Set tungku besi 2kg dan sarung tungku untuk kemudahan berpantang selepas bersalin

Set tungku besi 2kg dan sarung tungku untuk kemudahan berpantang selepas bersalin || hi there, kandungan mrs pip dah masuk minggu ke 30, cepatnya masa berlalu. dan kalau tiada sebarang masalah, dijangka mrs pip akan bersalin sekitar penghujung bulan ogos nanti. 

persiapan untuk baby dan berpantang mrs pip siapkan awal awal, tak kelam kabut nanti. 

antara barangan yang perlu ada ketika berpantang selepas bersalin ni ialah tungku. tungku pula ada banyak jenis, ada tungku herba, tungku besi lonjong dan tungku besi bulat. 

untuk tungku besi ni pula ada beberapa berat 1.5kg, 2kg dan 3kg yang biasa dijual dipasaran. misi mencari set tungku besi 2kg dan sarung tungku untuk kemudahan berpantang selepas bersalin pada harga berpatutan pun bermula ketika Lazada Riang Ria Raya Sale 1 - 4 Jun hari tu.

Set tungku besi 2kg dan sarung tungku untuk kemudahan berpantang selepas bersalin
Set tungku besi 2kg dan sarung tungku untuk kemudahan berpantang selepas bersalin

sebelum ni mrs pip guna tungku herba, tapi mrs pip tak begitu suka, so kali ni nak try pula tungku besi ni ... 

moreover, tungku besi ni boleh simpan lama kan. banyak jual tungku secara online, tapi tu lah kebanyakkan harga pun macam mahal, lagi lagi kalau sarung tu jenis sarung herba ... 

ada yang jual tungku murah, tapi tanpa sarung, lepas tu delivery charge pun mahal, sama mcm harga tungku ... cari punya cari, ada satu seller di Lazada ni >>> 360 Shoppe <<<  kedai ni jual tungku 2kg sekali dengan sarung tungku tu, 

caj penghantaran baru RM5.00 dikenakan ... harga set tungku pula (seperti gambar di atas) ialah RM79 / set ... 

kira seller ni jual paling murah, lepas tu kebetulan beli time sale, seller ni bagi diskaun RM10.00 untuk setiap pembelian melebihi RM50 kat kedai dia ... so, terus grab ... 

lepas diskaun, set tungku ni baru RM69.00, kira memang double the happiness buat mrs pip dapat set tungku dan sarung tungku harga murah dan dapat extra diskaun RM10  lagi tu.... 

lepas tolak diskaun + caj penghantaran, jumlah semua hanya RM74.00 ... yeah! ... dan seller ni hantar barang laju , memang servis baik ... seminggu kemudian barang sampai ke alamat mrs pip ...

Set tungku besi 2kg dan sarung tungku untuk kemudahan berpantang selepas bersalin
Set tungku besi 2kg dan sarung tungku untuk kemudahan berpantang selepas bersalin

sarung tungku tu nampak saja macam nipis kan ... tapi sebenarnya sarung tungku tu tebal ... 

korang tau kan sarung tangan untuk oven , sarung tungku ni lebih tebal daripada sarung tangan oven tu, lepas tu sarung tungku ni jahitan kemas sangat ... tungku pula berat 2kg, beratlah juga kan ... 

tapi ni berat ideal yang mrs pip rasa sesuai dengan mrs pip ... 

kalau korang nak ringan sinkit, boleh beli tuungku 1.5kg, kalau korang jenis tangan mmg kuat, boleh beli tungku 3kg tu , dah macam sama dengan berat newborn baby pula kan ...

mrs pip tak guna lagi tungku ni, lepas bersalin baru guna ... Jadi ibu ibu mengandung yang nak bertungku, atau sesiapa yang nak bertungku untuk kesihatan, bolehlah cari kat Lazada, banyak pilihan ... 

tapi korang kena rajin compare compare harga coz lain seller lain harga ... 

selain tu, siapa suka beli online di Lazada ni, mrs pip syorkan korang beli menggunakan SHOPBACK, coz korang akan dapat CASHBACK, ada sedikit penjimatan di situ ... yang tak tahu dan tak faham pasal SHOPBACK ni, boleh baca details kat entry mrs pip sebelum ni ...


yang preggy mommies ni, dah siap sedia dengan barangan baby dan set berpantang ? happy parenting ... 

cheers.

Post a Comment

7 Comments

  1. Replies
    1. mrs pip time berpantang lepas bersalin je la rajin nak bertungku ...

      Delete
  2. wahh..tahniah sis..nampaknya kita dekat2 ni nak berpantang..irda bulan 9..skrg irda xbeli apapun lagi..tq for sharinf..baru tahu bende ni ada jual online juga..tq sis for info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Congrats on your pregnancy Irda ... mrs pip ni kalau boleh semua barang nak beli online ... harga online lebih murah dan senang nak compare2 harga ... hehe.

      Delete
  3. beratnya tungku tu, boleh exercise tangan nanti :P

    ReplyDelete
  4. mudahnya skrg kan nk bertungku pun ada mcm2 alternatif... nk dgn x nk je berpantang ni...

    ReplyDelete
  5. Bagusnya dah ada tungku moden macam ini.. memudahkan ibu-ibu dalam pantang..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.