Surirumah juga satu KERJAYA

hi there,

siapa kat sini surirumah? angkat tangan tinggi tinggi ... yeah! kita geng ... ekceli kan, surirumah ni bukan sahaja mereka yang bergelar isteri dan duduk di rumah, bagi mrs pip la kan, surirumah juga ialah mereka yang sudah berkahwin, samaada bekerjaya atau tak, semuanya tetap surirumah ...

cuma, bezanya surirumah sepenuh masa atau tak ... siapa yang happy jadi surirumah sepenuh masa? angkat tangan tinggi tinggi ... yeah! kita seangkatan ... mrs pip pun happy jadi surirumah sepenuh masa ... ada yang bertanya kat mrs pip "tak rasa rugi ka dah tak jadi engineer? jadi stay at home mom pula? full time housewife? " *soalan ni nnt mrs pip jawab kat entry akan datang, insyaallah*

.... muehehe, korang yang seangkatan dgn mrs pip, pernah tak menyesal memilih jadi surirumah sebagai KERJAYA korang? .... jom layan perbualan antara seorang kaunselor bersama seorang suami, (En. Zainal bukan nama sebenar) ... what say you ?

kredit: pexels.com


Isteri Tak Bekerja? - Isteri Tak Bekerja?

kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : isteri pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Isteri saya yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Isteri bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : isteri yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, isteri buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Isteri kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Isteri buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian isteri bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting dan layak digelar PENGURUS RUMAHTANGGA dan Bukannya SURIRUMAH.

Lepas ni isi borang anak2 sekolah, pekerjaan ibu = PENGURUS RUMAHTANGGA...ingat tu ye wahai para bapak sekalian...😄😄😄

TAHNIAH KEPADA PARA "PENGURUS RUMAHTANGGA" KERANA TELAH MENJADI PENGURUS YANG BERJAYA.....

sekadar pendapat peribadi ... apapun kerjaya anda, jangan pernah memandang rendah terhadap kerjaya orang lain. kita saling memerlukan diantara lain dengan yang lain. dan lakukanlah kerjaya kalian dengan penuh keikhlasan, semoga mendapat rahmat dari yang Maha Esa ...
dikongsi dari group whatsapp, semoga perkongsian ini mendapat manfaat semua ...

jangan lupa join Happy Giveaway by Mrs Pip ya ...

Happy Giveaway by Mrs Pip ( 28/8/17 - 16/9/17 )


cheers.

6 comments:

  1. mentaliti orang.. Kerja tu hanya untuk yang berkerjaya sedangkan manusia yang hidup tak kita berkerjaya atau tak memang bekerja termasuk suri rumah. Kalau pekerjaan suri rumah ni bukan satu kerjaya.. Tak ada istilah orang gaji. Depa pun di gajikan untuk buat kerja2 rumahtangga juga

    ReplyDelete
  2. Bukan kerjaya tetapi kerja yang tak habis2.

    ReplyDelete
  3. Surirumah pun engineer kan Mrs Pip. Domestic engineer. Hihi, mama saya juga seorang domestic engineer mcm Mrs.Pip.

    ReplyDelete
  4. Surirumah juga satu kerjaya.. Hanya mereka yang tak memahami je tak pandai menghargai.. Chayook chayook surirumah..

    ReplyDelete
  5. setuju!! surirumah kalau takde susah tau hidup si suami

    ReplyDelete
  6. Suri rumah pun bekerja jugakk.memasak,mengemas,lipat baju

    ReplyDelete

Powered by Blogger.