October 2017 - Cerita Cinta Surirumah

Tuesday, 31 October 2017

TROPIKA Face Cleansing Oil, bukan sekadar pencuci muka biasa

October 31, 2017 11
TROPIKA Face Cleansing Oil, bukan sekadar pencuci muka biasa
hi there, dengan cuaca panas di siang hari buat kulit muka cepat sangat kering, hilang hidrasi dan nampak tidak bermaya. oh my face! habislah kalau begini. kalau kulit muka terus menerus tidak dijaga, mulalah nanti ada masalah wajah seperti jeragat, pigmentasi, kerutan, pori pori besar, kulit terlalu kering dan sebagainya. nak jaga muka ni, harus bermula dengan pencarian pencuci muka yang awesome. bila dengar nama TROPIKA Face Cleansing Oil, bukan sekadar pencuci muka biasa, terus rasa nak cuba. eh! serius ke pencuci muka TROPIKA Face Cleansing Oil, bukan sekadar pencuci muka biasa lain dari yang lain? biasa dengar face cleansing foam , face cleansing cleanser, yang ni face cleansing oil. ada OIL. yes OIL ... alamak, nanti bertambah tambah minyak kat kulit wajah .... ok lah, kita cuba dulu TROPIKA Face Cleansing Oil, tak cuba maka tak tahu kan ...

tapi sebelum tu, meh sini mrs pip nak kenalkan dulu kat korang produk TROPIKA Face Cleansing Oil ni. produk yang dilancarkan pada May 2017 ni mula mendapat perhatian daripada beauty user. tak caya? korang google jer berapa ramai yang dah cuba produk ni dan beri review yang awesome, terus buat hati terjebak sama nak guna produk pencuci muka TROPIKA ni.

Ada apa dengan TROPIKA Face Cleansing Oil?

TROPIKA Face Cleansing Oil mempunyai formula semula jadi, yang terdiri daripada minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi. Ia adalah pilihan pembersihan yang sangat baik untuk semua jenis kulit, mencuci minyak sebum yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Pembersih dirumuskan menggunakan VCO, Licorice Root Extract dan Vitamin E yang mencipta fungsi 3-dalam-1; membersihkan make-up, membersih dan melembapkan kulit untuk kulit kelihatan segar dan bertenaga. Kombinasi yang unik dengan ekstrak likuoris membantu mengurangkan garis dan bintik halus, dan memperbaiki nada kulit. Formula khas ini selamat digunakan pada kulit sensitif juga.

Formula ini diuji di bawah kawalan dermatologi.


Dan jangan Panik, ianya Organik!  >>>> Cruelty FREE, Paraben FREE and Fragrance FREE <<<

TROPIKA Face Cleansing Oil, bukan sekadar pencuci muka biasa

Isi kandungan TROPIKA Face Cleansing Oil

Minyak Kelapa Dara (VCO) - Pelembap semula jadi yang hebat. Mengandungi asid laurik yang popular dengan ciri-ciri antimikrob dan disinfektannya, membantu membersihkan liang-liang kulit muka, membersihkan dan menghalang blemishes.

Vitamin E - Keadaan kulit, hebat untuk mengurangkan garis halus, kedutan, dan spots pada kulit wajah.

Ekstrak Root Licorice - Mengandungi glabridin yang membantu mengurangkan penampilan gelap di bawah lingkaran mata, perubahan warna dan age spots. Secara tradisional digunakan untuk mencerahkan kulit.

Oilve Oil Esters - Ejen pembersih tambahan yang selamat digunakan di sekitar mata. Ia menawarkan ciri anti-radang dan membantu mengatasi pengeluaran minyak yang berlebihan.

Cara mudah menggunakan TROPIKA Face Cleansing Oil

Bersihkan dan menyuburkan kulit anda dengan 3 langkah mudah:

1. Sapukan pada kulit kering. Urut dalam edaran.

2. Tambah sedikit air untuk menghasilkan emulsi susu dan teruskan urut.

3. Bilas dengan air sehingga bersih.

Bila nak guna TROPIKA Face Cleansing Oil ni?

Dua kali sehari atau setiap kali anda mahu membersihkan make-up pada kulit wajah anda.

Siapa yang boleh menggunakan TROPIKA Face Cleansing Oil ni?

* Sesiapa yang memakai make up atau tidak memakai make up.

* Sesiapa yang mengambil berat tentang kulit mereka.

* Sesiapa yang memilih produk semulajadi untuk kulit mereka.

* Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

TROPIKA Face Cleansing Oil, bukan sekadar pencuci muka biasa
muka happy dan terasa awesome selepas kulit wajah dibersihkan

mrs pip dah quite sometime guna produk TROPIKA Face Cleansing Oil, dan bagi mrs pip TROPIKA Face Cleansing Oil, bukan sekadar pencuci muka biasa. produk ni bukan sahaja mencuci muka mrs pip, tetapi juga membersihkan kulit wajah agar terasa lebih segar.

dan kelebihan pencuci muka TROPIKA Face Cleansing Oil ni ialah ianya mampu menanggalkan make up dengan sangat mudah, sambil mencuci muka sambil menanggalkan make-up! yeah, happynya .... senang kerja nak bersihkan muka .... kalau korang yang pakai make up tu, memang awesome guna TROPIKA Face Cleansing Oil ni, dwi tindakan mencuci kulit muka sambil menanggalkan make up gitew.

mula mula bila nampak perkataan OIL tu, macam alamak kulit wajah mrs pip ni mmg jenis kulit berminyak, macam mana ni nak cuci muka dengan pencuci muka yang ada OIL? tak cuba maka tak tahu, so mrs pip cuba produk ni, perghhhh memang awesome. tak da pun kesan penambahan minyak kat kulit wajah. setiap kali lepas cuci muka, keringkan dengan tuala muka, terasa kulit wajah segar, bermaya dan lembap.

overall, mrs pip happy dengan result TROPIKA Face Cleansing Oil ni. selain itu, mrs pip juga happy dengan tekstur, aroma, reka bentuk botol produk, harga, dan pembungkusan produk. tapi mrs pip berharap, produk ni boleh mengeluarkan saiz botol travel pack, so senang nak bawa kalau pergi travel, nak letak dalam handbag pun senang.  apapun,one word for this product, it is AWESOME !

Nota:-

* Jika berlaku kerengsaan, sila hentikan penggunaan sekaligus.

untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk TROPIKA ni, bolehlah melawat 

laman web rasmi di http://www.tropikabeauty.com.my 

korang dah guna TROPIKA Face Cleansing Oil ni tak? jom tag @tropikaskincarehq pada gambar anda dan kita hashtag bersama #beautifulwithtropika, #beautifultropika, #lovetropika dan #naturalskincare , the more the merrier kan ....

#isupportorganicingredients

thanks for reading everyone.

cheers.

Segment Thank You, 200,000 Visitors

October 31, 2017 14
Segment Thank You, 200,000 Visitors
hi there, lagi seorang rakan Sabahan Blogger buat giveaway segmen. yang ni pula giveaway sempena the 200,000 blog pageviews dari blogger cantik manis Sii Nurul. all the best berblogging mrs pip ucapkan buat Sii Nurul. hope blog Sii Nurul akan terus maju ke depan T_T mrs pip kenal tau blog Sii Nurul ni melalui komuniti Sabahan Blogger.


mudah saja nak join segmen Sii Nurul ni ....

1. Follow Blog Sii Nurul
2. Like FBPage Sii Nurul
3. Copy Banner & Buat entry Bertajuk Segment Thank You, 200,000 Visitors
4. Klik >>SINI<< dan >>SINI<<
5. Publish entry dan tinggalkan URL kat komen.

kalau korang rasa nak join segmen Sii Nurul ni, klik banner kat atas tu. dan segmen ni akan tamat pada 2 Nov ni tau, kira macam segmen express juga ni, so cepat cepat join ....
  happy blogging everyone.

cheers.

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

October 31, 2017 14
GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN
hi there, kali ni mrs pip join sekaki segmen giveaway kawan sabahan blogger ni ... pewitttt, dah sepuluh tahun berblogging dah ... boleh tahan usia blog dah cecah 10 tahun, kalau ada anak dah masuk darjah empat ... sebagai tanda sokongan kepada miakassim.com, mari kita ramai ramai join giveaway miakassim.com ni. hadiah pun lumayan, memang awesome bila dapat $$$ kalau menang T_T


ada dua cara nak menyertai giveaway ni, satu melalui blog dan satu lagi melalui facebook. mrs pip join melalui blog, so kalau korang nak join melalui facebook, kena terjah entry post miakassim.com untuk segmen giveaway ni dan baca dengan teliti syarat-syarat penyertaan melalui facebook.

yang join melalui blog pula, mrs pip paste kan kat sini syarat syarat penyertaan untuk memudahkan korang nak rujuk:-

Cara nak sertainya mudah sahaja :-

Untuk penyertaan Blog:-

- Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang.

- Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 

- Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. >>> klik banner kat atas tu untuk ke join segmen giveaway miakassim.com <<<

mrs pip kenal dan tahu blog miakassim.com ni once join komuniti Sabahan Blogger. dari situ baru tau oooooo, ramainya Blogger Sabahan ni .... dulu tercari cari juga ada tak blogger dari Sabah, coz sebelum tu cuma tau blog cik MV ... dan cik Mia ni ialah blogger Sabahan pertama bersua muka ketika menghadiri event kat Promenade >>>> boleh baca entry event tu kat sini <<< . mula mula jumpa tu memang segan, tapi kalau korang jumpa miakassim, dia ni seorang yang senang dibawa berbual dan suka senyum. mrs pip wish cik mia sukses berblogging dan all the best untuk miakassim.com .... 

happy blogging everyone.

cheers.

Monday, 30 October 2017

Ceramah kesedaran gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak di playschool lil' Iman

October 30, 2017 7
Ceramah kesedaran gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak di playschool lil' Iman

hi there,

kesedaran gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak, satu program ceramah kesedaran yang menarik dianjurkan di playschool lil' Iman pada 11 Oktober lalu. apabila dapat tahu mengenai program ceramah ni, mrs pip terus save the date untuk attend ceramah kesedaran gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak ni, nak juga tambah ilmu serba sedikit mengenai isu ini. ni antara isu sosial yang menarik untuk dibincangkan.

Ceramah kesedaran gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak 

tetamu jemputan pada hari tu ialah sarjan Halimaton Saadiah Talib daripada IPD Beaufort, beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam hal hal yang berkaitan dengan gangguan seksual dikalangan kanak - kanak dan remaja. pada waktu sesi ceramah tu, beliau berkongsi pengalaman beberapa insiden yang berlaku terhadap masalah gangguan seksual di kalangan kanak kanak ni.

mrs pip bersetuju sangat hal hal yang berkaitan perlu mendidik anak anak untuk mereka mengetahui mana bahagian tubuh badan mereka yang TIDAK BOLEH disentuh. memang agak sukar untuk menjelaskan kepada anak anak kan, tapi still kita as a parents perlulah mengajar anak anak ada bahagian bahagian tubuh tertentu yang tidak boleh disentuh secara suka suka.

Ceramah kesedaran gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak
sarjan Halimaton (kiri) bersama ketua pendidik, Cikgu Rozie (kanan)

selain itu, kita ni as a PARENTS kan, ramai yang kurang peka menurut sarjan Halimaton, mengenai bicara anak anak kita kerana kita terlalu sibuk dengan dunia pekerjaan. bila anak anak balik rumah dari sekolah/playschool/rumah pengasuh, kita kurang untuk ambil tahu apa yang mereka buat di sana. Penting untuk kita berbual dengan anak anak aktiviti harian mereka supaya kita tahu apa yang berlaku disekeliling mereka.

dan bagi parents yang menghantar bayi mereka di tempat pengasuh, pastikan tempat mereka menghantar bayi tu boleh dipercayai. carilah tempat mengasuh bayi yang mempunyai kredibiliti yang baik. dan setiap kali bayi diambil dari rumah pengasuh, pastikan ibubapa memeriksa bayi mereka >>>  periksa anggota badan bayi kalau ada kesan kesan yang merisaukan dan juga buka lampin anak dan periksa bahagian kemaluan dan dubur. 

Ceramah kesedaran gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak
yours truly and lil' Amin
p/s: nak customized baju mcm mrs pip pakai tu, boleh klik cerita mrs pip kat sini 

biasanya, bayi yang diambil dari rumah pengasuh sudah disiapkan (dimandikan, disusukan, diberi makan), kadang kadang ibubapa yang bekerja sepanjang hari merasa keletihan sehingga tidak ada masa untuk memeriksa tubuh badan bayi mereka, dan juga kerana terlalu percayakan pengasuh bayi mereka.

sarjan Halimaton berkongsi cerita bagaimana seorang ibu yang menghantar bayi kepada pengasuh, bila bayi balik rumah, mesti menangis, sampai satu hari tu, bayi demam. bila hantar pigi klinik, doktor periksa satu badan, dan didapati ada kesan merah pada kemaluan bayi. dan pemeriksaan lanjut mendapati bayi tersebut telah dijadikan alat 'memuaskan nafsu'. periksa punya periksa, yang melakukan hal tersebut ialah adik lelaki kepada pengasuh bayi tersebut.

Ceramah kesedaran gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak
bersama warga pendidik playschool lil' Iman

ada satu kes lagi, budak perempuan ni dihantar kepada penjaga. so satu hari tu, si anak mengadu dengan ibunya mengenai perbuatan suami kepada penjaganya, tapi si ibu ni tak layan kata kata si anak. tahun demi tahun berlalu, si ibu menghantar pula anak kedua kepada penjaga yang sama, dan kemudian dihantar anak yang ketiga. dan anak yang kedua pun mengadu perkara yang sama, begitu juga anak yang ketiga ... apalah bangang punya ibu kan, langsung tak ambil tahu dan TAK PERCAYA kata kata si anak. bukan seorang, tapi 3 orang anak mengadu benda yang sama! dengar cerita mcm tu dah buat mrs pip sakit hati pula kat si ibu .... 

sampailah satu hari, anak ketiga tu sakit (kalau tak silap) dan bila diperiksa ada kesan 'rogol', dan barulah si ibu menyesal, buat laporan polis dan bila disiasat, suami kepada penjaga yang melakukan hal tersebut. cuba bayangkan, kalau si ibu ni AMBIL PEDULI kata kata anak sulung dia, hal ini takkan berlaku kepada anak kedua dan anak ketiga kan .... tapi BUSY punya pasal, TAK NAK dengar rintihan anak anak, yang membuatkan HAL sebegini boleh berlaku. nak dijadikan cerita, yang merogol tu berjaya ditangkap, dan dijatuhkan hukuman,, tapi adakah itu memadai?

mendengar perkongsian sarjan Halimaton ni, membuka mata mrs pip berkaitan gangguan seksual dalam kanak kanak. memang perkara ni ada berlaku, kadang kadang AHLI KELUARGA sendiri yang melakukannya. bila anak anak bagitau, siap kita boleh marah pula anak anak kita! haish. istigfar banyak banyak. selepas ni, buat kita semua, baik kita ada anak lelaki atau perempuan, kalau anak anak kita bagitau dia 'disentuh' oleh sesiapa, tolonglah sensitif dan ambil tahu. jangan asyik2 nak salahkan anak "eh, kau ni pandai pula buat cerita" .... please la dengar suara anak anak anda.

Ceramah kesedaran gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak
barisan ibubapa yang hadir

bila attend ceramah ni, baru mrs pip faham kenapa mak mrs pip dulu tak suka tinggalkan kitorang dengan sesiapa kecuali dengan mak su kitorang. tapi bila mak su kitorang dah kawin, mak pun dah tak tinggalkan kitorang dengan mak su. kita dah remaja2 mcm tu, kalau mak tinggalkan kitorang, mesti mak pesan dengan abang abang mrs pip supaya jaga mrs pip elok2 , dan jangan bagi mrs pip keluar rumah ... maybe hal2 mcm ni lah yang mak nak elak dari berlaku kot.

banyak perkongsian menarik dari sarjan halimaton, memang rasa tak puas pula nak dengar perkongsian menarik beliau. program sejam saja pada mulanya, boleh berlanjutan jadi hampir dua jam ... dan ceramah kesedaran sebegini kalau kita PEKA memang membantu dalam usaha menangani gangguan seksual di kalangan anak anak.

Ceramah kesedaran gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak
sesi bergambar beramai ramai bersama sarjan Halimaton

selain kita nak didik anak anak kita mana bahagian tubuh tak boleh disentuh, selain peka dengan aktiviti harian anak anak di sekolah / playschool / nursery, selain ambil kisah perubahan pada tubuh badan anak anak, kita sebagai ibubapa pun kena didik anak anak untuk tidak sesuka hati 'bermain dengan tubuh badan mereka' (harap korang faham bab yang ini, nak tulis pun I is segan) dan jangan biasakan anak anak tidak berpakaian. didik anak anak untuk sentiasa menutup tubuh badan mereka, berpakaian lengkap dan mengikut kesesuaian. 

mrs pip dulu ambil keputusan tak nak bekerja selepas ada lil' Iman coz tak da siapa siapa yang mrs pip boleh letakkan lil' Iman untuk dijaga. fikir nak hantar nursery, tapi time tu hot juga cerita bayi kena dera oleh pengasuh, so memang mrs pip decided biarlah mrs pip jaga sendiri anak anak. rupa rupanya, selain di dera, ada juga kes 'cabul' bayi. memang menakutkan. 

untuk parents semua, yang hantar anak kat penjaga, lepas ni pastikan kita lebih prihatin dengan anak anak kita. dan kalau cari penjaga tu, pastikan mereka boleh dipercayai. sesekali buatlah spot check, datang melawat pada waktu yang mereka tak jangka korang datang. 

sekadar berkongsi, semoga bermanfaat semua.

happy parenting.

cheers. 


dah register Sushivid tak? dapatkan kerja kerja advertorial di Sushivid. nak tahu lanjut, boleh klik perkongsian entry mrs pip yang terdahulu >>> Apa itu Sushivid <<< atau klik banner di atas untuk register.

Saturday, 28 October 2017

Blog berwajah baru tampil lebih MINIMALIST

October 28, 2017 13
Blog berwajah baru tampil lebih MINIMALIST
hi there, fuh lega rasanya blog berwajah baru tampil lebih MINIMALIST! hari tu bukan main lagi mrs pip tempah blog edit, template mrs pip yang pilih sendiri ... tapi satu hal yang mrs pip tak periksa ialah kehebatan template tersebut. korang lain kali kalau nak minta edit blog, korang sila check template yang korang nak tu bersesuaian ke tak dgn kehendak korang. masalah dgn template pilihan mrs pip hari tu ialah NO add a gadget kat bawah header, kat atas entry post dan juga kat footer. I tak pakar coding, so nak add a gadget secara friendly tu memang tak dapat ler namanya ....jadi, end up blog berwajah baru tampil lebih MINIMALIST dengan sentuhan blogger ........ (bacalah sampai habis baru tau siapa yang edit).

memang sukar bila kita tak boleh nak add a gadget secara friendly kat blog sendiri. dan the big problemo ialah mrs pip nak letakkan widget AFB kat atas blog entry. AFB ni ialah komuniti blog yang mrs pip join. Komuniti AFB ni lah yang sangat banyak membantu mrs pip belajar hal hal berkaitan blogging. kat sinilah mrs pip belajar SEO, google adsense, google analytics, product review dan sebagainya. Thanks AFB. 


bila masuk blog dan nampak kedudukan AFB menutup perenggan pertama entry post, dan I is tak reti nak adjust mcm mana nak buat AFB dan entry post tak bertindih (buat hilang mood nak berblog la pula), so end up mrs pip terpaksa buat keputusan untuk EDIT blog semula ! terpaksa blogwalking check satu satu template blogger lain, nak tengok template yang THE BEST SUIT MY TASTE ... adalah dalam 100 blogwalking juga mrs pip buat untuk tengok template kawan2 blogger, memang banyak sangat pilihan, sampai pening nak pilih mana satu ... muehehe. korang dulu pilih template, memang pilih terus berkenan kat hati eh? atau korang pun blogwalking mcm mrs pip juga?

mrs pip perlukan template yang boleh add a gadget kat bawah header, atas entry post, side bar dan footer bersama design yang minimalist. kalau dulu bukan main lagi nak design macam macam, nak kaler itu ini, tapi kali ni, biarlah minimalist sahaja ... penat nak fikir design apa, kesian kat blog designer nak layan karenah mrs pip ...

sebelum ni mrs pip tempah kat sishawa, dah dua kali blog bekerjasama dengan #sishawadesign, so kali ni mrs pip nak merasa air tangan blog editor lain pula. sebelum ni pernah nampak blogger Mayy Jie (missosesi.blogspot.my) buka tempahan edit blog, so teringat kat dia. bila mrs pip wasap, dia pun setuju nak edit blog mrs pip, harga yang Mayy Jie letakkan very affordable, dalam bajet mrs pip. so proceed dengan pilihan template dan design. end up, dalam banyak banyak blogwalking mrs pip terjah tu, akhirnya mrs pip pilih template macam blogger ana suhana. template ni nampak clean, neat, simple, minimalist, so sesuai dengan kehendak mrs pip ...

untuk design blog ni, mrs pip tukar header yang lebih simple ... cukuplah sekadar Mrs Pip just a mommy blogger ... blog ni memang pada asalnya untuk share the motherhood journey of mrs pip, so Just A  Mommy Blogger ni sangat dekat dihati mrs pip ... dan menu bar pula, mrs pip request dropdown menu, nampak teratur bila ada drop down menu ni ... menu bar no more nak panjang berjela jela ... sidebar pun sangat simple, footer pun simple je kan. dan mrs pip decide no more recent comment, top comment dan shoutbox kat footer kerana mrs pip memang dah decide nak minimalist look. hope korang suka dengan blog berwajah baru mrs pip ni ....

rasanya, Mayy Jie edit cuma dua hari blog mrs pip ni. terkejut la juga, bukan main laju Mayy Jie edit. ingatkan seminggu baru siap ... bila Mayy Jie bagitau mrs pip dah boleh check tengok blog, eh dah siap dah? .... terus MOOD BERBLOGGING kembali datang (dah down seminggu dua ni coz asyik nak fikir apa nak buat kat blog template yang tak begitu friendly sebelum ni) ....

thanks Mayy Jie for your fast and great work

apa korang fikir tentang template dan design baru blog mrs pip ni? kalau korang tengah fikir2 nak design blog mcm blog mrs pip ni, boleh terjah blog cik Mayy Jie dan tanya dia .... 

tu jer lah nak share dgn korang, thanks for reading. so happy blogging everyone.

cheers.

Friday, 27 October 2017

SEGMEN BLOGGER AKTIF 2017 – MRSZACOM

October 27, 2017 10
SEGMEN BLOGGER AKTIF 2017 – MRSZACOM
hi there,

macam agak lama mrs pip menyepi dari join sebarang blog segmen. ni semua pasal nak minta approve adsense la, tapi dah nak masuk minggu ke-4, still tiada berita daripada google adsense ni, asyik2 blog still under review. hurm, lamanya nak menunggu keputusan lulus adsense ni :(( ... jadi disebabkan masih tiada berita gembira dari adsense, mrs pip nak happykan diri, so marilah kita ikut blog segmen dari kawan-kawan blogger ... blogwalking hari ni, memang femes blog segmen SEGMEN BLOGGER AKTIF 2017 – MRSZACOM , la hari ni hari last day rupanya ... phew, nasib baik sempat nak join :)) ...


kalau nak join, kena penuhi syarat syarat yang dah ditetapkan, so mrs pip copy paste syarat syarat penyertaan untuk senang korang nak rujuk ...


Syarat-syarat penyertaan:
1. Terbuka untuk blogger Warganegara Malaysia.
2. Follow blog Mrs Za Com
3. Like Page Mrsza Com
4. Like Instagram : Mrszacom Instagram
5. Buat satu entry bertajuk “SEGMEN BLOGGER AKTIF 2017 – MRSZACOM”
6. Copy banner di atas dan backlink kan ke entry ni. ( Penting )
7. Publishkan entry, dan hantarkan URL penyertaan pada ruangan komen

Ganjaran kepada peserta yang join segmen ini:
1 x Template Blogspot
2 x Topup Maxis / Umobile / Celcom / Digi dll
10 peserta bertuah akan dipilih untuk menjadi rakan bloglist utama di blog www.mrsza.com

Tempoh Penyertaan: 26/10/2017 – 27/10/2017 ( 11.59pm)

macam mana? senang tak syarat syarat yang ditetapkan? kalau korang teda FB ke, IG ke, boleh bgtau mrsza yang korang memang tak da FB or IG ... tu saja untuk happy blogging mrs pip hari ni ... adsense oh adsense, di manakah dikau? .... korang yang lulus adsense tu, berapa lama adsense confirm application korang eh? ni 2nd application tau, yang 1st time apply tu memang tak cukup syarat, yang 2nd time ni rasanya dah cukup syarat la kot, tapi still no news from adsense ...

apapun, have a nice day everyone.

cheers.

Thursday, 26 October 2017

Our happy Monday morning at the beach

October 26, 2017 17
Our happy Monday morning at the beach


hi there, our happy Monday morning at the beach. it was Monday morning when mr.Husband just coming back home a night before after few weeks away from home, and lil’ Iman had his school-day-off from his playschool when his teacher still on leave. The weather was great on that Monday! We have been receiving so many non-stop rains few days before, but that Monday morning, the sky was bright. Oh! I love the weather, summer is in the sky T_T read full entry story of our happy Monday morning at the beach.

Summer with Summerism; our happy Monday morning at the beach 

 “Wake up darl. Let’s go to the beach with the kids. Let’s have the photoshoot with these” showing mr.Husband the white sealed package. It’s the tee shirt that I made recently. and sleepy mr.Husband replied me with his hard-to-open-eyes “what is it? photoshoot?”. 

Summer with Summerism; our happy Monday morning at the beach 

When I ordered our family tee shirt, it was secretly done just to make a little surprise for him.

Summer with Summerism; our happy Monday morning at the beach 

 “Wake up please. See what I get for us”, persuading him to wake, and when he opened his eyes, I showed him our family tee shirt “Tada!. What do you think?” I asked. He took the tee, though still a bit sleepy, he straightway wear it and said “This is great. Hey, where do you get this?”, he pulled me closer and hugged me. Later, he said “Let’s go to the beach”.

Summer with Summerism; our happy Monday morning at the beach 

We were at the beach, and the kids were so happy since they have been asking me so many times to bring them there. It was still early, and no one was there except us. It was not a crazy idea I guess to be in the beach in an early hour, right? Some more, it was Monday. When we reached there, the kids were so excited when they saw abandon boats on shore. they want to go inside the boat.

Summer with Summerism; our happy Monday morning at the beach 

mommy look, it is a boat. Can we row row the boat?” lil’ Iman asked

daddy daddy, I want to go inside” pointing at the boat and requested mr.Husband to put him inside,  but the boat was flooded by the sea water inside.

Summer with Summerism; our happy Monday morning at the beach 

We enjoyed ourselves in the beach; it’s so peaceful, only us with the kids. We were taking photos, holding hands, let the kids play run, chase, hide and seek and even tug and war, they were so happy. When they get tired, they stop and asked for the drinks and kuih. It is great to be surrounded around with the loved ones. *what a feeling*

Summer with Summerism; our happy Monday morning at the beach 

I smiled looking at mr.Husband and he said “You know what, it is a good day today for me. I have been missing you all for weeks. And here I am, spending time together  with my wife and kids. And thanks for this secretly done printed tee shirt”. I laughed and asked him “what do you think about this tee shirt?”.

Summer with Summerism; our happy Monday morning at the beach 

Tee shirt is great. Need to print few more pieces  after this”, he said. “Ok, Let’s go purchase few more pieces, but this time it is you to choose the design and wording. And no more secretly done” I said. And we laughed together.

Summer with Summerism; our happy Monday morning at the beach 

You all, if you want to have great tee shirt like us, you can always make your own customized cool tee shirt at www.summerism.com

Summerism offers a high quality tee shirt material; it is made from super soft cotton. Super soft cotton means extra comfortability, and quality is not compromised. This is what I am looking for – a good high quality comfortable tee shirt with a great design T_T
And the kids love their tee shirt as well. When we reached home that day after coming back from the beach, the kids refused to take off their tee shirt. I need to clean their tee shirt since it was covered by sand.

Summer with Summerism; our happy Monday morning at the beach 

no mommy no, don’t take off my tee shirt” >>> they were so excited wearing the glittered tee shirt.
mommy see, got ABC on my tee shirt. it is mine, mommy” >>> it’s not ABC sweetheart, it’s your name.
mommy, I have gold on my tee shirt” >>> yes, we have the gold glitter vintage printed tee shirt.

Summer with Summerism; our happy Monday morning at the beach 

At Summerism, they have great selection of designs and colors for the tee shirt. I choose the vintage design – the gold glitters come with the lucky numbers. Oh yes, if you want to have this cool tee shirt, I’ve shared how to get this cool tee in my previous entry >>> Cool tee shirt from Summerism <<<. Check it out babes.

Summer with Summerism; our happy Monday morning at the beach 

If you want to get yours, wait! By using special promo code mrspip30%, you will get 30% discount upon check out.  What are you waiting for?

Summer with Summerism; our happy Monday morning at the beach 

#summerism #ootd #happyfamily #mondaymorning #beachisagreatplacetohavesummer

and check mrs pip summerism photos in IG, click >>> mrspipIG <<<  

cheers.   

Wednesday, 25 October 2017

Resepi ringkas sardin roll

October 25, 2017 17
Resepi ringkas sardin roll
hi there,

selamat pagi semua. dah sarapan belum? kalau dah, korang sarapan apa pagi pagi ni? mrs pip sarapan bersarapan ringkas saja, tapi cukup mengenyangkan; sardin roll. siapa suka makan sardin? kalau suka makan sardin, bolehlah cuba resepi ringkas sardin roll mrs pip ni. tapi resepi ringkas sardin roll ni mrs pip buat ikut suka hati mrs pip tau, selera masing masing kan ...

Resepi ringkas sardin roll
selain dimakan ketika sarapan, sardin roll ni pun best juga dibawa sebagai bekal dalam bento box untuk ke tempat kerja, atau yang nak ber-road trip ... boleh kudap kudap dalam kereta T_T

Resepi ringkas sardin roll
bahan bahan pun tak guna banyak sangat ...

250 gram tepung,
1 tin sardin,
air sejuk
50 gram mentega,
1 biji bawang besar,
2 ulas bawang putih,
garam secukupnya,
sedikit air asam jawa
sedikit sos tiram

Resepi ringkas sardin roll
 cara membuat:-

1/mula mula kena sediakan doh dulu ... gaul tepung dan mentega bersama, kemudian masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh tadi tidak melekat di tangan, kira macam kalau buat bola bola tu, doh tu tak lekat kat tangan ...

2/ buat bola bola kecil. agak agak saiz yang tidak terlalu besar tidak terlalu kecil, boleh lipat selepas sardin dimasukkan nanti ... letak tepi sekejap.

3/ toskan air sardin dan hancurkan sardin di dalam mangkuk.

4/ cincang bawang putih dan bawang besar.

4/ panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau, masukkan sardin dan tambah sedikit air asam jawa (untuk hilangkan bau hanyir sardin), masukkan garam dan sos tiram secukupnya ... kalau yang suka sardin pedas, tambahlah hirisan cili padi atau sedikit cili boh ... dah siap, letak tepi.

5/ gelek bebola doh yang kecil tadi untuk dileperkan. kemudian letak satu sudu besar sardin yang ditumis tadi (jumlah sardin mengikut kesesuaian saiz doh) di atas doh yang sudah dileperkan.

6/ ikut kreativiti masing masing, lipat doh tadi kemas kemas sehingga sardin dibungkus sepenuhnya dengan elok.

Resepi ringkas sardin roll
7/ dah siap semua doh diisi sardin, bolehlah mula menggoreng ...

8/ dah siap goreng, bolehlah menjamu selera.

bon apetit!

macam mana? senang tak nak siapkan sardin roll ni? tu saja kongsi simple recipe yang tidak seberapa dari dapur mrs pip ... makan panas panas, memang best sambil layan drama kegemaran.

cheers.


klik banner untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dimsum

korang layan tak drama drama dari Thailand, China dan Korea? boleh try guna DIMSUM. Dimsum ni web hosting untuk dramas / movies / shows dari Asian, kalau tak silap sebulan kena bayar RM15. tapi sebelum nak membayar tu, boleh korang TRY dulu 30 DAYS FREE TRIAL, kalau suka baru korang subscribe. #justforsharing

Monday, 23 October 2017

Cara nak shopping kat SGShop

October 23, 2017 31
Cara nak shopping kat SGShop


hi there, ada tak sesiapa yang pernah shopping kat SGShop? maybe yang pernah shopping tu dah tahu macam mana nak guna platform shopping kat SGShop kan, tapi maybe ada juga yang belum pernah atau nak guna tapi tak tahu mcm mana cara nak shopping kat SGShop, so mrs pip share kat korang CARA NAK SHOPPING KAT SGSHOP, semoga urusan pembelian korang lebih mudah selepas baca entry mrs pip ni ...

Cara nak shopping kat SGShop

mrs pip tahu SGSHOP ni quite sometimes ago, cuma seingat mrs pip waktu tu SGSHOP berpengkalan di Singapore kalau tak silap. well, once upon a time, mrs pip ialah pembeli tegar TAOBAO.COM, so dalam nak mencari agen taobao tu, mrs pip terjumpa SGSHOP, tapi time tu tak reti nak guna mcm mana, and tak yakin takut menipu ke apa kan ... but now, mrs pip dah celik SGShop selepas menang beberapa credit giveaway dari SGShop, muehehe ....

step 1:

Cara nak shopping kat SGShop

seperti biasa, bila korang nak shopping kat mana mana online website, kena create account dulu. so sama juga kat SGShop, korang create account dulu ... masukkan email, username dan password kemudian register.

bab phone number tu, selepas korang dah register nanti, login dulu kat akaun korang, kemudian baru korang confirm phone number korang. kenapa nak phone number pula? kat SGShop ni, bila korang buat pembelian, semua update akan di-SMS-kan terus ke phone korang T_T

step 2:

Cara nak shopping kat SGShop

dah login, korang boleh nampak akaun korang mcm kat atas tu ... untuk permulaan, akaun korang maybe belum ada duit, yang tu korang kena transfer duit masuk kat SGShop menggunakan internet banking ... dah ada duit, barulah boleh shopping ... tak pun time shopping nanti, baru transfer pun boleh ...

MY POINTS, yang ni korang akan dapat bilamana lepas korang purchase barang, and barang dah sampai, korang klik received parcel lepas tu buat simple review on the spot. dapatlah points, dan points ni boleh tukar ke bentuk ringgit ...

step 3:

Cara nak shopping kat SGShop

dalam SGShop account nanti, korang boleh check sidebar sebelah kiri, ada MEMBER SETTINGS kan, so mrs pip syorkan siapkan yang ini dulu ... yang pertama, sila UPDATE CONTACT NUMBER kerana ni penting untuk SGShop hantar info kat korang selepas korang buat pembelian. lagipun kalau tak UPDATE CONTACT NUMBER (one time update only) ni, pembelian tidak dapat dibuat.

kemudian UPDATE MAILING ADDRESS pula ... sekiranya pekan atau peti surat korang tak tersenarai kat dalam pilihan mailing address ni, korang jgn risau pula ... mcm mrs pip, hari tu daerah Membakut memang tak masuk, peti surat pun tak detect, tapi mrs pip LIVE CHAT dengan SGSHOP, tak lama,maybe dalam seminit dua dah update pekan dan peti surat  masuk dalam senarai pilihan mailing address ...

satu lagi PAYMENT PASSWORD, yang ni pun kena update kerana setiap kali korang buat pembelian, SGSHOP akan request payment password. jadi buat yg ni juga ... sekiranya one day korang lupa password bab yg ini, korang anytime boleh request password yang lain ...

step 4:

Cara nak shopping kat SGShop

dah buat step 3 tadi, jadi bolehlah memulakan shopping anda ... kat SGShop ni, ada item biasa dan item SMARTSHOP. apa bezanya?

untuk item biasa, bila korang nak purchase, korang kena bayar dulu harga barang. dah bayar, kena tunggu barang dihantar ke warehouse, dah sampai warehouse nanti, SGShop akan update berapa lagi korang nak bayar utk kos penghantaran. kat sini, yang merisaukan, barang harga dah cantik, affordable, tapi tup tup kos penghantaran pula mahal ... alamak! mcm mrs pip memang sebaik mungkin akan cari barang yang ada simbol SMARTSHOP.

untuk SMARTSHOP pula, korang boleh nampak simbol warna biru kat atas sebelah kanan gambar mcm kat gambar di atas tu ....

step 5: 

Cara nak shopping kat SGShop


untuk item SMARTSHOP macam ni, once korang dah add to cart nanti, dan rasanya dah nak bayar, nanti korang akan terus dapat harga postage sekali, so at least korang boleh rasa lega coz dah tahu harga postage tu brapa ...

step 6: 

Cara nak shopping kat SGShop

bila korang beli barang, CART korang akan dibagi dua ... satu untuk CART barang biasa, nampak tak kat atas tu ada tulis 'CHINA' , tu lah barang2 yang perlu dihantar ke warehouse, korang kena bayar dulu harga barang, later baru bayar postage ... kalau postage mahal gila2 dari harga barang, korang nak tak proceed buat payment? mcm rugi jer kan ...

untuk barang SMARTSHOP, korang akan dapat harga total semua barang, kemudian korang perlu klik NEXT untuk pilih postage mana satu yang korang nak ....

step 7:

Cara nak shopping kat SGShop

mcm mrs pip beli cardigan + messenger beg hari tu, mrs pip mrs pip pilih shipping ECONOMY AIR, harga perlu bayar RM36 ringgit ... kalau nak murah, SEA SHIPPING ler, tapi hari tu beza cuma RM5, so tak nak lah SEA SHIPPING kan ... kalau guna SEA SHIPPING ni, barang sampai memang lama jugaklah, dalam beberapa minggu ...

step 8:

Cara nak shopping kat SGShop

dah pilih POSTAGE, klik NEXT, akan keluar jumlah harga barang + harga shipping ... kalau korang rasa OK nak proceed payment, so bolehlah klik butang PAY ...

step 9:

Cara nak shopping kat SGShop

nanti akan keluar pilihan mcm kat atas, nak bayar guna cara mana satu ... pilihan masing masing. mcm mrs pip menang credit giveaway, so guna apa yang ada kat dalam account mrs pip tu lah ...

step 10:


Cara nak shopping kat SGShop

dah pilih cara nak bayar, klik NEXT, nanti SGShop akan request PAY PASSWORD yang korang dah setting awal awal tadi kat STEP 3 tu ...

step 11:

Cara nak shopping kat SGShop

bila korang dah bayar, nanti boleh check kat MY ORDER status barang korang ...  even kalau korang tak buat payment, tapi barang dah masuk CART, korang boleh jer check kat MY ORDER, tengok ada pending payment ke tak ...

pendek kata kat MY ORDER ni adalah tempat korang check status barang korang ...

step 12:

Cara nak shopping kat SGShop

let say, korang dah bayar, dan nak tunggu barang sampai ... SGShop akan SMS dan EMAIL korang status barang korang ... dah sampai warehouse , dah keluar warehouse untuk pengeposan ... korang boleh check TRACK PARCEL dan lihat perjalanan barang korang tu ....

step 13:


Cara nak shopping kat SGShop
gambar atas ni menunjukkan barang mrs pip dah sampai kat mana ... nampak tak, shipped pada 25/9 dan sampai Kota Kinabalu pada 27/9 ... kemudian barang tu mrs pip terima ditangan pada 30/9 ... ye lah kan, ambil masa juga nak bawa dari Kota Kinabalu ke Pekan Membakut ni ... 5 hari sahaja dah terima barang .... happy sangat ....

Cara nak shopping kat SGShop

ini adalah antara barang barang yg mrs pip beli kat SGShop menggunakan duit kemenangan credit giveaway hari tu, antaranya beberapa helai tshirt untuk mr.Husband, beberapa helai tshirt+seluar untuk lil' Iman dan lil' Amin, sandal, beg, cardigan, jaket dan lapis meja.

kualiti ok ke tak? so far barang barang yang mrs pip pilih kualiti tidak mengecewakan, jahitan untuk pakaian dan lapis meja memang kemas dan bukan cincai ... beg dan kasut pun kualiti bagus ... 

nak tahu cara untuk beli kasut secara online, risau kasut tak muat atau terlebih besar, mrs pip ada kongsikan kat entry >>> TIPS UNTUK BELI KASUT SECARA ONLINE <<< semoga tips beli kasut tu membantu korang yg nak beli kasut secara online ok ...

hope apa yang mrs pip kongsikan ni membantu korang untuk membeli belah dengan lebih cekap di SGShop ... happy shopping everyone ...

cheers. 


klik banner

kalau korang kaki online shopping mcm mrs pip, korang juga wajib terjah website shopback. Shopback merupakan laman web yang memberikan CASHBACK selepas korang shopping kat website website terkemuka di Malaysia seperti Lazada, Zalora, Hermo, 11th Street, dan banyak lagi .... klik banner untuk register SHOPBACK.

Thursday, 19 October 2017

Sambutan The Grandparents Day di PAPN Membakut

October 19, 2017 8
Sambutan The Grandparents Day di PAPN Membakut
hi there,


mrs pip baru tahu, The Grandparents Day sambutan untuk warga tua disambut serentak seluruh Malaysia setiap 1 Oktober ... dapat info ni pun dari ketua pendidik kat playschool lil' Iman ... nasib baik datang mesyuarat bulanan persatuan ibubapa dan pendidik hari tu, kalau tak memang ketinggalan informasilah mrs pip ni ...

tunjuk mana atuk nenek ....
semua tunjuk kat nenek memasing

sewaktu mesyuarat tu, ketua pendidik bagitaulah nak celebrate The Grandparents Day ni, nak minta atuk and nenek datang ke playschool kalau boleh. nak memeriahkan sambutan ni juga. untuk Pusat Anak Permata Negara (PAPN), sambutan ni dibuat serentak seluruh negara pada 1 Oktober tu nanti, tapi memandangkan 1 Oktober tu hari Ahad, jadi dicadangkan dibuat pada Jumaat 29/Sept ... kalau hari Ahad, confirm ramai yang sukar nak datang kerana terikat dengan komitmen keluarga masing masing kan ...

mak, kita poco poco dulu aaarrr
mak ok tak?
mak jawab "boleh saja bah"

cikgu bagitaulah aktiviti untuk The Grandparents Day ni .... mereka cadang nak buat aktiviti atuk/nenek menanam pokok bunga bersama cucu. selain tu cikgu plan nak bersenam menari poco poco jugak ... alamak, mak mertua aku mana nak dancing dancing bagai mcm ni!

lil' Iman happy giler bila tau poh poh dtg
lepas tu happy berganda bila tau dapat tanam bunga

tau ja nak celebrate The Grandparents Day ni, lepas mesyuarat tu tak tunggu nak balik rumah ke apa, terus wasap mak mertua ... "boleh tak datang Jumaat ni pi sekolah Iman, ada sambutan The Grandparents Day, mau buat tanam pokok bunga nenek bersama cucu?" ... lebih kurang mcm tu lah bunyi wasap mrs pip ... muehehe, tak sebut pun bab poco poco tu .... kang sebut mak mertua tak nak datang lah pulak ....

atuk nenek memasing dgn cucu tanam bunga

mak mertua tak ambil masa yang lama , terus jawab wasap mrs pip "ok" .... terus lega, ok mak mertua datang .. mesti lil' Iman happy tetiba tengok poh-poh datang sekolah ... dah lah lil' Iman ni manja kat poh-poh ... eh, rasanya mak mertua aku ni, semua cucu pun manja kat dia ... dari cucu cucu yang kecil sampai yang dah besar panjang pun manja juga kat dia ... terus terang nak cakap, mak mertua mrs pip jenis caring and sporting T_T mudah didampingi ...

yang atuk nenek tak dtg,
meh share nenek kawan lain T_T

ramai juga Grandparents yang menghadirkan diri ... sporting jer semua atuk nenek ni ... time poco poco tu, semua pun layan saja acara bersenam tu, ada yang siap mmg boleh menari dgn baik, ada yang gelak gelak coz 1st time nak buat ... mrs pip pun mmg tak pernah menari poco poco ni ... tapi lagu ni mrs pip mmg dah lama tau since 2002 time kerja kat Kunak dulu ... dulu kat Kunak, femes arrrr lagu ni ....

budak manja dgn nenek
kalau boleh nak berkepit jer la kan

lil' Iman nampak saja poh-poh datang sekolah, bukan main kau anak, dah tak nak tengok mommy dah ... asyik nak berkepit dgn si poh-poh ... time nak tanam bunga, suka lah lil' Iman tu, tak sabar sangat nak scoop tanah masuk pasu ...

lepas tu tengok kawan kawan lil' Iman yang lain pun sama, semua budak budak ni happy dapat beraktiviti dengan atuk nenek memasing ... ada atuk nenek yang datang tu memang tak berapa sihat, tapi still datang juga kat playschool untuk sambutan The Grandparents Day tu ...

gambar kenangan

dah siap tanam bunga semua, apalagi kita gambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan bersama ... lepas ni tak tau bila lagi nak ada aktiviti cenggini ... bila mrs pip perhatikan semua yang datang masing masing happy dengan cucu buat aktiviti, terus teringat kat arwah nenek ...

emo sekejap ... arwah nenek tak layan sangat bab tanam bunga ni, tapi bab memasak, memang best aaarrrr, arwah nenek memang kalau masak sedap sangat bagi mrs pip ... tiap kali pi rumah arwah nenek, mesti first thing nenek tanya "dah makan? kalau tak pi cari makanan kat dapur ..." .... rasanya korang pun ada kenangan dengan nenek memasing kan ...

sesi terima hadiah

dah siap acara tanam bunya tu, kembali semula dalam classroom ... sejuk sejukkan badan lah dulu ... semua anak anak diminta duduk bersama atuk nenek memasing ... kemudian cikgu bagitau nak bagi gift sebagai tanda terima kasih datang ke playschool ni untuk sambutan The Grandparents Day .... dan diminta cucu masing masing datang mengiringi atuk nenek untuk terima gift tersebut ....

nampak tak mana lil' Iman?

time terima gift tu, lil' Iman pun bawalah poh-poh pi ambil gift tu kan, tapi lepas tu lil' Iman cakap, gift tu dia punya, bukan poh-poh punya ... isk isk anak aku ni! .... siap bgtau mrs pip, nanti balik rumah, dia nak gift tu ... eh, serus tau bila lil' Iman baik petang tu, memang menangis dia nak gift yang poh-poh dapat ... tak tau malu lil' Iman ni, nangis minta hak orang , grrrr .....

kita makan dulu
semua dah lapar

acara yang bermula sekitar jam 9.30 pagi, berakhir dengan makan makan ... yeah! kita makan dulu ... makanan ni cikgu yang belanja sepenuhnya, parents tak buat potluck ... cuma minuman tu jer lah kitorang tolong bancuh ... mrs pip beli ais jer, yang membancuhnya seperti selalu mama afif yg tolong bancuhkan ... sekitar jam 11 pagi tu,, semuanya selesai dan kitorang pun bersurai T_T

korang mcm mana pula? ada tak sambutan The Grandparents Day kat sekolah anak anak korang? kalau ada, meh la share apa aktiviti yang dibuat sempena The Grandparents Day tu ....

thanks for reading, xoxo ...

cheers.

suka shopping online? dapatkan penjimatan wang melalui dengan Shopback