MrsPipDotCom: Housewife life
News Update
Loading...
Showing posts with label Housewife life. Show all posts
Showing posts with label Housewife life. Show all posts

Thursday, 28 May 2020

3 jenis tuntutan selepas bercerai yang boleh dibuat oleh bekas isteri

3 jenis tuntutan selepas bercerai yang boleh dibuat oleh bekas isteri

hi there, perkahwinan merupakan ikatan suci antara lelaki dan wanita yang dibenarkan untuk berkahwin. setiap insan yang berumahtangga, mengimpikan perkahwinan kekal hingga ke syurga, namun ada yang terlerai dipertengahan jalan.

dan untuk itu, perlu untuk wanita tahu tuntutan yang boleh dikemukan kepada bekas pihak suami ...sama sama kita ketahui apa 3 tuntutan yang boleh dikemukakan kepada bekas suami ...


3 jenis tuntutan selepas bercerai yang boleh dibuat oleh bekas isteri


#1 – Tuntutan Muta’ah
Muta’ah ialah sejumlah harta di mana suami wajib memberikan kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi. Perceraian itu pula bukanlah berpunca dari isteri dan bukan kerana kematian suami.

Ia boleh diberikan dalam bentuk pakaian, barang-barang atau wang. Namun, ia mestilah sesuai dengan keadaan dan kedudukan suami. Oleh itu, kadar muta’ah adalah bergantung kepada keredaan dan persetujuan suami isteri.

Tapi, ada masanya suami dan isteri bertelingkah mengenai kadar muta’ah. Maka, pada masa ini Mahkamah Syariah akan menggunakan budi bicaranya untuk memutuskan kadar yang patut diberikan kepada isteri.

Penetapan ini masih berdasarkan kepada kemampuan suami. Wanita yang mempunyai pendapatannya sendiri juga boleh menuntut muta’ah jika perceraian itu berlaku atas kehendak suami.

Mengapa Islam membenarkan pemberian Muta’ah?

Ini kerana isteri lazimnya bergantung hidup dengan suami. Perceraian sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bekas isteri yang secara tiba-tiba kehilangan tempat bergantung. Maka, Muta’ah dapat membantu bekas isteri untuk belajar berdikari dan memulakan hidup baru.

Persepsi masyarakat kepada wanita yang diceraikan juga adalah suatu perkara yang diambil kira dalam kewujudan Muta’ah. Masyarakat menganggap adanya keaiban dalam diri wanita yang diceraikan. Perkara ini menimbulkan rasa malu kepada isteri. Maka, Muta’ah merupakan penjelasan yang perceraian bukan berpunca dari bekas isteri.

Selain itu, Muta’ah juga merupakan tanda penghargaan suami terhadap isteri di atas sumbangan dan peranan yang diberikan oleh isteri.


Ada beberapa ayat Al-Qur’an yang menyebut tentang Muta’ah iaitu:

“Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) Muta’ah menurut yang ma’ruf sebagai suatu kewajipan bagi orang-orang yang bertaqwa.Surah al-Baqarah 2:241
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang eddah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu berilah Mutaah (pemberian sagu hati) kepada mereka dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya!”Surah al-Ahzab 33:49

#2 – Tuntutan Nafkah Eddah
Eddah ialah waktu tertentu yang perlu dilalui oleh seorang perempuan sebelum dia boleh bernikah dengan lelaki lain. Pada waktu ini, suami dan isteri berpeluang untuk berfikir semula ketika merasai pengalaman melalui perceraian.

Isteri yang diceraikan dalam talak raj’ie (talak boleh dirujuk) berhak mendapat nafkah dengan syarat:-


2.1 – Isteri Diceraikan Secara Talak Raj’ie

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya.”Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i
“Isteri yang ditalak raj’ie wajib mendapat hak nafkah eddah tidak kira sama ada ia merdeka, hamba, mengandung atau tidak mengandung.”
Kitab al-Fiqhu Mazahib ‘Ala al-Arba’ah, Juzuk 4 karangan ‘Abd al-Rahman al-Jazini


2.2 – Isteri Yang Hamil

Keletihan sedang hamil dan tekanan perasaan akibat perceraian akan mengganggu kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Oleh itu, isteri yang hamil dan ditalak dengan talak ba’in (tidak boleh dirujuk) berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat tinggal sehingga anak itu lahir.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Kalau mereka itu hamil maka berilah nafkah kepada mereka hingga mereka melahirkan anaknya.”
Surah at-Talak 65:6


2.3 – Bukan Ditalak Ba’in

Jumhur fuqaha menetapkan bahawa perempuan tidak hamil yang dicerai secara talak ba’in, tidak berhak mendapat nafkah, pakaian, dan tempat kediaman. Ini merujuk kepada ketika Nabi Muhammad s.a.w mengulas mengenai talak tiga baginda menyatakan (maksud):

“Tidak ada hak untuknya bagi tempat kediaman dan nafkah.”
Riwayat Ahmad dan Muslim
Walau bagaimanapun menurut Hanafi, perempuan dalam kes ini berhak mendapatkan nafkah kerana Allah s.w.t berfirman:

“Berikanlah mereka itu tempat kediaman sebagaimana tempat kediaman kamu dari kekakayaan kamu.”
Surah at-Talak 65:6

2.4 – Bukan Disebabkan Kematian Suami

Isteri yang dalam eddah kerana kematian suami tidak berhak mendapat nafkah eddah meskipun ia dalam hamil. Mengenai perkara ini Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan:

“Tidaklah mendapat nafkah bagi perempuan hamil yang kematian suami.”
Riwayat Daruqutni

2.5 – Bukan Isteri Yang Nusyuz

“Apabila seorang isteri nusyuz maka gugurlah hak isteri untuk menerima nafkah, pakaian dan giliran.”
Kitab Kifayat Akhyar Juz 29 halaman 4

#3 – Tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak)
Ibu bapa masih bertanggungjawab kepada anak-anak apabila berlaku perceraian. Cuma setelah berlakunya penceraian, maka anak-anak perlu dipelihara dan dijaga oleh salah seorang dari ibu bapa kerana mereka tidak lagi hidup bersama.

Hadhanah bermakna penjagaan anak lelaki atau perempuan yang masih kecil yang belum boleh berdikari, menjaga kepentingan anak, melindunginya dari segala yang membahayakan dirinya, mendidik rohani dan jasmani serta akalnya supaya si anak dapat berkembang dengan baik.

Ibu adalah lebih berhak terhadap pemeliharaan anak yang berada di bawah usia mumaiyiz. Ini kerana ibu lazimnya lebih menyayangi anak, tahu mendidik, bersabar dalam memelihara mereka, dan meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak.

Merujuk kepada kitab Subul al-Salam, seorang perempuan telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya: 

‘'Ya Rasulullah, bahawa anakku ini, dalam perut akulah kandungannya, susu akulah minumannya dan ribaan aku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripadaku.”


Selepas mendengar aduan itu Rasulullah s.a.w bersabda:

“Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain.”
Riwayat Abu Daud

Walaupun begitu, hak hadhanah akan telucut sekiranya si isteri itu tidak mempunyai salah satu syarat sepertimana berikut:-


“Dan syarat-syarat hadhanah itu tujuh perkara, iaitu berakal, merdeka, beragama, lemah lembut, amanah, tidak bersuami, dan bermukim. Sekiranya kurang salah satu syarat itu, maka gugurlah hak hadhanah itu.”

Anak-anak yang sudah mumaiyiz pula diberikan pilihan untuk menentukan siapa penjaga mereka iaitu di antara ibu dan bapa.

“Bahawa Rasulullah s.a.w telah menyuruh seorang anak yang sudah mumayyiz supaya memilih sama ada ibu atau bapa yang dia suka tinggal.”
Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah

Tapi, jika anak berdiam diri, hak diberikan kepada ibu kerana kepentingan anak adalah lebih penting berbanding hak penjaganya.

Berkata Ibnu Qaiyim:

“Sesungguhnya kita menyerahkan anak kepada bapa atau ibunya bertujuan untuk menjaga kemaslahatan anak. Kalau anak tinggal bersama ibunya, maka kemaslahatannya lebih terjamin, maka anak itu diserahkan kepada ibunya, meskipun anak itu memilih bapanya kerana memang pilihan anak itu belum tepat acapkali tersalah pilih.”
Kitab Fiqh as-Sunnah

sumber : https://tazkirah.net/3-tuntutan-ke-atas-suami-yang-isteri-perlu-tahu-selepas-bercerai/

Semoga bermanfaat.

cheers.

Tuesday, 7 April 2020

Covid-19 : Mommy jadi HARIMAU SINGA minggu ke-3 PKP

Covid-19 : Mommy jadi HARIMAU SINGA minggu ke-3 PKP

hi semua, hari ini dah masuk hari ke 21 movement control order (MCO) / perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana Covid-19. Anak anak sudah mula beryanya bila dorang boleh pergi sekolah.

Sudah mula rindu dengan kawan kawan dan Laoshi. Ada tanda malas untuk siapkan homework, lagi lagi untuk subjek maths, alasan dorang "susahlah mommy".


Tapi, mommy tetap pekakkan tellinga dengan pujuk rayu dorang untuk delay buat homework. NO kata mommy. Homework kena siapkan, tak kisahlah berapa lama masa yang korang nak ambil. Selagi homework ndak siap, NO TV NO PLAYING OUTDOOR .

Reading exercise juga kena buat. Kedua dua Iman dan Amin masih slow dengan reading. Iman quite good with his Chinese reading, tapi masih merangkak baca BM, dan since guna buku cerita berasaskan keyword, ada improvement dengan bacaan English dia.

Amin pula, kenal huruf ABC pun masih merangkak rangkak, bukan tak kenal tapi malas nak ingat ! Kena banyak bersabar betul kalau ajar Amin membaca ni. Memory dia hanya lasts for 5 seconds, lepas tu dia lupa apa yang dia baru baca tadi .... Bertabahlah Laoshi Laoshi sekalian mengajar murid seperti Amin.

Dua budak kaki gaduh

Dan, hari ini, masuk 3 minggu berkurumg stay at home, buat kali pertamanya AKU JADI MAK SINGA HARIMAU DINOSAUR !

Aku rasa macam aku nak masukkan Iman dan Amin semula dalam perut. Duduk diam diam jangan nakal dalam perut mommy.

Memang mencabar bila dua budak ni suka betul bergigit lidah bertengkar hal hal kecil. Nak ketuk kepala dorang berdua.

Aku rasa, bukan aku sorang saja mak mak surirumah yang pandai bertukar jadi singa sepanjang perintah kawalan pergerakan covid-19 ni. Bertabahlah mak mak semua.

Dan merasalah Iman Dan Amin rotan ranting tadi. Lepas tu dua dua behave sambung buat kerja rumah. Aduh. Bersalah pula bila rotan dorang di kaki , tapi ni my very last resort nak handle dorang berhenti gaduh.

Korang mak mak sekalian, Ada Cara lain tak handle anak anak yang setiap 5 saat akan bertekak dan bertengkar?

Tapi kan, rotan ranting tu yang lawaknya, sekali dua rotan, dah patah ... hahahah. Cukup sekadar sergah dorang. Cubit cubit pukul pukul guna tangan ni aku memang akan elak sebaiknya kerana risau kalau aku lost control.


Ya Allah, bagilah aku kekuatan jadi seorang mommy yang baik untuk anak anak aku ni. Kepada Mu aku meminta ya Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. AlFatihah untuk diri sendiri dan anak anak.

Entry meluahkan perasaan la pula. Kagum aku dengan mak mak yang hebat yang mampu didik anak dengan baik, no gaduh gaduh, dengar cakap elok elok ...



Sehingga update terkini di the AsianParents apps pada 07.04.2020, sebanyak 3,793 kes dilaporkan Covid-19, dengan jumlah sembuh 1,241, jumlah kritikal 102 Dan kes kematian sebanyak 62 mangsa.

Dan semalam aku baca , di America Syarikat, kes kematian Covid-19 mencecah 8,000 mangsa, dan jumlah kes Covid-19 dah masuk 297k orang.

Done entry mak surirumah meluahkan perasaan. Korang semua take care tau.

3 minggu duduk diam dalam rumah, alhamdulillah banyak juga kerja rumah yang berjaya disiapkan. Lepas ni
i plan nak spring cleaning dapur pula. Nak check kot kot ada barangan dapur yang expire , ekeke.

cheers.

Sunday, 5 April 2020

Aktiviti menarik Suri Rumah semasa COVID-19 || antaranya pasang wall paper dan cat rumah

Aktiviti menarik Suri Rumah semasa COVID-19 || antaranya pasang wall paper dan cat rumah

hi there, Aktiviti menarik Suri Rumah semasa COVID-19 || antaranya pasang wall paper dan cat rumah. Kita rakyat Malaysia , malah di kebanyakkan negara seluruh dunia sedang berada di dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ataupun Movement Control Order (MCO) kerana COVID-19. Malaysia mengumumkan PKP pertama dijalankan pada 18 Mac - 31 Mac , kemudian PKP masuk fasa ke-2 bermula 1 April sehingga 14 April ini.

Jadi, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, mrs pip dan mr.Husband berjaya lakukan beberapa perkara yang sebelum ini tertangguh kerana tidak cukup masa lah, tiada masa lah, banyak betul alasan nak buat sesuatu.

Sebenarnya, lama sudah mrs pip dan mr.Husband ni mau kemaskan rumah, dari tahun lepas lagi tapi balik balik cancel, balik balik ditangguhkan, banyak jak la alasannya bah. Kejap mr.Husband sibuk dengan extra kerja lah, kejap mrs pip pula sibuk jaga anak anak sakit lah ...

Aktiviti menarik Suri Rumah semasa COVID-19 || antaranya pasang wall paper dan cat rumah
Aktiviti menarik Suri Rumah semasa COVID-19 || antaranya pasang wall paper dan cat rumah

Nah! ni sudah kena PKP, setiap hari banyak masa terluang , jadi jangan tanguh-tangguhkan lagi kerja yang terbengkalai sekian lama tu ... jomlah kita susun aktiviti bermanfaat suri rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kita ajak sekali suami dan anak anak untuk manfaat waktu cuti yang ada ini buat aktiviti bersama-sama , XD.

Jadi, bila mr.Husband pun cuti bekerja kerana PKP ni, terus ajak mr.Husband untuk pasang wall paper dan cat rumah. Mulanya kami mau cat saja balik semua dinding rumah ni, cat pun memang beli last year lagi, tapi entah macam mana end up mr.Husband bilang kasi wall paper jak dinding di ruang tamu tu. Jadi, aku isteri yang menurut perintah, terus beli wall paper di Shopee!

Ini antara aktiviti yang mr.Husband berjaya siapkan semasa PKP Fasa 1, iaitu house maintenance dan gardening. Aktiviti lain dia mau buat ialah buat rak baju dan rak buku di bilik anak,  tapi masalahnya kedai hardware tutup, perkakas yang diperlukan ndak dapat dibeli, nampak gayanya yang ni kena HOLD dulu.

1. House Maintenance


  • Atap bocor

Kalau sebelum ni, air hujan masuk dari celah siling rumah. Ada dua spot kalau hujan lebat, memang akan ada air hujan masuk dalam rumah dari atas siling. Maknanya, atap bocor la kan. Mesti ada spot di atap tu yang leaking! Oh tidak!

Jadi, kebetulan beberapa hari lepas tu hujan turun lebat, mr.Husband pun naik masuk atas siling dan cari spot yang bocor tu. Dan esoknya juga dia terus tutup lubang yang bocor tu. Bukan dua spot ya, ada empat spot yang bocor di atap rumah kitorang. Adeh.

  • Cat dinding dan pasang wall paper 

Dah lama sangat rancangan untuk mengecat semula dinding rumah ini dirancang. Kesan contengan pada dinding rumah kami, I tell you very eye-soring. Sakit mata melihat. Iman dan Amin terlebih kreatif melukis. Jadi memandangkan mr.Husband pun terpaksa cuti kerana PKP COVID-19 ini, maka rancangan mengecat dinding rumah yang sudah lama dirancang itu pun dilaksanakan.

Mrs Pip sebelum ini dah siap siap bagitau mr.Husband nak cat warna apa dinding ni semua, tapi awal bulan Febuari hari tu, mr.Husband tukar plan dari nak cat dinding ruang tamu tu, dia nak wall paper kan the whole area! Jadi kita pun beli wall paper online dari Shopee. 

cat dinding dan pasang wall paper
cat dinding dan pasang wall paper

Ada yang tanya, eh time PKP ni, kedai hardware buka kah? For info, cat ni dah lama mr.Husband beli sekitar bulan Disember tahun lepas, tapi tak sempat sempat nak mengecat.

Dan untuk wall paper tu pula, mr.Husband suruh mrs pip beli online di Shopee sekitar awal bulan Febuari hari tu. 

brick wall paper cantik dari shopee
brick wall paper cantik dari shopee

tada! inilah hasil rupa ruang tamu rumah kecil kami yang mr.Husband dah wall paper kan semuanya. Nanti mrs pip share kat korang ok details wall paper yang mrs pip beli di shopee hari tu, insya allah.

Jemput baca entry wall paper :  Tips beli dan pasang brick wall paper dari Shopee

Bilik Iman Amin pun mr.Husband cat semula, kali ini guna cat minyak katanya. Senang untuk dibersihkan berbanding cat air yang mudah kotor dan sukar untuk dibersihkan. Kalau guna magic sponge sekalipun, kemungkinan warna cat akan luntur kalau guna cat air. Ah! whatever , yang penting dinding bilik Iman dan Amin dah pun berwajah baru. 

Warna pula I tell you, mrs pip bgtau beli warna mustard yellow dan sky blue , tapi dia beli warna a bit of teal green ... haha, yakinlah mrs pip yang mr.Husband ada masalah nak cam warna biru dan hijau T_T

Aktiviti lain yang korang pun boleh lakukan untuk house maintenance, antaranya

  • Bersihkan filter penghawa dingin
  • Bersihkan kipas siling / kipas dinding
  • Potong rumput sekitar rumah
  • Susun atur perabot rumah
  • Susun atur pasu tanaman di luar rumah
  • Spring cleaning rumah besar-besaran
  • Spring cleaning smart phone korang, buanglah gambar / video / dokumen yang lapuk
  • Spring cleaning email korang , delete email yang tidak berkaitan dan folderkan email ikut kesesuaian 
  • Kemas barangan dapur

2. Berkebun (Gardening / Planting)

Ramai yang share gambar di media sosial bahawa antara aktiviti yang mereka buat sepanjang tempoh PKP ialah berkebun atau menanam bunga / pokok, atau pendek katanya ialah GARDENING / PLANTING.

Macam mrs pip ni memang ndak lah pandai bercucuk tanam, selalu pun kalau planting, mesti ndak jadi punyalah, hurm tangan I tak ada aura untuk berkebun! what the heck.

Berlainan dengan mr.Husband yang selalu menjadi kalau dia bercucuk tanam. Lihatlah sekitar rumah, rajin betul dia bercucuk tanam. mrs pip tumpang makan sajalah nanti.

green plants
green plants

mrs pip still struggling untuk belajar planting ni. hari tu mrs pip ada try tanam pokok daun sup dan daun bawang. Gambar yang dalam planting box tu mrs pip punya. Try tanam lagi pokok daun sup, kot kot menjadi kan. Hari tu tanam tak jadi lah pula. So kali ini mrs pip berdoa menjadilah pokok daun sup mrs pip ni nanti.

Doakan daun sup tu menjadi ... dah lama beli bibit daun sup tu, yang planter box tu pula beli bulan Februari hari tu, baru sekarang ada masa nak tanam kan, hehe.

Alasan bah betul, padahal kalau mahu seribu daya, kalau ndak mau macam macam lah alasan ndak mau buat.


3. Self - Improvement / Happy Hour Time

Sekarang ni cuti panjang kan , semua ada masa nak buat banyak perkara, cumanya kena buat kat rumah. Jadi, apa benda yang korang boleh buat dalam waktu PKP ni? Sebenarnya, banyak boleh buat, tapi tu lah sama ada nak buat atau malas nak buat.

Apa kata ambil kesempatan semasa PKP ni, buat self improvement. Ada banyak perkara yang boleh dibuat untuk perbaiki kemahiran diri. Ini antara perkara yang mrs pip buat so far dalam waktu PKP ini:-

  • Belajar edit gambar

Seronok tengok mak mak puan surirumah yang ambil gambar dan edit gambar cantik cantik, siap masuk kelas phone photography lagi. Jadi mrs pip pun belajarlah juga edit edit gambar ni biar gambar nampak sedikit cantik. Haha, memang mrs pip tak reti langsung nak cantikkan gambar.

Mrs Pip banyak cari di youtube untuk belajar edit gambar. Memang ramai sifu bab bab phone photography dalam you tube. It takes time juga untuk belajar, slow slow kita belajar semoga lepas ni gambar nampak lebih elok sedikit berbanding sebelumnya.
Presets Lightroom
Presets Lightroom

Baru mrs pip tau, ramai yang cantikkan gambar guna PRESETS. Apa bendalah presets ni kan? buat masa ni, mrs pip edit guna LIGHTROOM apps. Boleh download di PLAY STORE. mrs pip guna free version punya sajalah. Next time kalau dah pro, boleh lah beli PRESETS pro version.

  • Belajar memasak menu baru

Ya lah, dah hari hari duduk rumah, mungkin dah jemu dengan menu yang sama saja kan. Jadi apa kata mak mak puan surirumah semua belajar satu dua menu baru yang senang nak buat, tak leceh dan bahan-bahan mudah nak beli.

Dan baru-baru ini, mr.Husband masakkan Canton Yee Mee. Ini kali ke-dua mr.Husband masakkan untuk kami makan malam. Since kami anak beranak ni suka makan mee, jadi terhasillah Canton Yee Mee di dapur kecil mrs pip.
canton yee mee sedap
canton yee mee sedap
edit gambar guna Lightroom
frame guna storyarts apps

Selama ini, jarang sangat mrs pip nak ambil tahu resipi masakan mr.Husband. So far tau makan sajalah kan. Haha. Tapi hari tu mr.Husband ada cakap "eh, belajarlah buat resipi ni, lain kali makan boleh masak sendiri" ... 

Baiklah, jadi lepas ni akan belajar buat Canton Yee Mee ni sendiri. Kalau tengok mr.Husband buat, bukanlah susah mana pun. Hujung pangkalnya, nak atau tak nak sahaja. Ekeke.

Resipi nanti mrs pip share di blog ya , jadi stay tune untuk follow entry akan datang.

Resipi Canton Yee Mee dah masuk blog : Resipi Yee Mee Goreng Kantonis mudah dan sedap

  • Baca Al-Quran 

Ok, salah satu azam mrs pip setiap tahun ialah mahu berjaya habiskan bacaan al-quran 30 juzuk. Paling last habiskan bacaan al-quran ialah tahun lepas, itupun ambil masa selama 3 tahun untuk habiskan.

Jadi, tahun ni mrs pip usaha sebaik mungkin untuk habiskan 30 juzuk baca al-quran. Mrs Pip ada join group wasap tadabbur al-quran, so semangat la sikit nak habiskan bacaan al-quran mengikut jadual yang diberikan.

Jadi waktu PKP seperti ini, ada banyak masa terluang, boleh khaskan masa untuk fokus baca al-quran, ataupun fokus baca surah-surah kegemaran anda.

  • Drama / Movie marathon

Wah, yang busy bekerjaya tu, masa sekaranglah ada masa boleh layan baca novel kesukaan korang, boleh layan drama movie marathon di Netflix, Viu, Viki, Iflix dan seangkatan dengannya untuk tengok rancangan kesukaan korang.

Biasanya, kalau bukan waktu PKP , mrs pip malas melayan segala drama movie ni pasal by end of the day, selepas anak anak tidur, mrs pip pun akan masuk tidur. Letih urus anak anak seharian.

Tapi waktu PKP ni, mr.Husband kan ada, jadi dia banyak bantu mrs pip uruskan hal anak anak dan rajin masuk dapur masak untuk kami. Kurang sikitlah rasa letih tu, jadi waktu malam bolehlah layan drama atau filem yang mrs pip nak tengok.

Now tengah layan Kdrama yang hangat dan famous :  Drama Korea The World of Married Couple 

Ni kira happy hour untuk diri sendiri.

Selalu kata busy lah nak bersenam ni. Mana ada masa?

bah, sekarang ni lah banyak masa untuk bersenam. Tiada tempat untuk bersenam? Still korang boleh buat aktiviti senaman ringkas seperti pilates, burpee, planking, yoga, dan sebagainya yang boleh dilakukan di dalam rumah dan tidak memerlukan sebarang alat sukan , cukuplah sekadar alas lantai / yoga mat.

Mrs Pip pun alhamdulillah, dapat juga bersenam sekitar rumah. Sister in law rajin bawa walking pusing pusing kawasan rumah, dalam masa sejam gitulah kitorang walking sekitar rumah. Bolehlah keluarkan peluh.

eh sebenarnya, banyak perkara lain yang kita boleh belajar kan ... tapi macam mrs pip ni, tak boleh sangat nak buat banyak benda, tak menang tangan berebut dengan anak-anak. Baru nak menjahit pakaian koyak pun, anak anak berebut nak minta benang dan gunting ... end up kena buat time anak-anak tidur, baru tenang mau buat kerja , hehe.


4. Jadi cikgu kepada anak-anak

Apabila cuti panjang sebegini, maka yang ada anak anak tu, bolehlah pastikan anak-anak buat homework yang cikgu berikan. Jadi, jom jadi cikgu untuk anak-anak.

Macam Iman dan Amin, memang laoshi dorang akan update kerja rumah yang perlu dilakukan, dan semuanya kena hantar sebaik sahaja sesi persekolahan berjalan seperti biasa nanti.

e-learning sempena PKP COVID-19
e-learning sempena PKP COVID-19

Selain buat homework yang laoshi dorang bagi, untuk tempoh PKP COVID-19 ni, mrs pip gunakan peluang yang ada ni, selain ajar anak buat homework, kami luangkan masa baca buku cerita. 

Untuk Iman, sekarang ni tengah baca buku THE BIG PANCAKE, buku yang fokus keywords, pengunaan keywords yang berulang ulang untuk percepatkan anak anak mudah kenal perkataan , dan ini akan mempercepatkan anak anak untuk pandai membaca buku English.

Manakala Amin pula, mrs pip fokuskan dia baca buku siri ADIK BIJAK BACA, buku yang memfokuskan sukukata. Amin masih banyak lagi kena buat latihan membaca, tapi nampaklah juga sedikit improvement dia dah boleh mengecam beberapa sukukata yang dia familiar.

Dan untuk Amin pula belajar baca English, mrs pip gunakan set buku TOM AND SUE. Buku ni juga merupakan buku fokus keywords, tapi buku ni sedikit ringkas berbanding set buku cerita yang Iman gunakan.

Insya allah nanti mrs pip share kat korang semua set buku bacaan yang Iman dan Amin guna untuk belajar membaca BM dan English.

Selain BM dan English, Iman dan Amin juga buat subjek matematik dan sains. Dan extra reading untuk Iman kena baca buku Bahasa Cina dia. So far, laoshi dia bagi kiriman audio lepas tu kena refer muka surat buku teks Cina untuk Iman ikut apa yang laoshi dia baca melalui kiriman audio tu. Haha, part ajar bahasa Cina ni, I am not so good la ya.


5. Blogging thingy

Biasanya, mrs pip kurang sikit nak fokus berblogging pada weekdays kerana letih seharian melayan anak anak , bila malam tu terus tidur tak sedar diri. well, weekdays kan mr.Husband kerja, weekend baru mr.Husband ada di rumah, so nak buat semua kerja seorang diri ni memang boleh tahan juga tenaga yang digunapakai kan , hehe.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh PKP ni, mr.Husband banyak bantu mrs pip jaga anak dan memasak. yeah, so ada masa untuk update blog , tulis artikel, perbaiki entry lama dan sebagainya.

Walaupun blog mrs pip ni tidak banyak menjana pendapatan, tetapi blogging is my happy-thing-to-do, dan mr.Husband faham sangat hobi isteri dia ni ialah menulis blog. jadi, you understand me, I understand you gitu kekdahnya dan kita pun hiduplah gembira kerana saling bertimbang rasa bertolak ansur memahami dan berkompromi.

baca juga entry menarik :

25 Mommy Blogger Malaysia 2020 yang BEST untuk follow


Thanks mr.Husband tolong saya jaga anak dan memasak. love you to the moon and back.

Korang pun mungkin boleh luangkan waktu untuk buat sesuatu yang korang suka dan happy. Pendek kata, semasa PKP ni, cubalah elakkan stress dengan melakukan benda benda yang membahagiakan diri sendiri.

Tempoh PKP ini , mesti ramai yang stress kerana ada di antara kita yang hilang pekerjaan, tiada pendapatan, kena potong gaji, dan sebagainya. Tapi kalau kita layan sangat benda-benda yang buat kita stress ni, risau nanti boleh menjejaskan kesihatan, boleh buat kita temper, dan lagi risau kalau menyebabkan kita depresi pula.


Senarai Aktiviti Menarik Yang Lain Yang Anda Boleh Lakukan Sepanjang Perintah Aktiviti Kawalan Pergerakan (PKP)


  • Buat aktiviti outdoor seperti walking, running, biking, hiking, jogging. Cuma pastikan anda melakukannya di sekitar kawasan rumah anda dan amalkan social distancing yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Buat online tutorial - sekiranya anda seorang social media influencer, anda boleh gunakan kesempatan ini untuk melakukan online tutorial seperti cara mengedit video, cara guna Lightroom, cara make up simple, dan sebagainya
  • Buat Wish Box - tulis apa yang korang rasa dan apa yang korang inginkan dan masukkan ke dalam wish box. Cukup hujung tahun nanti, bolehlah buka dan baca secara bersendirian atau bersama yang tersayang.
  • Menulis rancangan yang anda ingin lakukan sepanjang tahun ini. Plan and execute.
  • Bermain indoor games bersama anak-anak
  • Buat scrapbook. Gunakan bahan bahan yang ada di rumah tanpa perlu membeli bahan baru.
  • Buat artwork bersama anak-anak dan pasangan
  • Berbual dengan rakan - ramai yang kebosanan semasa PKP? ok, apa kata koran mula dail nombor rakan-rakan lama yang korang rindu.
  • Mendengar muzik
  • Baca buku / novel kegemaran
  • Buat projek DIY yang terbengkalai atau belajar buat DIY seperti rak dinding - waktu sebeginilah boleh minta bantuan suami dan anak anak untuk buat kerja-kerja DIY kan
  • Belajar bahasa asing mudah
  • Belajar menjahit
  • Bermain board games


Ada banyak perkara menarik yang lain yang korang boleh buat sepanjang tempoh PKP. Sama ada nak atau tak nak saja kan.  Sepanjang tempoh PKP ni, sehingga hari ke-18 Perintah Kawalan Pergerakan 04.04.2020 mencatatkan sebanyak 3,483 kes dilaporkan dengan 915 kes sembuh, 99 kes kritikal, dan 57 kes kematian.

stay safe semua, dan ikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Panduan menjaga kesihatan COVID-19.

cheers.

Saturday, 15 February 2020

Beli Ahmad Tea murah di Shopee

Beli Ahmad Tea murah di Shopee

Beli Ahmad Tea murah di Shopee ... hi semua surirumah , dah siap rutin harian ke tu? macam ni lah mak mak surirumah kan, rutin hampir sama setiap hari, sekejap lagi nak mendobi, nak masak, on and on housewife work list ni tak pernah nak stop kecuali nak masuk tidur, itupun kekadang otak masih berfikir lagi kerja rumah n banyak lagi nak kena settle padahal kerja memang mana pernah habis.

Siapa mak mak surirumah penggemar teh seperti mrs pip? mrs pip kan, setiap hari mesti kena minum sekurang-kurangnya secawan teh. mrs pip guna teh lipton untuk bancuh teh biasa, dan since mrs pip sukakan green tea, jadi mrs pip memang akan sentiasa ada stok green tea sama ada Lipton atau Boh. 

tapi kalau korang tanya mana lagi taste better antara dua tu, mrs pip pilih green tea Lipton .. Sorry Boh , bukan tak suka kat awak, tapi rasa awak kurang padu sikit (Padahal macam sama jak rasa green tea dua dua brand ni).


Beli Ahmad Tea murah di Shopee
Beli Ahmad Tea murah di Shopee

Selain green tea, mrs pip juga minum Lipton Earl Grey Tea. Memang suka kat Earl Grey Tea ni tau, sedap dan buat mrs pip addicted minum berkali kali TAPI .... weh kenapa harga Earl Grey Tea ni macam mahal? harga Lipton untuk 25 teabags ialah RM12.50 ... alaaa, tiada yang lagi murah / affordable ke ni?

Beli Ahmad Tea murah di Shopee
Beli Ahmad Tea murah di Shopee

Tengah browsing Shopee untuk beli FlaxSeed, tiba-tiba nampak Ahmad Tea, so tertekan la pula , hiks .... bila ternampak yang Earl Grey Tea untuk 100 teabags tu murah tau hanya RM15.40 , terus beli satu box tu. 

Happy lah bila dapat beli sekotak Earl Grey Tea ni ... yang addicted tea mesti tau perasaan dapat minum teh kegemaran setiap hati tu macam mana kan ... kalau tak minum, moody semacam tau!

Beli Ahmad Tea murah di Shopee
Beli Ahmad Tea murah di Shopee

lepas tu, bila browse kat kedai seller tu, ada few choices lagi untuk Ahmad Tea ni dia jual. Pilih Black Tea Lemon & Lime Twist Ahmad Tea pula. Yang ni expensive bagi mrs pip ... RM9.50 untuk 20 uncang sahaja. woha! sesekali melayan Black Tea dengan perisa Lemon & Lime Twist. 

Beli Ahmad Tea murah di Shopee
Beli Ahmad Tea murah di Shopee

Tutup mata sajalah beli satu box. Isinya cuma 20 teabags sahaja, tetapi biarlah belanja diri sendiri. Ni kalau minum di luar ni, silap silap kena juga RM5.00 segelas ni (minum di kedai biasa teda jual, kena juga minum di kafe2 hisptur kan) ... boleh bankrup ni kalau asyik layan teh kegemaran.

tapi, surirumah perlulah gembirakan hati sendiri. Betul tak? dah penat penat siapkan kerja hakiki tugasan rumah, belanjalah diri segelas black tea lemon and twist Amad Tea. Sedaplah pula Black Tea dengan perisa Lemon & Lime Twist ni. 

Tak rugi beli. Selalunya mrs pip kalau nak minum lime tea, hanya perlu petik lime depan rumah jak, kebetulan mr.Husband ada tanam pokok limau nipis ni, sesekali melayan minum teh letak lime, minum sejuk-sejuk pada cuaca panas, memang nyaman sangat rasanya.

Beli Ahmad Tea murah di Shopee
Beli Ahmad Tea murah di Shopee

lepas tu, mrs pip beli sekotak teh Detox Ahmad Tea ni. Satu box ni ada 20 teabags, dan harga RM8.50. Yang teh Detox Ahmad Tea ni ada herbal blend. Hari tu kawan mrs pip bagitau, dia hilang berat badan sekitar 6 kg hanya dengan mengamalkan teh detox!

jelesnya bila dapat tahu dia hilang 6kg. Jadi apa salahnya kita mencuba teh detox ni pula. First time minum detox tea ni. Dalam teh ni ada campuran fennel, rosemary, ginger, dendelion. Dan detox tea ni caffeine-free .

Untuk shipping rate Ahmad Tea (Early Grey + Black Tea + Detox Tea) , mrs pip dikenakan bayaran sebanyak RM8.00 tapi kan mrs pip ada shipping voucher , jimat RM4.00, so cuma perlu bayar another RM4.00 sahaja.

Macam ni lah simply surirumah seorang mrs pip bershopping ya ... semua pun beli online saja. senang tak perlu meredah jalanraya dan sekarang ni kena kurangkan aktiviti di luar yang ramai orang untuk kurangkan risiko terkena jangkitan virus kan (CoronaVirus melanda dan semoga kita dilindungi Allah) ...

Korang pula macam mana? Tea or Coffee person? Oh ya, mrs pip kalau minum apa juga jenis teh , memang NO SUGAR at all. Kalau ada gula tu, rasa tak sedap di tekak.

dan kalau yang rajin shopping online ni kan, jangan lupa guna SHOPBACK untuk sedikit penjimatan . Dan kalau tak faham atau tak tahu apa tu SHOPBACK, baca link entry yang mrs pip pernah share  dulu di blog ...

Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK



Penjimatan shopping online guna SHOPBACK



Berjaya CASHOUT duit di SHOPBACK , lajunya 3 hari duit dah masuk bank!



Daftar SHOPBACK di sini dan bershopping online dengan lebih bijak


cheers.

Monday, 23 September 2019

Beli washing machine Panasonic murah di COURTS

Beli washing machine Panasonic murah di COURTS

hi there, last weekend hari tu kitorang mencari washing machine 7kg, fully auto dan bajet RM800 ... misi terlaksana bila berjaya beli washing machine Panasonic murah di COURTS. washing machine lama kitorang yang berusia 12 tahun sudah tidak boleh digunakan lagi, memang banyak jasa washing machine keluaran LG tu, puas hati boleh guna lebih dari 10 tahun kan ...

Washing Machine Panasonic NA-F70S7:
Washing Machine Panasonic NA-F70S7

since di Papar ada Courts, so better pigi sana survey harga, then kebetulan Courts tengah ada promosi diskaun, dan cuma ada satu sahaja washing machine 7kg iaitu keluaran Panasonic, harga asal RM849, lepas diskaun, harga RM699, so cantik sangat memang dalam bajet.

tapi masalahnya , kena tunggu new stock sampai hari Selasa, yang display unit ada dented, so staff x bagi release ... tapi kitorang malas nak tunggu , pasal mmg dah hampir 3 weeks cuci  kain secara manual , letih sangat basuh kain guna tangan ni, ekeke .... taknak lah kena tunggu2 ni, so pigi kedai lain yang ada ready stock.

Beli washing machine Panasonic murah di COURTS
Beli washing machine Panasonic murah di COURTS

Pigi Putatan pula, masuk 2 kedai elektrik yang jual washing machine, utk 7kg auto ni cuma ada Panasonic , Midea dan Toshiba kalau tak silap ... Tapi bajet tak kena ... Yang model Panasoni sama dgn yg Courts jual, tapi dua dua kedai tu jual harga mahal, jadi gerak pergi Courts di Karamunsing pula.

Sampai di Karamunsing, tengok survey di dua lagi kedai lain, but still Courts jual harga lagi murah, harga memang jauh juga bezanya ... so kami decide beli washing machine Panasonic 7kg di Courts Karamunsing , actually Courts tengah buat promosi sehingga 25/9 , so berbaloi beli time ada diskaun2 ni kan ...

Beli washing machine Panasonic murah di COURTS
Unboxing
Beli washing machine Panasonic murah di COURTS

Ingatkan mau cari brand LG juga , tapi salesperson bgtau nowadays LG mcm tak ada washing machine utk 7kg, semua 8kg dan ke atas ... nevermind, beli Panasonic sajalah , kena stick to the budget ...

Beyond Economic Repair 12 years
LG washing machine 

kalau korang nak beli washing machine , pergilah tengok kat Courts sementara ada promosi .... 

ada satu washing machine Sharp 10kg , harga asal RM1749, lepas diskaun jadi 1099, memang murahhhh ... Kitorang stuck lama kat depan washing machine tu nak beli yang 7kg atau 10kg , ingatkan nak tambah duit beli saja yang 10kg tu, tapi bila fikir balik, banyak mana saja kain kitorang sampai nak guna 10kg? so ok, kentalkan nafsu , don't la overspend ... 

washing machine Panasonic, model NA-F70S7, auto washing machine 7kg, top load. dulu, aku cuci kain main masuk semua kain kat dalam washing machine selagi boleh wash kan, rupa rupanya cara aku tu salah , ciaciacia ...

Beli washing machine Panasonic murah di COURTS
Washing Machine Panasonic NA-F70S7

Washing machine ni bukan main isi sampai penuh kain dlm washing machine ... nak tahu cucian ok atau tak, sila tengok dalam washing machine tu, kalau semua kain boleh pusing dengan selesa semasa cucian, maksudnya cucian ok, tapi kalau kain padat sangat sampai susah kain nak pusing2 dalam drum washing machine tu, maksudnya tu overload la tu , tak pun washing machine tak nak gerak langsung siap bagi error code kat disolay panel 😊 ... 

kalau beli washing machine, aku memang akan pilih glass panel yang boleh see thru kat atas, so senang nak tengok kain pusing pusing kat dalam drum tu ... lepas ni no more overweight , dah tahu guna washing machine dengan betul.

satu lagi, kalau cuci heavy clothes spt tuala tebal, better jangan mix dgn kain lain , biarlah tuala dengan tuala sahaja, begitu juga blanket dengan blanket sahaja, bukan tak boleh, tapi ni adalah BEST PRACTICE nak cuci kain ... 

untuk washing machine Panasonic NA-F70S7 ni, ada beberapa program di operation panel yang korang boleh buat selection ...

pastikan baca OPERATING & INSTALLATION INSTRUCTION MANUAL yang disertakan untuk kefahaman yang lebih jelas.

Washing Machine Panasonic NA-F70S7:
Washing Machine Panasonic NA-F70S7:

Washing Program & Purpose for Washing Machine Panasonic NA-F70S7:-

📌 Normal (max load 7kg) - for everyday clothes
📌 Delicate (max load 3.5kg) - for washing delicates gently
📌 Baby care  (max load 7kg) - for babies and sensitive skin
📌 Fragrance  (max load 7kg) - if using extra softener
📌 Blanket (max load 4.2kg) - for blankets
📌 Soak  (max load 7kg) - for heavily soiled clothes, presoaking to wash
📌 Energy Save (Speedy)  (max load 7kg) -for light soil, speedy washing
📌 Water Save  (max load 7kg) - use Normal / Baby Care program
📌 Air Dry  and Tub Hygiene (max load -) - for preventing black mould and smell
📌Air Dry (max load 2kg) - for drying synthetic fibre clothes

Setiap washing machine memerlukan sedikit maintenance agar washing machine boleh berfungsi pada tahap optima dan dalam keadaan yang efisyen ...

Tips Routine Maintenance / Periodic Maintenance untuk washing machine :-

📍 bersihkan lint filter setiap kali selesai mencuci pakaian 
📍 bersihkan washing machine tub secara AIR DRY seminggu sekali , dan secara TUB HYGIENE (mencuci tub menggunakan pencuci chlorine bleach for clothes) sebulan sekali 
📍 bersihkan badan washing machine menggunakan detergent atau softener sekiranya badan washing machine terkena kotoran, jangan gunakan air , dan pastikan washing machine control panel sentiasa kering dan tidak terkena air
📍 washing machine sebaik-baiknya diletakkan di kawasan yang kering, tidak lembap, yang terlindung atau/dan tidak direct to heat.

PS: sila ikut arahan yang tertera di operating manuals untuk washing machine korang .... Yang kat atas tu maintenance secara general saja ...

Washing Machine LG WF-700
Washing Machine LG WF-700

ni lah rupa washing machine LG model WF-700 kitorang selepas 12 tahun penggunaan .. memang tahan lasak bah ni LG, ndak pernah rosak walaupun sekali ... sekali rosak, nah terus ganti baru ... mula mula dia spin ada bunyi bising, ada sebulan jugalah pakai walaupun bunyi bising sampai dengar rumah sebelah, then lama lama ndak mau spin sudah bah ... mau repair pun rasanya ndak tau brapa lama boleh bertahan, sah sah beyond economic repair  , so beli baru jak lah ...

Beli washing machine Panasonic murah di COURTS
Beli washing machine Panasonic murah di COURTS

muka seorang surirumah yang happy dapat washing machine baru selepas terpaksa mencuci kain secara manual utk beberapa minggu ... dan lagi happy sebab berjaya beli washing machine itu hasil simpanan duit kerja blogging (menyimpan dengan hasrat mau beli kamera baru, but it is ok, utamakan keperluan berbanding keinginan) ...

alhamdulillah sangat, next jom kumpul duit lagi untuk capai keinginan mau beli kamera (bajet RM1200) dan new computer cpu set (bajet RM1000) ... semoga ada rezeki untuk kerja kerja blogging dan berjaya capai target beli kamera dan cpu baru.

thanks for reading.

cheers.

Thursday, 1 August 2019

Ke Tamu Rabu, Pekan Membakut

Ke Tamu Rabu, Pekan Membakut

hi there, last week and this week rajin pula mrs pip jalan jalan di Tamu Rabu Pekan Membakut ... tamu Rabu ni berada di old town, selain tamu Rabu, ada juga tamu Ahad, yang tu buat di kawasan Kedai Baru , lebih meriah tamunya, tapi mrs pip tak brapa suka nak pergi pasal a bit crowded berbanding tamu Rabu ni ...


pergi dengan MIL dan SIL , kami geng bab jalan jalan ni, lagi2 pigi tamu ... last week pigi, baby Nami tidur la pula dlm baby carrier, this week pigi baru half round tawaf tamu, baby Nami pun tidur juga ... sedap kena gendong dalam baby carrier la tu ...


musim buah la skarang, rata2 penjual buah yg memenuhkan tamu ni ... rambang mata la mau beli buah buahan ni ... mrs pip beli langsat manis pasal si Iman la ni suka makan langsat ...


lepas tu beli pula rambutan kelapa, kebetulan nampak mama angeline menjual (angeline tu classmate si Amin, dan BFF si Amin), lagipun Amin mmg hantu makan rambutan , dan rambutan kelapa ni sedap , isi tebal dan manis.


asal pigi tamu, barang wajib beli ialah sayur dan ayam ... sayur di tamu ni, pilih tiga jenis untuk RM5.00 , murah sikit berbanding beli di pasar ...


ayam pula mrs pip paha pinggul dan dada, sekilo dijual pada harga RM10.00 ...


lepas tu beli kuih untuk anak anak la ... Iman suka kuih wajit dan apam , so beli lah wajit, apam pula nampak mcm tak da yg menarik, so tak belilah ...


Amin suka something manis dan bercoklat, so belilah kuih kukus coklat ...


mrs pip pula teringin nak beli begedil ayam, tapi makcik yang menjual begedil dah habis begedilnya , awal habis la pula kali ni ... satu pek RM3, ada 3 biji bersama kicap, kenyang lah makan satu pek , tapi bukan rezeki minggu ni begedil habis awal ...

Membakut

lepas tu, minuman favorite di tamu ni, wajib beli cendol di gerai mama Ilham, secawan RM2 jak bah, kaw kaw gula melaka utk cendol tu ... harga pun affordable, rasa pun sedap .. lupa snap gambar, haus punya pasal ...

beli udang kering sikit, RM5 ... sekilo RM42! ni nak campur dlm sayur labu tumis, adik angkat mrs pip bgtau sedap letak udang kering n cili, tapi mrs pip tak mkn cili, so just udang kering sajalah.

MIL dan SIL masing2 beli sayur n buah ... tapi paling win my SIL , byk betul dia beli buah di tamu ... beli jgn tak beli, skarang harga murah ... 

lepas tu singgah pula kedai U.Plus, beli cloth peg, asyik2 cloth peg mrs pip dikerjakan oleh Iman jadi hak milik dia ... byk2 mainan, sepit kain mommy juga dia suka main ... anak oh anak ...


dan baby Nami juga tidur dengan nyenyak sampai balik rumah , dan Nami tidur tak sedarkan diri sampai tengahari, siap mommy masak dan kemas dapur, baru si baby Nami terbangun , amboi berjam2 baby tidur ...


mrs pip masak ayam goreng perap kunyit , ni express punya masakan la ni, takut nak masak itu ini, nanti baby Nami bangun pula ... so masaklah yang express saja ... ni untuk Iman n Amin , mrs pip nowadays kureng sikit nak makan ayam goreng ...


kerana ada lebihan labu lagi yang hari tu, si my adik angkat ckp tumis labu udang kering sedap letak cili, so try la buat ... tapi mrs pip masukkan sedikit taugeh dan timun ... sedap!


lunch time untuk anak anak yg akan balik dari sekolah ... hari2 mmg siapkan bento box dorang mcm ni ... so bila balik dari sekolah, dorang masing2 akan buka bento box memasing ...

pack mcm ni senang, tak perlu bising2 mana Iman punya, mana Amin punya, semua dah color coded ...

orange for amin, green n blue for iman ...


dan kuih yg beli tu, utk Iman n Amin minum petang ... bagi sama rata, tp Iman makan 1 piece jak kuih coklat tu, amin pula sapu habis semua masuk perut dia ... color coded kan bento box dorang, pink for amin , green for iman.

tu sajalah cerita happy happy mrs pip ni, thanks for reading ...

kamu kalau pigi tamu, suka beli apa?

cheers.

Thursday, 20 June 2019

Bahagiakanlah isteri, semoga rezeki terdampar luas

Bahagiakanlah isteri, semoga rezeki terdampar luas

hi there, rezeki Allah itu maha luas, namun ada masanya kita rasa kenapa rezeki ini sempit sangat, di mana silapnya? 

kadang kadang, yang buat rezeki kita sempit (bagi yg sudah berumahtangga), adalah kerana hubungan kita dgn pasangan kita ... 

untuk para suami, bahagiakanlah isteri kamu ... mungkin isteri kamu bukan yang utama bagi kamu kerana ibu, bapa, ibu mertua, bapa mertua adalah lebih utama kedudukannya yang perlu diutamakan , kemudian barulah isteriisteriisteriisteri dan anak anak kamu, tapi tetap sahaja kamu perlu menjaga rasa bahagia isteri kamu ...

apapun yang para suami lakukan, jaga hati isteri sebaiknya, lagi2 emosinya kerana hati seorang isteri yang terganggu, mungkin sahaja akan membuatkannya tidak aman sepanjang waktu ... padahal, isteri inilah yang berkorban melakukan tugas2 rumahtangga setiap hari tanpa meminta ganjaran atau pujian, kerana dia ikhlas semuanya demi Allah ...

isteri itu, yang selalu mendampingi hati para suami, kasihlah dia dengan tulus ... dan apa juga permasalahan, bicara dan musyawarah dgn isteri ... 

semoga rezeki kamu makin luas wahai para suami di luar sana ... pimpin hati isteri kamu untuk sentiasa rasa damai ..



bagaimana buat isteri bahagia? salah satu cara mudah ialah bersedekahlah kepada isteri kamu ... jangan kedekut ...

dan sedekah itu ada banyak cara ... bukan wang ringgit semata mata ... imamkan solatnya itu sedekah, senyum padanya itu sedekah, memberikannya makan minum pakaian dan tempat tinggal yang mendamaikan hati sang isteri itu sedekah, mengajarnya membuat kebaikan dan melarangnya membawang mengumpat itu sedekah ... dan byk cara lagi kan ...

semoga kita sang isteri, sentiasa mendoakan kebaikan untuk suami masing masing ... semoga till jannah bersama pasangan dan anak anak kita ...

love.

cheers.

Tuesday, 21 May 2019

Hebatnya LISAN seorang WANITA bergelar IBU

Hebatnya LISAN seorang WANITA bergelar IBU

Perempuan

Saat Kecil
dia membuka pintu Syurga untuk ayahnya..

Saat dewasa
dia menyempurnakan agama untuk suaminya

Saat menjadi ibu,
Dia menjadi penggerak semua doa

oleh kerana itu
dia dimuliakan Allah dengan menempatkan syurga di telapak kakinya

ketika seorang perempuan sudah menjadi _IBU,_
maka _ALLAH_ akan menganugerahkan kepadanya satu senjata yang sangat ampuh di muka bumi ..

_"Tahukah anda apa itu?"_

Itu adalah _Lisannya.._

Lisannya akan menjadi Berat timbangannya..

Lisannya_ akan menjadi pembuka pintu-pintu langit..

Ucapannya akan diijabah..
doanya akan diangkat tanpa penghalang..

doa ibu akan mampu menjadi penghancur kesulitan bagi anak keturunannya..

Dan mengeluhnya seorang ibu akan menjadi pemberat langkah setiap anggota keluarganya, termasuk bagi suaminya..

Maka pantang bagi seorang ibu untuk mengeluh,
kerana keluhannya pun akan menjadi kenyataan,
sebagaimana harapan dan doanya_ pun akan menjadi kenyataan..

ucapan buruknya akan menjadi musibah bagi _dirinya dan keluarganya_

Lisan seorang ibu layaknya seperti Karomah para wali...

Maka berhati-hatilah
wahai para ibu
ketika anda menggunakan
_senjata terampuh ini_..

gunakan untuk bermunajat meminta kepada _ALLAH_ agar suamimu dimudahkan dalam _mencari nafkah_..

Jangan mengeluhkan tentang dirinya.

Itu  akan semakin memberatkan dan menyukarkan kehidupan anakmu _..

Gunakan untuk bermunajat meminta kemudahan dan Kesolehan  atas   anak-anakmu_
jangan mengeluhkannya.

Kerana itu akan menjadi benar adanya..

*Subhanallah*
untuk para *IBU*


Mohon share di group2 lain.                           Semoga bermanfaat.....

dari group whatsapp

Thursday, 28 February 2019

Nami demam lepas suntik Hep B (Dos 3) & Campak + Lunch dgn MIL

Nami demam lepas suntik Hep B (Dos 3) & Campak + Lunch dgn MIL

hi there, sedikit update cerita hal anak anak mrs pip .... baby Nami buah hati mommy pip hari tu demam ... tapi mmg dah aware awal awal pun yang baby akan demam (most probably) pasal baby Nami kena suntik imunisasi Hep B (dos 3) dan campak utk usia 6 bulan pada 19.2.19...

malam 23/2 tu , baby Nami adalah merengek sikit ... ingatkan dia penat bermain seharian ke apa kan, so just pujuk2 dia tidur semula , walhal baby Nami ni bukan jenis merengek lewat malam ... then 24/2 tu terasa la badan baby Nami sedikit panas ... hurm, patutlah asyik merengek malam.

Baby Nami demam

Nami demam lepas suntik Hep B (Dos 3) & Campak
Nami demam lepas suntik Hep B (Dos 3) & Campak

so, mommy pun letaklah kool fever di dahi, dan bagi makan ubat demam yang diberikan oleh KKIA time suntik hari tu ... muah muah baby Nami, alhamdulillah, now dah tak demam, muka pun banyak happy ... oh ya! baby Nami ni, demam tak demam dia memang suka senyum ...

katanya , muka harus mantain cool dan hencem ... cia cia cia ... 

untuk baby demam ni, kena monitor suhu badan la ya ... kalau panas sangat, tak perlu fikir panjang nak bawa ke hospital ke tak ... bawa sajalah terus ... risau kalau kena sawan ke apa kan ... dan bagi lah makan ubat yang klinik bagi ikut dos yang ditetapkan ... ada some parents yang mrs pip jumpa, dorang tak nak baby dorang makan ubat, alasannya nak baby lawan sakit tu ... I is kenot la ... tawakkal pun tawakkal juga, tapi after baby makan ubat, then only I tawakkal :))

Co-Pilot Mommy


nowadays, ni la rutin harian mommy pip bersama baby Nami ... baby Nami dah jadi co-pilot utk mommy pula ... setiap hari (weekdays), baby Nami ikut mommy sama sama hantar ambil abang abang kesayangan si Iman dan Amin ke sekolah ...

since Iman dan Amin dah start tuisyen penuh, so tengahari mrs pip hantar lunch box dorang di kelas tuisyen, dan ada transporter yang hantar Iman n Amin dari sekolah ke kelas tuisyen ... bayaran transporter tu sekali dgn yuran bulanan tuisyen.

untuk Iman dan Amin , bayaran tuisyen dorang RM85.00 seorang, Isnin sehingga Khamis, bermula jam 1.00pm sehingga jam 3.30pm. tapi biasanya, jam 3.15pm mrs pip dah ambil dorang pon ... biasa around 3.15pm dorang dah siap belajar ...

so, Nami ada masanya tengah tidur di siang hari, mahu tak mahu mrs pip angkut juga masuk kereta since no one yang akan jaga dia di rumah ... kesian juga angkut baby tengah tidur kan , tapi nak buat macam mana, dah masa nak hantar lunch box / jemput Iman n Ami balik dari kelas tuisyen.

ada masanya, Nami temankan mommy buat groceries shopping!

Baju haruslah sedondon!


ni pula Iman n Amin punya cerita sekolah ... so, Isnin - Khamis ada tuisyen, sunyi sepi la rumah time dorang sekolah, aman damai la juga  ... kalau tak suka sgt Iman ni sakat Amin, so end up bertengkar!..

dorang ni, kalau pergi sekolah, baju WAJIB sama ... ni part yang mmg haru biru ... Iman tu, dia kelas PJ setiap Selasa dan Khamis .. Amin pula setiap Rabu dan Jumaat ... so baju sukan mmg pakai hari berlainan .. tapi, Iman tak nak kalau tak pakai baju yang sama ...

eeeiiiiiii pening la mommy kalau begini ... jadi, malas nak gaduh2 dgn Iman ni , mrs pip just pakaikan dia baju PJ setiap Rabu n Jumaat ikut masa PJ kelas Amin ... buat masa ni, laoshi kelas Iman so far ok sajalah ... tunggulah laoshi tegur baru tengok mcm mana la nanti ...

Lunch dengan MIL


ni cerita 26/2/19 , mrs pip ada urusan di Maybank Beaufort, so ajaklah MIL temankan mrs pip ... nak drive sorang sorang dgn baby Nami ni , bukan tak berani tapi lebih afdal apabila keluar jauh tu ada yang temankan since mr.Husband kan kerja ...

dah siap urusan di bank, kebetulan tengahari, so bawalah MIL pergi makan ... eh, panas lit lit kan, so jomlah kita makan dalam restoran yang ada penghawa dingin. ekekeke.


makan di MarryBrown ... MIL makan kombo nasi ayam marrybrown + drinks ... MIL cakap sedap ... mrs pip pula makan kombo fish fillet burger + drinks + fries ... sedap ke tak?

well, burger tu plain. isinya sekadar fish fillet dan sos ... tiada sebarang salad ke sayur ke apa kat dalam tu ... mmg kosong mcm tu saja ... fries pula macam biasa saja, mrs pip lebih suka fries mcD ...

dari segi harga vs rasa, not worth my money ... ni bukan nak bagi bad review ke apa, maybe mmg fish fillet burger tu mmg plain ke apa kan, so bukan pilihan terbaik utk mrs pip.

dari segi kebersihan, kelajuan ambil order dan hantar order, mrs pip happy. 

n mrs pip mmg siap siap tapaukan bubur baby Nami dari rumah just in case lewat balik rumah utk makan lunch ... happy tummy, happy baby T_T

wrapping hadiah giveaway


korang tau kan yang mrs pip ada buat giveaway ... so , hadiah dah wrap siap siap, just tunggu giveaway berakhir (last day hari ni, 28/2) , dan nnt mrs pip announce pemenang secepatnya , insya allah, terus boleh pos hadiah kan ...

kalau nak join, still sempat lagi siang ni , boleh >>>KLIK SINI<<<

tu sajalah nak update hal semasa mrs pip ... happy parenting and thanks for reading.

cheers.
Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done