Resepi ringkas chilled chocolate cheesecake - Cerita Cinta Surirumah

Wednesday, 4 July 2018

Resepi ringkas chilled chocolate cheesecake

Resepi ringkas chilled chocolate cheesecake || hi there, siapa suka makan cheese cake tapi malas nak baking? kalau korang suka makan cheese cake, tapi bab baking tu malas sangat, apa kata buat chilled cheese cake ... tak perlu masuk oven, hanya keraskan sahaja di dalam peti sejuk! senang kan ... jom terjah resepi ringkas chilled chocolate cheesecake ...

dijadikan cerita, mrs pip mmg malas nak buat kek, tapi pasal adik bongsu nak datang rumah siap request nak makan kek keju meleleh katanya, so tak sampai hati la pula mau kecewakan permintaan dia ni ... maka terhasillah chilled chocolate cheesecake di dapur mrs pip ...

Resepi ringkas chilled chocolate cheesecake
Resepi ringkas chilled chocolate cheesecake

resepi asal chilled chocolate cheesecake ni ialah daripada olahan resepi chilled pineapple cheese cake , mrs pip just tukar pineapple tu pergi chocolate ... malaslah nak cari resepi lain online, so guna pakai saja resepi yang ada dalam buku resepi lama mrs pip ni ...

Resepi ringkas chilled chocolate cheesecake
Resepi ringkas chilled chocolate cheesecake

Bahan-bahan Chilled Chocolate Cheesecake :-

(A) Bahan untuk 'Base'

300 gram biskut oreo, dibuang jem/inti oreo tersebut, kisar halus dalam blender
100 gram nestum (optional >>> kalau suka nestum boleh campur, tak suka nestum boleh abaikan saja)
250 gram unsalted butter dicairkan


(B) Bahan untuk kek

500 gram cream cheese (mrs pip guna jenama Tatura, boleh guna jenama lain) 
1 sudu besar jus lemon
250 gram dark chocolate (mrs pip guna coklat masakan biasa, tiada dark chocolate kat mini market sekitar rumah mrs pip ni)
100 gram susu pekat / gula halus
2 sudu besar serbuk gelatin yang telah dicairkan bersama sedikit air (7 - 10 sudu besar air)
bahan hiasan secukupnya (optional >>> mrs pip guna dwi color chocolate chips)

Resepi ringkas chilled chocolate cheesecake
Resepi ringkas chilled chocolate cheesecake

Cara membuatnya :-

1/ untuk base, gaul biskur oreo yang telah dikisar halus bersama serbuk nestum dan unsalted butter yang telah dicairkan ... lapis loyang dengan aluminum foil, dan tekan bahan 'base' tadi dan ratakan di atas loyang ... masukkan loyang tersebut ke dalam freezer untuk mengeraskan bahan 'base' ...

2/ cairkan coklat secara 'double boiling' ... ketepikan

3/ cream cheese dilembutkan pada suhu bilik ... pukul cream cheese di dalam mixer sehingga kembang dan masukkan coklat masakan yang telah dicairkan ...

p/s: mrs pip guna coklat masakan dan coklat ni dah agak manis bagi mrs pip, so mrs pip tak tambah susu manis / gula halus tau ... kalau korang guna dark chocolate, nnt bolehlah tambah susu manis / gula halus tu , masukkan sedikit demi sedikit, korang adjust rasa manis tu ikut kesesuaian korang ... kalau tak cukup manis, boleh tambah extra susu manis / gula halus ok.

4/ tambah gelatin yang telah dicairkan ke dalam campuran (3) tadi dan gaul sebati

5/ keluarkan loyang daripada freezer tadi, dan tuang cairan chocolate cheese ke dalam loyang dan ratakan ... 

6/ tabur hiasan chocolate chips di atas kek , dan bekukan kek selama 3 jam agar kek 'set' sepenuhnya  dan kemudian boleh letak kek tadi ke dalam chiller (bahagian bawah peti sejuk) ... 

7/ voila! kek siap untuk dimakan ... 

untuk menghias kek, ianya terpulang kepada citarasa anda ... sama ada korang nak guna chocolate chips, chocolate rice, atau menggunakan whipping cream dan ceri merah, mahupun menuang cairan ganache ke atas kek  .... 

Resepi ringkas chilled chocolate cheesecake
Resepi ringkas chilled chocolate cheesecake
yang terasa nak mencuba resepi ringkas chilled pineapple cheesecake bolehlah terjah entry terdahulu mrs pip >>> resepi ringkas chilled pineapple cheesecake <<<


selamat mencuba ....

cheers.

10 comments:

  1. Replies
    1. yang suka cheese cake, bolehlah try yg chilled cheesecake pula.

      Delete
  2. Akak rasa mcm baca urban legend - pernah dengar ttg no-bake cheese cake, tapi x berani utk buat sendiri. Mcm mustahil....hihihi, alasan org malas ;) Tapi yg ni mmg nmpk yummy betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius mmg ada no-bake cheesecake ...
      kasi chill ja dalam peti sejuk ...
      boleh try mcm2 perisa , ikut selera ... :))

      Delete
  3. wah...saya suka cheese..tapi nak baked2 kek ni, kat rumah tak ada oven..tgk resipi mrs pip yg tak payah nak guna oven, macam menarik utk cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nah, nnt FS bolehlah buat cheesecake tak perlu oven.
      boleh try letak jak apa2 perisa yg digemari ...

      Delete
  4. Sha suka mango chilled cheese cake. Yummy! Dan x perlu bakar! Hehe. Dan rasanya, semua kek yg style ni sedap gilos. I loike =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mango pun sedap kan...
      pernah try guna strawberry la, pineapple la, chocolate la, mango la ...
      senang ja mau buat ... lagi best, tak perlu bakar2 ...hehe.

      Delete
  5. Sedapnya.. kena rajinkan diri untuk cuba buat sebab tak payah mengoven..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab2 nak mengoven ni, mmg mrs pip selalu malas ...

      Delete