Sambutan The Grandparents Day di PAPN Membakut

hi there,


mrs pip baru tahu, The Grandparents Day sambutan untuk warga tua disambut serentak seluruh Malaysia setiap 1 Oktober ... dapat info ni pun dari ketua pendidik kat playschool lil' Iman ... nasib baik datang mesyuarat bulanan persatuan ibubapa dan pendidik hari tu, kalau tak memang ketinggalan informasilah mrs pip ni ...

tunjuk mana atuk nenek ....
semua tunjuk kat nenek memasing

sewaktu mesyuarat tu, ketua pendidik bagitaulah nak celebrate The Grandparents Day ni, nak minta atuk and nenek datang ke playschool kalau boleh. nak memeriahkan sambutan ni juga. untuk Pusat Anak Permata Negara (PAPN), sambutan ni dibuat serentak seluruh negara pada 1 Oktober tu nanti, tapi memandangkan 1 Oktober tu hari Ahad, jadi dicadangkan dibuat pada Jumaat 29/Sept ... kalau hari Ahad, confirm ramai yang sukar nak datang kerana terikat dengan komitmen keluarga masing masing kan ...

mak, kita poco poco dulu aaarrr
mak ok tak?
mak jawab "boleh saja bah"

cikgu bagitaulah aktiviti untuk The Grandparents Day ni .... mereka cadang nak buat aktiviti atuk/nenek menanam pokok bunga bersama cucu. selain tu cikgu plan nak bersenam menari poco poco jugak ... alamak, mak mertua aku mana nak dancing dancing bagai mcm ni!

lil' Iman happy giler bila tau poh poh dtg
lepas tu happy berganda bila tau dapat tanam bunga

tau ja nak celebrate The Grandparents Day ni, lepas mesyuarat tu tak tunggu nak balik rumah ke apa, terus wasap mak mertua ... "boleh tak datang Jumaat ni pi sekolah Iman, ada sambutan The Grandparents Day, mau buat tanam pokok bunga nenek bersama cucu?" ... lebih kurang mcm tu lah bunyi wasap mrs pip ... muehehe, tak sebut pun bab poco poco tu .... kang sebut mak mertua tak nak datang lah pulak ....

atuk nenek memasing dgn cucu tanam bunga

mak mertua tak ambil masa yang lama , terus jawab wasap mrs pip "ok" .... terus lega, ok mak mertua datang .. mesti lil' Iman happy tetiba tengok poh-poh datang sekolah ... dah lah lil' Iman ni manja kat poh-poh ... eh, rasanya mak mertua aku ni, semua cucu pun manja kat dia ... dari cucu cucu yang kecil sampai yang dah besar panjang pun manja juga kat dia ... terus terang nak cakap, mak mertua mrs pip jenis caring and sporting T_T mudah didampingi ...

yang atuk nenek tak dtg,
meh share nenek kawan lain T_T

ramai juga Grandparents yang menghadirkan diri ... sporting jer semua atuk nenek ni ... time poco poco tu, semua pun layan saja acara bersenam tu, ada yang siap mmg boleh menari dgn baik, ada yang gelak gelak coz 1st time nak buat ... mrs pip pun mmg tak pernah menari poco poco ni ... tapi lagu ni mrs pip mmg dah lama tau since 2002 time kerja kat Kunak dulu ... dulu kat Kunak, femes arrrr lagu ni ....

budak manja dgn nenek
kalau boleh nak berkepit jer la kan

lil' Iman nampak saja poh-poh datang sekolah, bukan main kau anak, dah tak nak tengok mommy dah ... asyik nak berkepit dgn si poh-poh ... time nak tanam bunga, suka lah lil' Iman tu, tak sabar sangat nak scoop tanah masuk pasu ...

lepas tu tengok kawan kawan lil' Iman yang lain pun sama, semua budak budak ni happy dapat beraktiviti dengan atuk nenek memasing ... ada atuk nenek yang datang tu memang tak berapa sihat, tapi still datang juga kat playschool untuk sambutan The Grandparents Day tu ...

gambar kenangan

dah siap tanam bunga semua, apalagi kita gambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan bersama ... lepas ni tak tau bila lagi nak ada aktiviti cenggini ... bila mrs pip perhatikan semua yang datang masing masing happy dengan cucu buat aktiviti, terus teringat kat arwah nenek ...

emo sekejap ... arwah nenek tak layan sangat bab tanam bunga ni, tapi bab memasak, memang best aaarrrr, arwah nenek memang kalau masak sedap sangat bagi mrs pip ... tiap kali pi rumah arwah nenek, mesti first thing nenek tanya "dah makan? kalau tak pi cari makanan kat dapur ..." .... rasanya korang pun ada kenangan dengan nenek memasing kan ...

sesi terima hadiah

dah siap acara tanam bunya tu, kembali semula dalam classroom ... sejuk sejukkan badan lah dulu ... semua anak anak diminta duduk bersama atuk nenek memasing ... kemudian cikgu bagitau nak bagi gift sebagai tanda terima kasih datang ke playschool ni untuk sambutan The Grandparents Day .... dan diminta cucu masing masing datang mengiringi atuk nenek untuk terima gift tersebut ....

nampak tak mana lil' Iman?

time terima gift tu, lil' Iman pun bawalah poh-poh pi ambil gift tu kan, tapi lepas tu lil' Iman cakap, gift tu dia punya, bukan poh-poh punya ... isk isk anak aku ni! .... siap bgtau mrs pip, nanti balik rumah, dia nak gift tu ... eh, serus tau bila lil' Iman baik petang tu, memang menangis dia nak gift yang poh-poh dapat ... tak tau malu lil' Iman ni, nangis minta hak orang , grrrr .....

kita makan dulu
semua dah lapar

acara yang bermula sekitar jam 9.30 pagi, berakhir dengan makan makan ... yeah! kita makan dulu ... makanan ni cikgu yang belanja sepenuhnya, parents tak buat potluck ... cuma minuman tu jer lah kitorang tolong bancuh ... mrs pip beli ais jer, yang membancuhnya seperti selalu mama afif yg tolong bancuhkan ... sekitar jam 11 pagi tu,, semuanya selesai dan kitorang pun bersurai T_T

korang mcm mana pula? ada tak sambutan The Grandparents Day kat sekolah anak anak korang? kalau ada, meh la share apa aktiviti yang dibuat sempena The Grandparents Day tu ....

thanks for reading, xoxo ...

cheers.

suka shopping online? dapatkan penjimatan wang melalui dengan Shopback

Post a Comment

8 Comments

  1. Seronoknya ada banyak aktiviti boleh di lakukan. Semua aktiviti tu aktiviti kegemaran warga tua kan mrs pip. Ana pun br tau tentang grandparent day bila baca entri mrs pip ni.

    ReplyDelete
  2. Wow..Meriah..Saya pun dah jadi nenek(sedara) on that day..My niece deliver on 1st Oct lepas..Huhu

    ReplyDelete
  3. Wah, happy family sangat kak Phi. Terbaik. :D

    ReplyDelete
  4. jarang org raikan grandparents. baguslah aktiviti mcm ni

    ReplyDelete
  5. blogwalking sini.. jemput ke tmpt sy pula =)

    ReplyDelete
  6. Hehe... Atuk dan nenek pun perlu diraikan... sebab TU ada Grandparents day ni. kena ingat la tarikh tu mulai hari ni. 1 Okt setiap tahun :D

    ReplyDelete
  7. ooo baru tahu kewujudan "Grandparents'Day". Bagus ni, ajar budak2 menghargai atok nenek dorang kan. Hargai orang tua. :)

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.