Review KBS Drama Special : Came To Me and Became A Star

hi there, tengok cerita KBS Drama Special di youtube bertajuk Came To Me and Became A Star yang dibintangi oleh Kim Ji Suk (sebagai Gang Seok) dan Jung So Min (sebagai Ha Jin)... mrs pip suka lakonan Jung So Min dalam drama Playful Kiss , manakala 1st time tengok Kim Ji Suk dalam drama Personal Taste yg dilakonkan bersama Lee Min Ho ... eiii, dalam Personal Taste tu memang menyampah betul tengok si Ji Suk tu ...

Review KBS Drama Special : Came To Me and Became A Star
Review KBS Drama Special : Came To Me and Became A Star

drama Came To Me and Became A Star ni merupakan drama yang menunjukkan bagaimana  Gang Seok dan Ha Jin struggle untuk survive dalam kehidupan mereka sehari-harian ... Gang Seok yang bekerja sebagai seorang guru terpaksa bekerja keras untuk menampung kehidupan dia seharian disamping harus membayar yuran perubatan ibunya yang terlantar sakit di hospital.

manakala Ha Jin pula yang bekerja di syarikat yang mengeluarkan alatan permainan, terpaksa berdepan dengan masalah lewat menadapat gaji bulanan dan tertunggak beberapa bulan akibat masalah kewangan syarikat di tempat dia bekerja ... Ha Jin akhirnya terpaksa berpindah dari rumah sewanya dan menyewa bilik hostel (gosiwon / gositel) , di mana Gang Seok juga menginap di hostel yang sama. 

Review KBS Drama Special : Came To Me and Became A Star
Jung So Min sebagai Ha Jin
Review KBS Drama Special : Came To Me and Became A Star

mereka bertemu buat pertama kali ketika menghadiri majlis mencari jodoh, dan di majlis tersebut mereka secara rawak menjadi pasangan paling secocok, dan sekiranya mereka memilih untuk menjadi 'couple' mereka ditawarkan hadiah menarik, namun Ha Jin tidak percaya dengan cinta yang dijodohkan sebegitu dan menolak tawaran hadiah menarik tersebut.

pertemuan tersebut membawa Gang Seok dan Ha Jin menjadi kawan dan tanpa sedar mereka saling jatuh cinta. Ha Jin tidak pernah menyatakan tempat tinggalnya yang sebenar, dan setiap kali Gang Seok menghantar Ha Jin pulang, Ha Jin meminta Gang Seok menurunkannya di depan bangunan rumah sewa lamanya ....

Review KBS Drama Special : Came To Me and Became A Star
Kim Ji Suk sebagai Gang Srok
Review KBS Drama Special : Came To Me and Became A Star

sehinggalah satu hari, Gang Seok terlihat Ha Jin yang sudah dihantarnya pulang sebelum itu, menaiki bas dan turun di kawasan hostel tempat Gang Seok tinggal. dan akhirnya rahsia Ha Jin diketahui Gang Seok. Ha Jin berterus terang dengan Gang Seok keadaannya yang sebenar. akhirnya, Gang Seok dan Ha Jin berterus terang mengenai masalah kehidupan dan kewangan yang mereka hadapi. bagi Ha Jin, cinta bila dikongsi bersama akan menambah bahagia, namun masalah kewangan tidak boleh dikongsi bersama, kerana ia hanya menambahkan beban pada pasangan tersebut.

mampukah Ha jin dan Gang Seok dapat mengatasi krisis kewangan kehidupan dorang dan hidup bersama akhirnya? well, nak tahu kenalah layan drama ni ... drama ni ada suka ada duka, tapi satu perkara yang mrs pip belajar dalam drama ni ialah tak kisah betapa susahnya untuk struggle dan atasi masalah kehidupan disebabkan krisis kewangan, hidup jangan pernah berputus asa .... 

biarlah hidup sedikit susah, biarlah hidup kurang berharta, asalkan jangan pernah berputus asa dan sentiasa berusaha ... 

happy watching everyone.

cheers.

Post a Comment

3 Comments

  1. rasanya macam pernah tengok cerita ni dulu, gandingan pelakon yang best..

    ReplyDelete
  2. Mau juga nonton filmnya kalau dilihat dari reviewnya sangat mantap sekali film came to me and became a star ..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.