Misi Terlaksana ! didik anak-anak agar tidak sesuka hati masuk bilik parents

hi there, update cerita lil' armies kali ni ... lil' Iman dan lil' Amin so far so good pergi sekolah ... tak banyak ragam. tahu jadual bangun pagi, tahu masa untuk ke sekolah ... sampai di sekolah, tak nangis tak meragam, laju saja masuk kelas masing masing ... cepatnya anak anak mommy ni besar ... if I could freeze the time ...

lil' armies with friends at school celebrating pesta ang pow

since budak berdua ni dah berjaya tidur berpisah bilik dengan mrs pip dan mr.Husband since last year, so masa untuk didik anak anak untuk faham bilik parents bukanlah bilik untuk mereka bermain ... yes, selama ni lil' armies keluar masuk bilik tidur kitorang tanpa had, siap boleh angkut semua toys dorang dlm bilik parents, siap boleh main lompat lompat di tilam dan main sembunyi sembunyi dalam almari parents ... 

dan sehinggalah satu hari tu, pintu almari yg sliding door tu terjatuh gara gara dorang sembunyi dalam almari tu, dan guess what, pintu almari kesayangan mrs pip tu pecah, nasib baik still dapat dibaiki walaupun ada kesan retak ...

since then, mr.Husband letak HAD LIMIT bilik parents DI LARANG MASUK TANPA KEBENARAN! ... kau rasa anak anak ni akan faham atau tau bab kawasan larangan ni tak? jadi, bermulalah sesi melatih anak anak untuk faham yang bilik parents tidak boleh masuk sesuka hati mereka tanpa sebarang izin.

macam mana nak latih lil' armies? so, ni cara kitorang latih lil' armies ....
v
v
v

  • biarkan bilik tidur parents terbuka sentiasa , so that dorang tidak suspicious dan tiada rasa mau ambil tahu apa yang berlaku ketika bilik parents terbuka. kalau bilik tu tertutup, busylah dorang balik2 panggil "mommy buat apa dalam bilik?", "daddy ada di bilik?" ....


  • didik lil' armies, setiap kalai dorang panggil kitorang yg ada dalam bilik, dorang hanya dibenarkan berdiri betul betul di muka pintu atau di ruang pintu bilik ... tak boleh melangkah masuk ke dalam bilik .... dan mrs pip dan mr.Husband akan datang ke ruang pintu bilik dan tanya apa yang dorang mahu .... we never ever invite the kids to go into our room unless it is necessary ...


  • setiap kali lil' armies terlepas masuk ke dalam bilik parents, kitorang akan cakap dengan lil' armies "don't over the limit" , dan bagitau lil' armies limit mereka hanya sehingga di sini >>> tunjuk had limit di depan muka pintu <<<


  • jangan marah bila anak anak terlebih had limit, sebaliknya cakap elok elok dan pastikan mereka tahu di mana had limit mereka boleh berada ... didik anak bahawa bilik parents bukanlah kawasan untuk mereka bermain dan tidak dibenarkan mengacau barang barang yang berada di dalam bilik parents ...


  • bersabarlah ketika mendidik anak anak ... mereka takkan faham dalam sehari dua, tapi insya allah, kalau anak anak terus dididik, mereka akan faham dan secara sendiri tidak akan masuk ke dalam bilik parents sesuka hati ....


so, berjaya ka tidak didik lil' armies ni bab had limit masuk bilik parents?
here is the outcome
v
v
v

  • selepas beberapa minggu melatih lil' armies (ekceli, mr.Husband yg lebih byk melatih mereka coz mr.Husband strict bila bab bab latih dan disiplinkan anak) , sekarang mmg lil' armies jaranggggg tersasar masuk bilik kitorang ... now ni, letak la apapun kat dalam bilik, our lil' armies dah tak berani nak masuk bilik dan kacau itu ini .... 


muehehe, happy mrs pip coz no more budak berdua ni nak main sembunyi sembunyi dalam almari, no more toys dorangmau angkut dalam bilik kitorang, no more blankets yang mrs pip sudah lipat dorang hambur sana sini ...yeah!

MISI TERLAKSANA!

happy parenting everyone.

cheers.

Post a Comment

0 Comments