Cara nak shopping kat SGShop



hi there, ada tak sesiapa yang pernah shopping kat SGShop? maybe yang pernah shopping tu dah tahu macam mana nak guna platform shopping kat SGShop kan, tapi maybe ada juga yang belum pernah atau nak guna tapi tak tahu mcm mana cara nak shopping kat SGShop, so mrs pip share kat korang CARA NAK SHOPPING KAT SGSHOP, semoga urusan pembelian korang lebih mudah selepas baca entry mrs pip ni ...

Cara nak shopping kat SGShop

mrs pip tahu SGSHOP ni quite sometimes ago, cuma seingat mrs pip waktu tu SGSHOP berpengkalan di Singapore kalau tak silap. well, once upon a time, mrs pip ialah pembeli tegar TAOBAO.COM, so dalam nak mencari agen taobao tu, mrs pip terjumpa SGSHOP, tapi time tu tak reti nak guna mcm mana, and tak yakin takut menipu ke apa kan ... but now, mrs pip dah celik SGShop selepas menang beberapa credit giveaway dari SGShop, muehehe ....

step 1:

Cara nak shopping kat SGShop

seperti biasa, bila korang nak shopping kat mana mana online website, kena create account dulu. so sama juga kat SGShop, korang create account dulu ... masukkan email, username dan password kemudian register.

bab phone number tu, selepas korang dah register nanti, login dulu kat akaun korang, kemudian baru korang confirm phone number korang. kenapa nak phone number pula? kat SGShop ni, bila korang buat pembelian, semua update akan di-SMS-kan terus ke phone korang T_T

step 2:

Cara nak shopping kat SGShop

dah login, korang boleh nampak akaun korang mcm kat atas tu ... untuk permulaan, akaun korang maybe belum ada duit, yang tu korang kena transfer duit masuk kat SGShop menggunakan internet banking ... dah ada duit, barulah boleh shopping ... tak pun time shopping nanti, baru transfer pun boleh ...

MY POINTS, yang ni korang akan dapat bilamana lepas korang purchase barang, and barang dah sampai, korang klik received parcel lepas tu buat simple review on the spot. dapatlah points, dan points ni boleh tukar ke bentuk ringgit ...

step 3:

Cara nak shopping kat SGShop

dalam SGShop account nanti, korang boleh check sidebar sebelah kiri, ada MEMBER SETTINGS kan, so mrs pip syorkan siapkan yang ini dulu ... yang pertama, sila UPDATE CONTACT NUMBER kerana ni penting untuk SGShop hantar info kat korang selepas korang buat pembelian. lagipun kalau tak UPDATE CONTACT NUMBER (one time update only) ni, pembelian tidak dapat dibuat.

kemudian UPDATE MAILING ADDRESS pula ... sekiranya pekan atau peti surat korang tak tersenarai kat dalam pilihan mailing address ni, korang jgn risau pula ... mcm mrs pip, hari tu daerah Membakut memang tak masuk, peti surat pun tak detect, tapi mrs pip LIVE CHAT dengan SGSHOP, tak lama,maybe dalam seminit dua dah update pekan dan peti surat  masuk dalam senarai pilihan mailing address ...

satu lagi PAYMENT PASSWORD, yang ni pun kena update kerana setiap kali korang buat pembelian, SGSHOP akan request payment password. jadi buat yg ni juga ... sekiranya one day korang lupa password bab yg ini, korang anytime boleh request password yang lain ...

step 4:

Cara nak shopping kat SGShop

dah buat step 3 tadi, jadi bolehlah memulakan shopping anda ... kat SGShop ni, ada item biasa dan item SMARTSHOP. apa bezanya?

untuk item biasa, bila korang nak purchase, korang kena bayar dulu harga barang. dah bayar, kena tunggu barang dihantar ke warehouse, dah sampai warehouse nanti, SGShop akan update berapa lagi korang nak bayar utk kos penghantaran. kat sini, yang merisaukan, barang harga dah cantik, affordable, tapi tup tup kos penghantaran pula mahal ... alamak! mcm mrs pip memang sebaik mungkin akan cari barang yang ada simbol SMARTSHOP.

untuk SMARTSHOP pula, korang boleh nampak simbol warna biru kat atas sebelah kanan gambar mcm kat gambar di atas tu ....

step 5: 

Cara nak shopping kat SGShop


untuk item SMARTSHOP macam ni, once korang dah add to cart nanti, dan rasanya dah nak bayar, nanti korang akan terus dapat harga postage sekali, so at least korang boleh rasa lega coz dah tahu harga postage tu brapa ...

step 6: 

Cara nak shopping kat SGShop

bila korang beli barang, CART korang akan dibagi dua ... satu untuk CART barang biasa, nampak tak kat atas tu ada tulis 'CHINA' , tu lah barang2 yang perlu dihantar ke warehouse, korang kena bayar dulu harga barang, later baru bayar postage ... kalau postage mahal gila2 dari harga barang, korang nak tak proceed buat payment? mcm rugi jer kan ...

untuk barang SMARTSHOP, korang akan dapat harga total semua barang, kemudian korang perlu klik NEXT untuk pilih postage mana satu yang korang nak ....

step 7:

Cara nak shopping kat SGShop

mcm mrs pip beli cardigan + messenger beg hari tu, mrs pip mrs pip pilih shipping ECONOMY AIR, harga perlu bayar RM36 ringgit ... kalau nak murah, SEA SHIPPING ler, tapi hari tu beza cuma RM5, so tak nak lah SEA SHIPPING kan ... kalau guna SEA SHIPPING ni, barang sampai memang lama jugaklah, dalam beberapa minggu ...

step 8:

Cara nak shopping kat SGShop

dah pilih POSTAGE, klik NEXT, akan keluar jumlah harga barang + harga shipping ... kalau korang rasa OK nak proceed payment, so bolehlah klik butang PAY ...

step 9:

Cara nak shopping kat SGShop

nanti akan keluar pilihan mcm kat atas, nak bayar guna cara mana satu ... pilihan masing masing. mcm mrs pip menang credit giveaway, so guna apa yang ada kat dalam account mrs pip tu lah ...

step 10:


Cara nak shopping kat SGShop

dah pilih cara nak bayar, klik NEXT, nanti SGShop akan request PAY PASSWORD yang korang dah setting awal awal tadi kat STEP 3 tu ...

step 11:

Cara nak shopping kat SGShop

bila korang dah bayar, nanti boleh check kat MY ORDER status barang korang ...  even kalau korang tak buat payment, tapi barang dah masuk CART, korang boleh jer check kat MY ORDER, tengok ada pending payment ke tak ...

pendek kata kat MY ORDER ni adalah tempat korang check status barang korang ...

step 12:

Cara nak shopping kat SGShop

let say, korang dah bayar, dan nak tunggu barang sampai ... SGShop akan SMS dan EMAIL korang status barang korang ... dah sampai warehouse , dah keluar warehouse untuk pengeposan ... korang boleh check TRACK PARCEL dan lihat perjalanan barang korang tu ....

step 13:


Cara nak shopping kat SGShop
gambar atas ni menunjukkan barang mrs pip dah sampai kat mana ... nampak tak, shipped pada 25/9 dan sampai Kota Kinabalu pada 27/9 ... kemudian barang tu mrs pip terima ditangan pada 30/9 ... ye lah kan, ambil masa juga nak bawa dari Kota Kinabalu ke Pekan Membakut ni ... 5 hari sahaja dah terima barang .... happy sangat ....

Cara nak shopping kat SGShop

ini adalah antara barang barang yg mrs pip beli kat SGShop menggunakan duit kemenangan credit giveaway hari tu, antaranya beberapa helai tshirt untuk mr.Husband, beberapa helai tshirt+seluar untuk lil' Iman dan lil' Amin, sandal, beg, cardigan, jaket dan lapis meja.

kualiti ok ke tak? so far barang barang yang mrs pip pilih kualiti tidak mengecewakan, jahitan untuk pakaian dan lapis meja memang kemas dan bukan cincai ... beg dan kasut pun kualiti bagus ... 

nak tahu cara untuk beli kasut secara online, risau kasut tak muat atau terlebih besar, mrs pip ada kongsikan kat entry >>> TIPS UNTUK BELI KASUT SECARA ONLINE <<< semoga tips beli kasut tu membantu korang yg nak beli kasut secara online ok ...

hope apa yang mrs pip kongsikan ni membantu korang untuk membeli belah dengan lebih cekap di SGShop ... happy shopping everyone ...

cheers. 


klik banner

kalau korang kaki online shopping mcm mrs pip, korang juga wajib terjah website shopback. Shopback merupakan laman web yang memberikan CASHBACK selepas korang shopping kat website website terkemuka di Malaysia seperti Lazada, Zalora, Hermo, 11th Street, dan banyak lagi .... klik banner untuk register SHOPBACK.

Post a Comment

33 Comments

  1. pernah dengar SGShop ni. Tapi tak pernah beli dari sini lagi. Dok Lazada je. Hihihi. Thank you share step by step, senang pasni kalau nak shopping sini. :)

    ReplyDelete
  2. 1st time dengar SGShop. Memang menarik. Mmg sangat sesuai utk kaki online. Langkah2x pengunaan website utk membeli belah yang akak wat tu mmg terbaik dan dapat memudahkan sesiapa yang mahu membeli belah secara online di SGShop. Terbaik kak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun tau pasal SGShop ni lepas join GA dari blogger dulu.

      Delete
  3. Ya. Jom shopping. Berlambak sudah barang beli di SGshop ni hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada beli juga brg di SGShop ni, kualiti ok jak ... not bad.

      Delete
  4. Mula mula rasa mcm susah je nak shopping kat sgshop..bila dh beli brg kat sgshop senang saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...tak susah mana pun nak shopping kat SGShop ni.

      Delete
  5. Tq mrspip mama X penah lagi shopping kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt try lah shopping, banyak brg harga ok kat sini.

      Delete
  6. Waaaah good info Mrs. Pip..
    Seronok tengok hasil membeli-belah di SGShop.. 😊😉

    ReplyDelete
  7. Mudah je nak shopping di sg shop nie cuma bila tiba bab menanti tu je yang tak lalu.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..tak susah mana pun nak shopping kat SGShop ni.

      Delete
  8. Good info.. blog you ni banyak sgt membantu. Kalau tanya c.servisSGshop pun xmcm nih hahaahhahaha.

    ReplyDelete
  9. Good info.. blog you ni banyak sgt membantu. Kalau tanya c.servisSGshop pun xmcm nih hahaahhahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis ... lepas ni kalau nak shop kat SGShop tu, bolehlah refer cara2 nak shop kat blog mrs pip :))

      Delete
  10. Tq info step by step..cuma nak tanya yang step order dekat sgshop yg kena copy link taobou tu,kalau tak buat mcm tu mcm mna yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi there, saya tak pasti sgt soalan awak, tp so far saya beli brg di sgshop, saya just klik brg yg saya nak, nnt semua akan masuk CART ...

      Delete
  11. helo. .sorry sa xfaham mcm mna nak buat payment. .mcm mna kna transfer duit kat sgshop tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau awak pergi ke STEP 10 dalam entry saya, awak boleh pilih sama ada nak bayar guna kad kredit atau nak bank transfer mcm awak shopping barang kat online shop yg lain ...

      macam dalam kes saya tu , saya ada duit siap2 dalam sgshop tu pasal hari tu saya menang credit giveaway yg sghop anjurkan melalui blogger contest , tu yang dalam akaun saya siap2 ada kredit :)) ...

      jadi, nak shopping kat sgshop, boleh buat online banking transfer mcm beli brg secara online ... hope penjelasan ni membantu :))

      Delete
  12. Hi sis, mcm mana kalau dah tertekan
    "received parcel"tp barang tak sampai lagi?? Barang tu tetap akan sampai jgk ke?? And mcm mana nak track and trace dah?? Huhuhuu.. help me plssss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis, tengok STEP 12 dalam tutorial saya tu, ada button 'Track Parcel', sis tekan button tu untuk check barang sis dah sampai mana ... dan saya tak sure pula kalau brg tak smpai tapi tertekan 'received parcel' , status akan jadi apa, tapi rasanya barang akan dipos seperti biasa kot ...

      Delete
  13. Mr.pip ni asal membakut, dari kg.baean kah?

    ReplyDelete
  14. Membakut...kampung bawan ya....

    ReplyDelete
  15. salam. mcmana nak tahu kos shipping dr warehaouse ke tgn kita? sbb teda lambang smartshop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti barang sudah sampai warehouse, baru dorg akan update tu berapa shipping cost .. part ni yg tricky, kot2 shipping cost mahal sgt, memang rugi la kan bayar ...

      Delete
  16. Salam.. Mrs pip sya ada oder brang tpy brang tu dicancel sbb diorang slah hrga . Dia ckp nak refund.. Mcm mna nk tngok refund tu msok ke x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh check kat MY Balance di akaun korang ...

      Kalau tak dpt juga refund tu try chat dgn SGSHOP..

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.