, kek sudah masak
7/ Resepi ni boleh juga kalau nak bakar dalam oven selain dikukus

Persediaan Ganache (kalau nak rajin nak buat)

1 buku coklat masakan (atau 250gm coklat masakan)
1/2 buku butter (atau 125gm butter)

cairkan coklat dan butter secara double boiling, sejukkan sekejap dan tuang di atas kek.
dan terpulang dengan citarasa sendiri untuk menghias kek tersebut.

siap pun kek coklat kukus ni ...

kek coklat ni kan, bila korang dah siap kukus, sejukkan dulu, then masukkan dlm peti sejuk beberapa jam atau semalaman, then baru makan ... mcm ni baru rasa kek tu lebih enak ... ganache pula, mrs pip buat bila nak makan kek tu .. alaaaa, buat ganache bukan lama mana pun ...

satu ja mau bgtau >>>> rasanya yummy.

kek kukus coklat sukatan cawan paling senang
kek kukus coklat sukatan cawan paling senang
p/s: kalau tak letak ganache pun still sedap dimakan begitu saja

p/s: pasal dah mention tak nak bagi anak anak makan manis manis sangat kan, mrs pip memang adjust level manis tu daripada resepi asal di atas ... gula 1 cawan kan, memang cuma guna 1/4 cawan gula saja dan mrs pip kurangkan sikit serbuk koko tu ... memang kek yang mrs pip buat tu, kurang manis ...

Bagi ibu ibu yang mahu buat kek kurang manis untuk anak-anak, bolehlah cuba resipi kek kukus coklat sukatan cawan paling senang yang seperti mrs pip buat ini. Bolehlah kurangkan sedikit kandungan gula, apapun terpulang kepada selera masing-masing.

cheers.

9 Comments

  1. Budak2 suka cam ni kan.. kalau akak, akak suka sejuk2.. best.

    ReplyDelete
  2. Wahhh..Sedap nih..Boleh try bile cukup bahan nnt... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba nanti, bahan bahan pun senang nak beli di pasaraya.

      Delete
  3. Boleh cuba ni Mrs pip.. Saya pun kurang gemar yang manis2 ni.. Kek coklat mmg feveret.. Klu yg beli, kebanyakan manis2 giler.. Adeh

    ReplyDelete
  4. suka jugak beli kat kantin sekolah kek kukus ni hehehe

    ReplyDelete
  5. Dah lama x buat choc cake kukus ni. Nanti bole try resepi ni.

    Budak2 kan semua yg dijual kat kantin tu nak beli :(

    ReplyDelete
  6. sedapnya. bole try buat ni. tq for sharing

    ReplyDelete
  7. Memang kesukaan sha sekeluarga kek coklat ini.. Baru dua minggu lepas buat.. Masih ada lagi.. Kukus nie kek dia lagi moist..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.