Review movie BAD GENIUS

hi there, lama tak buat review movie ... hari ni baru ada kesempatan nak review movie box office tahun lepas, tak lain tak bukan BAD GENIUS ! ... org lain dah lama buat review, mrs pip baru sempat nak review movie BAD GENIUS ni ... korang dah tengok tak movie thriller ni? so apa pendapat korang review movie BAD GENIUS ni ? Ok tak, atau tak ok? ....

Review movie BAD GENIUS
Review movie BAD GENIUS

mrs pip layan movie ni di youtube, nasib baik ada english subtitle ... movie ni sebenarnya dibuat berinspirasikan true events, bilamana pelajar yg menduduki peperiksaan SAT, berusaha pelbagai cara untuk meniru utk lulus ujian tersebut.

siapa study dulu pernah meniru? angkat tangan tinggi tinggi , ok kita geng! I is mengaku ... haha, kalau I is genius, tak perlu lah nak meniru, tapi nak buat mcm mana, kita tak genius mana, nak survived masa tu, so menirulah ... tp lecturer mrs pip cakap, kalau nak meniru, kena meniru penuh bijaksana, jangan sampai kena tangkap ... wah, gitew pula my lecturer punya style ...

so, dalam BAD GENIUS ni, watak utama ialah Lynn, pelajar bijak yang berjaya masuk ke sekolah berprestij dengan biasiswa penuh. di sekolah tu dia bersahabat baik dengan Grace, pelajar yang baik cuma mempunyai masalah akedemik. so time exam maths tu, Lynn perasan soalan yang dikeluarkan ialah soalan bocor kelas tuisyen Grace, tp malangnya, Grace ni tak mampu nak jawab soalan maths tu. pasal Lynn ni sayang kat Grace, so Lynn bagi jawapan dia kat Grace dengan menulis jawapan di atas pemadam dan pass bagi Grace ... huh, ingat part ni teringat dulu time high school, benda  ni pernah berlaku dalam kelas kitorang ... eh meniru kan, banyak sangat carannya, muehehe ...

lepas tu, si Grace ni pigi bagitau si Pat, boyfriend kaya raya si Grace ni yang Lynn ni genius siap bagi tiru jawapan ... si Pat ni pun bab belajar bukan pun bijak mana, tapi dia ada sejenis otak yang pintar bab menjana duit. so si Pat ni bgtau Lynn, dia sanggup bayar Lynn sejumlah wang yg banyak kalau Lynn ni bagi dia tiru jawapan, bukan tu saja, si Pat ni bgtau bukan dia sorang saja nak meniru, tapi ada ramai lg , so mereka yang join the club nak meniru ni akan bayar si Lynn .... jeng jeng jeng .... bila fikiran dicemarkan dengan kuasa wang ringgit ... kau rasa? kau bijak, kau hidup susah dan kau nak senang , so why not?

maka bermulalah idea si Lynn ni mcm mana nak cari kod untuk meniru ... si Lynn cipta meniru secara sistem jari jemari berdasarkan kod kod piano A B C D ... ni utk soalan objektif la kan  ... lepas tu tahun berikutnya, masuk pula seorang pelajar pintar lurus bendul , nama dia Bank ... si Bank ni takkan bagi orang meniru dia .. dan si Bank ni jugalah yang pigi report kat Pengetua yg salah sorang kawan dorang meniru kertas si Lynn, padahal si Lynn dibayar untuk bagi tiru kan .. tapi si Bank ni mmg tak tau ada skim meniru berbayar kat dalam kelas dorang tu ... dan aktiviti Lynn bagi tiru kat kawan dorang sorang tu terbongkar ...

Review movie BAD GENIUS
Review movie BAD GENIUS

si Bank ni hidup miskin, mak dia ambil upah cuci pakaian ... so mmg cita cita si Bank nak lanjutkan pelajaran so that dia boleh ubah hidup dia dan mak dia. dijadikan cerita, di sekolah dorang ni ada tawaran utk sambung pelajaran dgn biasiswa penuh, cuma hanya seorang sahaja yang boleh dpt biasiswa tu ... since si Lynn ni tertangkap pasal bagi tiru kat sorang kawan, so sekolah dorang gugurkan nama si Lynn menduduki peperiksaan untuk rebut biasiswa utk sambung pelajaran kat luar negara, so hanya Bank sorang saja yang tercalon ....

satu malam tu, si Grace ni attend dinner dgn mak bapa si Pat ni, dan parents si Pat ni nak si Grace sambung belajar ke Boston dengan si Pat. tapi sebelum boleh register kat universiti tu, Pat dan Grace kena ambil ujian STIC, ujian ni nnt akan menentukan samada dorang layak atau tak masuk universiti kat USA tu ... jadi si Grace pujuk si Lynn untuk ambil ujian ni bersama mereka untuk meniru ler, dan si Pat akan bayar lebih banyak berbanding dulu kepada si Lynn ...

mula mula si Lynn ni tak setuju coz ujian STIC ni quite strict untuk meniru ... tapi end up si Lynn ni jumpa cara untuk meniru ... memang kepala bijak budak budak ni ... tapi si Lynn perlukan bantuan si Bank coz dia tak mampu nak hafal semua jawapan so Lynn nak jawapan tu kena bagi dua ... separuh dia hafal separuh lagi Bank hafal.

si Bank ni kan, sehari sebelum ujian dia nak duduk untk dapatkan biasiswa belajar luar negara tu, waktu dia nak buat laundry deliver, ada samseng jalanan pigi tumbuk si Bank dan buang dia kat tapak pelupusan sampah, so end up esok paginya mmg si Bank tak dpt nak duduk untuk exam nak dapatkan biasiswa yg dia idam idamkan tu ...

dan si Lynn ni pergi pujuk si Bank untuk join idea gila dia nak duduk ujian STIC tu dan bagi jawapan kat Grace dan Pat, dan dorang akan dibayar dengan bayaran yang tinggi. tapi nak duduk ujian STIC tu, dorang kena pergi Australia, ambil exam di sana, dan transfer jawapan kat Grace dan Pat ... ujian STIC ni dijalankan serentak seluruh negara tau pada waktu yang sama di negara masing masing. well, ujian STIC dijalankan pada jam 8 pagi di Australia, so kat Thailand pun akan buat jam 8 pagi juga, tapi ada delay masa kan since jam 8 pagi kat Australia tu tak sama dengan jam 8 pagi kat Thailand ... ada few hours different kan ...

Review movie BAD GENIUS
Review movie BAD GENIUS

dipendekkan cerita, mereka berjaya transfer jawapan kat Grace dan Pat, malangnya Bank tertangkap dan Lynn terlepas tapi, Lynn mendapat sau pengajaran dari pengalaman dia menipu bagi jawapan ni, dan akhirnya Lynn sedar apa yang dia buat tu salah ... manakala Bank pula, korang rasa macam mana?

memang thrill tengok cara mereka meniru, mmg ada gaya dan strategi ... dan si Pat dan Grace pun hebat, boleh jadi pakar kewangan ... pandai dorang berurusniaga ... memang mrs pip yg rasa nervous tengok dorang meniru ... walaupun sekadar filem, tp tak mustahil benda mcm ni benar benar berlaku kan ...

dulu time mrs pip kat Uni, ada kawan kitorang mmg kena tangkap meniru tau ... so end up, subjek yg dia tiru tu kena bagi gred GAGAL, dan tak silap kena gantung semester ... dan lepas tu tak pernah jumpa dia lagi kat Uni ... so ada berani nak meniru?

mrs pip meniru juga, tapi bukan tiru kertas kawan. ada satu subjek tu banyak sangat formula, so selalu confuse nak guna formula mana coz formula mcm dekat dekat sama... lepas tu step by step utk dpt jawapan penuh dua tiga muka surat ... so mrs pip create kod step by step dan tulis di sebalik kalkulator saintifik ... I cheat tak kalau mcm tu? but yes, I need to survived. I tell you, mmg banyak cara student Uni nak meniru, yang lebih dare dari cara mrs pip pun ada, bawa nota bulat bulat, pakai extra jaket dan letak nota / toyol dalam jaket, tulis nota kat pensil, tulis nota kat baju dan seluar dan sebagainya ...

bila tengok movie BAD GENIUS ni, mmg teringat time jadi student la dulu ... lagi lagi bila exam subjek susah tahap dewa langit ke tujuh, mmg tak cukup tidur, tak cukup rehat, nervous, dan end up ada yg kena repeat paper ...

hope you ols enjoy tengok movie ni ...

have a nice day.

p/s: photos from Google

cheers.

Post a Comment

10 Comments

  1. enjoy sebenarnya cerita ini.. ada pengajarannya juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ada pengajaran. eeei seriau la takut tertangkap dorg meniru ...

      Delete
  2. suka dengan cara garapan cerita ni. and idea dia sangat menarik! tabik untuk semua barisan penerbitan dan pelakon diorang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, pandai dorg buat filem ... bilalah filem Malaysia ni nak fokus benda benda yg lebih realistik mcm ni ...?

      Delete
  3. Dah tengok cite ni. Memang best. Part kat Australia tu paling saspen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, part kat Australia saspen gila gila ..

      Delete
  4. da tengok cerita ni, memang berdebar habis, tapi serius kesian dekat si bank walaupun dia lurus bendul. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kesian kat si Bank tu, tp ending dia si Bank tu pula yg tamak haloba nak duit ... tp still lakonan dorg mmg awesome.

      Delete
  5. tak sempat nak tgk movie ni lagi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masa nnt, boleh layan movie ni ...

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.