Review Movie : American Sniper (2014) - Cerita Cinta Surirumah

Sunday, 13 May 2018

Review Movie : American Sniper (2014)

hi there, layan movie American Sniper, cerita berdasarkan kehidupan sebenar penembak hendap bernama Chris Kyle. cerita ni ada unsur mendebarkan. well, dah cerita perang perang ni, mestilah ada unsur unsur suspens kan ... American Sniper dibintangi oleh Bradley Cooper dan Sienna Miller. 

Review Movie : American Sniper (2014)
Review Movie : American Sniper (2014)

ceritanya bermula dengan Chris Kyle yang membesar di Texas , dia diajar menembak dan memburu rusa. ketika Chris membesar, dia ingin menjadi seorang rodeo koboi. ketika kembali dari perlawanan rodeo, Chris pulang ke rumah dan mendapati kekasihnya curang dan membuatkan dia memutuskan hubungan dengan kekasihnya.

kebetulan ketika menonton TV, dia melihat pengeboman terhadap kedutaan Amerika (US Embassy Bombings 1998), lalu dia bercadang untuk menyertai tentera dan tersenarai dalam latihan menyertai pasukan SEALS dan lulus latihan sebagai penembak hendap.

Chris Kyle bertemu dan bercinta dengan wanita bernama Taya, dan akhirnya mereka berkahwin. Chris dihantar ke Iraq selepas kejadian pengeboman 9/11, dan musuh pertama yang dibunuhnya adalah seorang kanak kanak dan seorang gadis yang menyerang US Marines dengan niat untuk meletupkan RKG-3 anti tank grenade. Chris berasa sangat kecewa dengan kejadian tersebut namun sudah menjadi tugasnya untuk menyelamatkan ahli pasukannya.

Bradley Cooper as Chris Kyle in American Sniper
Bradley Cooper as Chris Kyle in American Sniper

kecekapan Chris sebagai penembak hendap tidak dpt disangkal oleh rakan rakan setugasnya, dan kemudia dia ditugaskan untuk memburu ketua al-Qaeda bernama al-Zarqawi. pemburuannya membawa Chris kepada orang kanan al-Zarqawi yg dikenali sebagai The Butcher. malangnya The Butcher berjaya membunuh orang yang memberi informasi kepada Chris, dan berlaku serangan, dan siri tembak menembak. Chris diserang oleh penembak hendap al-Qaeda bernama Mustafa, dan Chris gagal menyelamatkan informannya ...

Chris kembali ke rumahnya dan terasa terganggu dengan misinya sebelum ini. Taya mendapati Chris semakin 'menjauh' daripada keluarga dan berharap Chris boleh memberikan perhatian kepada keluarga dan anak mereka yg baru lahir.

dalam misi seterusnya, Chris berjaya membunuh The Butcher, namun sahabatnya mengalami kecederaan semasa misi tersebut dan ketika mereka meneruskan misi seterusnya, seorang lagi sahabatnya mati ditembak oleh Mustafa. Chris semakin terganggu dengan apa yang berlaku di Iraq dan kehilangan sahabat2nya membuatkan Chris nekad untuk mencari Mustafa.

Chris sekali lagi dihantar ke Iraq selepas habis bercuti, dan misi seterusnya ialah untuk membunuh Mustafa yang telah menyerang hendap jurutera tempur angkatan darat. Chris akhirnya berjaya menemui tempat persembunyian Mustafa, namun jarak untuk menembak hendap Mustafa terlalu jauh iaitu sejauh 1,920M, dan membunuh Mustafa ketika itu akan membuatkan kedudukan pasukan mereka dikesan musuh dan kebetulan pasukan Chris mengalami kekurangan bekalan peluru.

Sammy Sheikh as Mustafa in American Sniper
Sammy Sheikh as Mustafa in American Sniper

namun Chris tidak ingin melepaskan peluang untuk membunuh Mustafa memandangkan hanya itu peluang terbaik yang dia ada, dan dari jarak yg sangat jauh 1,920M, hanya dengan sekali tembakan, Chris berjaya membunuh Mustafa, dan berlaku insiden tembak menembak dengan tentera musuh. dalam keadaan mereka yang kekurangan peluru dan diserbu tentera musuh, ribut pasir berlaku dan menyelamatkan mereka.

Chris kembali ke keluarganya selepas tamat misi di Iraq dan Taya mendapati Chris terganggu dengan misi yang dijalankannya di Iraq lalu Taya mendapatkan bantuan psikiatri untuk Chris, dan sedikit demi sedikit, Chris pulih seperti sediakala dan mereka berpindah untuk memulakan kehidupan yang lebih baik.

cerita ni bagi mrs pip menarik jalan ceritanya. tapi mrs pip tak sangka ending yang sangat sedih. cerita ni based on true story, jadi bila kita tau ending sedih tu, mmg terasa di hati ... kalau setakat lakonan, kita boleh cakap "alaaaa lakonan saja pun" ...

The real late Chris Kyle, known as a 'Legend' among his colleagues and their true hero
The real late Chris Kyle, known as a 'Legend' among his colleagues and their true hero

pada tarikh 2hb Febuari 2013, ketika Chris dan rakannya meluangkan masa di shooting range dalam usaha membantu seorang veteran perang yang mengalami Post Trauma Syndrome Disease, Chris ditembak tanpa niat oleh veteran perang tersebut yang menyebabkan Chris maut ditempat kejadian ....

dan American Sniper merupakan adaptasi buku yang sempat ditulis sendiri oleh Chris Kyle menceritakan pengalamannya ketika misi di Iraq.

thanks for reading & happy watching.

cheers.

1 comment:

  1. best cerita dia tapi selalunya banyak propaganda...anyway enjoyyy

    ReplyDelete