Kejutan birthday untuk Cikgu Rozie tersayang - Cerita Cinta Surirumah

Saturday, 2 September 2017

Kejutan birthday untuk Cikgu Rozie tersayang

hi there,

seronok bila kita dapat meraikan harijadi seseorang, apatah lagi seseorang tersebut ialah seseorang yang penting dalam hidup kita, tak pun mungkin seseorang tersebut meninggalkan momen indah dalam hidup kita atau maybe seseorang tersebut pernah hadir dalam hidup kita sebagai seseorang yang banyak memberi jasa kepada kita T_T ... eh, panjang lebar pula intro ni :)


hari tu, 16/8 mrs pip dapat wasap daripada salah seorang ibu kat sekolah lil' Iman ni .. tup tup siap ada group wasap baru '4 years group sementara' .. eh, ni apa lagi ni? brapa byk group wasap nak join ni ... muehehe ...

sekali baca punya baca mesej dalam group ni, baru faham ooooooooooo, nak buat kejutan hari jadi untuk ketua pendidik playschool lil' Iman pula ... nak kenalkan, nama ketua pendidik kat playschool lil' Iman ni, ialah cikgi Rozie, dan kebetulan cikgu Rozie ni guru yang mengajar anak anak 4 years ...

so, we as the 4 years old kids' parents kan nak buat ler kejutan hari jadi untuk beliau ... cikgu ni muda 10 tahun dari mrs pip, cute orangnya ... asal dari Sipitang ... still single yer *motif nak bagitau status ni apahal* ngee ... 


mastermindnya siapa? tu hah, mama anem ... dia lah yg create group wasap tu ... so semua ibu ibu 4 years masuk kat dalam group sementara tu, kitorang ada 13 orang semua kalau tak silap ... jadi misi dirancang sehari sebelum hari jadi cikgu rozie .. yang seronoknya, pantas saja ibu ibu ni bagi respon bila bab nak ber-potluck ni ... untuk kek, sorang kongsi kongsi bayar RM4.00 , then makanan masing masing pilih juadah sendiri nak bawa apa ...

yang kat gambar ni, 4 orang cikgu kat playschool ni
ni kitorang punya partner in crime untuk menjayakan misi kejutan majlis harijadi ni

mrs pip tak bawa makanan, mrs pip sediakan minuman ... beli 2 jenis minuman kotak, then sorang mommy tu pun bawa lagi 1 jenis minuman kotak, so cukup sangat untuk majlis sambutan tu ... yang lain ada yang bawa makanan , kuih muih , pencuci mulut dan lauk pauk ... 

#babmakanmemangselalumeriah


selain kitorang sediakan kek, rupa rupanya cikgu rozie ni pun dah siap beli kek sendiri, katanya nak kongsi makan dgn anak anak permata ... terkejut cikgu rozie ada majlis sambutan hari jadi untuk dia .. kita share beli kek keju, cikgu rozie beli kek durian, dua dua kek memang sedap ...

well, next year entah jumpa lagi entah tidak, coz next year anak anak kitorang dah masuk sekolah tadika penuh, no more stay in Permata .. playschool ni cuma terima kids from 2 years old to 4 years old sahaja ... at least, adalah kenangan bersama cikgu kan ...

hope cikgu rozie happy dgn majlis kecil daripada kitorang... and thanks juga to all teachers yang sporting menjayakan rancangan kitorang ni ... luv u ols T_T

wait n see, selepas ni cikgu mana lagi akan dapat kejutan hari jadi? muehehe ...

p/s: walaupun semua ibu ibu 4 years tak dpt join, but still majlis berjaya dilangsungkan T_T

thanks for reading ... dan jom join Happy Giveaway by Mrs Pip ...

Happy Giveaway by Mrs Pip ( 28/8/17 - 16/9/17 )


cheers ...

7 comments:

  1. seronok cikgu dapat kejutan.mesti terharu.

    ReplyDelete
  2. Seronok nya ada org celebrate besday. Mesti terharu dan gembira kan cikgu rozie tu.

    ReplyDelete
  3. Sportingnyaaa ibu2...Mesti rasa bahagia teacher tu..

    ReplyDelete
  4. wah meriahnya...best kan kalau ada ibu2 yang mcm ni rasa dihargai

    ReplyDelete
  5. menghargai jasa pendidik.. seronok dapat beri kejutan macam nie..

    ReplyDelete
  6. a great event.
    eratkan sillaturrahim :)

    ReplyDelete