March 2018 - Cerita Cinta Surirumah

Saturday, 31 March 2018

Review KBS Drama Special : Came To Me and Became A Star

March 31, 2018 3
Review KBS Drama Special : Came To Me and Became A Star
hi there, tengok cerita KBS Drama Special di youtube bertajuk Came To Me and Became A Star yang dibintangi oleh Kim Ji Suk (sebagai Gang Seok) dan Jung So Min (sebagai Ha Jin)... mrs pip suka lakonan Jung So Min dalam drama Playful Kiss , manakala 1st time tengok Kim Ji Suk dalam drama Personal Taste yg dilakonkan bersama Lee Min Ho ... eiii, dalam Personal Taste tu memang menyampah betul tengok si Ji Suk tu ...

Review KBS Drama Special : Came To Me and Became A Star
Review KBS Drama Special : Came To Me and Became A Star

drama Came To Me and Became A Star ni merupakan drama yang menunjukkan bagaimana  Gang Seok dan Ha Jin struggle untuk survive dalam kehidupan mereka sehari-harian ... Gang Seok yang bekerja sebagai seorang guru terpaksa bekerja keras untuk menampung kehidupan dia seharian disamping harus membayar yuran perubatan ibunya yang terlantar sakit di hospital.

manakala Ha Jin pula yang bekerja di syarikat yang mengeluarkan alatan permainan, terpaksa berdepan dengan masalah lewat menadapat gaji bulanan dan tertunggak beberapa bulan akibat masalah kewangan syarikat di tempat dia bekerja ... Ha Jin akhirnya terpaksa berpindah dari rumah sewanya dan menyewa bilik hostel (gosiwon / gositel) , di mana Gang Seok juga menginap di hostel yang sama. 

Review KBS Drama Special : Came To Me and Became A Star
Jung So Min sebagai Ha Jin
Review KBS Drama Special : Came To Me and Became A Star

mereka bertemu buat pertama kali ketika menghadiri majlis mencari jodoh, dan di majlis tersebut mereka secara rawak menjadi pasangan paling secocok, dan sekiranya mereka memilih untuk menjadi 'couple' mereka ditawarkan hadiah menarik, namun Ha Jin tidak percaya dengan cinta yang dijodohkan sebegitu dan menolak tawaran hadiah menarik tersebut.

pertemuan tersebut membawa Gang Seok dan Ha Jin menjadi kawan dan tanpa sedar mereka saling jatuh cinta. Ha Jin tidak pernah menyatakan tempat tinggalnya yang sebenar, dan setiap kali Gang Seok menghantar Ha Jin pulang, Ha Jin meminta Gang Seok menurunkannya di depan bangunan rumah sewa lamanya ....

Review KBS Drama Special : Came To Me and Became A Star
Kim Ji Suk sebagai Gang Srok
Review KBS Drama Special : Came To Me and Became A Star

sehinggalah satu hari, Gang Seok terlihat Ha Jin yang sudah dihantarnya pulang sebelum itu, menaiki bas dan turun di kawasan hostel tempat Gang Seok tinggal. dan akhirnya rahsia Ha Jin diketahui Gang Seok. Ha Jin berterus terang dengan Gang Seok keadaannya yang sebenar. akhirnya, Gang Seok dan Ha Jin berterus terang mengenai masalah kehidupan dan kewangan yang mereka hadapi. bagi Ha Jin, cinta bila dikongsi bersama akan menambah bahagia, namun masalah kewangan tidak boleh dikongsi bersama, kerana ia hanya menambahkan beban pada pasangan tersebut.

mampukah Ha jin dan Gang Seok dapat mengatasi krisis kewangan kehidupan dorang dan hidup bersama akhirnya? well, nak tahu kenalah layan drama ni ... drama ni ada suka ada duka, tapi satu perkara yang mrs pip belajar dalam drama ni ialah tak kisah betapa susahnya untuk struggle dan atasi masalah kehidupan disebabkan krisis kewangan, hidup jangan pernah berputus asa .... 

biarlah hidup sedikit susah, biarlah hidup kurang berharta, asalkan jangan pernah berputus asa dan sentiasa berusaha ... 

happy watching everyone.

cheers.

Thursday, 29 March 2018

Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK

March 29, 2018 4
Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK
hi there, entry kali ni mrs pip nak share mengenai laman web SHOPBACK ... rasanya kalau yang selalu shopping online secara tegar ni kan, mesti dah tahu dan kenal sangat dengan laman web SHOPBACK ni kan ... ataupun korang selalu shopping secara online tapi tak tahu apa tu laman web SHOPBACK, atau tak pernah dengar langsung pasal laman web SHOPBACK ni ... entry kali ni, mrs pip nak info kat korang semua kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK ... kalau yang kaki shopping online, korang wajib tahu apa  kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK ok ....

Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK
Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK 

apa itu SHOPBACK?

SHOPBACK merupakan 'pintu keluar' untuk korang shopping di laman web shopping online yang tersenarai di SHOPBACK, dan setiap kali korang shopping menggunakan SHOPBACK, korang akan dapat sedikit wang pulangan yang dikenali sebagai CASHBACK.

ada lebih 500 laman web online shop yang berada di dalam SHOPBACK ni, dan antara laman web terkenal yang ada di SHOPBACK ialah LAZADA, Taobao, Hermo, Fave, 11th Street, Booking.Com, Expedia, Zalora, AliExpress, Agoda, Althea, EasyDeal, Walmart, Traveloka, dan banyak lagi ....

contohnya macam mrs pip yang selalu shopping di Lazada, so mrs pip akan guna Shopback sebagai 'pintu keluar' untuk ke Lazada ... so, bila mrs pip siap shopping di Lazada, nanti Shopback akan email mrs pip nilai Cashback yang mrs pip dapat selepas shopping di Lazada ....

SHOPBACK ----- LAZADA ----- Shopping di Lazada ----- Selesai bayar di Lazada ----- Get Cashback dari SHOPBACK (akan diupdate di email / boleh check akaun SHOPBACK korang)

Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK
Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK 

mrs pip agak terlewat sedikit mengetahui mengenai kewujudan SHOPBACK ni ... baru last year tau pasal SHOPBACK ni, padahal mrs pip dah jadi online shopping tegar since sekitar tahun 2013 ... huhu! .... tapi tu bukan penghalang untuk mrs pip tak nak guna SHOPBACK ni tau ...

tengok gambar kat atas, itu ialah nilai wang yang terkumpul sehingga hari ni sejak mrs pip menggunakan SHOPBACK sekitar Oktober 2017 ....

Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK
Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK 

yang gambar kat atas ni pula ialah sebahagian screenshot wang yang telah berjaya dimasukkan ke akaun SHOPBACK mrs pip, dan ini yang dipanggil atau dikenali sebagai CASHBACK ....

di bahagian status, korang akan nampak status CONFIRMED, REJECTED dan PENDING ... untuk status CONFIRMED, bermaksud nilai CASHBACK berjaya dimasukkan ke akaun SHOPBACK korang .... 

dan kenapa pula ada status REJECTED? ok, untuk pengetahuan semua, setiap kali korang buat pembelian contohnya di LAZADA (melalui SHOPBACK), selepas beberapa tempoh waktu, pembelian yang korang buat tu tiada stok dan Lazada pulangkan semula duit korang, jadi SHOPBACK juga tidak akan memberikan sebarang CASHBACK untuk setiap transaksi yang sebegini ...  

Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK
Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK 

dan untuk status PENDING pula, setiap kali korang shopping di laman web yang tersenarai di SHOPBACK, korang akan dapat CASHBACK kan, tapi untuk pengetahuan semua, SHOPBACK akan memasukkan nilai CASHBACK ke akaun SHOPBACK korang selepas 90 hari (kalau tak silap) dari tarikh pembelian .... ini untuk memastikan pembelian yang dibuat tu berjaya atau tidak. kalau tak berjaya, nilai CASHBACK akan dapat status REJECTED, kalau berjaya, nilai CASHBACK akan dapat status CONFIRMED.

Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK
Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK 

so, macam mana nak guna SHOPBACK ni?

senang saja nak guna SHOPBACK ni ... korang boleh SIGN UP di laman web SHOPBACK , kemudian korang boleh browse online shopping kegemaran korang dan buat pembelian seperti biasa. lepas tu, tunggu update dari SHOPBACK di email korang mengenai CASHBACK yang korang akan dapat, tak pun boleh terus tengok kat akaun SHOPBACK korang sendiri .... cukup nilai CASHBACK minimum RM10.00 dengan status CONFIRMED , korang boleh withdraw CASHBACK tersebut masuk ke akaun bank korang .....

Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK
Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK 

dan selain CASHBACK yang korang dapat, apa lagi kelebihan SHOPBACK ni?

well, selain dapat extra duit melalui CASHBACK kan, korang pun boleh try tengok diskaun deals / voucher code yang disediakan oleh sesetengah laman web online shop kegemaran korang ... macam contoh kat atas tu, korang nak shopping kat LAZADA, boleh try tengok ada 158 coupons & deals yang disediakan, kot kot ada yang sesuai untuk korang gunakan ....


Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK
Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK 

kalau korang jenis guna pre-paid sim card, dan selalu nak top up nilai kredit sim card korang, kat SHOPBACK ni pun boleh buat mobile reloads .... hari tu mak mertua mrs pip minta tolong kat mrs pip untuk top up sim card dia , so mrs pip guna SHOPBACK ler ... tup tup dapat la CASHBACK sebanyak RM0.96 ... memang tak banyak mana pun kan, tapi siapa nak bagi penjimatan sebegini ... sikit sikit, kumpul kumpul, nanti lama lama jadi banyak la kan ....

info lain yang korang perlu ambl tahu mengenai SHOPBACK ...
v
v
v

satu lagi, contohnya korang nak shopping di ALTHEA kan (atau mana mana online shop seperti LAZADA misalnya), pastikan CART korang kat ALTHEA tu kosong, kemudian korang pergi ke SHOPBACK, klik laman web ALTHEA, dan SHOPBACK akan bawa korang ke laman web ALTHEA. korang masuk / login akaun ALTHEA korang, dan bolehlah shopping seperti biasa ... 

Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK
Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK 

sekarang ni mrs pip tengah preggy, so memang sedang survey survey barangan bayi .... teruja nak beli barangan bayi tau! dah lama tak shopping barang bayi ... kat SHOPBACK ni mrs pip boleh dapat info terkini mengenai special deals for moms & babies ... seronok bila tahu laman web mana yang bagi great deals, great discounts ... pilihan di tangan masing-masing ... and seriously, mrs pip dah ushar ushar laman web MOTHERHOOD tu tau, ada few items mrs pip nak grab kat MOTHERHOOD coz ada diskaun ... siapa yang tak suka diskaun? dah lah ada diskaun, nnt dapat pula CASHBACK, extra penjimatan kan ....

Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK
Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK 

jadi, mcm mana nak buat withdrawals ni? bab ni la yang paling penting ramai yang nak tahu kan .... senang saja, korang cuma klik pada nilai CASHBACK yang ada kat atas akaun korang tu, kemudian klik WITHDRAW MONEY ... pilihlah Bank Transfer dan Add a Bank .... isi details korang dan masukkan jumlah wang yang korang nak withdraw ... lepas tu tekan butang withdraw ... 

dan satu lagi yang menariknya mengenai SHOPBACK ni, CASHBACK yang korang dapat tu ialah LIFETIME EARNINGS , so tiada had masa bila korang nak withdraw duit tu ... bila bila pun boleh, tapi janji minimum withdraw ialah RM10.00 .... 

mrs pip tak withdraw lagi coz nak tunggu CASHBACK cukup RM50.00 ... hehe, lepas tu baru withdrawal ... at the moment biarlah CASHBACK tu tersadai kat SHOPBACK, nanti dah cukup RM50.00, dan dapat duit CASHBACK tu, mrs pip nak buat giveaway .... yeay.

jadi, korang yang nak buat pembelian online kat laman web kegemaran korang, bolehlah shopping melalui SHOPBACK, dapat sedikit pulangan duit kan ... siapa nak bagi CASHBACK kan ... sikit sikit lama lama banyaklah CASHBACK korang tu ... dan kalau yang selalu reload handphone tu, jangan lupa guna SHOPBACK juga tau ...

Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK
Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK 

yang nak register, boleh klik gambar kat atas 

thanks for reading, hope web review mengenai SHOPBACK ni membantu kefahaman korang mengenai laman web SHOPBACK dan menjadikan kita semua yang selalu shopping online ni seorang yang smart online shopper!

p/s: kalau korang ada pertanyaan nak tahu lebih lanjut mengenai SHOPBACK ni, bolehlah komen kat kotak komen tu, dan insya allah mana mana yg mrs pip tahu, mrs pip akan share info kat korang ...

have a nice day.

cheers.

Wednesday, 28 March 2018

Road Trip: My Nurul Homestay , pengalaman menginap homestay ala kampung

March 28, 2018 4
Road Trip: My Nurul Homestay , pengalaman menginap homestay ala kampung
hi there, mrs pip berkesempatan meluangkan masa membawa lil' armies bercuti ketika cuti sekolah yang lalu, dan ianya percutian road trip jarak dekat yang terletak tidak jauh dari tempat mrs pip menetap. ini ialah kali pertama mrs pip menjejakkan kaki dan selama ini mrs pip tidak tahu pun ada tempat percutian menarik sebegini, dan hanya tahu kewujudan tempat ni setelah dihebahkan oleh rakan blogger ...

My Nurul Homestay yang terletak di Ponohuan, Papar ni bukanlah satu destinasi percutian mewah, ianya percutian homestay dalam kebun ala kampung atau mungkin mrs pip lebih suka guna cuti-cuti 'back to nature' ...

homestay ini terletak agak jauh dari jalan besar, terletak agak terpencil sedikit, namun mempunyai tarikan tersendiri kerana homestay ini terletak betul betul di dalam kawasan kebun buah dan dipinggir sungai yang jernih ... dapat menjejakkan kaki ke sini bersama keluarga, mrs pip rasa sangat gembira. ianya sangat mendamaikan perasaan dengan dikelilingi pokok pokok buah yang besar, kawasan yang bersih, aliran sungai yang jernih memanggil manggil untuk berenang ... everything is just so green and I feel close with the nature ....


jarak My Nurul Homestay yang terletak di Ponohuan, Papar ni adalah lebih kurang (mengikut waze) 9.1KM daripada jalan utama Papar Lama ... untuk sesiapa yang mahu ke sini, kamu boleh baca panduan jalan di entry mrs pip sebelum ini bagi memudahkan sesiapa yang mahu ke sini ...

 >>> Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar <<<


gambar di atas adalah entrance utama untuk ke My Nurul Homestay .... kamu yang ingin ke sini, sila jangan salah masuk entrance ya, kerana My Nurul Homestay ni berjiran dengan homestay yang lain ... dan jangan pula rasa takut untuk masuk ke My Nurul Homestay ni bila kamu lihat kawasan persekitarannya seperti tanah persendirian mahupun kelihatan seperti tanah kebun / dusun buah kerana sememangnya My Nurul Homestay ini terletak betul-betul di dalam kawasan kebun / dusun buah ... 


mrs pip sekeluarga bermalam satu malam di My Nurul Homestay ... ianya homestay ringkas yang diperbuat daripada batang bambu ... first time la tidur dalam rumah bambu , cute pula rumah bambu ni ... di luar rumah bambu ni, ada taman mini dan tempat duduk serta meja untuk bersantai ... mrs pip sampai di My Nurul Homestay ni sekitar jam 2 petang, dan seriously, tempat ni ramai pengunjung! kitorang husband and wife macam tak percaya la pula tempat yang agak terpencil ni, ramai pula pengunjung ... memang ohsem tempat ni.

unit My Nurul Homestay yang mrs pip bermalam ni, boleh memuatkan 4 hingga 5 orang ... dan ada sebuah unit lagi yang boleh memuatkan sehingga 12 orang ... di sini, tiada istilah percutian mewah, semuanya ala kadar ...


welcome inside! mesti korang nak juga tahu macam mana lah keadaan dalam My Nurul Homestay ni kan ... tada! so this is inside the homestay ... 

  • dua katil single
  • boleh request extra bed kalau lebih dari 2 orang (owner homestay ni sangat peramah, so jangan segan mau bertanya sesuatu)
  • ada dapur untuk memasak >>> basic alatan dapur disediakan :- kuali, periuk nasi, pinggan, dapur gas, pisau, cutting board, plan mau ber-BBQ? grill disediakan, tapi arang kena bawa sendiri
  • tandas (tiada heater disediakan)
  • tiada kipas siling
antara perkara yang korang perlu take note ketika menginap di My Nurul Homestay ni:-

untuk yang ingin menginap di My Nurul Homestay ni, penginapan ialah  'living back to basic' .... tiada tenaga elektrik di dalam unit yang mrs pip diami, hanyalah menggunakan tenaga solar untuk memberikan tenaga cahaya (lampu) di dalam unit tersebut ... beberapa perkara perlu korang ambil tahu , antaranya :-
  • tiada heater di tandas
  • perlu jimat tenaga solar , jadi jangan buka semua lampu pada satu satu masa ... minimakan penggunakan cahaya
  • nak charging bateri handphone? bawa extra powerbank  kerana charging bateri handphone kena tunggu genset dihidupkan sekitar jam 6pm, dan kena charge di kawasan 'Tree House' 
  • tiada kipas siling jadi unit terasa sedikit panas pada waktu malam, tapi itu tidak menghalang untuk bermalam di sini ... kami biarkan tingkap terbuka pada waktu malam dan anginnya terasa segar
  • jangan lupa pasang mosquito repellant pada waktu senja untuk menghalang nyamuk masuk ... sama ada korang boleh bawa sendiri atau request dengan pengusaha homestay (mereka sedia membantu)
  • malas mau masak? ... ada simple cafe di kawasan homestay ni, korang boleh cuba menu masakan mereka ...
nak mandi air suam tapi tiada heater? ala korang ni, kenalah hidup ala ala gaya kampung kan , jerang saja air dalam pot, lepas tu bancuhlah air dijerang td dgn air dari kamar mandi tu untuk buat air suam nak mandikan anak ... tak susah mana pun ...alah bisa tegal biasa gitew ...

di sini juga sukar untuk mendapatkan line internet ... tapi mrs pip terlupa sebentar mengenai keperluan untuk bersosial media ketika berada di sini ... masa kami habis dengan menikmati rasa indah alam semulajadi di sini ... nasiblah bukan musim buah, kalau musim buah, mesti percutian di sini lebih extraaaa syok!


dah nama pun homestay dan berada jauh dari kesibukan kota, jadi mrs pip siap siap bawa bahan masakan dari rumah ... bahan masakan ni cukup untuk minum petang , makan malam, sarapan pagi dan brunch kitorang ... 

since mrs pip dah biasa cuti cuti road trip ni, so mmg terbiasalah bawa bento box dan bahan masakan sendiri ... untuk makan minum penginapan semalaman, mrs pip siapkan:-

  • mi kering 
  • bread + chocolate spread
  • beras 6 gelas kecil (tapi cuma masak 4 gelas sahaja)
  • biskut kering
  • milo 3-in-1
  • frozen chicken backquarters 2kg
  • kicap
  • minyak
  • garam
  • gula
  • bawang merah dan bawang putih secukupnya
  • serbuk pati ayam
  • minuman kotak
  • air mineral secukupnya
since kitorang pun cuma plan nak simple holiday, so mmg tak bawa banyak bahan makan, cukup sekadar untuk alas perut sahaja ... walaupun alatan memasak disediakan, tapi mrs pip bawa sendiri alatan memasak coz mmg mrs pip sejenis yang sudah terbiasa bawa alatan memasak kalau road trip yang perlukan mrs pip memasak sendiri :))
  • pot (yang kaler hijau untuk tanak nasi)
  • frying pan (untuk menggoreng ayam)
  • pisau
  • cutting board 
  • sudu + garpu
  • senduk nasi
  • sudip
  • penyepit untuk menggoreng ayam 
  • beberapa helai kain lap bersih 
selain tu, untuk pakaian pula, mrs pip packing pakaian secukupnya, dan kenalah ada extra pakaian coz nnt nak mandi sungai kan ... dan bawa tuala mandi sendiri kerana homestay tak menyediakan tuala mandi ... 


malam tu kitorang menjamu selera dengan simple menu >>> nasi putih + ayam goreng + air putih <<< sahaja, tapi cukup mengenyangkan ... dan esok paginya sebelum bawa lil' armies mandi sungai, kitorang makan bread + chocolate spread + milo panas ... dan tapau ayam goreng + milo panas + biskut kering ke kawasan tempat mandi sungai ...


gambar di atas ni ialah kawasan sekitar My Nurul Homestay ... tidak jauh dari homestay kami menginap tu, ada kawasan terjun mandi sungai ... tapi pastikan korang terjun kaki dulu ok, jangan pandai pandai mau buat somersault kepala jatuh dulu .... kenapa? well, ianya sungai ... dan di bawah air sungai tu ada batu-batuan ... 

selain itu, tak kisah kamu ni mmg jenis pandai berenang atau diver, silalah pakai safety jacket untuk terjun ke dalam sungai ... setiap pengunjung ke sini perlu ambil langkah langkah keselamatan ...


selain My Nurul Homestay, kalau kamu mahu merasai kelainan, boleh juga menginap di Tree House / Rumah Atas Pokok ... yang seronoknya di kawasan dusun ni, semuanya nampak sangat segar dengan pokok pokok hijau di sekeliling dan air sungai yang jernih mengalir ... hari pertama sampai tu, kitorang hanya lepak2 di homestay dan berjalan jalan di sekitar kawasan sahaja ... nak mandi sungai petang tu tapi air pasang so tidak sesuai untuk mandi bersama anak kecil ... tunggu esok pagilah jawabnya ...


keesokan harinya selepas breakfast, terus bawa lil' armies mandi sungai di kawasan yang cetek ... kena menapak beberapa meter dari homestay tapi tidaklah jauh mana pun ... anak anak ready dgn life jacket, tak sabar nak mandi sungai dgn mr.Husband ... 


puas mandi sungai, dorang bertiga naik rakit pula ... lil' Iman mula mula takut mandi sungai, tapi lepas beberapa minit, dia mandi sungai sorang sorang tak jauh dari mr.Husband ... manakalau lil' Amin pula, hati saja besar mau mandi sungai, sekali jejak saja kaki di dalam sungai, terus kecut! asyik mau berkepit saja dengan mr.Husband ....

pengalaman mandi sungai sebegini dan menaiki rakit adalah yang pertama buat lil' armies ... mereka rasa teruja ... selain tu, mendekatkan anak anak dengan alam semulajadi sedikit sebanyak dapat mengajar anak anak untuk menghargai bumi ini dan mengajar mereka mengenai alam semulajadi ....


since mrs pip tengah pregnant, dan untuk turun ke sungai tu agak licin, so mr.Husband tak benarkan mrs pip mandi sungai demi keselamatan diri dan baby dalam perut ... oh! my preggy ... so, sambil tunggu dorang ni siap mandi, mrs pip selfie sorang sorang dan jadi fotografer amatur ambil gambar dorang ni mandi sungai >>> dalam hati, I is jeles tau tinguk dorang mandi manda happy happy <<< lepas siap mandi sungai tu, kitorang balik homestay bersihkan badan dan kemas kemas untuk balik ... 


dah siap siap nak balik tu, kitorang pun jumpa dulu dengan cik Mira nak minta diri .. sebelum tu bergambar dulu di pintu gerbang My Nurul Homestay ... cik Mira tu yang dalam gambar pakai tudung labuh, skirt hitam tu ... My Nurul Homestay ni family bisnes dorang , so dia ni one of the business operator kat sini ... mesra orangnya ... 

dan yeah, bertemu pula dengan Sabahan Blogger yang cantik ni , iaitu Liza Izara dari www.lizaizara.com , yang dalam gambar pakai long sleeve grey tu .... kalau nak tahu, cik Liza ni founder Le Zaara tau, yang jual knitted shawl yang cantik cantik tu ... 

#mommymontel #74kg #3rdpregnancy #partyoffour

satu satunya gambar kami berempat
kredit gambar : mynurulhomestay

kalau tidak mahu menginap di sini , kamu boleh juga datang sini untuk BBQ, berkelah, mandi sungai, berakit dan sebagainya ... dua hari kami di sini, dua dua hari tu kawasan homestay ni penuh dengan kehadiran orang awam yang datang untuk beraktiviti ... 

serius tempat ni walaupun jauh dari kawasan bandar, agak terpencil, tapi memang meriah dengan kehadiran orang awam yg datang dari serata tempat ... cuma kitorang saja yang baru tau kewujudan tempat cantik ni tau ... muehehe ....

apapun, thanks My Nurul Homestay kerana memberikan kami pengalaman penginapan gaya kampung, back to nature di dalam kebun ... memang pengalaman menginap sebegini akan menjadi sebahagian memori indah dalam hidup mrs pip ... 

untuk info lanjut, boleh check facebook My Nurul Homestay 


>>> atau layari IG www.instagram.com/mynurulhomestay <<<


atau Whatsapp Mira : 017-7053872

terasa sedikit berat hati ketika meninggalkan kawasan My Nurul Homestay ni ... masih terkenang kenang rumah bambu yang kitorang menginap malam tu ... masih terngiang ngiang bunyi desiran angin yang damai dan bunyi sungai yang mengalir jernih ... insya allah, mrs pip dan keluarga akan kembali lagi ke sini jika umur panjang ... maybe kali ni dengan baby kecil , manatau kan ...

till then, xoxo, and thanks for reading.

cheers.

Tuesday, 27 March 2018

Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar

March 27, 2018 6
Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar
hi there, agak lama juga mrs pip tidak ber-road trip jalan jalan cuci mata ... so hari tu bila mrs pip dapat tahu mengenai My Nurul Homestay yang terletak di Ponohuan, Papar, so terus ajak mr.Husband pergi road trip bawa anak anak bercuti ... dengar dengar My Nurul Homestay ni penginapannya ala-ala penginapan 'back to nature' , so mau juga merasai kelainan coz mrs pip ndak pernah lagi bermalam 'back to nature' style ni ...

Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar
Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar

sebelum mrs pip reveal My Nurul Homestay ni macam mana rupanya, mesti ada yang bertanya, macam mana untuk pergi ke My Nurul Homestay ni kan? di mana lokasinya ... kalau kamurang biasa guna WAZE, so boleh wazekan saja "My Nurul Homestay" ... mau masuk simpang ke My Nurul Homestay ni, kena ikut Jalan Papar Lama ...

Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar
Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar

kalau kamu dari Kota Kinabalu menuju ke Papar, so kamurang kena lepasi Simpudu Bridge tu (lihat gambar di atas) , dan lepas Simpudu Bridge, ada simpang masuk sebelah kiri ... mrs pip dari arah Membakut, so mrs pip kena belok sebelah kanan, sebelum Simpudu Bridge tu ...

dari simpang masuk tu, lebih kurang 9.1KM menuju ke My Nurul Homestay yang terletak di Ponohuan ok ... di simpang masuk tu, ada papan tanda "Pusat Penternakan Kambing Boer" kalau ndak silap ...

Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar
Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar

masuk jalan terus dan kamurang akan jumpa single bridge macam gambar di atas ... kamu jalan ja terus dan sambil tu silalah menikmati angin segar di kawasan perkampungan ni ok  ...

Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar
Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar

jalan terus dan kamu akan nampak tanda Jalan Ulu Kabang ... ada kebun getah di tepi jalan ... siapalah yang punya tanah tu kan ... boleh tahan besar juga kebun getahnya ... jalan ja terus ...

Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar
Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar

kamurang akan sampai di simpang tiga ni ... belok kiri dan jalan terus ... kalau belok kanan, kamurang akan jumpa la tu pusat penternakan kambing boer , hanya beberapa meter ja dari simpang sebelah kanan ...

Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar
Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar

jalan terus dan kamurang akan nampak mini bus stop tu dan belok ke kanan untuk masuk ke simpang Jalan Ulu Kambizaan ... lepas tu kamu jalan terus saja ....

Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar
Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar

jalan terus dan kamurang akan jumpa SK Kambizaan ... ni kawasan perkampungan, lepas tu kawasan sekolah, so jangan memandu terlalu laju  ... slow down sikit aaarrrr  ... manatau ada vogok ka, anjing ka, kucing ka, ayam ternakan ka melintas jalan kan ... jangan kamurang pigi langgar pula haiwan ternakan orang kampung, nanti habis kamu kena sogit ....

Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar
Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar

kamu jalan ja terus lepas SK Kambizaan tu, dan akan lalu jambatan Sg. Gramatoi ni ... dari jambatan ni, kamu boleh nampak ada simpang masuk di sebelah kanan kamurang ... simpang masuk tu simpang masuk jalan kampung aaaaa , jangan pula kamu risau risau mau masuk ... kamu masuk ja simpang tu ...

simpang tu akan bawa kamurang ke Ponohuan ...

Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar
Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar

lepas kamu masuk simpang kampung tadi tu kan, kamu jalan ja terus, jangan belok mana mana aaa ... yes, jalannya mmg bertanah merah ... jalan kampung la katakan ... cuma jalannya seperti sudah di 'compact' , so kereta kecil kereta besar boleh masuk ... tapi kalau hari hujan lebat, most probably jalan ni licin tau, so berhati hati aaaa ...

bila kamu jalan terus, kamurang akan nampak tu signboard "Ponohuan My Nurul Homestay" atas bukit sebelah kanan yang tidak seberapa tinggi ... so jalan ja terus, jangan belok mana mana  ....

lepas tu kamu akan nampaklah nanti kereta parking kiri kanan, dan ada signboard "Welcome to Ponohuan My Nurul Homestay" di sebelah kanan, bermakna kamurang sudah sampai di entrance My Nurul Homestay la tu ....

cari tempat parking kereta yang kamurang selesa, lepas tu masuk ke gate My Nurul Homestay yang ada tu signboard ... mesti kamurang rasa kalau first time sampai kan "eh, betul ka ni tempat ni aaaa, mcm dusun buah orang jak" ... ya, betullah tu , My Nurul Homestay ni terletak di dalam kawasan kebun / dusun buah ... 

Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar
Road Trip: Jalan ke My Nurul Homestay Ponohuan, Papar

dah sampai, jalan saja terus sehingga kamu jumpa kawasan macam dalam gambar di atas tu ... nampak kan kawasan yang ada payung payung banyak tu ? di situ ada satu meja khas untuk kamurang bayar entrance fee ... untuk dewasa , kena bayar RM5.00, untuk kanak kanak, RM3.00 seorang ... 

lepas tu kamu boleh cari port mana mana yang sesuai untuk kamu , dan bolehlah kamurang buat aktiviti yang kamu mau seperti ber-BBQ (arang sila bawa sendiri), mandi sungai, berakit, terjun sungai, dan sebagainya ...

untuk info lanjut, boleh check facebook My Nurul Homestay 


atau Whatsapp Mira : 017-7053872


hope pandu arah untuk ke My Nurul Homestay ni membantu kamurang semua ...

cheers.

Misi Terlaksana ! didik anak-anak agar tidak sesuka hati masuk bilik parents

March 27, 2018 0
Misi Terlaksana ! didik anak-anak agar tidak sesuka hati masuk bilik parents
hi there, update cerita lil' armies kali ni ... lil' Iman dan lil' Amin so far so good pergi sekolah ... tak banyak ragam. tahu jadual bangun pagi, tahu masa untuk ke sekolah ... sampai di sekolah, tak nangis tak meragam, laju saja masuk kelas masing masing ... cepatnya anak anak mommy ni besar ... if I could freeze the time ...

lil' armies with friends at school celebrating pesta ang pow

since budak berdua ni dah berjaya tidur berpisah bilik dengan mrs pip dan mr.Husband since last year, so masa untuk didik anak anak untuk faham bilik parents bukanlah bilik untuk mereka bermain ... yes, selama ni lil' armies keluar masuk bilik tidur kitorang tanpa had, siap boleh angkut semua toys dorang dlm bilik parents, siap boleh main lompat lompat di tilam dan main sembunyi sembunyi dalam almari parents ... 

dan sehinggalah satu hari tu, pintu almari yg sliding door tu terjatuh gara gara dorang sembunyi dalam almari tu, dan guess what, pintu almari kesayangan mrs pip tu pecah, nasib baik still dapat dibaiki walaupun ada kesan retak ...

since then, mr.Husband letak HAD LIMIT bilik parents DI LARANG MASUK TANPA KEBENARAN! ... kau rasa anak anak ni akan faham atau tau bab kawasan larangan ni tak? jadi, bermulalah sesi melatih anak anak untuk faham yang bilik parents tidak boleh masuk sesuka hati mereka tanpa sebarang izin.

macam mana nak latih lil' armies? so, ni cara kitorang latih lil' armies ....
v
v
v

  • biarkan bilik tidur parents terbuka sentiasa , so that dorang tidak suspicious dan tiada rasa mau ambil tahu apa yang berlaku ketika bilik parents terbuka. kalau bilik tu tertutup, busylah dorang balik2 panggil "mommy buat apa dalam bilik?", "daddy ada di bilik?" ....


  • didik lil' armies, setiap kalai dorang panggil kitorang yg ada dalam bilik, dorang hanya dibenarkan berdiri betul betul di muka pintu atau di ruang pintu bilik ... tak boleh melangkah masuk ke dalam bilik .... dan mrs pip dan mr.Husband akan datang ke ruang pintu bilik dan tanya apa yang dorang mahu .... we never ever invite the kids to go into our room unless it is necessary ...


  • setiap kali lil' armies terlepas masuk ke dalam bilik parents, kitorang akan cakap dengan lil' armies "don't over the limit" , dan bagitau lil' armies limit mereka hanya sehingga di sini >>> tunjuk had limit di depan muka pintu <<<


  • jangan marah bila anak anak terlebih had limit, sebaliknya cakap elok elok dan pastikan mereka tahu di mana had limit mereka boleh berada ... didik anak bahawa bilik parents bukanlah kawasan untuk mereka bermain dan tidak dibenarkan mengacau barang barang yang berada di dalam bilik parents ...


  • bersabarlah ketika mendidik anak anak ... mereka takkan faham dalam sehari dua, tapi insya allah, kalau anak anak terus dididik, mereka akan faham dan secara sendiri tidak akan masuk ke dalam bilik parents sesuka hati ....


so, berjaya ka tidak didik lil' armies ni bab had limit masuk bilik parents?
here is the outcome
v
v
v

  • selepas beberapa minggu melatih lil' armies (ekceli, mr.Husband yg lebih byk melatih mereka coz mr.Husband strict bila bab bab latih dan disiplinkan anak) , sekarang mmg lil' armies jaranggggg tersasar masuk bilik kitorang ... now ni, letak la apapun kat dalam bilik, our lil' armies dah tak berani nak masuk bilik dan kacau itu ini .... 


muehehe, happy mrs pip coz no more budak berdua ni nak main sembunyi sembunyi dalam almari, no more toys dorangmau angkut dalam bilik kitorang, no more blankets yang mrs pip sudah lipat dorang hambur sana sini ...yeah!

MISI TERLAKSANA!

happy parenting everyone.

cheers.

Monday, 26 March 2018

Review Movie : Wanita Terindah (2017)

March 26, 2018 2
Review Movie : Wanita Terindah (2017)
hi there, layan movie Wanita Terindah ... full movie mrs pip layan di youtube ... movie Wanita Terindah ni dilakonkan oleh Fattah Amin, Liza Othman, Nur Fazura, dan adik Adam Mika disamping dibantu oleh pembantu pelakon yang lain seperti Riduan Hashim, Sarah Hilderand, Samantha Kay dan Abu Bakar Juah ...

movie Wanita Terindah ni menceritakan mengenai kehidupan Fahim (Fattah Amin) yang sangat menyayangi ibunya (Liza Othman) dan bagi Fahim, ibunya adalah segala-gala buat dirinya. dan Fahim tidak pernah berhasrat untuk memiliki wanita lain sebagai seorag isteri kerana ibunya adalah wanita terakhir buat dirinya dan cukuplah ibunya seorang buat dirinya ....

Review Movie : Wanita Terindah (2017)
Review Movie : Wanita Terindah (2017)

Fahim bekerja di syarikat penerbitan sebagai seorang jurugambar, dan bersahabat baik dengan Nurin (Nur Fazura) ... Nurin bertemu ibu Fahim secara kebetulan ketika menjalankan tugasnya sebagai seorang wartawan, dan mempunyai hubungan yang baik dengan ibu Fahim.

satu hari, ibu Fahim membawa seorang budak lelaki tinggal bersama mereka bernama Fikri (Adam Mika) dan Fahim tidak begitu senang dengan kehadiran Fikri sebagai adik angkatnya ... Fikri disahkan menghidap leukimia dan ibu Fahim terpaksa menanggung kos perubatan Fikri dan bercadang menjual rumah mereka namun dihalang oleh Fahim, dan Fahim berjanji akan bekerja keras untuk mendapatkan wang utk membiayai kos perubatan Fikri.

satu hari, Fahim yg penat bekerja seharian balik ke rumah dan secara tidak sengaja Fikri termuntah ke atas beg kamera Fahim menyebabkan Fahim berang ke atas Fikri. dan keesokannya, Fikri lari dari rumah. Fahim mencari Fikri dan menemuinya pengsan berhampiran kawasan perumahan mereka dan membawa Fikri ke hospital. sejak kejadian tersebut, Fahim mula menerima Fikri sebagai adik angkatnya ....

Review Movie : Wanita Terindah (2017)
Review Movie : Wanita Terindah (2017)

baru saja menerima kehadiran Fikri, Fahim dikejutkan pula dengan ibunya yang mengalami kemalangan. Fahum bergegas ke hospital ditemani Nurin, dan ketika Fahim keluar untuk solat, ibunya mula sedar dari kemalangan, dan sempat berpesan dgn Nurin yang Fikri adalah adik kandung Fahim ... dan ketika Fahim yg selesai solat masuk ke bilik wad, ibunya berpesan agar Fahim berjanji menjaga Fikri, dan kemudian menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Fahim akhirnya mengetahui yang Fikri adalah adik kandungnya ketika ingin menandatangi borang perubatan Fikri, namun hanya ibubapa atau penjaga sah sahaja yg berbuat demikian. dan bila melihat nama ayah yang sebelum ini menandatangi borang perubatan Fikri yg dulu, Fahim melihat nama ayahnya tertera di atas borang tersebut.

dan Nurin pula ketika berbual dengan Fahmi, Fahmi menyuarakan hasratnya utk menjual rumah tersebut utk menampung kos perubatan Fikri dan dihalang oleh Nurin. Nurin mengeluarkan ayat yg sama seperti arwah ibu Fahmi membuatkan hati Fahmi tersentuh dan merasakan Nurin ada wanita yg berjaya bertakhta di hatinya ...

nice story with happy ending plus beautiful soundtrack ... lakonan Fattah Amin sebagai seorang anak yang sayang mak memang tak mengecewakan. lakonan Fazura sebagai seorang sahabat dalam cerita ni menarik ... adik Mika tu pun mmg pandai bawa watak. dan of course lakonan Liza Othman, I like.

cerita ni lebih kepada cerita kasih sayang, bukan cerita cintan cintun. yang bab cintan cintun tu pun dah part yg paling akhir sangat ... thumbs up kepada produksi filem ni yang berjaya menghidupkan cerita kasih sayang sebegini ... really enjoy with the flow of the story ...

thanks for reading, happy watching everyone.

cheers.

Sunday, 25 March 2018

Set meja 'multi-purpose' untuk anak-anak

March 25, 2018 3
Set meja 'multi-purpose' untuk anak-anak
hi there, lamanya entry ni terperap di dalam draft ... so betterlah publish entry usang ni. kot kot ada parents berminat nak beli juga set meja cute sebegini , muehehe .... set meja ni termasuk dengan 4 biji kerusi tu, mr.Husband beli dengan harga RM230.00 kalau tak silap ... itupun selepas dapat sedikit pengurangan harga dari tauke kedai... ni kitorang beli raya last year ...

Set meja 'multi-purpose' untuk anak-anak
Set meja 'multi-purpose' untuk anak-anak

ceritanya mcm ni, kitorang pergi kedai perabot untuk beli karpet rumah dan beli kerusi plastik untuk letak di warung tempat mr.Husband berniaga ... waktu menunggu mr.Husband pilih kerusi plastik mana yang dia nak, lil' Amin pusing pusing keliling kedai perabot tu, dan mrs pip just ikut belakang lil' Amin risau kalau kalau dia panjat segala perabot kat kedai tu kan, nnt marah pula tuan kedai tu ...

sampai satu corner perabot khas untuk kids kan, lil' Amin nampak set kerusi plastik ni lah, dan bgtau mrs pip yang dia mau duduk di kerusi plastik tu ... so, mrs pip pun bagi lah dia duduk di kerusi plastik tu. bagus juga dia duduk diam kan, so mrs pip pun ndak la penat mau mengekor dia ke sana sini di dalam kedai perabot tu ...

Set meja 'multi-purpose' untuk anak-anak
Set meja 'multi-purpose' untuk anak-anak

so, bila time mau balik, lil' Amin boleh pula ndak mau berdiri ... dia cakap dia mau kerusi yang dia duduk tu ... adoi! kita pujuk pujuk pun, dia tetap la cakap "Amin mau ini", sambil tunjuk kerusi yang dia duduk tu ... so bila tanya tauke kedai tu brapa harga kerusi, tauke tu bgtau kalau mau beli kena beli 1 set (meja + 4 kerusi) ... hurm .... lepas tu mr.Husband tanya mrs pip mau beli ka tidak set meja ni, bila fikir fikir, better juga beli, so nanti boleh lil' armies makan minum belajar dan bermain guna meja ni .... moreover, meja dan kerusi ni pun nampak mcm safe la untuk kanak kanak, no bucu bucu tajam ... 

Set meja 'multi-purpose' untuk anak-anak
Set meja 'multi-purpose' untuk anak-anak

lil' Amin happy la dpt set meja ni ... bila lil' Iman pulang dari sekolah petang tu dan nampak set meja ni, terus lil' Iman cakap "mommy mommy, mcm di sekolah Iman kan meja ni" ... Permata Playschool pun mm guna set meja ni di ruang makan dorang.

so far, set meja ni mm digunakan sepenuhnya oleh lil' armies untuk dorang makan minum, belajar dan bermain ... kadang kadang tu, boleh pula lil' Iman tidur atas meja ni tau ... eeeeiiii, bahaya sangat nnt jatuh lantai ...

p/s: rumah mrs pip terasa macam taska la pula bila ada set meja kerusi mcm ni ...

anyway, happy parenting mommies daddies ....

cheers

Saturday, 24 March 2018

Unlimited refill cendol di CENDOL KASIH

March 24, 2018 6
Unlimited refill cendol di CENDOL KASIH
hi there, how's your day? cuti sekolah semakin ke penghujungnya kan ... korang yang ada anak bercuti, korang pergi mana? well, mrs pip tidak pergi mana mana road trip yang jauh pun, just pergi yg dekat dekat saja  .... hari tu 19/3 mrs pip ajak mr.Husband pergi makan cendol ... eh, tetiba pula kan #mommymengidam ni mau makan cendol ... memang sesuailah sangat makan cendol time time cuaca panas ... lagi best bila dapat makan cendol tu, boleh pula refill berkali kali, jangan sakit perut dah lah ...

Unlimited refill cendol di CENDOL KASIH
Unlimited refill cendol di CENDOL KASIH

kalau korang yg tinggal di sekitar Membakut, Beaufort, Kota Klias, Kuala Penyu dan Menumbok, rasanya korang mesti tahu dengan kewujudan gerai CENDOL KASIH yang terletak di tepi jalan sebelah kiri jalan Beaufort - Kota Klias ni kan ... dengar cerita lah kan, gerai ni pernah viral satu ketika dulu, dan agak femes juga gerai ni dengan penduduk setempat ... 

Unlimited refill cendol di CENDOL KASIH
Unlimited refill cendol di CENDOL KASIH

CENDOL KASIH ni merupakan gerai atau warung menjual cendol yang terletak di tepi bahu jalan ... tapi gerai ni bukan sahaja menjual cendol tau, banyak lagi menu lain kat warung ni seperti nasi lemak, pasembur, rojak buah, dan makanan goreng / masak lain yang korang boleh cuba. tapi mrs pip datang ke sini hanya nak makan cendol semata - mata since kitorang dah makan nasi sebelum datang kat sini ... hajat di hati nak makan rojak buah, tapi bila dah pekena cendol kemudian siap refill lagi, penuh perut mrs pip, so maybe next time la makan rojak buah tu ....

Unlimited refill cendol di CENDOL KASIH
Unlimited refill cendol di CENDOL KASIH

harga bagi semangkuk cendol yg kitorang makan tu RM3.00 ... mangkuk tak besar mana pun, tapi janganlah risau, kalau korang rasa tak puas nak makan cendol lagi, korang bolehlah refill berkali kali... tak perlulah nak malu malu, just bawa mangkuk ke depan kaunter, tunggulah sekejap, siap dah refill korang, bolehlah bawa mangkuk tu kembali ke tempat duduk korang hokey ....

Unlimited refill cendol di CENDOL KASIH
Unlimited refill cendol di CENDOL KASIH

keadaan warung ni mrs pip suka coz ianya bersih, tak berhabuk walaupun terletak di tepi bahu jalan ... memang tuan punya kedai ni mementingkan kebersihan .... warung ni pun nampak 'hidup' dengan hiasan dalaman yang menarik ... lepas tu, yang baiknya mengenai gerai CENDOL KASIH ni, selain refill free tu, disediakan tandas beberapa meter di belakang gerai. dan guess what, tandas pun bersih dilengkapi dengan kemudahan air bersih yang cukup ... jarang bah gerai makan sediakan kemudahan tandas awam ...

Unlimited refill cendol di CENDOL KASIH
Unlimited refill cendol di CENDOL KASIH

cendol pula ada banyak jenis ... hari tu mr.Husband makan cendol nasi pulut, mrs pip pula makan cendol pisang, manakala lil' armies sorang satu makan cendol kismis ... tapi, untuk refill, hanya cendol biasa disediakan, iaitu cendol kosong la gitu, no pulut, no pisang, no kismis dan sebagainya la gitu ... dan setiap mangkuk cendol ni berharga RM3.00 ... korang rasa murah ka mahal? tapi free unlimited refill wei ...

sedap ka tidak cendol di cendol kasih ni? bab yang ni susah mrs pip mau cakap pasal lain orang lain citarasanya, tekak masing masing kan ... moreover, it is kinda subjective bila masuk bab bab rasa ni .... tapi bg mrs pip, selagi boleh masuk tekak, siap refill lagi, kira sedap la tu kan ....

anyway, have a great day everyone.

cheers.

Thursday, 22 March 2018

Review Movie Hong Kong : To Love or Not To Love (2017)

March 22, 2018 10
Review Movie Hong Kong : To Love or Not To Love (2017)
hi there, review movie dari Hong Kong pula kali ni.... movie santai yang bertajuk To Love or Not To Love... movie ni dibintangi oleh Venus Wong dan Edward Ma, dan dibantu oleh Jason Fu, Siu-Kiu To, J.Radite dan ramai lagi ... siapa yang dah tengok movie ni? 

Review Movie Hong Kong : To Love or Not To Love (2017)
Review Movie Hong Kong : To Love or Not To Love (2017)

movie ni mengisahkan mengenai hubungan cinta Casey dan Elton di zaman persekolahan sehinggalah mereka tamat high school. Casey menyambung pelajaran dan berharap akan berkahwin dengan Elton. manakala Elton pula terpaksa bekerja sebagai video game sales assistant untuk menampung sara hidup dia dan bapanya yang kuat berjudi. ketika di highschool, pelajar Chinese-Korean bernama Adam juga cuba menawan hati Casey namun tidak berjaya, dan Adam terpaksa berpindah semula ke Korea dan berharap akan bertemu Casey kelak.

ketika di highschool, seorang pelajar perempuan dari golongan kaya bernama Sia tidak begitu sukakan Casey, apatah lagi bila melihat Casey dan Elton rapat. satu hari Sia datang ke tempat Elton bekerja untuk membeli video game terkini tetapi Sia sebenarnya cuba untuk menggoda Elton. kebetulan Casey juga datang ke tempat Elton bekerja dan melihat hubungan Sia dan Elton yang agak mesra. berlaku salah faham antara Elton dan Casey dan mereka bertengkar.

Review Movie Hong Kong : To Love or Not To Love (2017)
Review Movie Hong Kong : To Love or Not To Love (2017)

atas nasihat Angela, sahabat baik Casey agar Casey berusaha memujuk dan berbaik baik dengan Elton, maka Casey pun datang ke kediaman Elton membawa kek dengan tujuan untuk memperbaiki hubungan mereka, namun Casey tidak menyangka Sia berada di kediaman Elton. akhirnya Elton memutuskan perhubungan dengan Casey.

beberapa tahun berlalu. Casey menjadi love experts dan membuka kelasnya sendiri, dan Casey bertemu semula dengan Adam. Adam menjadi fashion experts dan masih menaruh perasaan terhadap Casey. Casey juga bertemu semula dengan Elton secara tidak sengaja di sebuah kelab malam. Elton kini menjadi usahawan yang berkaitan dengan apps ... dan Elton berusaha untuk mendapatkan hati Casey semula ....

Review Movie Hong Kong : To Love or Not To Love (2017)
cinta tiga segi antara Elton dan Adam untuk mendapatkan casey

ketika Casey seolah olah lebih memilih Adam, Elton berusaha untuk memenuhi hajat Casey. pada Casey, itu cuma hajat lama yang mungkin sudah dilupakan Elton, tapi bagi Elton, setiap permintaan Casey di masa lalu, adalah sesuatu yang penting dan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakan...

dalam movie ni, mrs pip suka persahabatan antara Casey, Adam dan Elton. walaupun berlaku perang cinta tiga segi, tapi mereka 'berperang' dengan penuh profesional. best man win gitew ... dan ekceli, kawan baik si Casey tu, si Angela kan, dia mmg suka juga dgn si Adam ni, tapi dia tau si Adam suka si Casey, so no rebut rebut jejaka ... 

dan mengenai Sia pula, akhirnya Sia bagitau Casey kenapa Elton berpisah dengan Casey.... sebenarnya Sia bukan suka dengan si Elton pun, tapi kerana satu perjanjian, antara Sia dan Elton, Elton tersepit pada waktu tu dan terpaksa berpisah dengan Casey ... nak tahu sebabnya, kena lah tengok movie ni ... jahat juga Sia ni kan ... 

cerita ni happy ending ... Casey memilih Elton dan terpaksa meninggalkan Adam, sedangkan waktu tu Casey dan Adam sudah berada di airport untuk ke Korea bersama ...huh! kesian Adam kena tinggal. tapi Adam ni jenis gentleman, dia tak paksa Casey untuk bersama dia coz dia tahu hati Casey ada bersama Elton ... dan korang kena tengok movie ni kalau nak tahu cara Elton tebus salah dia kat Casey sampai Casey boleh jatuh cinta semula kat Elton ....

thanks for reading, and happy watching everyone ...

cheers.